27 May 2014

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut.
Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga.
Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga
Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu.
Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.
Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, “Oh.. perempuan lagi…” Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.
GANJARAN BAGI MEREKA MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Ta’ala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikurniai anak laki-laki. Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniai anak perempuan. Padahal kehadiran anak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi orangtua yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka. 



Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab shahihnya dengan judul (باب فَضْلِ الإِحْسَانِ إِلَى الْبَنَاتِ) “Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan”. Beliau membawakan tiga hadits sebagai berikut : 

Pertama.
Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 

جَاءَتْنِى امْرَأَةٌ وَمَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا فَسَأَلَتْنِى فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِى شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ وَاحِدَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَأَخَذَتْهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ وَابْنَتَاهَا فَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَحَدَّثْتُهُ حَدِيثَهَا فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ ابْتُلِىَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَىْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ » 

“Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali sebiji buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu ‘alaii wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka”
(H.R Muslim 2629) 


Kedua.
Diriwayatkan juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 

جَاءَتْنِى مِسْكِينَةٌ تَحْمِلُ ابْنَتَيْنِ لَهَا فَأَطْعَمْتُهَا ثَلاَثَ تَمَرَاتٍ فَأَعْطَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا تَمْرَةً وَرَفَعَتْ إِلَى فِيهَا تَمْرَةً لِتَأْكُلَهَا فَاسْتَطْعَمَتْهَا ابْنَتَاهَا فَشَقَّتِ التَّمْرَةَ الَّتِى كَانَتْ تُرِيدُ أَنْ تَأْكُلَهَا بَيْنَهُمَا فَأَعْجَبَنِى شَأْنُهَا فَذَكَرْتُ الَّذِى صَنَعَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنَ النَّارِ » 

“Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.

Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, : Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim 2630) 


Ketiga.
Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ وَضَمَّ أَصَابِعَهُ 

“Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata : Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631) 

Faedah Hadits 

Hadits-hadits di atas mengandung beberapa faedah : 

1. Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka“ 

2. Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika memiliki anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Anak perempuan disebut sebagai ibtilaa’ (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka”. Hal ini juga sebagaimana Allah Ta’ala firmankan : 

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ 

“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah , Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu “ (An Nahl:58) 

3. Yang dimaksud memelihara anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Yang dimaksud (عَالَ) adalah menunaikan hak-hak dengan menafkahi dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lainnya”. 

4. Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang memelihara anak perempuan mereka, berupa nikmat syurga, terhalangi dari siksa api neraka, dan kedekatan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat. 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud :
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
"..menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?"
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Berbanggalah anda jika anda mempunyai anak perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh memasukan anda kedalam syurga Allah S.W.A.

4 TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah terutama dalam mendidik anak perempuan. Namun begitu ia terpulang kepada persepsi masing-masing kerana ada yang menganggap sebaliknya. Anak perempuan itu sukar adalah kerana ia umpama seorang bidadari yang perlu dilindungi kehormatannya sehinggalah ia diserahkan kepada suaminya. Tambahan pula kaum wanita ini mudah timbulnya fitnah terhadap diri sendiri dan keluarga.

#1 Menerapkan soal penjagaan aurat

Antara kesukaran menjaga anak perempuan adalah dalam menitikberatkan soal menutup aurat. Memang agak sukar untuk mendidik anak memakai tudung ketika dirinya dewasa. Maka, latihlah dirinya memakai tudung ketika mulai usia 2 atau 3 tahun. Memang pada awalnya mereka akan berasa tidak selesa, tetapi lama kelamaan ia akan menganggap satu kebiasaan.

Selain itu juga, elakkan daripada membeli pakaian-pakaian yang dikhaskan untuk lelaki. Ini penting supaya ia akan lebih cenderung kepada sifat kewanitaan.

#2 Kerja rumah

Kaum wanita memang tidak boleh lari dari masuk ke dapur. Itu betul. Ketika anak perempuan sedang meningkat dewasa, galakkan dirinya untuk membantu ibu di dapur. Belajar untuk cara memasak, mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya. Latihan ini perlu diasah daripada kecil. Jika anak kita rajin tanpa disuruh, itu merupakan satu kelebihan.

