31 December 2017

Wajah Wanita 43 Tahun Bertukar Menjadi Licin Kerana Petua Ini

Hanya dengan campuran halia segar, cuka dan madu, dalam beberapa hari bintik hitam pada wajah terus pudar.

Wanita berusia 43 tahun di bawah ini hanya menyapu campuran bahan ini selama beberapa minggu, dan wajahnya kembali berseri seperti gadis muda 20 tahun!



Bukan saja wanita, lelaki pasti suka juga dengan tips ini, kerana mudah, cepat dan semulajadi.

Bahan-bahan: Halia segar, cuka dan madu. (Bahan dapur je…)


1.Cuci halia sehingga bersih.

Masukkan dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut. (Jangan terlebih sehingga paras leher balang)


Masukkan balang ke dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.

2.Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, adukkan sebati. Tunggu 30 minit.


Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi.

3.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.


Anda pasti bakal terkejut tidak percaya dengan hasil ajaibnya! Mulus, putih, bersih malah berkilau! Tentunya akan dijadikan rutin.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan dan keluarga.

P/S. : Kerana jenis dan sensitiviti kulit setiap orang berbeza, cara ini belum tentu sesuai pada kulit semua orang. Jika selepas melakukan rawatan ini kulit terasa panas atau timbul kemerahan, segera rujuk kepada doktor.

09 November 2017

HALANGAN SEBENAR PELAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN & TERENGGANU

OLEH DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
PELAKSANAAN undang-undang Islam termasuk yang berkaitan dengan jenayah telah menjadi hasrat dan cita-cita pejuang Islam di Malaysia sejak sekian lama.

Apabila Pas mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, satu pasukan khas telah diwujudkan untuk merealisasi hasrat tersebut. Pasukan ini menggabungkan pelbagai kepakaran dari kalangan pemimpin politik, ahli akademik dan mengamalkan undang-undang.

Hasilnya pada tahun 1993, satu Rang Undang-undang Jenayah Syariah II telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kelulusan undang-undang ini merupakan satu kejayaan besar kepada perjuangan Islam di dalam negara.

Walau bagaimana pun, hasrat ini mendapat tentangan keras dari pemimpin negara pada waktu itu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menulis satu surat bertarikh 15 Julai 1994 yang menyatakan secara jelas larangan pelaksanaannya serta memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil jika ia diteruskan.

Dengan mengambil kira amaran itu dan pengalaman kerajaan Kelantan di bawah Pas pernah berdepan dengan pengisytiharan darurat dan dirampas kuasa melalui tindakan Mageran (Majlis Gerakan Negara) pada tahun 1977, maka hasrat murni itu terpaksa ditangguhkan.

Usaha yang serupa dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Pas (1999-2004) apabila Enakmen Jenayah Syariah 2002 telah diluluskan.

Undang-undang ini telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada 2 September 2002, disiarkan dalam warta pada 23 September 2002 dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003.

Namun, ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada kerjasama dari kerajaan Persekutuan Malaysia.

Walau pun undang-undang jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu belum dapat dilaksanakan, ia merupakan satu kejayaan dalam dakwah kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia.

Pertamanya, ia membuktikan bahawa undang-undang jenayah Islam boleh dikanunkan dengan sempurna dan baik melalui mekanisme perundangan moden. Kedua, ia meneroka medan ijtihad yang berani khususnya berkaitan dengan perlaksanaannya dalam sebuah negara berbilang kaum.

Ketiga, ia menunjukkan perlaksanaan hukum Allah adalah satu kewajipan sebenar, bukan sekadar menjadikannya sebagai retorik atau propaganda politik.

Keempat, ia menjinakkan hati masyarakat agar semakin dekat dengan syariat Islam dan yakin dengan kemampuan Islam menyelesaikan kemelut jenayah yang membarah.

Hasilnya, selepas hampir 20 tahun, semakin ramai pihak yang mempunyai sikap terbuka untuk menerima hudud. Demikian juga dengan lonjakan ketara sokongan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam.

Persoalan yang timbul kini ialah dari sudut pelaksanaannya. Apakah sebenarnya penyelesaian kepada penguatkuasaan yang tertangguh ini. Di manakah ia sepatutnya bermula.

Apa halangan sebenar?

Pada dasarnya terdapat dua bentuk halangan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 Terengganu.

