Marhaban bikum...

17 September 2013

JUMPA SECARA NYATA DENGAN RASULULLAH SAW

Tentang Yaqazah
Definisi Yaqazah dan Musyafahah

Arti yaqazah menurut bahasa ialah jaga, sadar, bukan dalam keadaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sadar, berjaga-jaga.


Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (halaman 349)


Adapun pengertian yaqazah pada istilah pembahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan hal ini merupakan satu karamah wali-wali Allah.


Arti musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi.


Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (halaman 167)


Pengertian musyafahah secara istilah adalah bercakap-cakap dengan roh Rasulullah SAW atau bertanya- jawab atas hal-hal yang kurang jelas dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.


Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang bertentangan dengan adat kebiasaan. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran. Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?” Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau menuliskan Hadis tersebut. Begitu juga terjadi kepada banyak auliya Allah.


Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu dipotong oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memotongnya sedangkan kekuatan mereka hanya sebatas memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai kapan pun tidak akan berhasil mengalahkan kekuatan roh. Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuan-Nya secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kemenangan mereka.


Hukum Yaqazah

Yaqazah hukumnya dapat berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka. Ia adalah perkara yang bertentangan dengan adat kebiasaan (luar dari kebiasaan) pada logika manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah mengadakan atau meniadakannya.


Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:


1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.

2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).

Dalil Boleh Beryaqazah

Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia dapat berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga dapat berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.


Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.


Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:


Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)


Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul


Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:


Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)


Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:


“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”


Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)


Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah


Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:


“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”


Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:


“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”


Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu:


“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah ertikata fadhailul a’mal.


Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.


Sila baca kitab-kitab mengenai wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.”


 Imam Al-Allamah An-Nafrawi r.h.l. berkata (di dalam bukunya (Al-Fawakih Ad-Diwani, jilid 3, m/s 360):


           “Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja?... Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya Haram, kerana kalaulah dia mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari tentang keramat (perkara-perkara yang luar biasa dari adat) para wali (kekasih Allah s.w.t.), maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya sia-sia, kerana dia sendiri telahpun mendustai apa yang dithabitkan di dalam sunnah (samada mengenai karamat para wali atau mengenai bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah)…”



   “Apa itu ‘yaqazah’? Ia adalah satu kejadian ajaib yang menemukan antara syeikh tarekat tertentu dan juga Rasulullah SAW setelah bertahun-tahun malah beratus tahun selepas kewafatan Baginda.


            Barangkali, seseorang yang jahil dalam ilmu mantiq akan terpukau dengan takrif “yaqazah” yang diberikan oleh saudara penulis tersebut. Tetapi, kalau kita nilai balik takrif tersebut, ianya tidak bersifat jami’ dan mani’ menurut ilmu pentakrifan sesuatu.


            Ini kerana, tidak ada satupun dari kalangan para ulama’ dan ahli sufi yang mengatakan bahawa, yaqazah (atau bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah) tersebut hanya dikhususkan kepada para sheikh tarekat semata-mata. Silalah kiranya, saudara penulis ataupun para penggemar si penulis tersebut mengkaji buku-buku yang menulis mengenainya, hatta dari kalangan ulama’ sufi sendiri, nescaya saudara tidak akan mendapati satupun tulisan mereka yang mengkhususkan perkara tersebut berlaku kepada para sheikh tarekat semata-mata.


            Bahkan, seluruh ulama’ menerangkan bahawa, ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang dimuliakan oleh Allah s.w.t., dari kalangan umat Islam, bukan sekadar kepada para sheikh tarekat sahaja.


            Hal ini jelas merupakan suatu tuduhan tidak berasas dari saudara pengarang, ataupun suatu fitnah terhadap golongan tarekat dan sufi itu sendiri.


            Sesiapa sahaja yang diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t. untuk bertemu dengan Nabi s.a.w. secara jaga, maka perkara tersebut akan berlaku kepadanya, samada dia seorang ahli tarekat mahupun tidak, kerana tidak ada sesiapa yang berhak mengkhususkan nikmat pemberian Allah s.w.t., apatah lagi berhak menuduh sesuatu golongan mengkhususkannya kepada mereka sahaja, tanpa sesuatu pihak yang lain.

 Marilah kita nukilkan ulasan-ulasan para ulama’ mengenai perihal “bertemu atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah tersebut, kerana kita sememangnya kekurangan ilmu mengenainya. Jadi, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu sebelum sewenang-wenangnya mempertikaikan sesuatu.

            Imam Al-Nafrawi Al-Maliki dalam bukunya (yang disebutkan sebelum ini) menyebut:


            “Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja? Sebahagian ulama’ berpegang dengan pendapat pertama (di mana seseorang yang bertemu dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah melihat tubuh Baginda s.a.w. secara hakiki). Sebahagian ulama’ pula berpegang dengan pendapat yang kedua (iaitu: melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dalam bentuk imej, gambaran seperti pantulan di cermin dan sebagainya, Wallahu a’lam), di antara mereka (yang berpegang dengan pendapat kedua adalah): Imam Al-Ghazali, Imam Al-Qarafi, Imam Al-Yafi’e dan sebagainya.


