Marhaban bikum...

23 November 2015

Mandi Bunga

Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.

Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.

Mengapa guna limau?

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.

Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.

Mengapa guna bunga?

Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi tuannya (khadam).

Selalunya, air limau hanya berkesan untuk mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja dengan normal kembali.

Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.

Mengapa guna air?

Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.

Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.

Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42

Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.

Manfaat Mandi Bunga Seri Wajah

Air mandian sejuk yang telah terisi dengan khasiat bunga-bungaan terpilih mengikut petua orang tua-tua Melayu lantas disatukan dengan khasiat air limau nipis yang kemudiannya didoakan dengan doa yang khusus maka telah tersedia air mandian yang bermanfaat untuk menyihatkan samada organ-organ diluar maupun didalam tubuh badan yang kesannya dapat dilihat dengan naiknya seri pada wajah sipengamalnya.

Kami percaya, berkekalannya seri pada wajah seseorang itu adalah apabila organ-organ luaran dan dalamannya berada didalam keadaan kekal sihat dan berkerja secara harmoni. Untuk tujuan pengekalan itu maka mengamalkan amalan Mandi Bunga Seri Wajah secara berterusan adalah jawabannya. Kekerapan yang kami syorkan menurut kaedah petua orang tua-tua dahulu ialah mandi bunga seminggu sekali atau boleh juga dilakukan 3 kali dalam masa sebulan.

Syarat-syarat awal bagi sesiapa yang betul-betul inginkan manfaat seri wajah daripada pengamalan Mandi Bunga Seri Wajah ini ialah harus memulainya dengan 3 kali mandi. Menurut petua, 3 kali mandi ini ada tujuannya iaitu mandian kali pertama adalah mandi untuk Penghidup Raga, mandian kali kedua adalah mandi untuk Penghidup Daya sementara mandian kali ketiga adalah mandi untuk Penghidup Seri.

1. Penghidup Raga

Raga bermaksud jasad atau tubuh badan. Pada mana-mana individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang unggul maka kesan ‘sakit’ akan mulai kelihatan pada raut wajah yang menampakkan suram dan kusam atau rata-rata masyarakat menyebutnya sebagai wajah yang tidak berseri. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah pada kali pertama dengan khasiatnya akan memulihkan kembali aura organ-organ pada tubuh badan sehingga organ-organ tersebut akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kesan daripada kerja-kerja pemulihan dalaman yang berkerja secara aktif ini seseorang itu akan berasal lemah-lemah badan, lesu badan atau sakit-sakit badan dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu janganlah anda khuwatir jika anda mengalami gejala-gejala tersebut apabila anda selesai mandi sebaliknya banyakkan minum air masak dan berehatlah secukupnya.

2. Penghidup Daya

Daya bermaksud upaya atau tenaga. Apabila organ-organ telah mulai berkerja dengan baik dan harmoni maka tubuh badan akan sihat. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali kedua dengan khasiat bunga-bungaan akan mendatangkan tenaga tambahan pada sipengamalnya. Sebab itulah rata-rata pengamal akan mulai rasa segar dan rasa bertenaga sejurus selepas mandi tanpa ada mengalami rasa lemah, lesu dan sakit. Namun ada juga pengamal yang masih mengalami gejala lemah, lesu dan sakit selepas mandi kali kedua atau kali ketiga maka ini adalah perkara biasa sebab selagi organ-organ dalaman seseorang itu masih belum pulih maka selagi itulah mandian seterusnya akan berfungsi sebagai Penghidup Raga.

3. Penghidup Seri.


Seri bermaksud hidup. Menurut petua orang tua-tua, selagi tubuh berdarah maka selagi itulah tubuh akan hidup maka dari situ dikatakan darah sebagai pemegang rahsia ‘hidup’. Oleh itu tubuh yang mati adalah tubuh yang tiada darah didalamnya dan begitu jugalah dengan wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang darah mengalir padanya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak ‘hidup’. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali ketiga dan seterusnya akan menghidupkan wajah dengan merangsang pengaliran darah secara menyeluruh terutama dibahagian muka dan dengan mengekalkan amalan mandi bunga secara rutin sebenarnya anda telah berjaya mengekalkan seri pada wajah anda secara berterusan.

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...