Marhaban bikum...

03 January 2012

Kebaikkan Bawang Putih

Secara umum, bawang putih mampu MELAWAN bakteria dan penyakit pada 

-kerongkong & telinga
-perut memulas
-ceret beret
-bronkitis
-luka-luka
-resdung
-jangkitan berulang di telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing.

Sekiranya dinasihatkan ambil ani biotik, boleh gantikan dengan bawang putih kerana bawang putih adalah anti biotik asli. Ambil segera apabila nampak tanda-tanda masalah berkenaan.

Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit

Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Malah menurut pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.

Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis

Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Bawang putih pula mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm.
Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis.

Bawang Putih dalam rawatan Ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit


Bawang putih berkesan dalam mengubati cirit birit dengan bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus sembuh tanpa menyebabkan sembelit.

Credit



Selain dari ini, bawang putih juga baik dan berkesan dalam terapi untuk merawat penyakit yang berkaitan permasalahan wanita, arthritis, anemia, sakit perut, pernafasan dan kolestrol.

Jika berminat untuk mencari alternatif panyakit kronik dengan bawang putih, boleh juga mendapatkan Garlic dari Shaklee.

Specialnya

Istimewanya Garlic dari Shaklee ini adalah
Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.*
Formulasi Shaklee yang unik.*
Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada kami, 
gunakan talian HOTLINE !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...