            “Golongan yang berpegang dengan pendapat yang petama berhujah bahawa: Nabi Muhammad s.a.w. umpama cahaya hidayah dan mentari keilmuan, boleh dilihat dari jauh seperti orang boleh melihat matahari dan cahaya dari jauh… Tubuh Baginda s.a.w. tidak meninggalkan kubur, tetapi seseorang yang melihat Nabi s.a.w. secarayaqazah dibuka oleh Allah s.w.t. hijab (jarak) antaranya dengan Rasulullah s.a.w. lantaran itu, dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. samada dia berada di timur mahupun barat…


            “Ada juga yang berpendapat, seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan mata hati, bukan dengan mata kepala, kerana boleh jadi juga, orang yang buta juga diberi anugerah melihat Baginda s.a.w. secara jaga, dengan mata hatinya…


            “Ibn Abi Hamzah dan sebahagian daripada mereka (para ulama’) menceritakan bahawa mereka pernah melihat Nabi s.a.w. secara jaga…”


            Demikianlah perkataan Imam An-Nafrawi mengenai keadaan melihat Nabi s.a.w. secara jaga (yaqazah) tersebut, di mana hijab jarak dibuka oleh Allah s.w.t. kepada seseorang, lantaran itu dia melihat tubuh Nabi s.a.w. dari jauh, yang mana jasad Nabi s.a.w. tidakpun meninggalkan maqam Baginda s.a.w., bukan seperti sangkaan penulis dan mereka yang berfikiran seperti beliau, di mana seseorang berjumpa Nabi s.a.w. di Kuala Lumpur dan sebagainya.


            Hal ini jelas beliau masih belum faham mengenai keadaan bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah, boleh jadi keran belum berpengalaman. Tetapi, rujuklah ulasan-ulasan para ulama’ mengenainya terlebih dahulu, sebelum membuat andaian yang pelbagai, yang hanya berdasarkan prasangka dan khayalan semata-mata.


            Tidak sama melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan bertemu penulis di sekitar Kuala Lumpur…Maka fahamilah.


            Al-Allamah Dr. Ali Jum’ah menerangkan juga dengan maksud yang lebih kurang sama:


            “Boleh jadi, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan hakiki itu, ialah melihat Nabi s.a.w. di tempat Baginda s.a.w. di Raudhah Baginda s.a.w. yang mulia, di mana yang melihatnya, melihat Baginda s.a.w. dalam bentuk imej, gambaran dalam alam gambaran, yang merupakan natijah dari limpahan cinta terhadap Baginda s.a.w. dan sentiasa memikirkan tentang Nabi s.a.w…”


            Keadaan ini tidak ditolak oleh syariat, jadi tidak layak seseorang mempertikaikannya, kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam mebuka hijab jarak antara seseorang dengan seseorang yang lain di alam yaqazah jika Dia menginginkannya.


            Contoh tersebut (pembukaan hijab jarak) juga dinukilkan dalam suatu peristiwa yang berlaku terhadap Saidina Umar r.a., di mana beliau melihat keadaan kumpulan tentera yang dihantar olehnya sedangkan beliau berada jauh di tempat lain (di Parsi) dari kumpulan tersebut, lantaran itu melaungkan perkataan “Ya Sariyah” dan suara itu didengari oleh kumpulan tentera yang berada jauh dari Saidina Umar tersebut. (riwayat At-Tabrani dalam tarikh beliau ( jilid 2 m/s 553), Ibn Hajar dalam buku Al-Ishobah jilid 3 m/s 6 dan Ibn Abdil Bar dalam buku Al-Isti’ab jilid 4 m/s 1605)


            Jadi, dari sudut akal mahupun syariat, hal tersebut tidak bertentangan. Jadi, orang-orang yang mengingkarinya samada jahil mahupun sengaja tidak mahu menerimanya, boleh jadi hasad kerana tidak pernah mengalaminya dan sebagainya.


            Lihatlah ulasan Sheikh Ibn Al-Haj (dalam buku Al-Madkhal, jilid3 m/s 194):


            “Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit untuk diperbahaskan (sukar untuk diperbahaskan).  Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walaubagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.”


            Oleh yang demikian, pertemuan dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah menurut para ulama’ besar adalah bertemuan yang tidak dibatasi oleh jarak, kerana ianya menjangkaui sempadan tersebut, dengan kuasa dan izin Allah s.w.t., dan tidak ada penafian mengenainya kepada Saidina Umar r.a. pun pernah mengalami perihal demikian.


 Dari Abu Hurairah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud:


            “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku”


            Hadis riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Sahih beliau (6/2567), dan Abu Daud dalam Sunan (4/305).


            Adakah ini bukan hadis sahih?


            Marilah sama-sama kita lihat perbahasan ulama’ mengenainya:


            Berkata Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Sidi Dr. Sheikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Az-Zakho’ir Al-Muhammadiyah m/s 147):


            Tentang hadis tersebut (sahih Al-Bukhari yang dinukilkan sebelum ini), para ulama’ mengatakan bahawa: yaqazah itu bermaksud, di dunia secara qat’ie walaupun ketika hendak mati (sakaratul maut).


