26 August 2012

Perjalanan ke Masjid Quba

MENZIARAHI MASJID QUBA, MADINAH AL MUNAWWARAH
13 August 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'ALAMIN...

Masjid Quba adalah merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Sebelum ke Miqat Birr Ali aku telah dibawa menziarahi Masjid Quba. Masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah s.a.w.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itulah,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t.

Masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah S.W.T.

 Menara Masjid Quba yang tersergam indah.


Pemandangan Pokok kurma subur yang dijaga rapi


Pemandangan sekitar Masjid Quba

Semasa hayatnya,Nabi Muhammad S.A.W kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a 

"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. "

Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya. 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi: 
"sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"
Arah menuju ke tempat solat dan berwuduk

Kawasan Tempat Letak Kenderaan 

Keadaan persekitaran luarnya masih sama melalui pemerhatian ku walaupun masa berubah. Kelihatan peniaga2 jalanan pagi tu baru memulakan perniagaan mereka . Kelihatan agak banyak juga bas2 yang membawa jemaah telah berada di situ. 

Yang pasti kunjungan ke Masjid Quba ini jadi suatu kemestian sekiranya kita melakukan ziarah luar di kota Madinah . Namun sebenarnya kunjungan ini hanya sekadar kunjungan sekiranya kita tidak mengambil peluang meraih pahala disebalik kunjungan ini . 

Oleh itu , ambillah kesempatan untuk solat tahyatul masjid dan sekiranya telah masuk waktu dhuha, kerjakan sekali di sini .Sungguh besar pahalanya yang Allah dah sediakan untuk kita, jangan lepaskan peluang keemasan yang datang bukan selalu pada kita . 
Tempat Letak Kereta dipenuhi Kenderaan keluar masuk.

Jualan oleh penduduk tempatan dikaki-kaki lima sekitar Masjid Quba


Menara Masjid Quba yang tersergam indah- SUBHANALLAH !

credit kepada rezeki-suatuperjalanan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...