Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

30 August 2016

JENAZAH SYIAH DIMANDIKAN BERDIRI

Pengalaman Ustaz Muhammad Abdul Latif mendalami bidang Syariah di Karachi, Pakistan telah memberi kesan mendalam ke atas dirinya tentang kekejaman Syiah yang telah membunuh mudir dan ilmuwan Islam di sana. Oleh sebab itulah, Ustaz Muhammad amat bimbang penularan Syiah di negara kita yang kian serius akan turut sama mengundang konflik dan pertumpahan darah sesama orang Melayu dan agama Islam. Bahkan sudah ada golongan berkenaan berkeras mahu jenazah pengikutnya dimandikan secara 'berdiri' sesuai dengan ajaran Syiah! 


Ikutilah temu bual eksklusif, Wartawan eksekutif Mastika, Mohd. Ali Atan bersama Ustaz Muhammad yang juga pemilik Safir Go Travel di Bandar Baru Bangi Seksyen 3, baru-baru ini... Ada seorang kawan saya, namanya tidak perlu disebutkan, selama ini dia langsung tidak tahu yang jirannya adalah seorang penganut Syiah. Sampailah pada hari jirannya itu meninggal dunia. Paling menghairankannya, penduduk kampung dilarang untuk memandikan jenazah tersebut. Ini kerana dalam wasiat, si mati mahu dimandi dan diuruskan mengikut amalan Syiah. Apa yang memelikkan penduduk, si mati ada menyatakan dalam wasiatnya beliau mahukan mayatnya dimandikan secara berdiri. 

Masya-Allah! Jadi bagaimana orang kampung hendak memandikan jenazahnya dalam keadaan begitu? Mengikut amalan Ahli Sunnah Waljamaah, jenazah dimandikan secara berbaring dan duduk bagi menghormati mayat. Oleh sebab tiada siapa dibenarkan menyentuh mayat tersebut, maka tugas memandikan jenazah penganut Syiah ini diambil alih oleh sekumpulan anggota Syiah yang diutus khas entah dari mana. Memang pelik. 

Jenazah itu didirikan betul-betul seperti orang hendak sembahyang. Mayat yang tadinya keras, kaku itu ditegakkan oleh sekumpulan jemaah Syiah tadi. Air dijirus dari kepala ke hujung kaki. Upacara memandikan mayat secara berdiri itu dilakukan seperti memandikan patung manusia. Setelah upacara mandi berdiri selesai, mayat tadi dibalut dengan kain kapan khas yang dilakar dengan tulisan Parsi yang kononnya doa khusus dari Iran, sebuah negara majoriti penganutnya Syiah. Apabila melihatkan keadaan mayat itu dimandikan secara berdiri itu imam kampung tidak membenarkan jenazah tersebut dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam. 

Imam itu berpendapat, oleh kerana cara pengurusannya tidak sempurna seperti mana mayat kaum Muslimin yang lain maka jenazah tersebut tidak seharusnya ditanam di Tanah Perkuburan Islam. Akhirnya jenazah penganut Syiah itu ditanam di pinggir tanah perkuburan sahaja tidak bersama-sama kubur orang Islam yang lain. Sedih! Sampai begitu sekali taasubnya pengikut Syiah sehingga upacara memandikan mayat dibuat mengikut fahaman mereka. Bayangkan kalau ada dua, tiga, sepuluh atau seribu lagi penganut Syiah meninggal? Siapa hendak memandikan mayat-mayat tadi secara berdiri kalau tiada pengikut Syiah yang datang? 

Oleh sebab penganut Syiah mengamalkan taqiyyah yakni berselindung daripada diketahui bahawa dirinya Syiah, tidak mustahil situasi begini boleh menimbulkan konflik dalam menguruskan jenazahnya apabila seseorang itu meninggal. Jika dibiarkan terus berkembang, orang Melayu yang jadi Syiah akan bertambah ramai. Maka rosaklah masyarakat kita. Katakanlah, sepasang suami dan isteri ini mula menganut Syiah. Maka mereka mula mengamalkan syahadah Syiah, solat Syiah, kefahaman Syiah dan amalan-amalan Syiah lainnya, apabila lahir zuriat dan tidak mustahil anak mereka dididik dengan ajaran Syiah. Lihat. Sudah ada dua generasi. Nantinya anak itu membesar dan berkahwin lalu mendapat anak. Anaknya itu pula diterapkan ajaran Syiah. Jadi sudah tiga generasi. 

Begitulah seterusnya, Bukan sekadar bertambahnya Melayu jadi Syiah. Bahkan nyawa kaum Muslimin yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran, Sunah dan para ulama AhIi Sunnah Waljamaah seluruh Malaysia terancam. Sudahlah begitu, penganut Syiah di Malaysia ramai membangkang pemerintah terutama selepas pihak berkuasa menyerbu markas Syiah di beberapa tempat. Mereka, orang Syiah ini sangat emosional dan pendendam. Tidak hairanlah nanti mereka akan bertindak balas dengan cara yang kita semua tidak sangka sama sekali. Paling membimbangkan, pembunuhan kejam ke atas Sunni dan ulama Sunni seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam. 

Orang Melayu dididik dari sekolah hingga ke ceramah agama daripada generasi ke generasi bahawa sahabat Nabi yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali adalah sahabat yang mulia dan di- jamin masuk syurga. la berdasarkan dalil sahih hadis dan disampaikan oleh ulama yang autoriti dalam bidangnya. Pengorbanan dan akhlak mereka sering diperkatakan oleh ulama kita apabila membicarakan kisah tentang Rasulullah s.a.w, kemuliaan al-Quran, kemuliaan isteri Nabi dan keluarga Nabi sebagai contoh teladan dalam membina jati diri umat Melayu dari dahulu hingga kini. Bahkan dalam tasawuf pun sahabat Nabi yang empat ini adalah seutama-utama insan yang sentiasa dihadiahkan al-Fatihah bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka bersama Rasulullah s.a.w dari awal hingga berkembang pesat sinar Islam ke seluruh dunia.
 
Sebaliknya orang Syiah mengkafirkan para sahabat. Orang Syiah memfitnah isteri Nabi yang mulia sebagai perempuan hina. Orang Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah yang kononnya menyokong kezaliman Muawiyah dan memfitnah para sahabat membunuh keluarga Nabi. Orang Syiah juga mengatakan Allah tidak tahu apa yang akan berlaku. Takdir Allah berubah mengikut keadaan semasa. Hanya imam mereka yang dipuja sebagai maksum sahaja yang tahu. 

Orang Syiah tidak mempercayai al-Quran yang dibaca dan diterima oleh ulama dan umat Islam masa kini. Kononnya banyak surah dalam al-Quran telah dihapuskan. Solat wajib pula sentiasa dijamakkan. Walhal Allah memberi kemudahan jamak dan qasar ketika kita bermusafir dalam jarak perjalanan tertentu. Sebaliknya Syiah menganggap seluruh kehidupan kita adalah musafir, jahatnya Syiah memesongkan makna kata 'musafir' mengikut hawa nafsu semata-mata! Sedihnya ramai para pensyarah dan profesor universiti menganut Syiah sebagai pegangan baharu mereka. 