            Al-Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga menjelaskan perihal hadis tersebut:


            “…Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…” (Al-Bayan m/s161)


            Imam Al-Nafrawi juga menggunakan hadis yang sama sebagai sandaran bahawa, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah hukumnya MUBAH (harus atau boleh) dari sudut syariat, dan sesiapa yang mengingkarinya maka hukumnya HARAM.


            Bahkan, jumhur ulama’ menjelaskan keharusan melihat Nabi s.a.w. di dunia ini secara yaqazah terutamanya mereka yang pernah berjumpa dan melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi berdasarkan hadis Sahih Al-Bukhari tersebut. Bahkan, menurut An-Nafrawi juga, ianya (keharusan hukum tersebut) disepakati oleh para huffaz, berdasarkan hadis tersebut.


            Begitulah yang dijelaskan juga oleh para ulama’ yang lain seperti As-Suyuti dan sebagainya, mengenai perkara tersebut.


            Para ulama’ turut membidas ta’wil sebahagian oranag yang mengatakan bahawa, maksud hadis Al-Bukhari tersebut ialah, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat kelak.


            Al-Allamah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki mengatakan bahawa:


            “Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat, maka jawapan para ulama’ terhadap mereka: Sesungguhnya di akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda s.a.w. samada yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w, seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis-hadis sahih yang lain”


            Hal ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis tersebut menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah bermimpi bertemu Nabi s.a.w. dengan mereka yang tidak pernah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w., iaitu:


            “…dia akan melihatku secara yaqazah…”


            Oleh yang demikian, Al-Allamah Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) menegaskan bahawa:


            “Orang yang mengatakan (mengkhususkan) bahawa, maksud yaqazah dalam hadis tersebut merupakan yaqazah di hari akhirat, amat tersasar dari maksud sebenar kerana dua perkara:


            Pertama: Umat Nabi s.a.w. akan melihat Nabi s.a.w. di Hari Kiamat, samada mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. dalam mimpi ataupun tidak, (jadi pengkhususan tersebut kepada mereka yang pernah mimpi berjumpa Nabi s.a.w. dalam hadis tersebut sia-sia sedangkan hadis Nabi s.a.w. tidak begitu).


            Kedua: Tidak ada lafaz taqyiid (yang mengikat) makna yaqazah dalam hadis tersebut dengan ikatan “hari Kiamat dan sebagainya”. Maka, pengkhususan (yaqazah hanya di hari akhirat) tanpa yang mengkhususkannya (di dalam hadis tersebut), dihukum sebagai sebaliknya (iaitu yaqazah itu di dunia).”


            Rujuk buku Al-Bayan karangan beliau (m/s 161)


            Jadi, dari banyak wujuh (sudut), takwilan mereka yang mengatakan bahawa, makna: “…dia akan melihatku secara yaqazah” ialah melihat secara yaqazah di akhirat adalah tertolak dengan hujah-hujah berikut:


            Hadis tersebut mengkhususkan “melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah” bagi mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi. Jika sekiranya yaqazahbererti, melihat Nabi s.a.w. di akhirat, maka pengkhususan kepada mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi itu batil, kerana di akhirat, seluruh umat Islam yang beriman akan melihat Nabi s.a.w. samada pernah bermimpi Nabi s.a.w. ataupun tidak, berdasarkan hadis-hadis yang lain. Maka, jelaslah bahawa, yaqazah yang dimaksudkan ialah di dunia.”


            Kedua: Takwil tersebut tidak jelas kerana tidak ada “taqyid” dalam hadis itu yang mengikat perkataa yaqazah dengan bermaksud melihat Nabi s.a.w. di akhirat. Maka, jika tiada taqyiid, pengkhususan yaqazah dengan yaqazah di akhirat menjadi batal.


            Ketiga: Perkataan yang digunakan oleh Nabi s.a.w. ialah “huruf sin” pada “sayaroni” bererti akan melihatKu. Huruf sin dalam kaedah Bahasa Arab yang membawa maksud: “akan”, merujuk kepada suatu tempoh masa yang dekat, sedangkan hari akhirat dibandingkan dengan tempoh di dunia, amat jauh. Jadi, makna “sayaroni” (akan melihatku) secara yaqazah di dunia lebih menepati maksud sebenar berbanding di akhirat.


            Keempat: Kalaulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis tersebut, bahawa seseorang akan melihatku secara yaqazah di akhirat, maka Nabi s.a.w. tidak perlu menggunakan istilah yaqazah (secara jaga), kerana lawan yaqazah ialah bermimpi atau tidur, sedangkan di akhirat tidak ada yang tidur atau bermimpi.


            Cukuplah kalau Nabi s.a.w. bermaksud: “akan melihatku di akhirat”, jika ingin memberi maksud, melihat Nabi s.a.w. di akhirat. Tetapi, Nabi s.a.w menggunakan lafaz yaqazah (secara jaga) menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah, melihatnya secara yaqazah (jaga) di dunia, kerana di dunialah adanya mimpi dan adanya yaqazah, sedangkan di Akhirat tiada lagi mimpi atau tidur, jadi tidak perlu menggunakan istilah “akan melihatku secara yaqazah” jika melihat tersebut di akhirat, kerana semua orang tahu, melihat Nabi s.a.w. di akhirat tersebut sememangnya secara yaqazah. Jadi, perkataan yaqazah dalam hadis itu sendiri menunjukkan apa yang Nabi s.a.w. maksudkan ialah, sesiapa yang pernah bermimpi melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi, bererti akan melihat Baginda s.a.w. secara jaga.