Tetapi jangan terkejut, dalam lembut-lembut anak perempuan juga mereka kadangkala terpengaruh dengan perangai budak lelaki. Jadi kita seharusnya memantau supaya dirinya tidak terikut-ikut atau melakukan perkara-perkara yang terlalu lasak kerana wanita itu fitrahnya lembut.

#3 Alat permainan

Anak perempuan lebih sesuai diberikan permainan seperti mainan masak-masak, set barang make-up dan lain-lain lagi. Jangan sesekali membelikan mainan anak lelaki seperti robot, pistol dan sebagainya. Biarpun ia tidaklah salah, namun biarlah pendedahan awal ini lebih kepada kecenderungan sifat wanita.

#4 Sopan santun

Perempuan lebih sinonim dengan watak yang lembut. Maka, latihlah anak perempuan kita agar lebih bersifat sopan santun dan berlembut dengan orang lain. Apabila ia duduk, kadangkala latih agar ia duduk bersimpuh berbanding bersila. Jika dididik dari awal, sifat kelembutan itu akan berpanjangan apabila meningkat dewasa nanti. Tidak salah untuk bergaul dengan budak lelaki, tetapi perlu dikawal agar ia tidak terpengaruh dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya.

Kelembutan seorang perempuan boleh dizahirkan dari segi perbuatan, pertuturan, dan tingkah lakunya. Oleh itu, jangan terlalu berkeras dengan anak perempuan bimbang mereka akan rasa tertekan dan cuba melakukan protes.


5 PENDEKATAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Anak perempuan permata keluarga dan masyarakat. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan dating. Mendidik dan mempersiapkan mereka dengan ilmu dan wawasan mampu merubah wajah dunia. Dari rumah merekalah kelak akan lahir generasi berikutnya yang berkualiti. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa mereka dapat menjadi hijab api neraka bagi kedua-dua ibu bapanya yang mendidik mereka dengan kesempurnaan dan keindahan islam. (riwayat al-Bukhari dan muslim). 

Huraian ini lebih berkait dengan psikologi anak perempuan.

1. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka. Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Sayidatina Aisyah pernah menggambarkan betapa suburnya kasih sayang antara rasulullah dan anakanda perempuannya sayidatina Fatimah al-Zahra: aku tidak melihat seseorang yang lebih mirip dengan rasulullah dalam berbicara berbanding Fatimah. “Ketika Fatimah menemui Rasullah,maka Baginda segera berdiri dan menyambutnya,menciumnya dan mendudukinya di tempat baginda. Begitu juga ketika baginda mengunjungi Fatimah, lalu Fatimah berdiri menyambut Baginda ,memegang tangan baginda lalu mendudukkan Baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat,Fatimah menziarahi Baginda,lalu Baginda menyambut dan mengucupnya .”(Riwayat al-Bukhari).

Jangan kita terlepas perhatian terhadap soal ini. Nabi kita telah menunjukkan teladan yang terbaik buat para ibu dan ayah,bahawa anak-anak perempuan khususnya perlu dikasihi,dibelai,dipeluk dengan kasih sayang dan dihormati perasaan dan naluri mereka. Imam al-Alusi berkata: “yang diketahui dari orang yang mulia itu ialah mereka sangat menjiwai perasaan wanita. Mereka selalu berusaha untuk membahagiakan dan menghiburkan hati wanita kerana tabiat wanita yang lemah dan perlukan perlindungan. Oleh kerana itu, ketika orang tua ingin memberikan sesuatu kepada anak-anaknya, maka dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan,.”

Begitulah juga teladan yang boleh kita pelajari daripada insan mulia Sayadina Abu Bakar al-Siddiq, seperti yang diriwayatkan oleh al-Barra”: “bagaimana keadaanmu puteriku?” lalu beliau mencium pipi puterinya itu.” (Riwayat al-Bukhari).

