10 January 2012

Apa Itu Jualan Langsung / MLM?

 

Bila sebut saja jualan langsung atau MLM, berbagai-bagai tanggapan buruk bermain di minda mereka yang mendengarnya. "Sistem piramid", inilah ungkapan yang biasa kita dengar apabila cuba memperkenalkan jualan langsung / MLM kepada prospek. Saya tidak sepatutnya menyamakan jualan langsung dengan MLM kerana tidak semua syarikat jualan langsung menggunakan sistem MLM, contohnya Tupperware, Avon dan lain-lain syarikat yang menghantar jurujual mereka dari rumah ke rumah.

Kebanyakan pengusaha MLM, terutama yang baru melibatkan diri, akan berputus asa bila mendapat respon yang tidak baik dari prospek mereka. Kebanyakan prospek menggambarkan seolah-olah MLM itu tidak sah di sisi undang-undang dan pendapatan yang diceritakan mustahil dapat dicapai. Untuk melepasi halangan pertama ini, kita sendiri perlu faham serta yakin dengan sistem pemasaran dan kesahihan perniagaan MLM di sisi undang-undang. Kita juga perlu yakin dengan peluang pendapatan yang boleh diperolehi melalui perniagaan MLM. Jika kita sendiri pun ragu-ragu, kita akan menghadapi masalah besar bila berdepan dengan
prospek. Di bawah saya paparkan apa yang kita perlu tahu tentang MLM.

Perniagaan MLM (Pemasaran Berbilang Tingkat) secara mudah bermakna mengedar produk atau perkhidmatan dari syarikat kepada pelanggan melalui ahli atau pengedar. Pengedar akan dibayar bonus, mengikut tingkat, di atas usaha mereka mengedar barangan atau perkhidmatan. Jumlah bonus yang akan diterima bergantung kepada usaha masing-masing. Jesteru seseorang itu boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak dari individu yang menaja mereka.

Orang ramai selalu terkeliru dan menganggap MLM adalah skim piramid. Skim piramid adalah salah di sisi undang-undang, manakala MLM pula sah di sisi undang-undang. Jesteru Kerajaan mensyaratkan syarikat yang ingin menjalankan perniagaan MLM mempunyai lesen jualan langsung dalam kategori Pemasaran Berbilang Tingkat. Syarikat yang menggunakan sistem piramid tidak akan diberi lesen oleh pihak Kerajaan.

Ada kemungkinan syarikat yang menjalankan sistem piramid akan menukar sistem mereka selepas mendapat lesen. Bagaimana anda hendak mengenalinya. Sebab utama mengapa skim piramid tidak sah di sisi undang-undang adalah kerana perniagaan mereka tidak melibatkan pengedaran barangan atau perkhidmatan secara sah. Mereka mungkin menggunakan sistem Berbilang Tingkat, tetapi tidak Pemasaran Berbilang Tingkat. Bagaimana mungkin dipanggil pemasaran jika tidak melibatkan pengedaran barangan atau perkhidmatan. Bonus yang dibayar kepada pengedar adalah diambil dari yuran penyertaan yang dibayar oleh ahli.

Di dalam perniagaan perniagaan jualan langsung MLM, anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan jika anda tidak membuat "jualan". Anda akan memperolehi pendapatan yang amat lumayan jika anda mempunyai satu organisasi usahawan yang besar dan masing-masing membuat "jualan".

Perkataan "menjual" akan menimbulkan fikiran negatif di minda kira-kira 95% dari orang ramai. Bagaimana kita, para usahawan perniagaan jualan langsung MLM, hendak menghadapi cabaran ini?

Melalui BLOG ini, kita akan bincangkan strategi-strategi dan teknik mudah lagi efektik untuk mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan. Marilah kita sama-sama bongkar rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Jualan Langsung MLM.

Semoga berjumpa lagi.

Cadangan saya - Bookmark laman ini sekarang.

sumber : Ir. Wan Ibrahim


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...