29 December 2011

Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

 Vitamin E Complex Shaklee

Antara Kelebihan dan Keberkesanan Vitamin E Shaklee

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.
7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Kenapa Vitamin E diperlukan ?

Dalam banyak-banyak Vitamin E, kenapa perlu pilih Vitamin E Shaklee

 Fakta Nutrisi Vitamin E Complex Shaklee
Fakta Nutrisi Vitamin E Shaklee

Kelebihan Vitamin E Shaklee kerana kandungan satu kapsul gel lembut membekalkan:

* 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
* 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

Vitamin E semula jadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun.

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹

1. Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et.al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial. Journal of the American Medical Association 1997; 277:1380–1386.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada kami, 
gunakan talian HOTLINE !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...