2. Menanam dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menggesa ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak terhadap mereka dengan menjadi garang dan sebagainya. Sebaliknya islam menyuruh ibu bapa agar menanam ketakutanterhadap allah dalam diri anak-anak. Rasulullah bersabda.mafhumnya: “Jangan kamu mengangkat tongkatmu terhadap keluargamu. Buatkanlah mereka takut kepada allah.”(Riwayat Ahmad). 


Dalam hal ini juga, kita boleh melihat penekanan yang diberi rasulullah kepada anakanda Baginda supaya memiliki kekuatan rasa takut kepada Allah. Sabda Rasululah, Maksudnya: “Wahai Fatimah,mintalah daripadaku apa sahaja yang kamu inginkan daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak seksaan Allah terhadapmu.” (Riwayat al-Bukhari).

3. Menghukum dengan cara merenggangkan komunikasi dan interaksi dalam tempoh yang sesuai. Adalah diriwatyatkan bahawa jika ada salah seorang anggota keluarga Rasulullah yang berbohong sekali, maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat. (Riwayat Ahmad). 


Sekiranya kita mendidik anak-anak dengan asas akidah, ibadah dan akhlak maka jika berlaku perlanggaran terhadap mana-mana asas tadi, maka ibu dan ayah boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak sampai menyebabkan anak perempuan memberontak.

4. Tanamkan dalam diri anak-anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa secara psikologinya anak-anak perempuan lebih suka meluahkan masalah, memerlukan pendengar yang setia berkenaan runtunan kehidupan mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak perempuan ini cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada kaum lelaki. Maka ibu dan ayah wajib menanam asas tauhid dalam diri anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan kepada Allah. Ibnu Qayyim berkata : Telah sampai kepada kami satu kisah. Pada suatu hari seorang penguasa daerah tempat hatim al-Asham tingal melewati pintu rumah beliau. Lalu sang penguasa meminta air minuman. Sebaik selesai minum, penguasa itu melemparkan wang kepada hatim dan teman-temannya. Mereka semua bergembira menerima wang tersebut kecuali seorang gadis. Dia menangis melihat keadaan tersebut. “apa yang membuatkan kamu menangis?” Gadis itu menjawab: “Tatkala seorang makhluk memandang kita, lalu memberi bantuan, pun kita sudah berasa bergembira. Lalu bagaimana jika sekiranya yang memandang kepada kita dan menghulurkan bantuan itu ialah Allah yang maha pencipta?”

5. Memperkayakan mereka dengan kisah wanita-wanita solehah. Gunakanlah kesempatan bersama anak-anak perempuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman antaranya Asiah dan Maryam. Jadilah ibu yang menyambungkan silaturahim antara mereka dengan wanita-wanita agung tersebut. Caranya dengan mengambil iktibar daripada kehidupan mereka yang mulia.


Saudaraku, kesimpulannya,

Lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran khusus bagi orang tua yang mau memelihara anak-anak perempuan mereka. Semoga Allah Ta’ala senantiasa memberikan kita keturunan yang shalih dan shalihah. 

Wallahu A’lam…

26 May 2014

Tingkatkan Kesuburan dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..


Masalah kesuburan selalunya dikaitankan dengan wanita dan ramai wanita yang berusaha untuk meningkatkan kesuburan dengan mengambil pelbagai suplemen. Dan ada juga yang mendapat rawatan kesuburan di hospital. Walau bagaimanapun, lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah ketidaksuburan ini.
http://shakleego.blogspot.com/2014/05/set-kesihatan-lelaki.html

Punca pasangan tidak mendapat anak adalah sama antara suami dan isteri, 40% punca adalah kemandulan isteri, 40% kerana kemandulan suami, dan 20% adalah masalah kedua2 pasangan tersebut.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya 
  • Masalah tiroid 
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat 
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin

Penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaranTerlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. 

set kesuburan

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda. Antara usaha yang boleh dibuat bagi menambahkan kesuburan ialah dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengambil vitamin atau suplemen. Antara suplemen yang dapat membantu meningkatkan kesuburan adalah:-

  • Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). 
  • Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. 
  • Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

  • Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembap akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