Kita perlu sedar orang Syiah dididik dengan cara berhujah sebagai dakwah menyebarkan Syiah kepada masyarakat awam. Contoh hujah orang Syiah ialah malaikat Jibrail tersalah memberi wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang tidak tahu membaca dan menulis! Jadi kenapa Allah hendak beri wahyu kepada orang yang tidak tahu membaca? Dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah, hikmah Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah yang ummi ialah bagi mengelakkan tuduhan bahawa al-Quran direka oleh Rasulullah s.a.w. Namun orang Syiah akan memanipulasikan hal itu dan menekankan bahawa sumber Ahli Sunnah Waljamaah telah rosak. 

Orang Syiah juga menyelewengkan banyak fakta sejarah. Nikah mutaah sesama anggota keluarga... Semasa saya sedang belajar di Madrasah jamiatul Ulum al-Islamiyyah di Karachi Pakistan, berlaku pertembungan antara orang Syiah dan Sunni. Kami selalu melakukan demonstrasi mengutuk Ayatollah Khomeini yang popular sebagai pemimpin Iran pada waktu itu. Perlakuan orang Syiah amat pelik. Sama ada upacara keagamaan dan kebudayaan mereka dipenuhi dengan perkara bidaah bahkan bertentangan akidah Islam yang murni. Pada malam 10 Muharam merupakan saat yang tidak dapat saya lupakan. 

Pada malam tersebut, masjid Syiah mengumpulkan pengikut-pengikutnya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam satu tempat tanpa pembatas. Kemudian, ketua Syiah akan berucap sedikit sebelum kesemua lampu dalam masjid dipadamkan. Dalam keadaan gelap gelita itu, pengikut Syiah samada lelaki dan peremuan akan meraba-raba tangan dan tubuh orang di sebelahnya. Selepas itu lampu dihidupkan semula. Siapa sahaja yang dipegang itulah merupakan jodoh mutaah mereka walaupun sesama anggota keluarga. Seorang anak lelaki boleh berkahwin mutaah dengan ibunya sendiri. Seorang bapa boleh berkahwin mutaah dengan anak perempuannya sendiri. 

Begitulah jijiknya Syiah! Lebih hina daripada binatang! Walau bagaimanapun insiden yang paling saya ingat ketika berlaku pertembungan antara kami penuntut madrasah dengan orang Syiah. Mudir kami telah melarang lebih awal orang Syiah daripada melakukan perarakan di hadapan madrasah kami. Tetapi larangan itu dilanggar. Orang Syiah terus sahaja berarak dengan menunggang kuda putih. Kuda putih itu pula dibunuh dan diambil darahnya. Pada masa sama penganutnya memukul badan dengan benda tajam hingga berdarah-darah dan meraung seperti orang terkena histeria. Mudir madrasah pun memesan tiga lori yang membawa batu-batu kecil. Apabila orang Syiah berarak melalui jalan depan madrasah kami, mudir dan kami semua membaling batu ke arah mereka. Keadaan jadi tidak terkawal. 

Orang Syiah menyerang balas hingga mengakibatkan kematian mudir kami. Malahan ketika Mudir Dr. Habibur Rahman kelulusan Universiti Madinah dan Mufti Abdullah Sami' berada dalam kereta, mereka berdua ditembak oleh orang Syiah hingga mati. Jenazah mereka dikebumikan di pekarangan madrasah kami. Imam masjid turut dibunuh dengan kejam. Jadi terbukti Syiah jauh sangat terpesong! Mengamalkan akidah batil dan amalan yang langsung tiada dalil yang sahih. Jadi kenapa Mastika memberi ruang kepada 104 orang Syiah di Malaysia menulis di Mastika? Mastika! tolonglah jangan bersimpati kepada mereka. Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mempelajari agama secara mendalam termasuk professor dan pensyarah yang lazimnya daripada bidang bukan agama. Tetapi jangan hairan ada pensyarah dalam bidang agama pun bersimpati dengan Syiah. 

Perlahan-lahan masuk ke jurang gelap Syiah. Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan, setiap Muslim yang mengikut AhIi Sunnah Waljamaah wajib kafirkan Syiah. Mufti A'zom yang merupakan antara mufti Pakistan yang telah mengeluarkan fatwa: "Barang siapa yang tidak mengkafirkan Syiah maka orang itu adalah Syiah!" Orang Syiah bukannya saudara seagama yang harus dijaga silaturrahim. Masalah utama Syiah ialah mengamalkan akidah batil, sesat dan merosakkan. Bukannya berbeza dari segi cabang atau perkara furuk. Menerima Syiah walau dengan apa cara sekalipun seumpama 'mencampurkan makanan yang elok dengan makanan yang basi'. 

Tiada cara lain untuk cegah diri kita, keluarga, sanak saudara, kenalan dan jiran tetangga serta masyarakat luar daripada terpengaruh dengan Syiah melainkan wajib setiap daripada kita mempelajari akidah AhIi Sunnah Waljamaah daripada ulama yang berkelayakan. Mohon hidayah, taufik dan inayah ditunjukkan jalan haq. Dijauhi jalan batil yang antaranya ajaran Syiah.

Sumber : Mastika Okt. 2013

19 October 2015

Antara Nasab Keturunan Wali Songo

Ada 160 kabilah Arab di Nusantara malah kalau tak silap saya di seluroh dunia.Bagi bangsa Arab nama anda tidak penting sangat TETAPI FAMILI NAME itu penting,kerana dari situ orang dah tau SIAPA ANDA !!!.Nama keluarga saya ialah AL JAILANI dan isteri saya adalah AL IDRUS.Dari nama keluarga saya dan isteri saya, orang dah tau siapa nenek moyang kami !!!.Dalam 2 cucu Nabi saw iaitu Saidina Al Syahid Hasan dan Saidina Al Syahid Husin,dan dari mereka kedua ini banyak melahir kan keturunan cucu cicit.Keturunan dari Al Hasan di panggil AL HASSANI dan AL HUSIN di panggil Al BAA ALAWI/ALAWIYIN.Nasab BAA ALAWI sangat tersusun dan advant, tetapi NASAB AL HASSANI tidak berapa tersusun kerana ada sebab sebab teknikal.Sebenar nya sekarang BAA ALAWI yang ada dan hidup keturunan ke 39 atau 38 dan mereka ini mesti lah berumur kira kira 5o tahun, jika tidak dia nya dikira tidak betul!!!.

