29 December 2011

JANGAN GUNA MINYAK MASAK YANG TELAH DIGUNAKAN BAHAYA

Dulu semasa ana berada di’asrama,tinggal bersama sahabat-sahabat. Selalunya apabila kami menggoreng ikan, atau menggoreng makanan ringan seperti kentang, cucur kodok, lebihan minyak masak itu kami akan simpan untuk di guna pakai semula. Kalau buang membazir maklumlah nak jimat perbelanjaan dapur. Rupa-rupanya jikalau minyak masak yang telah digunakan kemudian diguna semula akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Jadi kepada yang selalu berulang kali menggunakan minyak masak yang sudah digunakan,baiklah hentikan aktiviti ini kerana ianya mendatangkan implikasi buruk kepada kesihatan diri, seperti yang diberitakan pada petikan dibawah Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. “Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Minyak Masak JANGAN GUNA MINYAK MASAK YANG TELAH DIGUNAKAN BAHAYA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...