Halangan pertama ialah halangan politik iaitu sikap kerajaan Persekutuan yang tidak menyokong, tidak memberikan kerjasama serta melarang pelaksanaannya. Halangan kedua ialah halangan perundangan. Berikut dijelaskan terlebih dahulu halangan perundangan.

Halangan Perundangan

Halangan perundangan yang jelas ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 mengehadkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 2 Akta itu memperuntukkan bahawa:

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Akta ini menetapkan had dari sudut jenis atau skop kesalahan iaitu ‘kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut’. Buat masa ini skop kesalahan ini ditafsirkan secara luas sesuai dengan keluasan Syariah Islam itu sendiri.

Dalam enakmen-enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah mengandungi kesalahan-kesalahan seperti berjudi, mencuri, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii dan seumpamanya.

Bahkan bentuk kesalahan yang ada dalam jenis hukum hudud seperti zina dan qazaf pun sudah ada dalam undang-undang hari ini. Lihat contohnya seksyen 22 hingga 38 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Sesetengah kesalahan yang disebut dalam enakmen ini sebenarnya juga diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan.

Contohnya seseorang yang didakwa melakukan kesalahan liwat, dia tertakluk kepada dua undang-undang iaitu enakmen jenayah syariah dan juga Kanun Keseksaan. Berdasarkan hakikat ini dapat disimpulkan bahawa kewujudan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, bunuh dan lain-lain seperti yang disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan adalah tidak bercanggah dengan Akta.

Jika hukuman bagi kesalahan itu ada disebut dalam ajaran Islam, maka ia juga sepatutnya dianggap sebagai sebahagian dari jenayah Syariah.

Namun demikian, seksyen 2 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dari sudut hukuman. Mahkamah Syariah tertakluk kepada had hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit.

Had inilah merupakan halangan sebenar kepada enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu.

Memandangkan enakmen jenayah Syariah menetapkan hukuman yang lebih tinggi seperti iaitu seratus rotan dan penjara yang lebih lama, maka ia dikira pertentangan dengan Akta.

Demikian juga hukuman yang tidak disebut oleh akta itu seperti rejam dan potong tangan tidak boleh berkuat kuasa kerana bertentangan dengan Akta. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan dikira tidak sah dan batal.

Bagi mengatasi halangan ini Parlimen perlu membuat pindaan ke atas Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 iaitu dengan menaikkan had yang disebut itu sesuai dengan kadar yang ditetapkan oleh enakmen-enakmen terbabit.

Bercanggah Perlembagaan?

Isu kedua adalah berkaitan dengan percanggahan antara enakmen jenayah syariah Kelantan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 secara jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal.

Mana-mana akta atau Enakmen, termasuk enakmen jenayah syariah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan.

Aspek yang disebut bercanggah ialah Perkara 74 memperuntukkan agihan kuasa antara negeri dan Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan. Kerajaan persekutuan dan negeri hanya boleh membuat undang-undang dan mentadbir dalam ruang bidang kuasa masing-masing.

Jika mana-mana kerajaan membuat undang-undang di luar bidang kuasanya, undang-undang itu adalah pertentangan dengan Perlembagaan.

Oleh itu enakmen ini dianggap bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia mengadakan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan.

Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang mengehadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak ‘berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan’.

Namun begitu dakwaan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan masih boleh dipertikaikan. Ini kerana, jika ia dianggap bercanggah maka undang-undang ke atas kesalahan berjudi, mencuri, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii, zina dan qazaf yang sedia ada kini dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri juga dianggap bercanggah.

Namun setakat ini tiada orang yang mencabarnya, dan ia diterima umum sebagai undang-undang yang sah.

Pertembungan kuasa

Contoh terbaik untuk menggambarkan pendekatan mahkamah dalam kes ini ialah kes Mamat bin Daud lwn. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119. Dalam kes ini plaintif-plaintif telah dituduh di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang baru dipinda bagi menambah satu kesalahan baru iaitu melakukan tindakan di atas asas agama, yang boleh menjejaskan perpecahan atau menyebabkan atau menjejaskan keharmonian di antara rakyat yang menganut agama yang sama atau berbeza.