Nasab Al Hasan pula pada keturunan ke 28,saya tidak tahu kenapa antara kedua Nasab ini (HUSIN DAN HASAN) jauh berbeza,pada saya MUNGKIN KETURUNAN AL HASAN UMUR PANJANG.Kalau anda kaji kedua keturunan ini sebahgian besar nya mempunyai WATAK YANG BERBEZA !!!.Keturunan AL HASSAN banyak menjadi RAJA dan ULAMA dan keturunan AL HUSIN banyak menjadi PEJUANG,PANGLIMA PERANG,RAJA,ULAMA PEJUANG dan sangat sedikit menjadi ULAMA…itu adalah pendapat saya dan kajian saya.(AL HUSIN BERDARAH PANAS DAN AL HASAN BERDARAH KURANG PANAS/LEMBUT).Ini mungkin(pendapat saya) banyak dari keturunan kami begitu,,,suami berwatak lembut,dan isteri berwatak panas..atau sebalik nya.

Biasa nya dari keturunan kami..Saiyid juga di panggil Syeikh, JIKA MEREKA ITU GURU ATAU PENGHULU.Saiyid dan Saidah ini adalah YANG DI KASIHI.Habib dan Hababah ialah YANG CINTAI.Untuk yang Gelaran lain…WAN,Keturunan dari SAIYID ALI NURUL ALAM bin SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA…biasa di panggil FAMILI NAME..AZAMAT KHAN..bawah nya NIK,KU,MIOR….Ini bermakna lepas SAIYID >>WAN>>NIK>>KU>>MIOR.Ini dikira orang perempuan yang bergelar Syarifah/Saidah itu tidak berkahwin dengan orang biasa yang tidak bergelar.Keturunan RADEN adalah dari keturunan Saiyid Ahmad Rahmatullah bin Saiyid Ibrahim Asmoraqandi/Sunan Nggesik bin Saiyid Husin Jamadil Kubra.Ini bermakna RADEN,DAING,WAN,NIK,KU,MIOR adalah satu keturunan iaitu dari DATUK KU SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA….BIASA DI PANGGIL FAMILI AZAMAT KHAN….Saya akan TULIS KAN KETURUNAN BELIAU SATU PERSATU..INSYALLAH.

Gelaran RADEN ini kena tengok dulu, dari SIAPA KAH NENEK MOYANG MEREKA,kerana dari keturunan MOJOPAHIT JUGA ADA GELARAN ‘RADEN’.Dan jika nenek moyang nya bernasab WALI SONGO,MEREKA ITU MEMANG BERNASAB “AZAMAT KHAN”.Ada 24 orang SUNAN, SEMUA NYA BERDARAH ARAB KECUALI SEORANG YANG BERDARAH JAWA/MAJOPAHIT iaitu iah Sunan Kali Jaga atau RADEN MAS SYAHID.Dan seorang berdarah campuran CINA DAN ARAB iaitu SUNAN THE LI SING (TELISING)..JAWA BARAT.Tetapi anak anak keturunan dari 2 SUNAN ini di gelar SAIYID DAN RADEN kerana ke 2 mereka berkahwin dengan PUTRI ARAB….Contoh SUNAN KALIJAGA berkahwin dengan PUTERI DEWI MURTASIMAH bte SUNAN AMPEL,melahir kan SUNAN MURIA(RADEN UMAR SAID).

Itu lah yang tahu serba sedikit,kerana saya juga masih kurang ilmu darihal BAB NASAB INI,yang saya faham betul hanyalah NASAB SAYA.Ini di sebab kan saya memang di beritahu olih datuk nenek saya, kami dari keturunan siapa dan setiap keluarga kami memang hafal nama DATUK DATUK KAMI 7 KETURUNAN DI ATAS….Semasa saya berkursus dalam TENTERA dulu,saya dapat nombor 2 darihal NASAB ini kerana ada seorang yang hapal 10 keturunan nya di atas !!!sungguh mengkagum kan saya !!!.Kekadang kita hanya hapal sampai ke DATUK saja…atas pada datuk…dah lupa !!!aduhai, jadi bagaimana lah kita nak tau siapa diri kita???DARI MANA ASAL KITA, DAH LAH AMAL KURENG…BAB KETURUNAN PUN FAIL…wasallam…jangan marah bib…kena cari lah !!!!.

Nenek Moyang Wali Songho ialah Saiyid Husin Jamadil Kubra atau Maulana Al Akbar.
RIWAYAT HIDUP MAULANA SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA (1310-1453 M)

Maulana ini di lahir kan pada tahun 1310 di negeri Malabar.Sebuah negeri dalam Empayar Kesultanan Delhi.Bapa beliau ialah Gabenor/Amir bagi negeri Malabar.Bapa beliau ialah Amir Saiyid Ahmad Syah Jallaludin.Bapa beliau ialah dari keturunan Saiyid Ali Hadramaut.Nasab beliau ialah Saiyid Husin Jmadil Kubra bin Sayid Amir Ahmad Syah Jalaludin bin Saiyid Amir Abdullah Khan bin Saiyid Amir Abdul Malik bin Saiyid Ali Hadramaut dan terus ke Rasullulah saw.Beliau ialah keturunan ke 21 dari Rasulullah saw.

Maulana ini mempunyai 17 adik beradik di antara yang saya tahu ialah;Saiyid Muhyidin,Saiyid Aludeen Abdullah,Saiyid Amir Syah Jalalluddeen(SULTAN MALABAR),Saiyid Alwee Khutub Khan,Saiyid Hasanuddeen,Saiyid Qodeer Binaksah,Saiyid Ali Syihabudeen Umar Khan,Saiyid Syeikh Mohamad Ariffin Syah/TUK KELUMPANG AL JARIMI AL FATANI,Saiyid Syeikh Mohamad Saman Syah Al Fatani/Syeikh Thanauddeen/DATUK ADI PUTRA dan Saiyid Tok NIK Al Fatani.Senarai adik beradik yang lain saya tidak dapat info lagi.

Pada awal kurun ke 14 kumpulan Mubaligh Islam dari Malabar ini seramai 7 orang di hantar olih AMIR/SULTAN MALABAR ke Alam Melayu untuk berdakwah.Kumpulan ini di kenali sebagai WALI TUJOH, di ketuai olih Maulana Saiyid Husin.Mereka singgah di SEMUDERA PASAI.Waktu itu Pasai di perintah olih Sultan Zainal Abidin (1350-1394).Dalam kumpulan ini ada seorang Syeikh iaitu Tuan Syeikh Jana Khatib.Syeikh ini di tinggalkan di Singapura/Temasik untuk berdakwah.Syeikh ini terbunoh,di hukum bunoh olih Raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja.Selepas terjadi peristiwa pembunohan kejam ini, maka SINGAPURA di HANCUR LULUH kan olih ALLAH melalui SERANGGAN TODAK DAN SERANGGAN TENTERA MOJOPAHIT.