  • Terkenal sebagai 'vitamin seks'
  • Membantu menghaluskan kulit
  • Anti-penuaan
  • Melancarkan peredaran pembuluh darah
  • Mencegah pembentukkan darah beku
  • Membantu pembentukkan sel-sel baru (RNA & DNA)
  • Sangat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita
  • Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal
  • Lelaki mudah kehilangan selenium melalui air mani.Jadi, supplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki

  • Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosteron, membantu kekalkan jumlah air mani
  • Membantu kekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum
  • Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu DNA
  • Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat
  • Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat
  • Zink penting untuk kesuburan kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

Sekiranya anda mengalami masalah period yang tidak teratur dan mengalami PMS, saya syorkan anda mengambil GLA Complex untuk mengatur kitaran haid anda.

  • Di amalkan oleh isteri, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur
  • GLA membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga di kenali sebagai "Mukus serviks putih telur".
  • Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, sangat-sangat membantu sperma untuk berenang terus ke uterus, ke tiup fallopio, dan terus ke ovum.
  • Tambahan pula, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiup fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (ovulasi)

Sekiranya anda ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua-dua suami isteri mengambil set kesihatan optimum yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilanZinc bagi membantu tahap kesuburan anda manakala wanita yang mempunyai masalah period seelok-eloknya mengambil GLA Complex bersama.

15 May 2014

Fatwa Tentang Tauhid Rububiyyah & Tauhid Uluhiyya

Oleh: Prof. Dr. ‘Abd al-Malik al-Sa‘di al-Hasani
No. soalan dan tarikh pos: 2293 - 2011/11/24 (sumber)


Soalan:

Apakah perbezaan antara tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah? Adakah kedua-duanya seerti atau boleh terhasil tauhid Rububiyyah tanpa tauhid Uluhiyyah; di mana kami melihat sesetengah orang membezakan antara kedua-duanya dengan mendakwa bahawa orang-orang kafir musyrik Makkah telah bertauhid Rububiyyah, akan tetapi mereka musyrik dalam tauhid Uluhiyyah?

Jawapan:

Rububiyyah adalah kata nama yang dinisbahkan kepada Rabb (Tuhan), dan Rabb ialah pentadbir/pengurus, pencipta dan pengasas/pembangun sesuatu.

Uluhiyyah pula adalah kata nama yang dinisbahkan kepada Ilah (Sembahan), dan ia diambil dari perkataan: (أَلِهَ) yakni hairan/bingung. Ia diungkapkan kepada Sang Pencipta (جلّ شأنه) kerana akal fikiran menjadi bingung tentang zat-Nya, dan ia juga diungkapkan kepada apa saja sembahan secara mutlak. Namun, maksudnya pada istilah akidah ialah Tuhan yang disembah secara benar. Maka terkeluarlah dengan lafaz “secara benar” itu semua tuhan-tuhan yang disembah dari kalangan makhluk, kerana mereka disembah sedangkan mereka itu tidak berhak menerima ubudiyyah (pengabdian).

Dan orang-orang musyrik (Makkah) itu, mereka telah mensyirikkan Allah dengan selain-Nya dari kalangan berhala-berhala serta lain-lainnya, di samping kepercayaan mereka bahawa Allah juga adalah Tuhan sembahan (Ilah) yang benar. Dalam masa sama, mereka turut percaya bahawa Dia adalah pencipta dan pentadbir sepertimana firman-Nya:

(وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ) الزخرف: ٨٧

Terjemahan: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah-Nya)? (al-Zukhruf: 87)

Maka mereka menyembah berhala-berhala itu kerana mereka percaya bahawa menyembahnya itu juga adalah ibadah kepada Tuhan (Rabb), kerana mereka pernah berkata:

(مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى) [الزمر: ٣]

Terjemahan: "Kami tidak menyembah/memuja mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya". (al-Zumar: 3)

Maka ibadah mereka kepadanya adalah kerana ia menghampirkan kepada Tuhan (Rabb) yang disembah.

Di samping makluman, bahawa di sana terdapat orang yang menyembah makhluk dan tidak mengiktiraf Allah sebagai Tuhan (Rabb), bahkan ia menafikan Sang Pencipta. Mungkin ia juga beranggapan bahawa makhluk yang disembah tersebut adalah tuhan yang menciptakannya dan mewujudkannya. Oleh kerana itu, ia pun menyembahnya.