Mereka dituduh melakukan tindakan yang menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat Islam iaitu apabila bertindak sebagai bilal, khatib dan imam yang tidak bertauliah. Mereka menuntut pengisytiharan bahawa s. 298A adalah ultra vires dengan Perkara 74 kerana ia secara ‘inti pati dan isi’ (pith and substance) berkaitan dengan agama Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri, dan Parlimen tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Setelah meneliti secara terperinci, Mahkamah Agung telah memutuskan dengan majoriti tiga daripada lima orang hakim, bahawa tindakan yang dilarang oleh akta tersebut tiada kaitan langsung dengan ‘keselamatan awam’ yang tertakluk kepada bidang kuasa Persekutuan, sebaliknya ia menyentuh secara langsung dengan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. Menurut Salleh Abas KHN :

Dengan melihat dari sudut pandangan yang sepatutnya, setakat untuk perlaksanaan ke atas orang-orang Islam, seksyen yang dipertikaikan ini adalah satu undang-undang yang bertujuan untuk memastikan agama Islam diamalkan di negara ini menepati panduan, aturan dan amalan yang dibenarkan oleh negeri-negeri…. Dalam meluluskan seksyen yang dipertikaikan ini, saya tidak fikir bahawa Parlimen boleh bergantung kepada kuasa perundangan berasaskan ketenteraman awam kerana penggunaan kuasa tersebut akan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan kuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dan mengawal urusan amalan agama Islam.

Seah dan Mohamad Azmi HHMA yang turut bersetuju dengan keputusan pengisytiharan pembatalan seksyen berkenaan menjelaskan;

…apa yang perlu diambil kira adalah isi atau inti pati kepada sesuatu statut bukannya bentuk atau sifat luarannya… sebanyak mana pun ‘kosmetik’ digunakan untuk membuat ‘hiasan perundangan’ tidak dapat menutup penyamaran dalam perundangan.

Matlamat, tujuan dan bentuk seksyen yang berkenaan mesti diterokai untuk mengenal pasti rupa sebenar dan inti pati sesuatu undang-undang dan untuk mengenal pasti kategori undang-undang tersebut…

Hujah majoriti berkisar di sekitar tujuan dan matlamat sebenar yang membawa kepada kewujudan seksyen 298A Kanun Keseksaan itu. Walaupun diakui bahawa ia mempunyai kaitan dengan ketenteraman awam, tetapi hubungannya dengan pengamalan agama Islam adalah lebih dekat dan hampir dengan tujuan undang-undang itu diperkenalkan.

Keputusan ini memberikan ‘perlindungan’ kepada kuasa perundangan terpenting kerajaan negeri iaitu hal ehwal agama Islam.

Contohnya dalam kes terdahulu iaitu Tengku Nik Maimunah lwn Majlis Ugama dan Adat Melayu Negeri Terengganu [1979] 1 MLJ 157, mahkamah telah memutuskan bahawa persoalan wakaf adalah di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Perkara 74 dan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, maka undang-undang negeri yang berkaitan iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Terengganu 1955 adalah berkuat kuasa.

Selagi negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa membuat undang-undang kepada kerajaan Persekutuan melalui beberapa mekanisme seperti Perkara 76 yang membenarkan kerajaan Persekutuan membuat undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri dengan sebab-sebab tertentu, selagi itulah Negeri mempunyai kuasa perundangan mutlak ke atas urusan agama Islam.

Jika di lihat kepada pendekatan yang telah digunakan dalam kes-kes ini, kita dapat andaikan bahawa enakmen jenayah syariah yang melibatkan hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Langkah penyelesaian

Walau bagaimana pun, halangan utama ialah halangan politik. Jika ada kemahuan politik kekangan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta boleh dirungkaikan dengan mudah. Jika kekangan politik ini dapat diatasi tindakan yang wajar dilakukan untuk menjamin kelancaran pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah berkaitan dan menjatuhkan hukuman-hukuman seperti potong tangan, sebat dan mati.

Peluasan kuasa ini bukan hanya dapat dinikmati oleh Kelantan dan Terengganu, bahkan juga untuk negeri-negeri lain.

Selain itu, bagi memberikan laluan yang lebih selesa, agar tidak dianggap wujud percanggahan antara enakmen jenayah syariah dan undang-undang Persekutuan, maka perkataan ‘kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan’ perlu digugurkan dari Butiran 1 Senarai Negeri.

Bagi memberikan ruang yang lebih selesa perkataan jenayah syariah dan skopnya perlu dimasukkan dalam Senarai Negeri.

