30 September 2019

8 Perubahan Dunia Jika China Ambil Alih Posisi Kuasa Terbesar Dunia

Sama ada suka atau tidak dan sedar atau tidak, kini China bertekad untuk menjadi kuasa terbesar dunia. Segala rancangan telah dirangka dan Preside China, Xi Jinping telah mengumumkan secara terbuka bahawa beliau mahu China mengetuai dunia menjelang tahun 2050.

Jika ini benar-benar berlaku, kita akan melihat satu dunia yang baru dan mungkin berlaku dalam jangka hayat kita, yang sedang membaca artikel ini.

Kuasa Amerika Syarikat akan merosot dan kita tak perlu mengagak apa yang akan berlaku kepada dunia. Ini kerana China telah menjelaskan bagaimana mereka mahu membentuk semula dunia, dan iluminasi.com ingin kongsikan 8 perubahan yang akan berlaku kepada dunia jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia.

8. Afrika akan menjadi kuasa yang lebih besar dan kuat

Kebangkitan China bukan hanya memberikan manfaat kepada mereka sahaja. Keseluruhan imbangan kuasa akan berubah dan antara perbezaan terbesar adalah kuasa di Afrika akan menjadi lebih kuat.

Ramai yang tak menyedari betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh China di Afrika. China kini adalah negara yang memberikan sumbangan bantuan terbesar di Afrika. Mereka telah melaburkan berbilion-bilion ringgit kepada benua itu dan merancang untuk membelanjakan lebih banyak.

Menjelang tahun 2025, China menjangkakan jumlah yang dihantar ke Afrika mencecah RM4 trilion. Negara-negara barat mempunyai keraguan moral untuk melaburkan wang sebegitu banyak kepada tanah yang mana kebanyakan daripada negaranya dipimpin oleh diktator.

Bantuan daripada Amerika Syarikat cenderung datang bersama-sama tuntutan untuk pembaharuan politik atau bergantung kepada siapa presiden negara itu. Berbeza dengan China, mereka tidak peduli apa yang dilakukan oleh Afrika.

Mereka dengan senang hati memberikan wang kepada pemerintah Afrika yang kejam selagi ia menguntungkan mereka. China memberitahu bahawa mereka mendapat pulangan 6 kali ganda daripada apa yang mereka labur di Afrika.

Afrika pula telah menjadi salah satu daripada rakan kongsi perdagangan China yang paling rapat dan sebagai pertukaran, China telah melobi untuk mendapatkan lebih banyak negara Afrika dalam PBB yang bermakna apabila China bangkit, Afrika juga akan turut bangkit.

Dan kerana Afrika dibenarkan untuk melakukan apa sahaja dengan cara mereka sendiri, kita bukan sahaja akan melihat dunia berada di bawah pengaruh China, tetapi juga berada di bawah pengaruh Afrika.

7. Amerika Syarikat akan mengalami kemurungan

Amerika Syarikat yang kini merupakan kuasa terbesar dunia akan mendapat tamparan hebat apabila China mengambil alih posisi tersebut. Mereka bukan sahaja akan jatuh ke nombor 2, malah akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang dahsyat.

Ketika ini Amerika Syarikat berada di posisi yang hebat kerana mata wang dolar Amerika digunakan dalam hampir kesemua perdagangan antarabangsa. Dolar Amerika diperlakukan seperti standard emas baru dan ini mengekalkan kestabilan ekonomi mereka.

Namun China dilihat bertekad untuk mengakhiri kedudukan selesa AS dan mereka secara terbuka telah mengisytiharkan rancangan mereka menggantikan Dolar AS dengan mata wang mereka iaitu Yuan sebagai mata wang perdagangan antarabangsa.

Ini pasti membuatkan Amerika Syarikat terperosok dalam kemurungan. Dalam hanya semalaman, Amerika Syarikat akan kehilangan 2% daripada keluaran ekonominya.

Harga import akan melonjak naik, harga eksport merudum dan ramai orang akan kehilangan pekerjaan seperti mana yang berlaku ketika Great Depression. Selepas itu, Amerika Syarikat mungkin akan memohon bantuan daripada Afrika.

6. Dasar dunia akan berakhir

Walaupun ramai yang bimbangkan kebangkitan ini, namun China mungkin tidak akan menggunakan kuasa baru untuk mengambil alih dunia dengan memaksa semua orang untuk menjadi komunis.

Buktinya adalah perjanjian mereka dengan Afrika, yang mana China berurusan dengan begitu "lembut". China mempunyai dasar rasmi yang tidak mengganggu pemerintahan kerajaan Afrika.

Jika Amerika Syarikat mempunyai sejarah campur tangan dalam negara-negara mundur dan menjatuhkan diktator, China pula membiarkan pemerintah-pemerintah tersebut.

Malah, China melaburkan wang di negara seperti Sudan dan Zimbabwe dan tetap dengan prinsip mereka iaitu bukan tugas mereka untuk memerintah kerajaan lain. Ini menjadi perbezaan utama di antara China dan Amerika Syarikat.

