Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Saya mulakan entri kali ini dengan ingin kongsikan kisah benar mengenai seorang pemimpin islam yang dilaknati Allah s.w.t diatas pembaharuan dan juga pemodenan yang dilakukannya yang jelas ingin menjahanamkan dan melenyapkan islam. Siapa tidak kenal dengan Mustafa Kamal Ataturk . Beliau ini telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki dan namanya terkenal diseluruh dunia baik di dunia islam mahupun barat. Beliau ini telah mencetuskan gerakan turki Muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi kekhalifahan Uthmaniyah pada 1923. Namun kenaikannya bukan menyatukan umat islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut agen laknatullah dalam menghancurkan islam.
Sejarah dan Latar Belakang Kemal Atartuk
Mustafa Kemal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.
Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.
Ketika Mustafa Kemal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.
Disini bermulanya usaha Kemal Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk
Khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini..
Di antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem kekhalifahan Islamiah ialah :
a) Menandatangani Perjanjian Luzan
Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:
Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan
Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki .Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah yang telah wujud sejak dari zaman khulafa ar-rasyidin lagi dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian. dan akhirnya daulah islamiah yang tegak berdiri akhirnya runtuh.
b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat
Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.
c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara
Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau pernah menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahannya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
d) Azan ditukarkan ke dalam Bahasa Turki
Setelah Mustafa Kemal Atartuk berkuasa di Turki, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.
e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki
Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.
f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.
Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mengharamkan pemakaian tudung. tetapi beliau mengalakkan wanita islam mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus, serban dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang barat.
g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad
Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negera-negera barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan menggunakan cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.
Lain-lain pembaharuan atau dosa yang dilakukan Kamal Atartuk
* Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
* Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat
* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan kementerian Perundangan Syariah.
* Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
* Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
* Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
* Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
* Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.
Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah , banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Demikianlah jika tidak keterlaluan saya katakan adalah dosa-dosa yang dilakukan oleh Ataturk. Perubahan yang dilakukan Ataturk jelas bersifat sekular dimana seolah-olah ingin melenyapkan sinar Islam di bumi Turki sewaktu beliau berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Allah itu maha adil, di saat kematian Kemal Atartuk, Allah telah datangkan beberapa azab penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. antaranya didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, merasa panas sepanjang masa dan tidak pernah merasa sejuk bahkan sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Inilah rentetan kisah sebenar Mustafa Kamal Attartuk yang membelakangi Islam dan Allah dan dalam masa yang sama ingin menjahanamkan islam !! tetapi Allah s.w.t itu maha berkuasa dan maha adil diatas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh Kemal Ataturk si laknatullah yang memusuhi dan ingin melenyapkan sinar islam dari muka bumi ini. Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.
nota tambahan dari saya :
H.S. Armstrong, antara salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluaga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
p/s : untuk rujukan bacaan anda boleh baca buku Tamadun Islam tulisan mahyudin haji yahya dan dalam buku TITAS ( Tamadun Islam Tamadun Asia) ada menyentuh mengenai pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atartuk dan juga mengenai gerakan turki muda.
dan untuk further reading saya syorkan anda baca buku ini ==>
'Kamal Ataturk : ideologi dan kesannya ke atas rakyat Turki ' . ada 1 copied di library UM.
*terimakasih pada blogger Redzuan-Ridz saya mohon izin menyalin.

lihat sahaja gambar diatas uniform yang dipakai laknatullah ini terdapat logo lambang salib

inilah makam Mustafa Kemal Ataturk yang hanya dikebumikan dicelah timbunan batu marmar kerana jasadnya tidak diterima bumi Allah

No comments:
Post a Comment