Allah (جلّ شأنه) telah mencemuh ke atas orang-orang Yahudi dan Kristian ketika mana mereka mengambil pendeta-pendeta dan rahib-rahib sebagai tuhan-tuhan (Rabb-Rabb) yang mereka sembah selain dari Allah. Kerana mereka telah mensyariatkan bagi-Nya secara bertentangan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, lalu mereka pun mengikuti mereka itu. Dan sikap mengikut adalah suatu ketaatan dan ibadah. Firman Allah Taala:

(اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ) [التوبة:٣١]

Terjemahan: “Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah”. (al-Taubah: 31)

Maka di sini, Allah telah mengungkapkan perkataan Rabb kepada tuhan yang disembah. Justeru, mereka adalah orang-orang musyrik dari segi Rububiyyah dan juga Uluhiyyah.

Dari sini, dapat difaham bahawa sesiapa yang bertauhid Rububiyyah dia juga bertauhid Uluhiyyah, dan sesiapa yang mensyirikkan salah satu dari kedua-duanya, maka dia juga syirik dengan yang satu lagi.

Justeru, orang-orang musyrik (Makkah) itu di samping penyembahan mereka kepada berhala-berhala, mereka juga percaya bahawa ianya dapat memberi mudarat, manfaat, rezeki, kurnia dan juga dapat mencegah. Maka mereka walaupun mengiktiraf ketuhanan (Rububiyyah) Allah, namun mereka juga beranggapan yang selain-Nya itu juga adalah sebagai tuhan-tuhan (Rabb-Rabb). Oleh kerana itu, mereka juga menyembahnya.

Dengan itu, maka saya tidak melihat suatu keperluan untuk menjadikan tauhid khusus untuk Rububiyyah dan syirik untuk Uluhiyyah. Maka orang yang mensyirikkan salah satu dari kedua-duanya, dia juga sebenarnya syirik dengan yang satu lagi. Jika tidak, nescaya dia tidak mensyirikkan Tuhannya dengan satu apa pun. Oleh itu, Allah Taala berfirman:

(فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا) [الكهف: ١١٠]

Terjemahan: “Maka, sesiapa yang berharap akan bertemu dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan dalam ibadat kepada Tuhannya dengan sesiapa pun ". (al-Kahf: 110)

Maka di sini, Allah mengungkapkan syirik dalam ibadah ke atas Rububiyyah (Rabb), bukannya ke atas Uluhiyyah (Ilah).


05 May 2014

Perkara Sebenar Yang Berlaku Di Mesir

Kenapa ramai sangat update pasal Mesir ni? Apa yg sebenarnya berlaku?? Nah!

Kalau boleh habiskan masa berjam2 untuk perkara yg langsung tak berfaedah, kenapa tidak beberapa minit ni untuk Islam? Buka hati, buka minda! Celik mata seluas-luasnya.

Mursi adalah satu-satunya Presiden Mesir yang bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa Barat sejak era Republik pada 1952. Muhammad Naguib yang menggulingkan Raja Farouk sebenarnya disokong oleh kuasa Barat. Gamal Nassir yang dianggap lagenda kepimpinan Mesir, ucapannya yang berapi itu ditulis oleh CIA. 

Anwar Sadaat yang kelihatan bagaikan wira apabila mengejutkan Israel 1973 sebenarnya melutut kepada Amerika di saat Mesir hampir kepada kemenangan. Hosni Mubarak sepanjang hampir 3 dekad memerintah tidak dapat menyembunyi dan menafikan keterlibatan kuasa Barat dalam pemerintahannya.

Kini jelas apabila Mursi tidak ada sandaran mana-mana kuasa bahkan terang-terangan menyokong Palestine, dia hanya kekal dalam masa setahun. Pada saya nilai pemerintahan Mursi bukan pada panjang pendek waktunya tetapi pada nilai kebebasannya.