Tentera Amerika Syarikat tidak lagi berfungsi untuk hanya melindungi negara mereka tetapi juga bertindak sebagai pertahanan utama seluruh Eropah, termasuk hampir setiap negara demokrasi di dunia.

Namun China tidak peduli terhadap demokrasi dan sekiranya tentera mereka mula menguasai Amerika Syarikat, kita mungkin akan melihat berakhirnya era tentera-tentera Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain yang memasuki serta menceroboh negara-negara mundur.

5. Eropah akan merosot

Selepar berabad lamanya Eropah berada di atas, kini kita akhirnya mula melihat kuasa mereka semakin merosot. Sejak tahun 2000, pengaruh negara-negara Eropah semakin merudum yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini, sementara kuasa Asia semakin meningkat.

Dan ketika ini juga China sedang menyatukan perkongsian mereka dengan negara-negara Asia dan Afrika yang mungkin bermakna seluruh pusat kuasa dunia mungkin akan beralih ke Hemisfera Timur dan ia bakal mengubah Eropah.

Banyak negara-negara Eropah telah bertindak balas terhadap pengaruh mereka yang merosot dengan cuba untuk mengemas kini konsep benua mereka sebagai kuasa bersatu dalam usaha untuk mendapatkan kekuatan mereka kembali.

Namun jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia, kita boleh menjangkakan Amerika Utara dan Eropah akan menjadi kurang penting daripada sekutu-sekutu mereka di Timur.

Orang Eropah akan melihat gaji mereka menurun dan kemewahan mereka hilang apabila Asia dan Afrika melonjak ke hadapan.

4. Sejarah akan ditulis semula

Parti Komunis China telah mengumumkan secara terbuka hasrat mereka untuk menulis semula sejarah.

Dalam ucapannya, Presiden Xi Jinping memberitahu negaranya bahawa beliau sedang berusaha untuk meningkatkan "komunikasi antarabangsa" supaya mereka dapat "memperlihatkan pandangan China yang pelbagai dimensi, luas dan sebenar".

Ia mungkin kedengaran seperti tiada apa-apa yang penting, namun dokumen lain dari Republik Rakyat China menunjukkan apa yang dimaksudkan.

China bertekad untuk menulis semula apa yang mereka anggap "salah faham oleh Barat" terhadap sejarah, atau dengan kata mudah, untuk menggantikan persepsi dunia terhadap sejarah dengan persepsi mereka sendiri.

Salah satu perkara penting dalam agenda ini adalah untuk mengubah persepsi dan konsep dunia terhadap Mao Zedong (pengasas Republik Rakyat China) dan untuk membuatkan dunia menerima Mao sebagai pemimpin yang bijak dan berpengaruh.

China mahu menghapuskan persepsi bahawa kebangkitan komunisma di China telah membawa kepada masalah dan menjadikannya kelihatan lebih lembut.

Mereka juga mahu menyingkirkan tanggapan bahawa pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square pada tahun 1989 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10,000 nyawa, adalah satu ketidakadilan.

3. Taiwan akan diserang

Tak mungkin dengan kebangkitan China akan berakhir dengan Taiwan sebagai sebuah negara bebas. China telah menegaskan dalam tuntutan mereka bahawa akan Taiwan kembali ke dalam kawalan mereka.

Presiden Xi Jinping pernah berkata bahawa beliau tidak akan membenarkan "mana-mana individu, organisasi atau parti politik, pada bila-bila masa atau dengan apa cara sekalipun, memisahkan mana-mana wilayah China".

Jika Taiwan tidak kembali kepada China dengan sukarela, China menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersedia mengambil negara itu dengan paksa sebaik sahaja mereka mempunyai alasan.

Menteri di kedutaan China di Washington berkata, "Pada hari kepal Tentera Laut Amerika Syarikat tiba di Kaohsiung (selatan Taiwan) adalah hari Tentera Pembebasan Rakyat kami menyatukan Taiwan dengan kuasa tentera".

China memberikan petanda bahawa mereka akan berperang jika Taiwan cuba untuk mengisytiharkan kemerdekaan, tanpa mengira siapa yang menyebelahi Taiwan. Satu-satunya perkara yang mampu menghalang mereka daripada melakukannya ketika ini adalah mereka tidak mampu untuk melawan kuasa Amerika Syarikat.

Namun jika China mengambil alih kuasa terbesar, satu-satunya pilihan Taiwan adalah menyerah diri dengan aman.

2. Jepun akan "dibuang" daripada masyarakat antarabangsa

Menurut Sheila Smith, pakar dalam politik Jepun dan dasar luar, "Tiada negara yang merasakan kebangkitan China lebih mendalam daripada Jepun". Perjalanan China untuk menjadi kuasa terbesar dunia memberikan kesan yang lebih dalam kepada Jepun berbanding negara-negara lain.

Apabila kebangkitan China berlaku, Jepun tak ada pilihan lain melainkan menurut perintah China, atau akan diketepikan. China masih belum melupakan dan memaafkan Jepun di atas kekejaman yang mereka lakukan ketika Perang Dunia Kedua, sebahagian besarnya disebabkan Jepun tidak pernah memohon maaf sepenuhnya kepada mereka.

