04 June 2014

Menuduh Orang Berzina

qazaf

Tafsir surah an-Nur ayat 4 &5


Ayat 4:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوالَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُون
Ertinya: "Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)  dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik". 

Ayat ini membincangkan tentang pertuduhan zina.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ :"Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina)....".  Menuduh seorang yang solehah melakukan zina. 

 الْمُحْصَنَاتِ : Perempuan yang terpelihara dari melakukan perkara yang keji, kerana mereka adalah orang yang suci, bermoral, berakhlak baik samada dia seorang yang sudah berkahwin atau belum. 
                                                                                               [Tafsir al-Misbah, 9: 289]

Islam sangat menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan zina, kerana zina merupakan wabak yang sangat merbahaya, ia meliputi kerhormatan, kesucian dan maruah seseorang, dan juga mencemarkan nasab atau keturunan individu, keluarga dan masyarakat. Jadi, Islam memandang berat kepada sesiapa yang menuduh perempuan atau lelaki yang baik-baik melakukan zina. Begitu juga tuduhan terhadap seseorang yang melakukan liwat. 
       
Hukum bagi penuduh yang gagal membawa empat orang saksi yang adil mengikut istilah syara', maka akan dikenakan lapan puluh kali sebatan, dan tidak boleh menerima persaksiannya, dan dia (penuduh) merupakan seorang yang fasiq. Moga kita semua dipelihara oleh Allah dan dijauhkan dari fitnah ini... aameen.

** Orang yang menuduh perempuan atau lelaki yang menjaga kehormatannya melakukan zina, dia merupakan seorang yang telah mencemarkan kehormatan seseorang serta keturunan manusia.

** Fasiq: ialah orang sudah keluar dari sempadan ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta'ala kerana mereka telah melakukan suatu dosa besar dan jenayah yang sangat keji.

الفاسق: الطَّرد من رحمة الله

Fasiq ialah orang yang jauh dari rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Dan mereka sentiasa berada di dalam kegelapan.

Apabila Allah menghukum hamba-Nya adalah kerana Allah mahu kita mendekatkan diri dengan-Nya, bukan bermaksud Allah mmebuang hamba-Nya.

**Rotan yang digunakan untuk menyebat penuduh dan juga pelaku zina; rotan itu di antara kering dan basah. dan pukulan itu tidak boleh melebihi aras bahu.

Sebenarnya sebatan (hukum hudud) ini bukan untuk menzalimi mereka, tetapi adalah untuk mendidik mereka supaya menjadi hambaNya yang lebih baik dan beriman. 

Kenapa Allah menyuruh untuk menyebat? 
     
Menurut kajian ahli sains; apabila dipukul akan mengeluarkan hormon-hormon yang akan dihantar ke otak, dan akan melahirkan rasa keinsafan di atas perbuatan mereka itu.

Di zaman Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ada seorang wanita yang bernama al-Ghamidiyyah, dia pernah melakukan zina dan mengandung. Suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan memberitahu bahawa beliau pernah melakukan zina, dan sekarang sedang mengandung hasil anak zina ini. Lalu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya: Kamu pulanglah dahulu sehingga melahirkan, setelah itu kamu datang kembali. Setelah al-Ghamidiyyah ini selamat bersalin, maka dia datang kembali menenui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya lagi: Kamu pulanglah dan menyusulah anak kamu. Dia pun pulang. Setelah 2 tahun (tempoh menyusu), dia datang lagi menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam. Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam menyuruhnya pulang untuk mendidik anaknya.

Moral dari kisah di atas; menunjukkan bahawa Islam itu tidak menzalimi umatnya. Adakah wanita yang sedang mengandung akan disebat? dan adakah wanita yang sedang menyusui akan disebat?.. tidak kan?... dan adakah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pergi mencarinya, setelah pertama kali Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam minta dia balik sehingga dia melahirkan anaknya?..tidakkan??... tempoh bagi orang yang mengandung 9 bulan, lamakan??? dalam 9 bulan itu boleh saja dia pergi jauh dan berkemungkinan dia tidak akan datang semula untuk menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam..dan kali ke dua juga Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam menyuruhnya untuk pulang bagi menyusukan anaknya.. setelah dua tahun dia datang semula menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam dan meminta Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam melakukan hukum terhadapnya. Tempoh menyusu untuk seorang anak ada 2 tahun. Lamakan??... kenapa dia datang juga menemui Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam untuk melaksanakan hukuman itu?... ini menunjukkan dia (al-Ghamidiyyah) telah insaf dan bertaubat dengan sesungguh taubat. Lihatkan, betapa Islam itu tidak menzalimi... tempoh yang diberikan oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam kepada al-Ghamidiyyah itu menunjukkan tempoh untuk beliau bertaubat dan tidak lagi mengulagi perbuatannya itu.