Pilihan yang lain ialah dengan memberikan kuasa khusus kepada Kelantan dan Terengganu untuk meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah. Pada dasarnya bidang kuasa jenayah adalah di bawah bidang kuasa Pusat melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan, namun Parlimen boleh meluaskan kuasa kerajaan negeri melalui Perkara 76A. Oleh itu enakmen jenayah syariah boleh berkuat kuasa jika ia diberikan laluan melalui kaedah ini.

Hak bukan Islam

Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.

Selain itu, persoalan hak asasi sewajarnya menjadi pertimbangan pemimpin dan rakyat bukan Islam. Ini kerana hasrat untuk diadili melalui undang-undang Islam adalah sebahagian dari hak asasi rakyat Kelantan untuk beramal dengan agama sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka dihalang untuk mendapat keadilan melalui sistem perundangan Islam, mereka sebenarnya dinafikan hak asasi untuk mengamalkan agama mereka sendiri.

Selain itu, hak untuk diadili dengan undang-undang jenayah syariah juga merupakan hak demokratik rakyat Kelantan. Pas secara terbuka dan jelas menyatakan hasratnya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

Undi majoriti yang diberikan kepada Pas di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 membuktikan kewujudan hasrat rakyat Kelantan untuk mengamalkan undang-undang jenayah Islam. Menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bermakna menafikan hak demokratik rakyat Kelantan.

Selain itu perlu diingat juga bahawa undang-undang berkenaan hanya mahu dilaksanakan di Kelantan. Kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai ciri-ciri khusus perlu dihormati.

Penghayatan kepada semangat federalime meliputi pengiktirafan perbezaan yang wujud antara satu negeri dengan negeri lain. Fakta bahawa undang-undang tersebut mendapat sokongan kerajaan dan juga pembangkang di Kelantan juga satu yang unik.

Seruan dan titah Baginda Sultan Kelantan agar undang-undang itu dikuatkuasakan mengukuhkan pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud.

Tegasnya, kini terpulang kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan Persekutuan untuk menggerakkan langkah bagi memberikan laluan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Sebenarnya kebenaran perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan boleh dilakukan oleh kerajaan Persekutuan tanpa perlu menunggu usul Rang Undang-undang Persendirian dari wakil Kelantan.

Jalan yang paling mudah ialah dengan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965. Pindaan ini boleh diusulkan oleh Menteri kerajaan Persekutuan menggunakan kaedah biasa. Ia boleh diluluskan dengan sokongan majoriti mudah, tanpa perlu persetujuan dua per tiga ahli Parlimen.

USAHA KE ARAH PERLAKSANAAN

Pindaan RUU355: Kerajaan, NGO perlu beri kefahaman
Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Dr Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM – Pas berkemungkinan akan berdepan kesukaran sekiranya ingin memberi kefahaman mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kepada masyarakat bukan Islam.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, oleh sebab demikian, Pas perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan dan NGO pelbagai kaum untuk membantu menerangkan mengenai pindaan tersebut kepada masyarakat bukan Islam melalui media arus perdana di negara ini.

“Saya rasa peranan daripada Pas untuk memberi kefahaman ini mungkin susah sikit kerana ada skeptism dari masyarakat bukan Islam yang menyebabkan ia sukar diterima.

“Apa yang perlu adalah kerajaan sendiri memberi kefahaman dengan menggunakan media arus perdana seperti televisyen atau surat khabar dengan dibantu oleh tokoh-tokoh masyarakat pelbagai kaum tidak terlalu berlatarbelakangkan politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurut Zaharuddin, sebahagian daripada pemikir bukan Islam membantah pindaan tersebut berkemungkinan kerana mereka merasakan langkah berkenaan merupakan kunci awal bagi pelaksanaan pindaan lebih besar selepas ini yang akhirnya dapat melibatkan kepentingan mereka.

Bagi mengatasi perkara ini, Zaharuddin mencadangkan agar penjelasan mengenai pindaan akta tersebut turut disampaikan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Cina Muslim, India Muslim dan serta komuniti setempat bagi memberikan kefahaman kepada pihak terlibat.

“Juga sangat baik jika dapat mendekati ketua-ketua bangsa dengan ziarah mesra.

“Sekiranya Pas memberikan penerangan ini atas nama parti, masyarakat bukan Islam mungkin hanya nampak ia hanyalah satu langkah politik yang diambil demi kepentingan parti dan ini mungkin berterusan menjadi 'mental block',” katanya.

Dalam pada itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa pindaan akta berkenaan hanya melibatkan orang Islam dengan penambahbaikan institusi serta bentuk hukuman dan peranan Mahkamah Syariah sedia ada.

