31 July 2014

Teringin Makan Lemang - "Lemang Perantau Bahrain"

Assalamualaikum,

Emmm sedapnyer...

Lemang Tanpa Buluh sesuai untuk hidangan tetamu di hari raya atau open house. Rasanya tidak terhad pada perantau tapi untuk yang tinggal di bandar atau di desa juga boleh menjadikannya sebagai salah satu juadah untuk tetamu. Senang tidak perlu bermain dengan buluh dan asap api. Tapi Lemang guna buluh tu lagi sedappppp....ada kepala lemang!!! lemak2 gitu...favorite ana..

Ana usahakan untuk publish hari ini sebab empunya diri nak buat open house nanti... Harap entry ini dapat membantu  ye. Ana sertakan disini cara ana buat lemang langkah demi langkah. Semoga gambar dan cara membuatnya dapat di fahami dengan mudah. 

Di bawah ini gambar 'buluh' yang ana gunakan untuk membuat lemang...hihii. Bekas rempah sebenarnya. Barangan Daiso boleh didapati di Lulu Ramli Mall atau Di Dasman Centre, Manama, Bahrain..  Saiz Acuan Lemang ana ni 10cm x 5.5cm. Boleh guna gelas plastik / bekas plastik lain yang sesuai.
Barangan Daiso (Acuan Lemang)
Daiso Dasman Centre, Manama Bahrain
RESEPI LEMANG TANPA BULUH
menghasilkan 5 batang lemang bersaiz seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
  • Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
(Boleh tengok disini cara masak pulut STEP BY STEP)
  • Didihkan air di dalam periuk kukus.
  • Cuci beras pulut.
  • Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  • Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  • Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  • Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  • Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  • Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.
Cara Buat Lemang:

  • Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  • Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  • Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  • Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  • Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  • Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  • Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  • Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  • Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  • Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda.


Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....
Boleh tengok gambar Lemang yang telah ana hidangkan..

TIPS MEMBUAT LEMANG

  • Tambahkan air panas 1-3 sudu besar jika pulut masih lagi keras, kemudian kukus semula 5- 10 minit.
  • Mesti kacau 10 minit sekali supaya pulut masak sekata.
  • Lebihkan santan kurangkan air jika mahu lebih rasa lemak. Tapi jika terlalu lemak juga akan cepat muak, tambahan lagi nanti nak cicah rendang kan...lemak juga..
  • Tunggu pulut suam sedikit baru masuk dalam acuan...kalau nak buat juga masa panas tekan guna sudu.
  • Bagi yang suka lemang yang garing...lepas kukus boleh masukkan dalam oven dan bakar sekejap.
  • Tekan pulut padat ke dalam acuan supaya tidak berderai semasa memotong lemang nanti dan cantik potongannya.

Resepi Lemang Foil pulok..hehehe


Ana dah menetap di Bahrain hampir 7 tahun. Mana ada orang jual lemang buluh kat sini kan? Nak membakar lemang cara traditional pun silap haribulan kena ambuse dek polis Bahrain..hehehe

Ana pun godek-godek dan google lah... Tengok apa dia kata.
Oh ada "Resepi lemang perantau". So anapun salin lah resepinyer...

Ikut resepi, bakar je dalam oven. Hemm...tapi kena balut dengan daun pisang kat dalam, baru balut foil di luar. Mana nak cari daun pisang? Kat sini payah nak cari daun pisang, takkan ana nak pegi merayap mengintai mana-mana rumah orang Arab ni, kot-kot ada? isk... Ada kawan kata ada yang frozen, tapi ana tak pernah jumpa sebab itu juga sampai sekarang nak buat lepat pisang tak jadi-jadi!]

Aduhai dah kita kat luar negara kan.... Kita pakai apa yang ada lah jawabnya. Ana balut saja dengan foil: Pulut yang telah di kukus dengan santan-di bentuk panjang macam lemang selepas pulut dah masak-di kemaskan dalam foil-masuk oven (ana guna toaster oven saja). Selepas tu, tengok-tengok, agak-agak dah masak cantik, keluarkan, potong seperti lemang.
SIAP! Alhamdulillah, sedap juga...ehehe..

Ana bagi nama "Lemang Perantau Bahrain". 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...