Rombongan Pendakwah ini pergi terus ke KOTA JEDDAH( Kelantan).Di Kelantan mereka di sambut olih Raja Brubasa(bekas Raja Empayar Cermin yang lari ke Kelantan ).Pada tahun 1350 m Maulana Saiyid Husin di nikah kan dengan Puteri Linang Cahaya.Puteri ini ialah Adinda Raja Bharubasa.Sebelum ini Maulana Husin telah berkahwin di India dan melahirkan Maulana Saiyid Malik Ibrahim.Dari Puteri Puteri Linang Cahaya, lahir lah Puteri Aisyah.Puteri Aisyah di kawin kan dengan Syeikh Kholid Al Idrus..dari mereka ini lahir Syeikh Mohamad Yunus,melahir kan Raden Abdul Qoder yang menjadi SULTAN DEMAK ke 2,SYAHID DI PULAU BESAR pada tahun 1521 m.Dari SULTAN DEMAK ke 2 ini menurun kan NASAB isteri saya RADEN SYARIFAH NORMALA.
Pada tahun 1355 m,Maulana Saiyid Husin berkahwin lagi dengan Puteri Ramawati(ANAK SULTAN ZAINAL ABIDIN..PASAI).Dari perkhawinan ini lahirlah seorang MUBALIGH TERULUNG iaitu Saiyid Ibrahim Asmarqandi/Ibrahim Asmoro/SUNAN NGESSIK.Dari Saiyid ini lahir lah SUNAN AMPEL,MAULANA ISHAQ (datuk ku ).Dari 2 beradik ini melahir kan SEBAHGIAN BESAR WALI SONGHO,iaitu Sunan Giri, Sunan Muria,Sunan Lamongan,Sunan Bonang,Sunan Kudus dan Sunan Drajat.

Maulana Saiyid Husin berkahwin lagi dengan Puteri Selindung Bulan(cucu saudara Puteri Linang Cahaya).Di tukar nama menjadi Puteri Syahirah, maka lahir lah Saiyid Ali Nurul Alam/PATIH ARIA GAJAH MADA.Saiyid ini lah yang menjadi Raja Kelantan dan menurunkan KETURUNAN SULTAN KELANTAN.Saiyid ini lahir pada tahun 1366 m.Saiyid ini menjadi Perdana Menteri MOJOPAHIT 2 dan bergelar PATIH ARIA GAJAH MADA.Seorang lagi PATIH yang terkenal ialah PATIH GAJA MADA (1319-1364).Sebenar nya yang terlibat dengan Laksamana Hang Tuah, Saiyid Ali Nurul Alam lah bukan Patih Gajah Maja, kerena melihat pada tahun kehidupan PATIH GAJA MADA(1319-1364 M),waktu itu MELAKA MASIH BELUM ADA DAN DI LIPUTI HUTAN LAGI…Perlu kita tahu MELAKA di BUKA pada tahun 1400 m.

Selepas Prabu Hayam Wuruk dan Patih Gajah Mada WAFAT,Empayar MOJOPAHIT di bahagi 2.Majopahit KEPULAUAN( Jawa,Kalimantan,Mindanao dan Sulawesi )…dipanggil MAJAPAHIT 1..DI PERINTAH OLIH RATU SUHITA..Majapahit DARATAN(Sumatera,semenjung Emas,Campa dan Segenting Kra) di panggil MAJAPAHIT 2..Di perintah olih Sultan Baki Syah dan Saiyid Ali Nurul Alam.Empayar Majapahit 2 berpusat di KOTA MAHLIGAI, KELANTAN.Makam Saiyid Ali Nurul Alam terletak Garak Rawain,Petani.

Maulana Saiyid Husin bergerak ke arah Tanah Jawa.Di Jawa beliau menyerah kan tugas dakwah ke anakanda tertua nya Maulana Saiyid Malik Ibrahim di Gresik Jawa Timor.Beliau sendiri bergerak ke arah SULAWESI dan mengislamkan RAJA LUWOK iaitu Raja Lamdu Salat pada tahun 1380 m.Akhir nya beliau beemetautin di Sulawesi kerana sebahgian besar orang Bugis belum masuk Islam.Dari Raja Lamdu Salat lahir lah UPU TANDORI DAING RILAKA, dari Daing Rilaka maka lahir lah UPU DAING BERLIMA..Daing Perani,Daing Celak.Daing Manambon.Daing Marewah dan Daing Kamasi juga seorang perempuan Datu Ri Watu..Raja Topamana….dalam NASAB SAYA, seorang anak Daing Kemboja(anak Daing Perani) juga cucu Daing Perani iaitu Raja Siti Khatijah berkahwin dengan Syeikh Saiyid Ahmad Maulana dan melahir kan anak iaitu Saiyid Umar Saad dan INILAH BUYUT saya !!!.Makam mereka (Raja Siti KHATIJAH dan Saiyid Umar Saad ) ada di kampung asal saya !!!

Pada tahun 1453 m Datuk ku ini,Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra di panggil menghadap ILLAHI dan di semadikan di LUWOK SULAWESI.Jaoooooh dari tempat lahir nya !!!.Persoalan nya mengapa kah jadi begitu !!!seorang anak raja/sultan meninggalkan segala KEMEWAHAN.isteri yang cantik,kehidupan yang selesa dan lumayan hanya untuk MEMENOHI PERINTAH ALLAH YANG BERBUNYI ‘SAMPAIKAN LAH WALAU PUN SATU AYAT”.Kalau lah bukan dari usaha GIGIH DAN BERKAT KESABARAN dari MAULANA SAIYID HUSIN INI kita tidak tahu apa kah ANUTAN kita sekarang..kita juga tidak tahu dimana kah kita ini, KHUSUS NYA DIRI KU YANG SERBA DHAIF DAN FAKIR LAGI HINA INI….wasallam.

Asalam mualaikum Semua !!! ANAK ANAK MAULANA SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA.
Maulana Saiyid Husin beristeri 4 orang yang saya tau iaitu :

1.Puteri Nizam Al Mulk dari Delhi dapat anak Maulana Saiyid Malik Ibrahim atau Sunan Maghrib atau Kakek Bantal.

2.Puteri Linang Cahaya dari Samudera Pasai dapat anak Puteri Syarifah Siti Aisyah berkawin dengan Syeikh Khalid Al Idrus…Adipati JEPARA.

3.Puteri Ramawati binti Sultan Zainal Abidin,dari Kembayat Negara dapat anak Maulana Saiyid Ibrahim Al Hadrami atau Sunan Nggessik.

4.Puteri Syahirah dari Kelantan dapat anak Saiyid Ali Nurul Alam.

5.Puteri Jauhar/Johor dapat anak Saiyid Mohamad Alwe Berkat Nurul Alam dan Saiyid Mohamad Kebungsuan atau Nakhoda Saiyid Ahmad.