Selain itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa ia jua terhad kepada beberapa jenis kesalahan sahaja dalam enakmen jenayah negeri seperti zina, khalwat, judi, arak dan sepertinya yang hanya melibatkan orang Islam sahaja serta tidak melibatkan hukum jenayah di luar bidang kuasa mahkamah syariah atau senarai persekutuan seperti mencuri, rompak, serta bunuh.

“Masyarakat Islam secara umumnya sudah semestinya patut merasa gembira apabila pindaan tersebut dapat dilaksanakan dengan menjadikan hukum sedia ada lebih hampir dengan hukum syariat demi semua masyarakat.

“Sekiranya belum sempurna, ia tetap satu usaha yang dianggap penting dan wajar disokong,” katanya.



PAS optimis RUU355 dibentang pada sidang Parlimen kali ini
Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu.


KUALA LUMPUR: PAS optimis Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) akan dibahaskan pada sidang parlimen yang sedang berlangsung kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiada sebab untuk usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak boleh dibahaskan.

Tambahnya, susunan giliran usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat bukan alasan untuk ia tidak dibahaskan.

"Tidak kisah sama ada nombor 10, atau 17 atau 27 sekalipun sebab bagi kami RUU ini telah dibahas sebahagiannya.

"Jadi ia perlu diberi keutamaan dan kita mengharapkan usul persendirian yang dibawa oleh Marang ini akan dibenarkan untuk dibahaskan terus oleh Ahli-ahli Parlimen lain.

"Dan kami masih lagi optimis bahawa Tan Sri Speaker (Pandikar Amin Mulia) akan memberi kebenaran untuk dibahaskan," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu tidak menjadi halangan untuk RUU itu dibahaskan.


Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu.