Di zaman Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam ada beberapa kes zina:

Kes al-Ghamidiyyah.

Kisah Mais yang melakukan zina dan direjam oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
Kisah seorang lelaki yang belum berkahwin dan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Dan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam meminta isteri itu direjam sampai mati, sementara lelaki bujang tersebut disebat sebanyak 100 kali.

Abdullah bin Ubai bin Salul (ketua orang munafiq); beliau mempunyai tiga orang hamba, dan memaksa hamba-hambanya untuk melakukan zina. Beliau juga dikenakan hukuman qazaf, kerana beliau telah membuat tuduhan terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha melakukan zina. 


Ibn Kathir menyatakan: Allah subhanahu wa ta'ala mengenakan tiga bentuk hukuman ke atas setiap orang yang membuat tuduhan palsu dan tidak mengemukakan empat orang saksi yang adil, iaitu:

Disebat lapan puluh kali.

Dinafikan kelayakannya menjadi saksi selama hidupnya.
Dinyatakan sebagai seorang yang fasiq dan tidak adil, baik dari sisi pandangan Allah subhanahu wa ta'ala dan juga pada pandangan manusia. [al-Sabuni, 2: 583]

Peringatan / pesanan yang hendak disampaikan ini adalah bahawa zina dan hukumannya itu wajib disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa hukuman ini sangat serius.


Ayat 5:

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya: "Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Maksud bertaubat itu ialah: mengisytiharkan dirinya bertaubat, menyesal atas perbuatannya yang mmebawa dosa besar. [Tafsir Mubin, 18: 229]

Ketentuan ini (pelaku dan penuduh zina) berlaku atas semua yang melakukan hal tersebut, kecuali orang-orang yang bertaubat yakni orang yang menyesal atas perbuatannya, serta bertekad tidak akan mengulanginya. Sesudah itu, yakni sesudah dia dihukum (disebat) dan membuktikan pertaubatannya itu dengan memperbaiki diri dan beramal soleh. Jika demikian itu, maka terimalah kesaksiannya dan jangan lagi menamainya sebagai seorang yang fasiq, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Setelah Allah s.w.t menjelaskan hukum hakam zina pada ayat 2 dan 3 dalam Surah An-Nur, Allah datangkan pula penjelasan berkaitan Qazaf. Qazaf ialah pertuduhan zina keatas perempuan-perempuan dan juga lelaki-lelaki yang baik tanpa membawa 4 orang saksi. Hukuman ini disyariatkan untuk melindungi maruah orang-orang beriman yang soleh dan juga solehah dari dituduh sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tuduhan zina.

Islam sangat menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan zina, kerana zina merupakan wabak yang sangat merbahaya, ia meliputi kerhormatan, kesucian dan maruah seseorang, dan juga mencemarkan nasab atau keturunan individu, keluarga dan masyarakat. Jadi, Islam memandang berat kepada sesiapa yang menuduh perempuan atau lelaki yang baik-baik melakukan zina. Begitu juga tuduhan terhadap seseorang yang melakukan liwat. 

HUKUM HAKAM QAZAF

Tuduhan melakukan zina itu dapat mengenai siapapun, perempuan atau laki-laki. Perempuan baik-baik dinyatakan secara jelas dalam ayat sebagai contoh, mengingat tuduhan palsu terhadap perempuan lebih serius dan lebih jahat sifatnya ketimbang tuduhan palsu terhadap laki-laki.