SAIYID IBRAHIM AL HADRAMI ATAU SUNAN NGGESSIK (1356-1424 m)

Ulama ini di kenali dengan bayak nama seperti Saiyid Ibrahim Asmaraqandi,Saiyid Ibrahim Al Ghazi,Syariff Awlia dan Saiyid Karimul Makdum.Saiyid Ibrahim Asmoro lahir pada tahun 1356 m di Champa.Bonda nya ialah Puteri Ramawati anak Sultan Zainal Abidin dan Pemaisuri Siti Zubaidah yang POPULAR dengan SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CINA.

Ulama ini menurun kan paling banyak keturunan ULAMA NUSANTARA khusus nya WALI SONGHO.Selain ULAMA juga RAJA RAJA NUSANTARA,Panglima Perang dan Pemimpin Masyarakat dan Ahli Perubatan Islam.
Pada kurun ke 12 dan 13 masihi, Samudera Pasai adalah Pusat Pengembangan Islam YANG TERULUNG DAN PERTAMA di ALAM MELAYU.Hampir seluroh Mubaligh Islam berkumpul di Pasai, termasuk lah kaum kerabat Saiyid Ibrahim Asmoro.

Saiyid Ibrahim Asmoro berkahwin dengan Puteri Canda Wulan,puteri Raja Bhadrawarman pada tahun 1401 m.Dari perkhawinan ini melahirkan :

1. Raden Rahmattullah/ SUNAN AMPEL(1330-1533 M)

2. Maulana Ishaq /Syeikh Wali Lanang (1340-1512 M)

3. Raden Santeri/Maulana Ali Murtardho

4. Raden Syarifah Siti Zainab/ Nyai Dewi Endang Sasmitra Puri.

Pada tahun 1375 m,Sultan Zainal Abidin(1350-1394) telah merintahkan sekumpulan Mubaligh Islam berdakwah ke Tanah Jawa.

Kumpulan ini di ketuai olih :

1. Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra

2. Maulana Malik Ibrahim

3. Maulana Saiyid Ibrahim Asmoro

4. Maulana Ishaq

5. Maulana Saiyid Abdullah atau Sultan HUD atau Maulana Israel

6. Maulana Rahmatullah atau Sunan Ampel

7. Syeikh Abdul Jalil atau Syeikh Siti Jenar.

Hanya Maulana Saiyid Husin Jamadil Kubra saja yang menerus kan dakwah terus ke Sulawesi, yang lain berdakwah di Tanah Jawa.
Saiyid Ibrahim Asmoro berdakwah di Tuban Jawa Timor,anak nya Sunan Ampel di Ampel Denta, Maulana Ishaq di Blambangan dan Maulana Malik Ibrahim menjadi KETUA ULAMA JAWA, Maulana Abdullah kembali ke Kelantan/Petani menjadi Raja bergelar Sultan HUD.
Pada tahun 1424 m, Maulana Ibrahim Asmoro wafat di Tuban dan di semadikan di NGESSIK.Sebab itulah beliau di kenali dengan nama SUNAN NGESSIK.

Sumber: Gabungan komentar Tok Syeikh di: http://karimon.wordpress.com/

14 August 2014

Merenung Kembali Asas-Asas Akhlak dan Adab Berjamaah


Ke hadapan semua Penggerak Harakah Islamiyyah,

Parti Islam seMalaysia (PAS) amat memahami bahawa menyampaikan da’wah itu merupakan suatu kewajiban adalah suatu hakikat yang pasti seperti yang dituntut oleh Syara’ dan tidak pernah timbul sebarang khilaf di kalangan ‘ulama’ mengenai hukum ini.[1] Selanjutnya kita juga difahamkan bahawa pelaksanaan prinsip-prinsip wajib berda’wah itu dapat dilakukan melalui dua keadaan: secara fardiyy (perseorangan)[2] dan jama’iyy (berkumpulan/kolektif). Nas yang terkuat menunjukkan bahawa pelaksanaan da’wah secara jama’iyy adalah lebih dituntut yang mesti dilaksanakan oleh setiap ummat Islam sehingga tertegaknya Din dan Hakimiyyah Allah di atas muka bumi ini dan kaedah ini akan menyebabkan kesan da’wah lebih terasa. Dan di atas dasar itulah para ‘ulama’ tanah air yang menyedari hukum ini mewujudkan Parti Islam Se Malaya atau ringkasnya PAS, 55 tahun dahulu!

Bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur[3] dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya? Dalam hal ini, kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasi atau tanzim Jama’ah. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana Pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan organisasi Jama’ah itu. Dan di dalam mengendalikan Jama’ah itu, prinsip dan adab berJama’ah itu menjadi amat penting sekali kepada semua peringkat, dari Ahli Biasa PAS ke Mursyidul ‘Am.

Secara umumnya setiap Jama’ah Islam ataupun organisasi mempunyai prinsip dan kaedah tersendiri untuk menguruskan jentera organisasinya. Oleh itu, kita dalam PAS juga mempunyai adab, tertib dan akhlak berjamaah yang mesti dipatuhi. Selain daripada asas-asas al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma’ ‘Ulama’ dan Qiyas yang kita gunakan sebagai dasar Jama’ah kita, sebagai sebuah parti politik moden yang berdaftar, kita turut memiliki Perlembagaan PAS yang menjadi peraturan organisasi, dan yang paling penting, keputusan muktamad yang dicapai dalam Majlis Syura PAS. Jika kita ahli PAS yang berakhlak dan beradab, kita wajib patuh kepada adab organisasi seperti yang dinyatakan di atas.

Dalam konteks ilmu kemasyarakatan moden, akhlak dan adab mengendalikan Jama’ah dapat dikaitkan sebagai ilmu pengurusan, iaitu proses merancang (planning), menyusun (organize), memimpin (lead) dan mengawal (control) sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat (objective) yang telah digariskan.[4] Sehubungan dengan itu, pengurusan Jamaah Islam pula bermaksud “menguruskan Jama’ah Islam ke arah menyempurnakan segala tuntutan Islam seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulu’Llah SAW.”

Oleh sebab modul pengurusan Islam adalah al-Qur’an dan Hadith dan model pelaksanaannya ialah diri Rasulu’Llah SAW itu sendiri maka ummat Islam pada masa kini bergantung kepada para ‘ulama’ mu’tabar selaku pewaris para nabi untuk mentafsirkan segala mesej pengurusan yang telah ditinggalkan oleh Rasulu’Llah SAW menerusi amalan peribadi baginda SAW.

Dalam hal ini pengkajian sirah Rasulu’Llah SAW,[5] para sahabatnya serta ‘ulama’ mu’tabar terdahulu menjadi amat penting sebagai dasar manhaj pengurusan Islam pada hari ini. Selain itu, ilmu-ilmu moden yang diajarkan di universiti amat penting sebagai ilmu bantu ke arah menyempurnakan pelaksanaan tugas pengurusan itu sendiri. Malah di dalam era post modernism yang hangat diperkatakan oleh para sarjana ilmu kemasyarakatan kini,[6] aspek-aspek nilai dan kebenaran mula dititikberatkan.

Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai satu contoh yang dihidangkan oleh Allah SWT kepada kita secara terang lagi bersuluh , dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah Jama’ah Islam yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:
(i) memiliki ‘ilmu yang benar;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) dianggotai oleh ahli dipelbagai peringkat.

Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, organisasi atau Jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara : kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Pimpinan harus meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah. Pimpinan mesti mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja. Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota jamaahnya apabila beliau berkata:
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;

(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.[7]



Ingatlah akan pesanan tegas daripada Rasulu’Llah SAW bahawa:
“Apabila dilantik seseorang untuk sesuatu tugas yang bukan ahlinya, maka nantilah saat kehancurannya!”

Sesungguhnya jalan da’wah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bungaan yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang.[8] Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat segala ujian dan cabaran da’wah itu sendiri :

“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman”
padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah
orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti berdusta.”
(Al-Ankabut: 1–3)

Amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini, iaitu Parti Islam Se Malaysia atau PAS supaya kita, Jama’ah dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain di antara lainnya termasuklah:
(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman
tentang Islam dan Jama’ah;

(ii) Tidak mengutamakan aspek tarbiyyah;

(iii) Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;

(iv) Mengenepikan Syura dan nasihat;

(v) Mengutamakan kulit bukan isinya – banyak
bertengkar tetapi sedikit kerja;

(vi) Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;



(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengenepikan dasar.[9]



Dan…….ingatlah pesanan Sayyidina ‘Ali Abi Talib bahawa :
“Perencanaan batil (musuh) yang tersusun kukuh hampir pasti
menumbangkan kebenaran (Islam) yang kucar-kacir”.
Dengan memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya ( الأركان الدعوة ) peringkat-peringkatnya ( مرا حل الدعوة ) di mana Rukun Faham ( الفهم ) sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah ( لأركان البيعة)[10] sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah. Sesunugguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang akan ditentukan-Nya.[11]

Akhlak dan adab anggota Jama’ah adalah nadi terpenting dalam perjalanan sesebuah Jama’ah Islam. Di dalam rangka ‘amal jama’iyy, setiap langkah ahli PAS, tidak kira apa jawatan yang pegangnya sama ada di Unit, Kawasan, Negeri ataupun Pusat, akan mewakili dan melambangkan imej dan hasrat parti atau Jama’ah. Kesilapan ahli akan menempelakkan masalah dan musibah kepada Jama’ah! Pimpinan pula sebagai anchor jentera pengurusan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap organisasi Jama’ah. Kita berasa amat bernasib baik dan dengan Takdir dan Izin Allah SWT jua, Jama’ah Islam bernama PAS ini dikendalikan dan ditadbir di bawah para ‘ulama’ dan kita berdoa agar Jama’ah kita terus dirahmati Allah SWT. Mengikut prinsip ‘amal jama’iyy, semua arahan pimpinan atasan wajib dipatuhi oleh pimpinan bawahan dan seterusnya di semua peringkat kecuali arahan yang bercanggah dengan nass yang jelas berdasarkan syariat Islam.

Oleh yang demikian, para ikhwah sekalian, kita hanya ada satu pilihan – iaitu untuk yang bersama dengan orang-orang yang mendapat tarbiyyah tertib lagi penuh beradab. Dan para muktamirin telah membuat pilihan..... iaitu mereka yang ikhlas bersungguh-sungguh mempertahankan Jama’ah berdasarkan hujjah-hujjah syar’iyy dalam konteks dakwah yang luas terbentang berasaskan sumber-sumber sahih daripada al-Qur’an, Hadith, Ijma’ dan Qiyas ulama’ terdahulu. Siapakah yang kita maksudkan - tidak lain dan tidak bukan, iaitu para ulama’ sendiri dan mereka yang mendukung para ulama’ dan profesional yang dapat membantu ulama’. Jangan sekali-kali kita mengikut kata-kata mereka yang tidak berakhlak dan beradab dalam jamaah! Kita elakkan barisan kepimpinan kita daripada anasir-anasir perosak yang menyelewengkan hala tujuan dakwah kita....

Jama’ah Harakah Islamiyyah kita yang bernama PAS sebagai sebuah parti politik telah melaksanakan kewajiban meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangan. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT. Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Hizbu’Lah yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi kita yang mendukung Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara”. Jangan ada, ahli mahupun pimpinan, yang boleh menerima arahan dari luar jama’ah dan dari luar pimpinan kita. Ini amanat daripada barisan Pimpinan Tertinggi kita dan kita sebagai ahli Jama’ah PAS wajib menerima dan melaksanakan amanat ini. Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita……………

Kepimpinan sedia ada dalam jamaah Islam bernama PAS adalah kepimpinan bersifat jama’iyy bukannya fardiyy. Ia bukanlah milik peribadi. Kewajiban mematuhi arahan pemimpin tertinggi oleh pemimpin bawahan hanya berlaku dalam perkara-perkara ma’ruf bersifat syar’iyy sahaja kerana larangan mematuhi arahan pemimpin tidak syar’iyy adalah perintah yang amat jelas oleh Rasulullah SAW.[12] PAS bukan milik Presiden ataupun Mursyidul ‘Amnya. Ia adalah harta dan milik seluruh anggota dan ahli PAS serta mereka yang menyokong cita-cita Islam yang dibawa oleh PAS. Ia dipandu oleh Jawatankuasa Pusat dan di bawah kepimpinan ulama’ yang dikawal-selia oleh Majlis Syura Pusat. Oleh sebab struktur yang sedemikian, Tuan Guru Mursyidul ‘Am tidak boleh “memecat” atau “mengarahkan” atau memberi maksud arahan kepada mana-mana pimpinan pimpinan PAS Pusat atau Negeri untuk meletakkan jawatan yang telah disokong oleh majoriti muktamirin. PAS bukan dipimpin oleh pandangan seorang daripada beberapa pimpinan sedia ada walau bagaimana masyhur dan tersohor pun pimpinan itu. Apa yang berlaku kini amat sedih dan tidak mencorakkan kepimpinan Islam yang mementingkan akhlak dan adab berjamaah. Bukankah ucapan penerimaan jawatan khalifah oleh Sayyidina Abu Bakar dan pelaksanaan Majlis Syura Sayyidina ‘Umar menjadi bukti yang paling simple bahawa jamaah Islam bersifat jama’iyy bukannya fardiyy selain bukti yang terlalu banyak dalam al-Qur’an dan hadith?