            Pada hakikatnya, golongan yang cuba mentakwilkan hadis ini dengan hari Akhirat tidak berasas sama sekali dan tertolak dari pelbagai sudut yang disebutkan sebelum ini.


            Apa yang jelas, ada hadis sahih yang menceritakan tentang “melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah tersebut, dan jawapan kami kepada penulis, ya…memang ada hadis  SAHIH tentang perkara tersebut.


            Penulis seterusnya menulis:


            “ Adakah perkara ini merupakan perkara yang telah diterima oleh para ulama sejak dahulu hingga kini? Adakah anda boleh mempercayai cerita ini? “


            Memang terlalu ramai ulama’ yang menulis mengenainya, dan perkara tersebut diterima oleh ramai para ulama’ sejak dahulu hingga kini. Cuma, golongan yang mengingkarinya sahaja yang syaz (terasing atau sedikit).


            Imam As-Suyuti mengatakan (dalam buku At-Tanwir tersebut m/s 10 percetakan Dar Jawamik Al-Kalim):


            “Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut yang dinamakan sebagai “Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak”.


            Telahpun tertulis di dalam risalah tersebut pelbagai dalil-dalil dan bukti-bukti tentang keharusan (boleh) melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan mendengar suara Baginda s.a.w. dan para malaikat.


            Banyak lagi para ulama’ dari dahulu sehingga hari ini menulis mengenai perkara tersebut, seperti Imam Ibn Hajar dalam syarah beliau terhadap Sahih Al-Bukhari itu sendiri (Fathul Bari) dalam tajuk berkenaan, Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim, Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau, dan begitu juga dengan ramai para ulama’ masa kini yang turut menulis mengenainya seperti Mufti Mesir sendiri, Dr. Ali Jum’ah, Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki, Dr. Umar Abdullah Kamil, dan sebagainya.


            Jadi, sudah tentu kami yang tahu mengenainya boleh mempercayai cerita tentang seseorang bertemu Nabi s.a.w., kerana para ulama’ pun ramai yang membincangkannya dan mengakuinya. Kalau tidak tahu, lebih baik bertanya dari mengkritik atau mempertikaikan, apatah lagi mengenai perkara yang mempunyai sandarannya dari Islam.


Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:


Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).


Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:


“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”


Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:


“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: “ Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”


Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.


Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.


Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:


1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.


2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”


3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.


4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, “ Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, “ Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.


Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.


Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.


Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.


Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.


Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.


Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.


Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.


Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.


Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.


Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.


Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.


Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:


Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.


Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.


Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.


Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.


Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.


Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.


Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.


Dipetik dari Uqudul Almaasi.


Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.


Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: “ Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: “ bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “ Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”


Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”


Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”


Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”


Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”


Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.


Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.


Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata “ fadhoilul ‘amal”.


Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.


Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.


MIMPI terbahagi dalam tiga kategori utama.

Pertama: Ahlam Yaqazah (mimpi dalam sedar) di mana orang yang bermimpi merasakan gam­baran-gambaran yang dialami dalam tidurnya itu seperti satu kenyataan yang benar-benar terjadi dalam realiti.


Mimpi begini kadang-kadang memberikan kesan ke atas fizikal manusia yang mengalaminya, seo­lah-olah berlaku transformasi.


Contohnya seperti menangis di dalam mimpi di mana transformasi berlaku hingga pemimpi benar-benar menangis dan tangisannya didengar dan dilihat oleh orang lain. Apabila tersedar orang yang bermimpi melihat curahan air mata mengalir dan membasahi ban­talnya.


Contoh yang lain ialah orang yang bermimpi merasakan berada di satu tempat yang panas atau tercampak ke dalam api. Apabila dia terjaga dida­pati badannya mencurah-curah dibasahi peluh.


Semua mimpi jenis ini menggambarkan seolah­olah alam mimpi itu benar-benar wujud dan bukan lagi sekadar mimpi.


Inilah yang dinamakan yaqazah atau sedar.


Kedua: Rukya atau disebut juga Mubassyirat yang dirujuk pada hadis Rasulullah S.A.W. yang antara lain bermaksud:


"Tidak akan tinggal daripada wahyu kenabian

melainkan sekadar Al Mubassyirat."
Sahabat bertanya, "Apa dia Al Mubassyirat itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Al Mubassyirat itu ialah mimpi yang benar (Al Rukya Al Sadiqah)"

Hadis ini jelas membuktikan kewujudan mimpi yang memberikan erti atau hidayah pada manu­sia.


Mimpi benar pula mempunyai banyak kategori dan yang paling mulia ialah mimpi menemui Rasulullah.


Bagaimanapun mimpi bertemu Rasulullah ini pun masih ada yang perlu dijelaskan kerana bukan semua orang bermimpi bertemu Rasulullah itu boleh ditafsir sebagai benar melainkan seki­ranya m memenuhi kriteria tertentu.