Mereka yang menolak Mursi samalah menolak kebebasan Palestine. Sejak Mursi memerintah, pintu ke Gaza sebelah Mesir dibuka dan rakyat Palestin boleh bergerak untuk mendapatkan makanan tapi tindakan ini tidak disenangi oleh Israel dan kaum kerabat Yahudi, tercetuslah usaha mengulingkan Mursi yang bukan sahaja membuka jalan pada rakyat Palestin tapi jugak menegakkan Agama Islam yang hampir hancur di zaman Hosni. 

Kebangkitan Islam dimana-mana sahaja di dunia ini akan ditentang habis-habisan bahkan menyanjung pada yang membawa anasir-anasir jahiliah untuk melenyapkan Islam, mendedah aurat, K-Pop dan macam-macam lagi. Sedih dengan berita umat Islam khusus nya di Malaysia ini yang hanya dapat berita dari sumber kaum kuffar yang bersorak setelah kebangkitan Islam di cantas begitu sekali.

Tanggal 3 JULAI 2013 menjadi saksi "PENGKHIANATAN TERBESAR" yang dilakukan oleh Tentera dan penyokong anti-Dr Mursi.

Hari ini (3 Julai 2013), Umat Islam menyaksikan kehancuran sistem Demokrasi!! Dulu mereka berjuang MENDEWAKAN demokrasi, hari ini mereka LANTANG MENUTUP pintu demokrasi,walaupun mereka "berjaya" mengusir Dr Mursi pada hari ini dan meraikannya dengan SORAKAN IBLIS, namun mereka tidak akan pernah berjaya untuk memadam API JIHAD yang menyala-nyala di dada Pejuang Islam!

Mereka bukan sahaja berdepan dengan Ikhwan Muslimin,tapi mereka sebenarnya berdepan dengan Allah dan seluruh tentera-tenteraNYA di langit dan di bumi..Janji Allah itu pasti!! AllahuAkbar!


Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi. Maka bersorak gembiralah Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Bashar Al-Assad Syria, Syiah, Saudi, Iran, Mubarak dan golongan sekular. Allahurabbi.

‪#‎Fakta‬ 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini.

Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ever after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain. 

Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat.

Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah Mesir yang suci. 

Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam. 

Fakta #2 
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir. 

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!

Gila. 

Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]

Fakta #3
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

Ironi makaroni.

Fakta #4
Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.

Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]

Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.

Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..? 

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.

El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya. 

Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??

Fakta #6
Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir. 

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.

Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.

Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!

Fakta #7
Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka. 

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.

Fakta #8 
Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri. 

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ceh.

As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit]

Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin? 



Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli.

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.

Fakta #10

[Kredit]

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim!

Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada. 

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt! 

Fakta #11
Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi? 

Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.

Itu adalah alasan yang mereka gunakan.

Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi memerlukan kayu sakti Harry Potter atau mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata. 

Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:

Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.

[Sumber: bersamadakwah.com]
Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.

Begitulah.

Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir? Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan Islam yang sudah terlalu hampir itu! 

Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat mereka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan yang lebih agung!

Allahu Akbar! 

Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenangan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku.

Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun.

Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah. Geleng kepala. 

Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]

Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah! 

"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat.

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]

Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut dan syaitan durjana..?

Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai!

-gabbana- 

Saya menerima permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan. Begini. Kebanyakan fakta yang saya kongsikan sama ada ia sememangnya sudah tersebar dan diketahui umum; maka amat mudah untuk anda mendapatkannya di internet atau hanya berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini.

InshaAllah, fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk saya berdusta dan memutarbelitkan fakta. Sungguh saya amat takut pada azab seksaNya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan atau tidak tepat, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat yang benar dan sahih sahaja yang dipaparkan.

Ada juga yang meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jujur saya tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.

Alhamdulillah, maklum balas kepada artikel ini amat-amat memberansangkan. Sila sebarkan dan buat penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semua. Besar harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi kesedaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja tarbiyah dan dakwah yang perlu kita lakukan. Sungguh kemenangan Islam itu sudah terlalu dekat; namun ia tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri mengorbankan harta, tenaga dan jiwa kita!

Moga Allah redha, biidznillah!?"

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...