Mengetepikan semua prinsip ‘amal jama'iyy dan uslub dakwah yang diamalkan adalah tanda dan bibit awal kehancuran jamaah Islam itu sendiri. Apabila Allah menganjurkan penyebaran dakwah secara terbuka luas tanpa batasan dengan memberi nasihat berguna serta perbahasan (bermujadalah) dengan hujjah-hujjah yang terbaik,[13] maka ia adalah metodologi yang anjurkan oleh Islam untuk diselami oleh para du’at. Dan asas jamaah Islam itu ada dua – kefahaman dan ukhuwwah. Kemudian datanglah kekuatan diri dan mahabbah. Tidak mungkin seseorang da’i itu menggadaikan prinsip Islamnya kerana terlalu bergelut dengan amalan politiknya. Tidak mungkin dan tidak boleh seorang Tok Guru mengambil hujjah politik mengatasi hujjah al-Qur’an. Apatah lagi seorang Tok Guru yang cukup senior yang di kalangan beberapa orang sudah dianggap sebagai legenda siyasah Islam! Dan jika masih kusut lagi dan tidak selesai sepenuhnya, bersyuralah seperti yang Allah ajarkan. Bukankah Majlis Syura adalah badan penasihat parti? Manfaatkan Syura.

Namun hakikatnya Tok Guru adalah manusia jua, sama seperti Muhammad SAW, Junjungan yang kita sanjungi dan sayangi. Bukankah beberapa kali Allah SWT menegur kesilapan Rasulullah SAW? Di dalam sifat kemaksuman baginda SAW, Allah turunkan ujian sebagai pengajaran buat manusia kerana Muhammad itu juga seorang insan. Sudah lupakah kita peristiwa getir fitnah al-Kubra yang melanda Sayyidatina Aishah RA yang kehilangan kalungnya yang telah mendukacitakan Rasulullah SAW, membangkitkan kemarahan Sayyidina Abu Bakr kerana anakandanya telah ‘derhaka’ terhadap suaminya, yang juga seorang Rasul? Dan apabila ditanya olehnya kepada Aishah - “siapakah yang dapat membantumu kerana tiada sesiapa lagi yang mempercayaimu?” Dengan tangisan sedih namun penuh tekad dan komited dengan pendiriannya, Ummul Mukminin menjawab – “Allah SWT akan menunjukkan kebenaranku!” Dan ketika mana tiada manusia yang dapat membantu, turunlah Wahyu Ilahi yang telah membela Aishah, yang telah memperbetulkan kesilapfahaman Rasulullah dan paling penting – mengajar seluruh ummat Islam bahawasanya Kebenarn itu hanyasanya daripada Allah, Pemilik Yang Maha Agung!

Bermunajatlah wahai Tok Guru dan kami bersamamu.

Titisan air mata ini akan menjadi saksimu, Ya Allah...... betapa gundahnya hati ini mengenang ujian yang Engkau turunkan demi mematangkan kami. Tapi kami tetap percaya dengan-Mu, ya Allah kerana Janji-Mu pasti tetap berlaku seperti yang telah Kau janjikan kepada kami yang terdahulu dan telah Kau tunaikan terdahulu. Namun kami amat berharap kepada-Mu, ya Allah, janganlah Kau bebani kami dengan ujian yang terlalu berat untuk kami pikul, dalam usaha kami bertatih di atas jalan dakwah yang telah Engkau gariskan itu. Ampunilah kami, restuilah kami dan kami bermunajat kepada-Mu, ya Allah......agar Kau permudahkan urusan kami agar kami dapat kembali bersatu hati, mengumpul segala tenaga sedia ada untuk menegakkan Kalimah-Mu di muka bumi Malaysia ini.

Amin, ya rabbal ‘Alamin!

Nukilan
Abu Aiman,
Kuala Lumpur

Nota Kaki:
[1]Lihat nas-nas al-Qur’an, umpamanya dalam surah Ali ‘Imran: 104 dan 110, an-Nahl: 125, as-Saff: 4 dan al-Ma’idah: 54-56. Terdapat juga sekian banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan kewajiban berda’wah. Lihat juga tulisan yang mendalam oleh para ‘ulama’ harakiyyah mengenai hukum berda’wah, di antaranya termasuklah Dr. Abdul Karim Zaydan dalam Dasar-Dasar Ilmu Da’wah dan Fathi Yakan dalam Bagaimana Kita Memanggil Kepada Islam.
[2]Sila lihat prinsip dan kaedah pelaksanaan Da’wah Fardiyyah yang telah dikupas dengan indah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur dalam Da’wah FardiyyahKuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985.
[3]Penegasan Allah SWT dalam surah as-Saff: 4 perlu diteliti dengan mendalam. Da’wah perlu disusun rapi secara kolektif, dirancang, dikawal dan dipimpin secara berkesan untuk mencapai matlamat yang telah digariskan.[4]Huraian tradisi konsep pengurusan ini pernah diberikan oleh Stoner dalam J.A.F. Stoner dan C. Wankle, Management, New Jersey: Prentice Hall, 1986. Lihat juga Ernest Dale, Organisation: New York, American Management Association, 1967.[5]Di antara kajian sirah yang terbaik yang boleh dijadikan panduan anggota Jamaah Islam ialah Fiqh as-Sirah oleh Sa’id Ramadan al-Buti, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1987, Fiqh as-Sirah oleh Muhammad al-Ghazali, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1986 dan As-Sirah an-Nabawiyyah: Durus wa ‘Ibar oleh Dr. Mustafa as-Siba’i.
[6]Di antara yang terkehadapan ialah Peter F. Drucker yang banyak menulis tentang kelakuan manusia dalam penyusunan organisasi moden. Lihat umpamanya, karangan beliau,Post-Capitalist Society, 1993.[7]Diungkapkan semula oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalamHarakah Islamiyyah ; Suatu Tuntutan, Shah Alam: KPIITM, 1981, hal. 30-31.[8] Lihat huraian tentang fiqh ad-Da’wah dalam siri Tariq ad-Da’wah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur,Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985. Diterbitkan kembali semua siri tulisan tersebut dalam dua jilid yang berasingan dengan judul Min Fiqh ad-Da’wah Mustafa Masyhur Jld. I dan 2.
[9]Kupasan yang mendalam dan indah ini telah dihuraikan oleh mujahid dakwah ini dalam tulisannya yang amat penting, Jalan Da’wah: Di antara Keaslian dan PenyelewenganKuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1986.
[10]Lihat tulisan-tulisan beliau dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna, Dar ad-Da’wah, 1990.
[11]Mustafa Masyhur, Jalan Da’wahKuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985, hal. 5.[12]Di dalam hadith yang masyhur, Rasulullah SAW ada menyebut, “La ta’atan li makhluqin fi ma’siati’l-Khaliq” (tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’)[13] Surah an-Nahl: 125

31 July 2014

Teringin Makan Lemang - "Lemang Perantau Bahrain"

Assalamualaikum,

Emmm sedapnyer...

Lemang Tanpa Buluh sesuai untuk hidangan tetamu di hari raya atau open house. Rasanya tidak terhad pada perantau tapi untuk yang tinggal di bandar atau di desa juga boleh menjadikannya sebagai salah satu juadah untuk tetamu. Senang tidak perlu bermain dengan buluh dan asap api. Tapi Lemang guna buluh tu lagi sedappppp....ada kepala lemang!!! lemak2 gitu...favorite ana..