Setengah orang ambil mudah mimpi tersebut seolah-olah asal sahaja bermimpi jumpa Rasulullah maka benarlah mimpi itu walaupun yang ditemui dalam mimpi itu lain gambaran dari sifat-sifat Rasulullah.

Harus diingat kerana syaitan sentiasa memainkan peranan dan boleh berlakon seolah­ olah mimpi itu benar.

Mimpi bertemu Rasulullah boleh diseleweng oleh syaitan. Sebagai contoh saya sering menden­gar cerita daripada kenalan-kenalan antaranya, ada seorang manusia biasa memberitahu, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah ketika sedang tidur sewaktu berburu di hutan.


Sumber: http://delisufi.blogspot.com/2011/09/yaqazah-jumpa-secara-nyata-dengan.html


Sheikh Tantawi, Ali Jumuah Dan Yaqazah...


Pada 10 haribulan lepas dunia islam dikejutkan dengan kematian sheikh al azhar, sheikh muhammad sayyid tantawi. walaupun banyak kotroversi sepanjang kedudukannya sebagai canselor universiti tertua dunia dan sebelumnya sebagai mufti besar negara mesir, tetapi kita sebagai seorang muslim wajib mengambil sikap sepertimana yang ditunjukkan oleh al quran.(surah al hasyr ayat 10). 


وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


"Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".


Jika ada yang cuba mengungkit kepribadiannya dengan mengecam tindakan dan fatwanya semasa beliau hidup, katakanlah:


تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ


"Mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa Yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa Yang telah mereka lakukan".(al baqarah: 134)


Siapa penggantinya?


Sudah beberapa kali saya ditanya mengenai kerusi al imam al akbar yang kosong dengan pemergian sheikh al tantawi. dan sudah beberapa kali saya menjawab, kemungkinan mufti besar mesir sekarang, sheikh ali jumaah atau reaktor al azhar kini, dr ahmad tayyib. namun, mufti sheikh ali jumaah lebih besar peluangnya. reputasinya cemerlang. beliau tidak banyak berkonfrontasi dengan kerajaan.

Dalam hati ini, ada sedikit cetusan agar jawatan itu tidak diberikan kepada sheikh ali. kerusi sheikh al azhar walaupun gah di mata dunia, tapi ia kerusi fitnah dan ujian. tidak ramai yang berjaya keluar darinya dengan selamat, kecuali mereka yang betul-betul tegap dan kuat dengan iman dan takwa. apatahlagi jika melihat kerajaan yang menguasai mesir sekarang. sheikh ali jumaah adalah guru saya sebelum menjadi mufti lagi. mungkin kerana itu, saya tidak ingin melihatnya dikerumuni dan dihujani fitnah dan ujian, walaupun saya tahu lagi besar kedudukan seseorang disisi Allah, sebesar itu ujian yang datang.


Jika telah tersurat bahawa sheikh ali adalah pengisinya, saya berdoa dan berharap agar Allah menetapkan kakinya dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.


Sheikh Ali Jumaah


Semalam apabila dikatakan bahawa sheikh ali adalah calon sheikh al azhar seterusnya, ada seorang sahabat saya mencelah. "sheikh ali jumaah masalah jugak! dulu dia kata dia lihat nabi yaqazah!" saya terkejut beruk mendengar. nasib baik saya bukannya jenis bercakap tanpa muka. biarlah, mungkin dia tidak tahu. kata pepatah arab, الانسان عدو ما جهل.


Jika dia hanya berkata, sheikh ali masalah jugak, saya taklah ambil hati sangat. saya kenal sheikh ali lebih darinya. sememangnya beliau seorang yang banyak menongkah arus dalam berpandangan. tapi tidaklah sampai melawan ijmak. beberapa pandangan beliau berupa pentarjihan pendapat ulama yang terpencil. antaranya masalah bersalaman dengan wanita, faedah bank dll. begitu juga dengan beberapa fatwanya dalam masalah semasa yang menimbulkan kontroversi, seperti pemain bola harus berbuka puasa ramadan.


Fatwa-fatwa semasa sebegini jika dilihat pada sudut yang sepenuhnya, ada kewajarannya. tapi yang tersebar di dada akhbar hanya sepotong tajuk yang menimbulkan seribu satu persoalan. akhirnya, ramai penentang bercakap bukan pada tempatnya dan bukan pada fatwa yang dikeluarkan. laman web dar al ifat' banyak kali mengeluarkan kenyataan berupa penafian terhadap beberapa laporan akhbar yang dianggap tidak tepat dan tidak telus. pembaca boleh melihatnya sendiri permainan akhbar. keadaannya sama dengan akhbar nasional malaysia terhadap kenyataan ahli politik pembangkang.


Namun saya tidak nafikan ada yang menentang dengan pengetahuan yang secukupnya tentang masalah. bahkan ada yang menyebelahi kebenaran. dan juga saya tidak ingin bertindak menyucikan beliau dari sebarang kesalahan dan kesilapan. beliau sepertimana yang saya sebutkan sebelumnya, banyak menongkah arus dan menimbulkan kontroversi. tapi itu bukanlah sebab untuk tidak menghormati seorang ulama. imam zahabi ada berpesan, bukanlah syarat seorang tokoh besar untuk tidak melakukan sebarang kesalahan.