Kekejaman Jepun masih memainkan peranan penting dalam propaganda China, yang mana kerajaan mereka memastikan setiap rakyat China tidak melupakan bahawa Jepun adalah musuh mereka.

Dan setakat ini, Jepun masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menarik diri dalam banyak pertikaian dengan China. Namun, jika mereka tidak memberikan apa yang China mahu, mereka akan mengalami kesukaran jika China mengambil alih sebagai kuasa terbesar dunia.

China juga telah cuba membuatkan peranan Jepun dalam PBB menjadi semakin lemah, dengan agensi berita yang dikawal oleh kerajaan, Xinhua, pernah menulis bahawa Jepun perlu mengubah "sikap mereka terhadap sejarah", jika Jepun ingin memainkan peranan yang lebih besar dalam PBB".

Sebaik sahaja China berkuasa, mereka tak perlu lagi membuat ugutan. Mereka boleh mengenepikan Jepun dengan mudah secara keseluruhan.

1. Perang antara China dan Amerika Syarikat mungkin meletus

China bermegah-megah bahawa mereka menikmati apa yang disebut sebagai "kebangkitan yang aman", tetapi ia mungkin tidak akan kekal seperti itu.

Hanya beberapa kuasa dunia sahaja yang berkuasa tanpa konflik keganasan dan terdapat beberapa sebab untuk mengaitkan bahawa Amerika Syarikat dan China bakal memecahkan norma tersebut. Dan kini, China bersedia untuk melakukannya.

Antara salah satu matlamat Presiden Xi Jinping menjelang tahun 2050 adalah membina sebuah pasukan tentera bertaraf dunia, seperti dalam kata-kata beliau, yang "boleh melawan dan menang", walaupun menentang Amerika Syarikat yang mempunyai pasukan ketenteraan terkuat di dunia ketika ini.

Setakat ini, Amerika Syarikat tidak kelihatan seperti mengambil mudah akan kebangkitan China ini. Kedua-dua negara ini dilihat "bergeser" dalam pertikaian politik, tarif dan perjuangan yang agresif untuk bersaing sesama sendiri.

Oleh itu kita boleh mengandaikan bahawa semua ini akan mencetuskan Perang Dingin yang baharu, atau jika tersilap langkah, kita akan menyaksikan satu konflik yang ganas dan paling dahsyat yang pada akhirnya, hanya satu kuasa terbesar sahaja yang masih berdiri teguh, sama ada Amerika Syarikat atau China.

Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

25 September 2019

Kerjasama PAS-UMNO bawa politik Melayu-Islam teraju negara

SAYA mohon secara bersungguh-sungguh kepada mereka yang tidak tahu, tidak faham, tidak selesa, sakit hati, mahu pun benci dengan Penyatuan Ummah PAS dan UMNO supaya sudi meluangkan sedikit masa bagi merenung tulisan ini.
Semoga sedikit sebanyak tulisan ini menjawab persoalan mengapa peristiwa bersejarah ini cukup penting dalam mencorakkan kuasa Islam dalam kehidupan bernegara, tadbir urus ekonomi, keluarga kita, hinggalah ke anak cucu kita kelak.
1. Apa yang dimaksudkan dengan Penyatuan Ummah PAS-UMNO? Adakah ia cuma pakatan politik rasis dan perkauman? Adakah ia usaha terdesak untuk melindungi para ‘perompak’ dan ‘penyamun harta negara’? Jawabnya BUKAN sama sekali.
2. Apa pentingnya Penyatuan Ummah ini kepada ekonomi negara? Apakah rakyat hanya mendapat slogan semata-mata? Adakah Penyatuan Ummah PAS-UMNO ini cuma pakatan politik semata-mata? Jawabnya TIDAK sama sekali.
3. Penyatuan Ummah yang diterajui PAS dan UMNO bukanlah kerjasama UNTUK satu kaum dan agama sahaja. Bukan UNTUK Melayu sahaja, bukan UNTUK Islam sahaja (Rujuk: Piagam Muafakat Nasional 14 September 2019).
4. Secara khusus hal ini disentuh dalam Piagam Muafakat Nasional seperti berikut: ‘MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang membabitkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara’.
5. Sebaliknya, Penyatuan Ummah PAS-UMNO adalah untuk mentadbir SEMUA kaum dan agama dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang DIWAJIBKAN dalam politik Islam (Siasah Syariah) (Rujuk: Ucaptama Presiden PAS di Himpunan Penyatuan Ummah 14 September 2019).
6. Kewajiban ini dimuatkan dalam Piagam berkenaan: ‘MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara’.
7. Adakah Penyatuan Ummah ini usaha terdesak untuk melindungi para ‘perompak’ dan ‘penyamun harta negara’? TIDAK SAMA SEKALI.
8. Sebaliknya, Piagam Muafakat Nasional jelas menyebut kewajiban: ‘MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan’.
9. Kata kunci ‘tadbir urus yang baik’ jelas tidak akan dikompromi demi kepentingan mereka yang dituduh ‘merompak’ harta negara. Sebaliknya, atas prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang, kesemua tuduhan tersebut WAJIB terlebih dahulu diputuskan oleh penghakiman mahkamah, bukannya tuduhan politik semata-mata.
10. Mengapa PAS sebagai Parti Islam terbesar di Malaysia dan UMNO sebagai parti politik Melayu terbesar di Malaysia perlu mengadakan usaha Muafakat Nasional melalui Penyatuan Ummah ini? Jawapannya ada dalam ucapan Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu wujudnya usaha keras pihak tertentu untuk merombak semula sistem politik negara ini dengan acuan ‘Malaysian Malaysia’.
11. Apa itu ‘Malaysian Malaysia’ dan apa impaknya ‘Malaysian Malaysia’ ini? Pertamanya, ia bukan sahaja cubaan untuk menutup ketaksaksamaan ekonomi antara kaum, bahkan turut memberi impak buruk kepada ketaksaksamaan ekonomi antara kaum dalam negara ini.
12. Apabila pengenalan berasaskan kaum dan etnik cuba dihapuskan melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’, maka agenda agihan kekayaan negara akan terjejas. Situasi sebegini amat membahayakan kestabilan sosial dalam negara seperti mana yang terjadi dalam Peristiwa 13 Mei dahulu.
13. Jurang melampau antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera jelas melalui data dan statistik yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Negara dan Unit Perancang Ekonomi negara (Rujuk artikel ‘100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim & Bumiputera’).
14. Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut ancaman ini seperti berikut: “Cita-cita mahu menghapuskan bangsa, laksana mahu menghapuskan matahari dan bulan yang tidak mungkin dicapai oleh tangan manusia yang kakinya berpijak di bumi dan melihat ke angkasa lepas dengan pandangan yang terbatas. Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera dan kedudukan agama Islam, adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib dipertahankan”.
15. Keadaan ini diburukkan dengan dua golongan menurut Tuan Guru Presiden PAS: pertama, ‘keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan Raja-raja, yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik’.
16. Hal ini jelas apabila kuatnya seruan untuk menamatkan agihan ekonomi berasaskan kaum, kuatnya tentangan kepada usaha dakwah Islamiah seperti dialami Dr. Zakir Naik, adanya Senator DAP seperti Nga Hock Cheh mencadangkan negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel di Dewan Negara April lalu. Begitu juga cubaan sebahagian pemimpin DAP untuk mengiktiraf Komunis dan pengganas Tamil LTTE di Sri Lanka sebagai ‘pejuang’.
17. Golongan kedua pula ialah ‘kalangan orang Islam sendiri yang hilang jati diri Islam dan Melayu kerana laksana tikus kekenyangan dalam kepuk padi atau semut yang bergelimpangan dalam gula. Mereka ini turut sama berperanan merosakkan konsep dominasi kaum yang memimpin bersama Islam’.
18. Hal ini dibuktikan dengan lemahnya sebahagian pemimpin dalam mempertahankan kepentingan aset-aset negara daripada terlepas ke tangan kuasa asing, lemah dan apologetik dalam memperjuangkan ekonomi Bumiputera, silibus jawi dan khat, penyelewengan istilah ‘Hifz-ad-Din’ sebagai menjaga semua agama, dan pelbagai lagi.
19. Bagaimana Penyatuan Ummah ini signifikan sekali untuk mendepani masalah ekonomi dan politik gagasan Malaysian Malaysia? Jawapannya terkandung dalam kewajiban pertama Piagam Muafakat Nasional berikut: MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan negara, Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara’.
20. Mengapa Penyatuan Ummah ini mampu memberi impak politik yang signifikan? Jawapannya kerana ia bakal menguatkan sistem dwi-parti gabungan di Malaysia sekali gus menyuburkan demokrasi di negara kita.
21. Perspektif akademik tentang usaha membina gabungan kerjasama politik boleh diaplikasi dalam konteks Penyatuan Ummah yang melahirkan Muafakat Nasional ini. Profesor Patricia Weitsman dari Ohio University memformulasikan kerangka teoretikal yang dikenali sebagai ‘Realist Institutionalism’ ini dalam karya beliau pada 2013 berjudul ‘Waging War: Alliances, Coalitions, and Institutions of Interstate Violence’ terbitan Stanford University Press. Meski pun konteks pembinaan teori beliau ialah dalam disiplin geopolitik, namun ia turut boleh diaplikasi dalam konteks politik domestik.
22. Dalam karya itu, Prof Weitsman menyentuh mengenai kepentingan aspek ‘pembuatan keputusan’ dan ‘saiz’ dalam menentukan keberkesanan sesuatu kerjasama politik. Dari segi struktur pembuatan keputusan, adanya ‘unity in command’ (kesatuan dalam rantaian arahan) bakal membawa kepada ‘keberkesanan, kecekapan, dan kesepaduan’. Realiti ini menjadikan Penyatuan Ummah PAS-UMNO lebih berdaya maju berbanding Pakatan Harapan yang bukan sahaja bergolak di peringkat Kabinet, bahkan juga di peringkat Majlis Presiden, dan juga di peringkat parti (seperti isu Anwar-Azmin).
23. Dari segi ‘saiz’ pula, Muafakat Nasional yang terhasil daripada Penyatuan Ummah ini lebih utuh berbanding Pakatan Harapan – kerana prinsipnya jelas iaitu ‘Islam Memimpin’ dan bukan semata-mata untuk menyatukan banyak parti politik membentuk gabungan parti politik demi kuasa. Maka berbeza dengan Pakatan yang sukar untuk menstabilkan pembuatan keputusan tentang sebarang dasar, prinsip ‘Islam Memimpin’ jelas mengukuhkan kerjasama Penyatuan Ummah.
24. Dari perspektif demokrasi pilihan raya, penyatuan PAS-UMNO mampu mengalahkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan oleh PAS dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).
25. Undi UMNO dalam PRU-14 lalu ialah 2.5 juta.
26. Undi PAS dalam PRU-14 lalu ialah 2.04 juta.
27. Undi popular kedua-dua PAS dan UMNO jauh meninggalkan undi Parti Pribumi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU-14 lalu.
28. Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi Syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti berkenaan dijangka terus merosot teruk.
29. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU-14 lalu.
30. Pelaksanaan Undi 18 tahun serta pendaftaran pengundi secara automatik – di samping usaha mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU-15 – juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan UMNO-PAS berdasarkan pola undi popular dalam PRU-14 lalu.
31. Penguasaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta UMNO di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman PAS-UMNO menjelang PRU-15.
32. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim Pakatan yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan PAS dan Biro Kebajikan UMNO.
33. Melalui kerjasama strategik PAS-UMNO, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.
34. Malah, penguasaan Pakatan yang diterajui Parti Bersatu di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan Pakatan sendiri.
35. Kerajaan Pakatan di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama UMNO-PAS. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker DUN dan tuntutan tanah 999 tahun.
36. Kewujudan gabungan PAS-UMNO sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU-15 bakal menarik undi protes segmen PKR, PPBM, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Tun Mahathir-Anwar.
37. Pemberian royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri PAS untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri, sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam PAS-UMNO. Apatah lagi jika 20 peratus diberi seperti mana Manifesto Pakatan.
38. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada Pakatan Harapan seperti mana yang dijanjikan Pakatan dalam PRU-14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20 peratus royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.
39. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana ahli Parlimen Pakatan menerima RM500.000 berbanding RM100.000 sahaja bagi ahli Parlimen pembangkang termasuklah UMNO dan PAS.
40. Kerjasama UMNO-PAS di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) UMNO Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak, seandainya cara Pakatan menangani isu royalti berterusan tidak cermat.
41. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak itu untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka. Ditambah pula dengan kenyataan dan tindakan Menteri Kewangan yang sering menimbulkan kemarahan warga Sarawak seperti isu hutang dan peruntukan pendidikan.
42. Senario ini membayangkan kemungkinan Pakatan terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan UMNO-PAS bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan GPS di Sarawak.
43. Pindaan menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian Pakatan – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada PAS-UMNO.
44. Tindakan Tun Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ – sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan – bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada PAS-UMNO.
45. Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan PAS-UMNO sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.
46. Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka.
47. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di mana Pakatan hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU-14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi Pakatan di Sungai Kandis. Tentulah hal ini diikuti kemenangan BN di Cameron Highlands dan Semenyih.
48. Tindakan Pakatan mengurangkan bantuan kepada segmen penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) – dengan cadangan jelas Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang PAS-UMNO tanpa tiga penjuru.
49. Gandingan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan dapat disinergi di bawah pimpinan IR Khairil Nizam teknokrat jurutera minyak dan gas dengan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sarjana kewangan Islam lulusan Loughborough University, UK.
50. Saiz jentera penerangan dan media PAS dan UMNO bakal mengasak kerajaan Pakatan dengan lebih agresif hasil kerjasama PAS-UMNO. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara PAS dan UMNO juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas Pakatan seperti dalam sistem politik dwi-parti.
51. PAS Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.
52. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama PAS-UMNO.
53. Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Biro Pendidikan Politik UMNO boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran Pakatan hari ini.
54. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan UMNO untuk memantau dan memberi input berguna kepada Kementerian Pakatan yang berkaitan.
55. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan UMNO dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
56. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani UMNO di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar Pakatan, di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.
57. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama PAS-UMNO. Selain daripada PRK DUN Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU-14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:
58. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
59. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.
60. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.
61. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.
62. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.
63. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.
64. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.
65. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.
66. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.
67. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.
68. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.
69. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.
70. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.
71. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.
72. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.
73. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.
74. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.
75. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.
76. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.
77. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.
78. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.
79. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.
80. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.
81. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.
82. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.
83. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.
84. Di negeri Melaka pula membabitkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.
85. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.
86. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.
87. Maka, sekiranya Pakatan Harapan mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi UMNO (sebelum agedan lompat parti) dan 18 kerusi yang dimenangi PAS, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan UMNO-PAS.
88. Jumlah 101 kerusi ini (54 UMNO campur 18 PAS campur 29 PAS-UMNO) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada Pakatan Harapan untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
89. Kerjasama strategik PAS-UMNO juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bererti, “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”. Keputusan bekerjasama dengan UMNO dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU-15 kelak mampu memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.
90. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.
91. Demikianlah UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dahulu – di mana UMNO hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh PAS. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu, di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.
92. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik.Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”.
93. Kerjasama dengan UMNO mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan Pakatan berisiko seperti kes YB Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Tun Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.
94. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”.
95. Contoh menarik yang disebut Presiden PAS berkenaan ialah cara Rasulullah KUASA PENYATUAN UMMAH
Saya mohon sungguh-sungguh kepada mereka yang tidak tahu, tidak faham, tidak selesa, sakit hati, mahu pun benci dengan Penyatuan Ummah PAS dan UMNO supaya sudi meluangkan sedikit masa bagi merenung tulisan ini.
Semoga sedikit-sebanyak tulisan ini menjawab persoalan mengapa peristiwa bersejarah ini cukup penting dalam mencorakkan kuasa Islam dalam kehidupan bernegara, tadbir urus ekonomi, keluarga kita, hinggalah ke anak cucu kita kelak.
1. Apa yang dimaksudkan dengan Penyatuan Ummah PAS-UMNO? Adakah ia cuma pakatan politik rasis dan perkauman? Adakah ia usaha terdesak untuk melindungi para ‘perompak’ dan ‘penyamun harta negara’? Jawabnya BUKAN sama sekali.
2. Apa pentingnya Penyatuan Ummah ini kepada ekonomi negara? Apakah rakyat hanya mendapat slogan semata-mata? Adakah Penyatuan Ummah PAS-UMNO ini cuma pakatan politik semata-mata? Jawabnya TIDAK sama sekali.
3. Penyatuan Ummah yang diterajui PAS dan UMNO bukanlah kerjasama UNTUK satu kaum dan agama sahaja. Bukan UNTUK Melayu sahaja, bukan UNTUK Islam sahaja (Rujuk: Piagam Muafakat Nasional 14 September 2019).
4. Secara khusus hal ini disentuh dalam Piagam Muafakat Nasional seperti berikut: ‘MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara’.
5. Sebaliknya Penyatuan Ummah PAS-UMNO adalah untuk mentadbir SEMUA kaum dan agama dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang DIWAJIBKAN dalam politik Islam (Siasah Syariah) (Rujuk: Ucaptama Presiden PAS di Himpunan Penyatuan Ummah 14 September 2019).
6. Kewajiban ini dimuatkan dalam Piagam berkenaan: ‘MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara’.
7. Adakah Penyatuan Ummah ini usaha terdesak untuk melindungi para ‘perompak’ dan ‘penyamun harta negara’? TIDAK SAMA SEKALI.
8. Sebaliknya, Piagam Muafakat Nasional jelas menyebut kewajiban: ‘MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan’.
9. Kata kunci ‘tadbir urus yang baik’ jelas tidak akan dikompromi demi kepentingan mereka yang dituduh ‘merompak’ harta negara. Sebaliknya, atas prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang, kesemua tuduhan tersebut WAJIB terlebih dahulu diputuskan oleh penghakiman mahkamah, bukannya tuduhan politik semata-mata.
10. Mengapa PAS sebagai Parti Islam terbesar di Malaysia dan UMNO sebagai parti politik Melayu terbesar di Malaysia perlu mengadakan usaha Muafakat Nasional melalui Penyatuan Ummah ini? Jawapannya ada dalam ucapan Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu wujudnya usaha keras pihak tertentu untuk merombak semula sistem politik negara ini dengan acuan ‘Malaysian Malaysia’.
11. Apa itu ‘Malaysian Malaysia’ dan apa impaknya ‘Malaysian Malaysia’ ini? Pertamanya, ia bukan sahaja cubaan untuk menutup ketaksaksamaan ekonomi antara kaum, bahkan turut memberi impak buruk kepada ketaksaksamaan ekonomi antara kaum dalam negara ini.
12. Apabila pengenalan berasaskan kaum dan etnik cuba dihapuskan melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’, maka agenda agihan kekayaan negara akan terjejas. Situasi sebegini amat membahayakan kestabilan sosial dalam negara seperti mana yang terjadi dalam Peristiwa 13 Mei dahulu.
13. Jurang melampau antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera jelas melalui data dan statistik yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Negara dan Unit Perancang Ekonomi negara (Rujuk artikel ‘100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim & Bumiputera’).
14. Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut ancaman ini seperti berikut: “Cita-cita mahu menghapuskan bangsa, laksana mahu menghapuskan matahari dan bulan yang tidak mungkin dicapai oleh tangan manusia yang kakinya berpijak di bumi dan melihat ke angkasa lepas dengan pandangan yang terbatas…Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera dan kedudukan agama Islam, adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib dipertahankan”.
15. Keadaan ini diburukkan dengan dua golongan menurut Tuan Guru Presiden PAS: pertama, ‘keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan Raja-raja, yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik’.
16. Hal ini jelas apabila kuatnya seruan untuk menamatkan agihan ekonomi berasaskan kaum, kuatnya tentangan kepada usaha dakwah Islamiah seperti dialami Dr. Zakir Naik, adanya Senator DAP seperti Nga Hock Cheh mencadangkan negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel di Dewan Negara April lalu. Begitu juga cubaan sebahagian pemimpin DAP untuk mengiktiraf Komunis dan pengganas Tamil LTTE di Sri Lanka sebagai ‘pejuang’.
17. Golongan kedua pula ialah ‘kalangan orang Islam sendiri yang hilang jati diri Islam dan Melayu kerana laksana tikus kekenyangan dalam kepuk padi atau semut yang bergelimpangan dalam gula. Mereka ini turut sama berperanan merosakkan konsep dominasi kaum yang memimpin bersama Islam’.
18. Hal ini dibuktikan dengan lemahnya sebahagian pemimpin dalam mempertahankan kepentingan aset-aset negara daripada terlepas ke tangan kuasa asing, lemah dan apologetik dalam memperjuangkan ekonomi Bumiputera, silibus jawi dan khat, penyelewengan istilah ‘Hifz-ad-Din’ sebagai menjaga semua agama, dan pelbagai lagi.
19. Bagaimana Penyatuan Ummah ini signifikan sekali untuk mendepani masalah ekonomi dan politik gagasan Malaysian Malaysia? Jawapannya terkandung dalam kewajiban pertama Piagam Muafakat Nasional berikut: MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara’.
20. Mengapa Penyatuan Ummah ini mampu memberi impak politik yang signifikan? Jawapannya kerana ia bakal menguatkan sistem dwi-parti gabungan di Malaysia sekali gus menyuburkan demokrasi di negara kita.
21. Perspektif akademik tentang usaha membina gabungan kerjasama politik boleh diaplikasi dalam konteks Penyatuan Ummah yang melahirkan Muafakat Nasional ini. Profesor Patricia Weitsman dari Ohio University memformulasikan kerangka teoretikal yang dikenali sebagai ‘Realist Institutionalism’ ini dalam karya beliau pada 2013 berjudul ‘Waging War: Alliances, Coalitions, and Institutions of Interstate Violence’ terbitan Stanford University Press. Meski pun konteks pembinaan teori beliau ialah dalam disiplin geopolitik, namun ia turut boleh diaplikasi dalam konteks politik domestik.
22. Dalam karya tersebut, Prof Weitsman menyentuh mengenai kepentingan aspek ‘pembuatan keputusan’ dan ‘saiz’ dalam menentukan keberkesanan sesuatu kerjasama politik. Dari segi struktur pembuatan keputusan, adanya ‘unity in command’ (kesatuan dalam rantaian arahan) bakal membawa kepada ‘keberkesanan, kecekapan, dan kesepaduan’. Realiti ini menjadikan Penyatuan Ummah PAS-UMNO lebih berdaya maju berbanding Pakatan Harapan yang bukan sahaja bergolak di peringkat Kabinet, bahkan juga di peringkat Majlis Presiden, dan juga di peringkat parti (seperti isu Anwar-Azmin).
23. Dari segi ‘saiz’ pula, Muafakat Nasional yang terhasil daripada Penyatuan Ummah ini lebih utuh berbanding Pakatan Harapan – kerana prinsipnya jelas iaitu ‘Islam Memimpin’ dan bukan semata-mata untuk menyatukan banyak parti politik membentuk gabungan parti politik demi kuasa. Maka berbeza dengan Pakatan yang sukar untuk menstabilkan pembuatan keputusan tentang sebarang dasar, prinsip ‘Islam Memimpin’ jelas mengukuhkan kerjasama Penyatuan Ummah.
24. Dari perspektif demokrasi pilihan raya, penyatuan PAS-UMNO mampu mengalahkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan PAS dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).