Ana usahakan untuk publish hari ini sebab empunya diri nak buat open house nanti... Harap entry ini dapat membantu  ye. Ana sertakan disini cara ana buat lemang langkah demi langkah. Semoga gambar dan cara membuatnya dapat di fahami dengan mudah. 

Di bawah ini gambar 'buluh' yang ana gunakan untuk membuat lemang...hihii. Bekas rempah sebenarnya. Barangan Daiso boleh didapati di Lulu Ramli Mall atau Di Dasman Centre, Manama, Bahrain..  Saiz Acuan Lemang ana ni 10cm x 5.5cm. Boleh guna gelas plastik / bekas plastik lain yang sesuai.
Barangan Daiso (Acuan Lemang)
Daiso Dasman Centre, Manama Bahrain
RESEPI LEMANG TANPA BULUH
menghasilkan 5 batang lemang bersaiz seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
  • Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
(Boleh tengok disini cara masak pulut STEP BY STEP)
  • Didihkan air di dalam periuk kukus.
  • Cuci beras pulut.
  • Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  • Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  • Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  • Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  • Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  • Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.
Cara Buat Lemang:

  • Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  • Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  • Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  • Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  • Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  • Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  • Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  • Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  • Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  • Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda.


Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....
Boleh tengok gambar Lemang yang telah ana hidangkan..

TIPS MEMBUAT LEMANG

  • Tambahkan air panas 1-3 sudu besar jika pulut masih lagi keras, kemudian kukus semula 5- 10 minit.
  • Mesti kacau 10 minit sekali supaya pulut masak sekata.
  • Lebihkan santan kurangkan air jika mahu lebih rasa lemak. Tapi jika terlalu lemak juga akan cepat muak, tambahan lagi nanti nak cicah rendang kan...lemak juga..
  • Tunggu pulut suam sedikit baru masuk dalam acuan...kalau nak buat juga masa panas tekan guna sudu.
  • Bagi yang suka lemang yang garing...lepas kukus boleh masukkan dalam oven dan bakar sekejap.
  • Tekan pulut padat ke dalam acuan supaya tidak berderai semasa memotong lemang nanti dan cantik potongannya.

Resepi Lemang Foil pulok..hehehe


Ana dah menetap di Bahrain hampir 7 tahun. Mana ada orang jual lemang buluh kat sini kan? Nak membakar lemang cara traditional pun silap haribulan kena ambuse dek polis Bahrain..hehehe

Ana pun godek-godek dan google lah... Tengok apa dia kata.
Oh ada "Resepi lemang perantau". So anapun salin lah resepinyer...

Ikut resepi, bakar je dalam oven. Hemm...tapi kena balut dengan daun pisang kat dalam, baru balut foil di luar. Mana nak cari daun pisang? Kat sini payah nak cari daun pisang, takkan ana nak pegi merayap mengintai mana-mana rumah orang Arab ni, kot-kot ada? isk... Ada kawan kata ada yang frozen, tapi ana tak pernah jumpa sebab itu juga sampai sekarang nak buat lepat pisang tak jadi-jadi!]

Aduhai dah kita kat luar negara kan.... Kita pakai apa yang ada lah jawabnya. Ana balut saja dengan foil: Pulut yang telah di kukus dengan santan-di bentuk panjang macam lemang selepas pulut dah masak-di kemaskan dalam foil-masuk oven (ana guna toaster oven saja). Selepas tu, tengok-tengok, agak-agak dah masak cantik, keluarkan, potong seperti lemang.
SIAP! Alhamdulillah, sedap juga...ehehe..

Ana bagi nama "Lemang Perantau Bahrain". 

31 January 2013

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak



Sesekali terkenang kampung halaman rasa rindu pulak nak ke kampung yang sudah lama jugak tidak menjengah hampir 5 tahun rasanya tidak pulang ke tanahair. Rasa masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak terlintas di minda..huhu..Allah sedapnya...terliur rasanya...

Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni salah satu gulai kampung kegemaran ana sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.

Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.

IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK

Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang serai



CARA-CARA NAK MASAK IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK

Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Huhu..kalau nak lagi sedap serta menambahkan lagi nikmat masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni  bolehlah jugak ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera kita. 
Mabrook ! cubalah buat yer..!

Kalau kat sini payoh gak nak dapat ikan patin boleh lah cuba ikan Bahrain pun boleh gak ..bolehlah nak hilangkan rasa rindu dan teringin tu..huhu..selamat mencuba dan selamat beramal..ehehe

23 January 2013

Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang


Ibrah Siti Hajar (PELAJAR Ftmk UTeM)
Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434. 
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.




Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang
(mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidup)

1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..

2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk menyalahkan Doktor dsb. Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun seketika. 

3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah banyak2 kat semua. 
(hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita. 

("Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

"Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya." 
(bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)

'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)

mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya.....Al-fatihah

21 January 2013

Sajak "Guru Ku" oleh Abu Nasih


Sajak - "Guru Ku"

Guruku
Engkaulah permata di pandangan
Lemah tubuhmu lesu kelihatan
Lantaran ujian kebesaran tuhan, 
Namun Semangatmu teguh meyakinkan
Wajahmu bersinar dalam kesakitan

Guruku
Jika dapat ku rasai dan dikongsi
Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji
Ku tawar diri sebagai galang ganti
Tanda cinta ku menjunjung ilahi
Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
Sempit dadaku menahan sebak lara
Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

Guruku
Jasamu pada kami tiada tandingan
Tiada harga sebagai nilaian
Redhai kami ampunkan kesalahan
Semoga Allah kurnia balasan

Guruku
Dirimu yang ku rasakan
Mengenalimu suatu kelebihan
Mendekatimu suatu keindahan
Mencontohimu suatu kepuasan
Ceria tawamu suatu kebahagiaan

Keresahanmu suatu igauan
Penderitaanmu suatu keperitan
Kesakitanmu suatu kesedihan
Ketabahanmu suatu perjuangan

Guruku
Engkaulah bapa engkaulah teman
Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
Tidak tergapai jejak langkahmu
Namun ku cuba sedaya mampu

Guruku
Budimu menggunung tidak terkira
Seiring bapaku yang memelihara
Engkaulah harta anugerah yang esa
Tidak terbayang jika engkau tiada


Guruku
Terima dan redhakanlah akan hamba
Walau tercalit cacat dan cela
Walau pernah terguris rasa
Walau pernah memendam nestapa

Guruku
Janji setia telah ku lafazkan
Pesananmu padu ku genggam
Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu
Nama mu akan ku pertahankan

Guruku
Di saban waktu aku menyembam
Kepada tuhan sekelian alam
Agar dirimu diberi peliharaan
Buat menyambung tugasan ehsan
Mendidik kami di serata alam

Nukilan rasa
Abu Nasih
Pusat Rawatan Darussyifa' Rawang
No Ahli 0648
14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...