Ada 3 unsur yang menjadi tolak ukur dalam menuduh zina, yaitu menuduh zina atau mengingkari nasab, orang yang dituduh itu muhsan, dan bukan pezina, serta ada itikad jahat. Orang yang menuduh zina harus dapat membuktikan kebenaran tuduhannya. Tuduhan zina harus diucapkan dalam bahasa yang lugas dan jelas.

Sementara itu, terhadap tuduhan yang berupa sindiran harus ada bukti-bukti lain yang menunjukkan maksud qazaf untuk menuduh zina, tidak diisyaratkan menggunakan kata-kata tuduhan, tetapi cukup dengan membenarkan tuduhan. Contohnya, si A berkata kepada si B” Kakakmu pezina.” Kemudian, si C berkata, itu benar. Oleh karna itu, A dan C sama-sama penuduh zina namun, dalam tuduhan disyaratkan sasarannya (orang yang dituduh) harus jelek. Dalam tindak pidana disyaratkan adanya gugatan (pengaduan) dari orang yang terkena tuduhan zina. Pembuktian dalam tindak pidana ini dapat diperoleh, baik melalui pengakuan terdakwa maupun alat bukti dua orang saksi.

Syarat-Syarat Hukum Menuduh Zina ( Qazaf )

Dalam ajaran islam, hudud tidak dapat dilaksanakan apabila terdapat unsur keraguan didalam pembuktiannya. Para ulama mengemukakan syarat-syarat yang harus dipenuhi agar seseorang dapat dikenakan hukuman qazaf. Syarat-syarat tersebut adalah:


  1. Yang menuduh berakal sehat dan telah baligh
  2. Tuduhannya tidak terbukti;
  3. Orang yang dituduh itu jelas dan keadaannya muhsan (orang yang berakal sehat, balik, merdeka, beragama islam, dan suci dari perbuatan zina);
  4. Yang menuduh itu bukan ayah atau ibu, kakek atau nenek dan seterusnya keatas;
  5. Tuduhan itu objeknya zina;
  6. Tuduhan itu dilakukan tanpa dibarengi syarat atau terkait dengan suatu lainnya
Syarat Gugurnya Had Menuduh Zina ( Qazaf )

Had qazaf menjadi gugur apabila terpenuhinya syarat berikut:

  1. Orang yang menuduh sanggup menghadirkankan empat orang selain yang menerangkan bahwa tertuduh itu betul-betul berzina.
  2. Mendapat maaf dari orang yang dituduh melakukan zina
  3. Orang yang menuduh istrinya berzina dapat terlepas dari hukuman dari dengan jalan bersumpah lian.
Hikmah Dilarang Menuduh Zina ( Qazaf )

Syarat mengharamkan tuduhan zina dan pelakunya dapat dijatuhi hukuman dera (cambuk), mengandung beberapa hikmah :
  1. Mencegah seseorang untuk berbuat batil, sebab menuduh zina termasuk perbuatan bathil
  2. Mencegah terjadi suatu berita kebohongan dan pencemaran nama baik orang yang dituduh ditengah-tengah masyarakat
  3. Untuk melindungi kehormatan dan kemuliaan orang muslim
  4. Mencegah orang untuk tidak berbuat kefasikan yang menyebabkan tertuduh dan tertolaknya dari kasih sayang Allah SWT
  5. Untuk menjaga kesucian masyarakat dari maraknya perzinaan di dalamnya dan tersebarnya akhlak tercela di antara kaum muslimin.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan pengecualian ini.

1.     Pandangan Mazhab Hanafi:
Setelah bertaubat, orang yang membuat tuduhan itu dikecualikan daripada disifatkan sebagai seorang fasiq. Ini merupakan riwayat Hasan al-Basri, an-Nakha’ie, dan Sa’id bin Jabir.

2.     Pandangan Jumhur (Syafie’, Malik, Ahmad):
Setelah bertaubat, orang yang membuat tuduhan itu dikecualikan daripada disifatkan sebagai seorang fasiq dan penyaksiannya diterima. Ini merupakan riwayat ‘Atha’, Thawus, Mujahid, Sya’bi, dan ‘Ikrimah.

Ringkasan dari Rawai’ al-Bayan oleh Shaikh Muhammad Ali al-Sobuni hafizahullah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...