Melihat nabi secara sedar 
tapi masalah melihat nabi secara sedar yang digunakan untuk mentajrih seseorang adalah perbuatan tidak beretika. perbuatan yang tidak bersandarkan ilmu pengetahuan. hanya ikut-ikut. ia sebenarnya bermula dari masalah khilafiyah dan berakhir dengan perbalahan antara wahabiyah dan asya'irah. para pemuka wahabi bermati-matian menolak masalah ini tanpa melihat pendapat ulama yang sedia wujud. ia seumpama masalah tawassul dan baca al quran kepada si mati.

Masalah melihat nabi secara sedar diharuskan oleh ramai ulama. disini saya sertakan nama-nama mereka dengan tulisannya sekali jika mampu, insyaAllah.


1. Al hafiz sayuti. beliau telah menulis risalah khusus tentang melihat nabi secara sedar. nama kitabnyanya, تنوير الحلك فى إمكان رؤية النبى والملك. risalah ini bermula sebagaimanana berikut tanpa terjamahan dari saya:


فقد كثر السؤال عن رؤية أرباب الأحوال للنبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة وإن طائفة من أهل العصر ممن لا قدم لهم في العلم بالغوا في إنكار ذلك والتعجب منه وادعوا أنه مستحيل فألفت هذه الكراسة في ذلك وسميتها (تنوير الحلك في إمكان رؤية النبي والملك) ونبدأ بالحديث الصحيح الوارد في ذلك: أخرج البخاري ومسلم وأبو داود عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه (وسلم : ( من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي 


2. Imam ibnu al haaj al maliki. beliau menyebut dalam kitabnya al madkhal. (bab فَصْلٌ فِي ذِكْرِ بَعْضِ الْمُتَشَبِّهِينَ بِالْمَشَايِخِ وَأَهْلِ الْإِرَادَةِ)


وَهَذَا بَابٌ ضَيِّقٌ وَقَلَّ مَنْ يَقَعُ لَهُ ذَلِكَ الْأَمْرُ إلَّا مَنْ كَانَ عَلَى صِفَةٍ عَزِيزٍ وُجُودُهَا فِي هَذَا الزَّمَانِ ، بَلْ عَدِمَتْ غَالِبًا مَعَ أَنَّا لَا نُنْكِرُ مَنْ يَقَعُ لَهُ هَذَا مِنْ الْأَكَابِرِ الَّذِينَ حَفِظَهُمْ اللَّهُ - تَعَالَى - فِي ظَوَاهِرِهِمْ وَبَوَاطِنِهِمْ


3. Al imam al muhaddith ibnu abi jamrah dalam kitabnyanya bahjah al nufus ketika syarah hadis, من رآني في المنام فسيراني في اليقظة . nukilan dari kitabnya panjang lebar. jadi saya tidak perturunkan disini. tulisannya paling lengkap dalam masalah


4.Imam ibnu hajar al hathami dalam al fatawa al hadithiyyah. beliau telah menjawab soalan yang berkaitan dengan katanya:


نعم يمكن ذلك، فقد صرح بأن ذلك من كرامات الأولياء الغزالي والبارزي  والتاج السبكي والعفيف اليافعي من الشافعية والقرطبي وابن أبي جمرة من المالكي.


5. Al muhaddith ibnu battal dalam syarah bukhari sepertimana di nukilkan oleh ibnu hajar. katanya:


قوله فسيراني في اليقظة يريد تصديـق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وخروجها على الحق وليس المراد أنّه يراه في الأخرة لأنّه سيراه يوم القيامة في اليقظة فتراه جميع أمته من رآه في النوم ومن لم ير منهم


6. Al muhaddith ibnu al tin dalam syarah al bukhari sepertimana dinukilkan oleh ibnu hajar. katanya:


فيكون بهذا مبشراً لكل من آمن به ولم يره أنّه لابدّ أن يراه في اليقظة قبل موته


7. Al muhaddith imam al qurtubi dalam syarah muslimnya bertajuk al mufhim. yang menakjubkan, imam al qurtubi sendiri membuat 'akuan sumpah' bahawa beliau melihat nabi secara sedar!!. katanya:


قلتُ: وقد وقع لي هذا مرات . منها: أني لمَّا وصلتُ إلى تونس قاصداً إلى الحج سمعتُ أخباراً سيِّئة عن البلاد المصرية مِن جهة العدوِّ الذي غلب على دمياط فعزمتُ على المقام بتونس إلى أنْ ينجلي أمر العدو ، فأُريتُ في النوم كأني في مسجد النَّبي صلى الله عليه وسلم وأنا جالسٌ قريباً مِن منبره ، وأُناس يُسلِّمون على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فجاءني بعض من سلَّم عليه ، فانتهرني وقال: قُمْ فسلِّمْ على النبي صلى الله عليه وسلم ، فقمتُ فشرعتُ في السلام على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فاستيقظت ، وأنا أسلِّم عليه ، فجدَّد الله لي عزماً ويسَّر عليَّ فيما كان قد صعبَ مِن أسبابي ، وأزال عنِّي ما كنتُ أتخوَّفه مِن أمر العدو ، وسافرتُ إلى أنْ وصلت إلى الإسكندرية عن مدة مقدارها ثلاثون يوماً في كتف السلامة ، فوجدتها والديار المصرية على أشدّ خوفٍ ، وأعظم كربٍ ، والعدو قد استفحل أمره ، وعظمت شوكته ، فلم أُكمل في الإسكندرية عشرة أيامٍ حتَّى كسر الله العدو ، ومكَّن منه مِن غير صُنْع أحدٍ من المخلوقين ، بل: بلطف أكرم الأكرمين ، وأرحم الراحمين . ثمَّ: إنَّ الله تعالى كمَّل عليَّ إحسانه وإنعامه ؛ وأوصلني بعد حجِّ بيته إلى قبر نبيه ومسجده ، فرَأَيتـُـهُ وَاللـَّــــهِ فـي اليـقـظــة على النَّحو الذي رأيته في المنام مِن غير زيادة ولا نقصان


8. Al imam al mufassir al alusi dalam tafsirnya, ruh al maaniy. katanya (tafsir al ahzab: 40);


وكذا لا يحسن مني أن أقول : إنهم إنما رأوا النبي صلى الله عليه وسلم مناماً فظنوا ذلك لخفة النوم وقلة وقته يقظة فقالوا : رأينا يقظة لما فيه من البعد ولعل في كلامهم ما يأباه ، وغاية ما أقول : إن تلك الرؤية من خوارق العادة كسائر كرامات الأولياء ومعجزات الأنبياء عليهم السلام


ini adalah ulama dahulu yang membenarkan masalah melihat nabi secara sedar. ini belum dicampur dengan nukilan mengenai ulama yang menyokong seperti dalam kata-kata ibnu hajar al haithami; imam al ghazali, imam al barizi, imam al subki, imam al yafi'e. ini juga belum digabung dengan pendapat ulama sufi yang hampir keseluruhannya membolehkan. ini belum kata ulama lain yang saya tidak tahu. 


Adapun ulama kontemporari:


1. Al muhaddith sheikh muhammad alawi al maliki dalam kitabnya al zakhair al muhammadiyah


2. Sheikh sayyid sabiq juga mendakwa pernah melihat nabi secara sedar sebagaimana dinukilkan oleh sheikh ali jumuah dan sheikh taha rayyan. sumber di sini


3. Sheikh dr. taha rayyan. sumbernya sepertimana diatas.


4. Sheikh atiyyah saqar. fatwanya dinukilkan di sini


5. Sheikh said ramadan al butiy. fatwanya di sini.


6. Sheikh dr. ahmad mahmud zain. fatwanya di sini.


Sekiranya hendak dibawa semua mereka yang membolehkannya, rasanya keterlaluan. sebilangan ulama yang dibentangkan disini sudah cukup kepada insan yang inginkan kebenaran. tak perlu banyak-banyak. saya pun bukannya tahu sangat.


Di pihak pembangkang ada beberapa hujah mereka. setakat yang saya tahu, semuanya berdiri tanpa dalil yang kukuh. ada macam-macam. antaranya yang paling kuat; nabi sudah mati, kenapa sahabat tidak melihatnya terutama ketika fitnah?, hadis bukhari mengenainya banyak musykilnya dll. tetapi tiada satu pun dalil quran atau sunnah yang menidakkan melihat nabi secara sedar.


1. Mengenai nabi sudah mati bagaimana nak melihatnya secara sedar. telah terbukti dalam hadis-hadis sahih bahawa nabi s.a.w telah melihat secara yaqazah para nabi-nabi dalam peristiwa isra' dan mi'raj. sedangkan para nabi-nabi tersebut telah meninggalkan dunia ini. ini membuktikan bahawa kematian tidak menghalang. kecualilah mereka mendakwa isra' dan mi'raj berlaku dalam mimpi. hadis ini juga membuktikan masalah melihat secara yaqazah adalah berlaku.


2. Kenapa sahabat tidak melihatnya ketika fitnah membantu mereka?. imam alusi dalam tafsirnya telah menjawab persoalan ini. juga kita perlu ingat, tiada siapa yang mensyaratkan demikian. dalam masalah mimpi bertemu nabi yang disepakati oleh umat islam, tiada siapa yang mempersoalkan kenapa nabi tidak datang dalam mimpi menunjukkan jalan keluar dari fitnah yang dihadapi. kenapa dalam masalah ini syarat sedemikan timbul? saya tak paham...itu semua kehendak Allah. sekiranya Allah ingin membuka hijab melihat nabi samada secara mimpi atau sedar, Allah buka. jika Allah tidak berkehendak Allah tidak akan buka.


3. Mengenai hadis bukhari من رآني في المنام فسيراني في اليقظة. memang lafaz tersebut mengandungi pelbagai makna sehingga hampir mencapai angka sepuluh. tetapi makna yang menyokong masalah ini juga terkandung sepertimana tafsiran setengah syarahannya. perbuatan mengeluarkan tafsiran ini tanpa sebab adalah salah. kata ulama usul; تخصيص الشئ بدون مخصص لا يجوز.


