06 August 2016

HUKUMAN BAGI HOMOSEKS DALAM ISLAM

CIRI-CIRI HOMOSEKS

1. Fitrah dan tabiat mereka terbalik dan berubah dari fitrah yang telah Allah ciptakan.

2. Mereka mendapatkan kelazatan dan kebahagian apabila mereka dapat melampiaskan syahwat mereka pada tempat-tempat yang najis dan kotor serta melepaskan air kehidupan (mani) di situ.

3. Rasa malu, tabiat dan kejantanan mereka lebih rendah daripada haiwan.

4. Fikiran mereka setiap saat selalu terfokus kepada perbuatan keji itu kerana lelaki sentiasa ada di hadapan mereka setiap waktu. Apabila mereka melihat salah seorang di antaranya, baik anak kecil, pemuda atau orang yang sudah berumur, maka mereka akan menginginkannya baik sebagai objek ataupun pelaku.

5. Rasa malu mereka kecil. Mereka tidak malu kepada Allah SWT juga kepada makhluk-Nya. Tidak ada kebaikan yang diharapkan dari mereka.

6. Mereka tidak tampak kuat dan jantan. Mereka lemah di hadapan setiap lelaki kerana merasa perlu kepadanya.

7. Allah mensifatkan mereka sebagai orang fasik dan pelaku kejelekan,

“Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik” [Al-Anbiya 21: 74]

8. Mereka disebut juga sebagai orang-orang yang melampaui batas,

“Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampaui batas” [Al-A’raf/7 : 81].

Ertinya, mereka melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

9. Allah menamakan mereka sebagai kaum perosak dan orang yang zalim,

”Luth berdo’a, ‘Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu’. Dan tatkala utusan Kami (para malaikat) datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami akan menghancurkan penduduk (Sodom) ini. Sesungguhnya, penduduknya adalah orang-orang yang zalim” [Al-Ankabut 29: 30-31]

AZAB DAN SEKSA KAUM NABI LUTH

Disebutkan bahawa Allah SWT menghujani mereka dengan batu. Tidak tersisa seorang pun melainkan dia terhujani batu tersebut. Sampai disebutkan bahawa salah seorang dari pedagang di Mekkah juga terkena hujan batu sekeluarnya dari kota itu.

Kerasnya azab tersebut menunjukkan bahawa homoseksual merupakan perbuatan yang paling keji sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an.

DALIL DARI SUNNAH TENTANG HARAMNYA HOMOSEKSUAL

a. Rasullullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmidzi: 1456, Abu Dawud: 4462, Ibnu Majah: 2561 dan Ahmad: 2727]

b. Dari Jabir ra, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah: 2563, 1457. Tirmidzi berkata, Hadis ini hasan Gharib. Hakim berkata, Hadis sahih isnad]

c. Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth. (baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]

d. Dari Ibnu Abbas ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Allah tidak mahu melihat kepada lelaki yang menyetubuhi lelaki atau menyetubuhi wanita pada duburnya” [HR Tirmidzi: 1166, Nasa’i: 1456 dan Ibnu Hibban: 1456 dalam sahihnya. Keterangan: hadis ini mencakup pula wanita kepada wanita]

e. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Itu adalah liwat kecil, yakni laki-laki yang menggauli isterinya di lubang duburnya” [HR Ahmad: 6667]

HUKUMAN TERHADAP KAUM HOMOSEKS

Dalam masalah ini para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mereka mengatakan hukumannya sebagaimana hukuman zina iaitu direjam bagi yang muhshan (sudah pernah menikah) dan disebat serta diasingkan bagi yang belum menikah.

Sebahagian yang lain mengatakan, kedua-duanya direjam dalam keadaan apa pun, menerapkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi, “Bunuhlah yang menyetubuhi dan yang disetubuhi”.

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, “Para sahabat telah menerapkan hukum bunuh terhadap pelaku homoseks. Mereka hanya berselisih pendapat bagaimana cara membunuhnya”

HUKUMAN TERHADAP HOMOSEKS SETELAH MUSNAHNYA KAUM LUTH

Para pengikut mazhab Hambali menukil ijma’ (kesepakatan) para sahabat yang mengatakan bahawa hukuman homoseks adalah dibunuh. Mereka berdalil dengan hadis,

"Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah yang menyetubuhi dan yang disetubuhi”.

Mereka juga berdalil dengan perbuatan Ali ra yang merejam orang yang melakukan homoseksual. Syafi’i berkata,

“Dengan ini, kita berpendapat merejam orang yang melakukan perbuatan homoseksual, baik dia seorang muhsan atau bukan”.

Dan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Khalid bin Walid bahawa ada di pinggiran kota Arab seorang lelaki yang dinikahi sebagaimana dinikahinya seorang perempuan. Maka dia menulis surat kepada Abu Bakar As-Shiddiq ra.

Abu Bakar As-Shiddiq lalu bermusyawarah dengan para sahabatnya. Orang yang paling keras pendapatnya adalah Ali ra. Dia berkata,

"Tidaklah melakukan perbuatan ini kecuali hanya satu umat dan kalian telah mengetahui apa yang telah Allah lakukan kepada mereka. Aku berpendapat agar dia dibakar dengan api”.

Kemudian Abu Bakar As-Shiddiq mengirim surat kepada Khalid bin Walid untuk membakarnya.

Manakala Abdullah bin Abbas ra berkata, “Dipertontonkan dari bangunan yang paling tinggi lalu dilemparkan (ke bawah) diikuti lemparan batu”.

Dengan demikian, hukuman bagi homoseks adalah dibakar, direjam dengan batu, dilempar dari bangunan yang paling tinggi yang diikuti lemparan batu, atau dipenggal lehernya. Ada pula yang mengatakan ditimpakan tembok kepadanya.

Imam Syaukani memilih hukuman bunuh dan melemahkan pendapat selain itu. Mereka berpendapat seperti itu menilik firman Allah,

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” [Hud 11 : 82-83]

Dalam penerapan hukuman ini, pelaku homoseks dipersilakan memilih hukuman yang dia kehendaki dari hukuman-hukuman yang ada.

BOLEHKAH KAUM HOMOSEKS BERTAUBAT DAN MASUK SYURGA?

Ibnul Al-Qayyim rahimahullah berkata,

“Jika pelaku homoseks bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha) dan beramal soleh kemudian mengganti kejelekan-kejelekannya dengan kebaikan, membersihkan berbagai dosanya dengan berbagai kataatan dan taqarrub kepada Allah, menjaga pandangan dan kemaluannya dari hal-hal yang haram, dan tulus dalam amal ibadahnya, maka dosanya diampuni dan termasuk ahli syurga. Kerana Allah mengampuni semua dosa. Apabila taubat saja boleh menghapus dosa syirik, kufur, membunuh para nabi, sihir, maka taubat pelaku homoseks juga boleh menghapuskan dosa-dosa mereka."

Wallahua'lam...

Kredit:
Syeikh Nabil Muhammad Mahmud
Majalah Fatawa Vol. 11/Th.1/1424H-2003M
almanhaj.or.id

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...