06 September 2016

Kenapa semua orang perlu menyimpan emas



Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya


Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang


Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang


Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul


Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan


Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.


6. Nilai wang semakin jatuh


Wang mengalami susut nilai, amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi. Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk membeli sesuatu brg jika wang kertas dikoyak koyak, adakah anda kutip? sudah tentulah tidak. Tetapi jika emas walaupun sudah menjadi serbuk sekalipun, pasti ramai yang nak. Inilah adalah contoh yang paling mudah untuk lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja.

7. Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat.
 


Simpan di ASB dpt 8.7% dividen manakala kenaikan harga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun.

8. Emas adalah aset yg mudah cair

Emas boleh ditukarkan kepada fiat/duit pada bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya. Jika anda jual, anda telah hilang aset berharga. Oleh itu anda digalakkan memajak di ar-rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tidak mampu tebus sekaligus; harta tak luak, duit dapat anda dapat =>

9. Pelindung kekayaan


Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa yang panjang. Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

10. Portfolio Simpanan dan Pendapatan


Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham. Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

Berita Emas, Kenapa Perlu Simpan Emas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...