Begitu juga musykil yang di bawa oleh ibnu hajar adalah berkaitan dengan hubungan antara kedua rangkapnya. ini difahami dengan sebab yang di bawa oleh ibnu hajar; "bahawa banyak ahli solah yang bermimpi bertemu nabi tapi tidak mengatakan bahawa mereka bertemu pula secara sedar. sedangkan hadis nabi tidak akan salah". musykil ini tidak bermakna melihat secara sedar tidak wujud sama sekali.


Jika zaid berkata; apabila saya masuk rumah saya akan melihat kereta. dan kenyataan zaid itu bohong semata-mata. adakah kita akan berkata bahawa zaid tidak pernah melihat kereta? atau zaid tidak melihat kereta apabila masuk rumahnya?. begitulah maksud musykil ibnu hajar. kemusykilan bukan pada melihat nabi secara sedar semata-mata, akan tetapi pada syarat bahawa seseorang yang melihat dalam mimpi akan melihatnya dalam sedar. pun begitu, musykil ini telah dijawab oleh ulama. tidak bagitahu bukan bererti tiada. ramai yang menyatakan bahawa si fulan itu paling tidak akan melihatnya ketika nazak untuk membenarkan hadis nabi tersebut.


Mengenai melihat sesuatu secara yaqazah, imam ibnu taimiyah sendiri mengakui bahawa ia karamah para auliya. katanya (j 11 ms 313);


فَمَا كَانَ مِنْ الْخَوَارِقِ مِنْ " بَابِ الْعِلْمِ " فَتَارَةً بِأَنْ يُسْمِعَ الْعَبْدَ مَا لَا يَسْمَعُهُ غَيْرُهُ . وَتَارَةً بِأَنْ يَرَى مَا لَا يَرَاهُ غَيْرُهُ يَقَظَةً وَمَنَامًا  


Jadi kenapa terjadinya pengkhususan bahawa ia bukan untuk nabi s.a.w tanpa dalil?!


Seperkara lagi imam al syatibi berkata dalam kitabnya al muwafaqat;


ومن الفوائد في هذا الأصل أن ينظر إلى كل خارقة صدرت على يدي أحد، فإن كان لها أصل في كرامات الرسول عليه الصلاة والسلام ومعجزاته فهي صحيحة، وان لم يكن لها أصل فغير صحيحة


Begitu juga dengan imam al mula ali al qari dalam syarah al fiqhul akbar;


إن أبا حنيفة رضي الله عنه كان يقول : إن كل ما كان معجزة للنبي جاز أن يكون كرامة لولي بشرط عدم التحدي


Hadis sahih telah membuktikan bahawa antara mukjizat nabi s.a w ialah bertemu dengan para nabi secara sedar sepertimana dalam isra' mi'raj. jesteru, melihat secara yaqazah harus menjadi karamat kepada auliya.


Secara naqli dan aqli, masalah melihat nabi s.a.w secara sedar berada dalam lingkungan harus. mereka yang ingin menidakkannya sepatutnya membawa dalil pengharamannya. bukannya andaian dan kesimpulan yang tidak tahu hujung pangkalnya.


Bertitik dari sini, saya beranggapan bahawa manusia yang menggunakan masalah ini sebagai medium mentajrihkan orang lain terutama para ulama, samada salah satu dari tiga jenis. manusia yang 'lidah tidak bertulang', yang bercakap tidak tentu hala. atau wahabi yang mentajrihkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. atau si jahil yang cuba memberi pandangan. sahabat saya itu entahlah dari pihak mana.


Nota penting


Fatwa sheikh al butiy yang dicanang setengah orang untuk menyerang sheikh ali, "bahawa insan yang mendakwa demikian dikhalayak ramai adalah bohong dan patut dita'zir", adalah pandangannya. dan tidak semestinya wajib kepada semua orang lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf ulama. tambahan lagi, sheikh al butiy tidak mengingkari kewujudan karamah seperti itu. cuma al sheikh hendak mengelak dari fitnah yang mungkin timbul. tapi perlu diingat, pengisytiharan sheikh ali jumaah dikhalayak, dan sebelumnya sheikh sayyid sabiq, imam al qurtubiy al muhaddith dalam kitabnya ditulis untuk umum, dan begitu juga ulama lain seperti sheikh abdul qadir al jaylani; juga boleh dianggap sebagai pandangan yang berbeza dengan sheikh al butiy. pandangan yang dikeluarkan dalam bentuk amalan.


semoga tulisan ini dapat melangsaikan hutang yang sepatutnya saya selesaikan dalam perbualan beberapa hari lalu, sebagai tanggungjawab dan tugas seorang murid kepada gurunya. paling tidak tanggungjawab seorang muslim kepada saudara seislamnya yang dizalimi.



wallahu a'lam bissawab...
Sumber  http://muslim06.blogspot.com/2010/03/sheikh-tantawi-ali-jumuah-dan-yaqazah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...