25. Undi UMNO dalam PRU-14 lalu ialah 2.5 juta.
26. Undi PAS dalam PRU-14 lalu ialah 2.04 juta.
27. Undi popular kedua-dua PAS dan UMNO jauh meninggalkan undi Parti Pribumi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU-14 lalu.
28. Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi Syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk.
29. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU-14 lalu.
30. Pelaksanaan Undi 18 tahun serta pendaftaran pengundi secara automatik – di samping usaha mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU-15 – juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan UMNO-PAS berdasarkan pola undi popular dalam PRU-14 lalu.
31. Penguasaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta UMNO di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman PAS-UMNO menjelang PRU-15.
32. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim Pakatan yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan PAS dan Biro Kebajikan UMNO.
33. Melalui kerjasama strategik PAS-UMNO, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.
34. Malah penguasaan Pakatan yang diterajui Parti Bersatu di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan Pakatan sendiri.
35. Kerajaan Pakatan di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama UMNO-PAS. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker DUN dan tuntutan tanah 999 tahun.
36. Kewujudan gabungan PAS-UMNO sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU-15 bakal menarik undi protes segmen PKR, PPBM, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Tun Mahathir-Anwar.
37. Pemberian royalti petroleum 5% kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri PAS tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam PAS-UMNO. Apatah lagi jika 20% diberi seperti mana Manifesto Pakatan.
38. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada Pakatan Harapan seperti mana yang dijanjikan Pakatan dalam PRU-14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20% royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.
39. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana MP Pakatan menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi MP pembangkang termasuklah UMNO dan PAS.
40. Kerjasama UMNO-PAS di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) UMNO Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara Pakatan menangani isu royalti berterusan tidak cermat.
41. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka. Ditambah pula dengan kenyataan dan tindakan Menteri Kewangan yang sering menimbulkan kemarahan warga Sarawak seperti isu hutang dan peruntukan pendidikan.
42. Senario ini membayangkan kemungkinan Pakatan terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan UMNO-PAS bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan GPS di Sarawak.
43. Pindaan menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian Pakatan – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada PAS-UMNO.
44. Tindakan Tun Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ – sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan – bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada PAS-UMNO.
45. Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan PAS-UMNO sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.
46. Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka.
47. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di mana Pakatan hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU-14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi Pakatan di Sungai Kandis. Tentulah hal ini diikuti kemenangan BN di Cameron Highlands dan Semenyih.
48. Tindakan Pakatan mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang PAS-UMNO tanpa tiga penjuru.
49. Gandingan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan dapat disinergi di bawah pimpinan IR Khairil Nizam teknokrat jurutera minyak dan gas dengan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sarjana kewangan Islam lulusan Loughborough University, UK.
50. Saiz jentera penerangan dan media PAS dan UMNO bakal mengasak kerajaan Pakatan dengan lebih agresif hasil kerjasama PAS-UMNO. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara PAS dan UMNO juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas Pakatan seperti dalam sistem politik dwi-parti.
51. PAS Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.
52. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama PAS-UMNO.
53. Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Biro Pendidikan Politik UMNO boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran Pakatan hari ini.
54. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan UMNO untuk memantau dan memberi input berguna kepada Kementerian Pakatan yang berkaitan.
55. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan UMNO dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
56. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani UMNO di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar Pakatan di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.
57. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama PAS-UMNO. Selain daripada PRK DUN Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU-14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:
58. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
59. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.
60. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.
61. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.
62. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.
63. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.
64. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.
65. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.
66. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.
67. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.
68. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.
69. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.
70. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.
71. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.
72. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.
73. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.
74. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.
75. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.
76. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.
77. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.
78. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.
79. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.
80. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.
81. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.
82. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.
83. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.
84. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.
85. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.
86. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.
87. Maka sekiranya Pakatan Harapan mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi UMNO (sebelum agedan lompat parti) dan 18 kerusi yang dimenangi PAS, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan UMNO-PAS.
88. Jumlah 101 kerusi ini (54 UMNO campur 18 PAS campur 29 PAS-UMNO) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada Pakatan Harapan untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
89. Kerjasama strategik PAS-UMNO juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”. Keputusan bekerjasama dengan UMNO dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU-15 kelak mampu memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.
90. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.
91. Demikianlah UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dahulu – di mana UMNO hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh PAS. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.
92. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”.

95. Contoh menarik yang disebut Presiden PAS berkenaan ialah cara Rasulullah ﷺ “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah. Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah. Demikian juga kerjasama PAS-UMNO ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung PAS yang sekian lama berhadapan dengan UMNO – Namun harus mereka ingat bahawa UMNO yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Bukannya UMNO hari ini yang dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
96. Ulama PAS dan Ulama UMNO bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik Pakatan seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ YB Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.
97. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah Pakatan Harapan, kerjasama PAS-UMNO melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dengan Biro Antarabangsa UMNO Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara PAS dan UMNO, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti Misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.
98. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama UMNO-PAS.
99. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.
100. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan PAS dan Biro Pendidikan UMNO.
101. Institusi Pendidikan PAS seperti TASTI, PASTI, SRITI, KUIZM, KUDQI, KIDU, dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli UMNO.
102. Dakwah PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA – dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.
103. Cabaran dalaman UMNO seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru ke arah me‘Liberal’kan UMNO dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan PAS.
104. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama PAS dan UMNO ke atas pihak Pakatan.
105. Kerjasama NGO dan parti politik – termasuklah NGO Melayu-Islam – dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara UMNO dan PAS boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.
106. Biro Agama UMNO dan Lajnah Dakwah PAS boleh bekerjasama – termasuklah dengan kerajaan Pakatan – dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.
107. Muslimat PAS dan Wanita UMNO boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam Pakatan Harapan.
108. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah PAS dan Puteri UMNO agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah Pakatan Harapan.
109. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia UMNO dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan menjelang PRU-15.
110. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah PAS dengan dua Biro UMNO iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Kebajikan Masyarakat UMNO. Apatah lagi dengan dasar Pakatan yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja seperti cadangan menjual unit kediaman mewah kepada warga China dan Hong Kong.
111. Kesimpulannya, Penyatuan Ummah melalui kerjasama PAS-UMNO dengan struktur pembuatan keputusan yang bersepadu, kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU-15 mampu membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin – mengalahkan anasir-anasir Kapitalis Kroni, Apologis agama, Nepotisme keluarga, Liberal, dan Sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi Pakatan Harapan hari ini.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...