09 August 2017

Sejarah Walisanga – Kisah Walisongo Lengkap


Kisah Walisongo – Jika kita mempelajari sejarah penyebaran kebudayaan islam di nusantara khususnya pulau jawa, maka tidak lepas dari kisah-kisah para sembilan walisongo. Karena Walisongo merupakan simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Pada era tersebut, merupakan masa/era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya nusantara yang kemudian digantikan dengan kebudayaan islam. Pelopor atau Tokoh pendahulu walisongo yaitu Syekh Jumadil Qubro yang merupakan anak dari seorang Putri Kelantan Tua/Putri Saadong II yaitu Puteri Selindung Bulan.
Selain walisongo, sebenarnya banyak tokoh-tokoh yang ikut berperan aktif dalam penyebaran islam di nusantara, namun peranan walisongo sangat begitu besar dibanding tokoh-tokoh yang lain, sehingga membuat para walisongo memiliki nilai plus dan lebih banyak disebut namanya dalam sejarah penyebaran islam di Jawa.
Dalam kisah-kisah walisongo, disebutkan bahwa para sembilan wali tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru- murid. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peran yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai ” tabib” bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai “paus dari Timur” hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat dipahami masyarakat Jawa – yakni nuansa Hindu dan Budha.
Untuk mempelajari secara lengkap tentang sejarah walisongo serta kisah-kisah para sembilan walisanga, sengaja duniabaca.com kutip langsung dari wikipedia dan berbagai sumber lain, sebagai penambah ilmu pengetahuan kita tentang dunia sejarah.
ARTI / PENGERTIAN WALISONGO 
Ada beberapa pendapat mengenai arti Walisongo. Pertama adalah wali yang sembilan, yang menandakan jumlah wali yang ada sembilan, atau sanga dalam bahasa Jawa. Pendapat lain menyebutkan bahwa kata songo/sanga berasal dari kata tsana yang dalam bahasa Arab berarti mulia. Pendapat lainnya lagi menyebut kata sana berasal dari bahasa Jawa, yang berarti tempat.
Pendapat lain yang mengatakan bahwa Walisongo adalah sebuah majelis dakwah yang pertama kali didirikan oleh Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) pada tahun 1404 Masehi (808 Hijriah). Saat itu, majelis dakwah Walisongo beranggotakan Maulana Malik Ibrahim sendiri, Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang), Maulana Ahmad Jumadil Kubro (Sunan Kubrawi); Maulana Muhammad Al-Maghrabi (Sunan Maghribi); Maulana Malik Isra’il (dari Champa), Maulana Muhammad Ali Akbar, Maulana Hasanuddin, Maulana ‘Aliyuddin, dan Syekh Subakir.
Dari nama para Walisongo tersebut, pada umumnya terdapat sembilan nama yang dikenal sebagai anggota Walisongo yang paling terkenal, yaitu:
1. Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel atau Raden Rahmat
3. Sunan Drajat atau Raden Qasim
4. Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim
5. Sunan Kudus atau Ja’far Shadiq
6. Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin
7. Sunan Muria atau Raden Umar Said
8. Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah
9. Sunan Kalijaga atau Raden Said
Para Walisongo adalah intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Pengaruh mereka terasakan dalam beragam bentuk manifestasi peradaban baru masyarakat Jawa, mulai dari kesehatan, bercocok-tanam, perniagaan, kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, hingga ke pemerintahan.
SEJARAH WALISONGO / WALISANGA MENURUT PERIODE WAKTU
Menurut buku Haul Sunan Ampel Ke-555 yang ditulis oleh KH. Mohammad Dahlan,[1] majelis dakwah yang secara umum dinamakan Walisongo, sebenarnya terdiri dari beberapa angkatan. Para Walisongo tidak hidup pada saat yang persis bersamaan, namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, baik dalam ikatan darah atau karena pernikahan, maupun dalam hubungan guru-murid. Bila ada seorang anggota majelis yang wafat, maka posisinya digantikan oleh tokoh lainnya:
  • Angkatan ke-1 (1404 – 1435 M), terdiri dari Maulana Malik Ibrahim (wafat 1419), Maulana Ishaq, Maulana Ahmad Jumadil Kubro, Maulana Muhammad Al-Maghrabi, Maulana Malik Isra’il (wafat 1435), Maulana Muhammad Ali Akbar (wafat 1435), Maulana Hasanuddin, Maulana ‘Aliyuddin, dan Syekh Subakir atau juga disebut Syaikh Muhammad Al-Baqir.
  • Angkatan ke-2 (1435 – 1463 M), terdiri dari Sunan Ampel yang tahun 1419 menggantikan Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ishaq (wafat 1463), Maulana Ahmad Jumadil Kubro, Maulana Muhammad Al-Maghrabi, Sunan Kudus yang tahun 1435 menggantikan Maulana Malik Isra’il, Sunan Gunung Jati yang tahun 1435 menggantikan Maulana Muhammad Ali Akbar, Maulana Hasanuddin (wafat 1462), Maulana ‘Aliyuddin (wafat 1462), dan Syekh Subakir (wafat 1463).
  • Angkatan ke-3 (1463 – 1466 M), terdiri dari Sunan Ampel, Sunan Giri yang tahun 1463 menggantikan Maulana Ishaq, Maulana Ahmad Jumadil Kubro (wafat 1465), Maulana Muhammad Al-Maghrabi (wafat 1465), Sunan Kudus, Sunan Gunung Jati, Sunan Bonang yang tahun 1462 menggantikan Maulana Hasanuddin, Sunan Derajat yang tahun 1462 menggantikan Maulana ‘Aliyyuddin, dan Sunan Kalijaga yang tahun 1463 menggantikan Syaikh Subakir.
  • Angkatan ke-4 (1466 – 1513 M, terdiri dari Sunan Ampel (wafat 1481), Sunan Giri (wafat 1505), Raden Fattah yang pada tahun 1465 mengganti Maulana Ahmad Jumadil Kubra, Fathullah Khan (Falatehan) yang pada tahun 1465 mengganti Maulana Muhammad Al-Maghrabi, Sunan Kudus, Sunan Gunung Jati, Sunan Bonang, Sunan Derajat, dan Sunan Kalijaga (wafat 1513).
  • Angkatan ke-5 (1513 – 1533 M), terdiri dari Syekh Siti Jenar yang tahun 1481 menggantikan Sunan Ampel (wafat 1517), Raden Faqih Sunan Ampel II yang ahun 1505 menggantikan kakak iparnya Sunan Giri, Raden Fattah (wafat 1518), Fathullah Khan (Falatehan), Sunan Kudus (wafat 1550), Sunan Gunung Jati, Sunan Bonang (wafat 1525), Sunan Derajat (wafat 1533), dan Sunan Muria yang tahun 1513 menggantikan ayahnya Sunan Kalijaga.
  • Angkatan ke-6 (1533 – 1546 M), terdiri dari Syekh Abdul Qahhar (Sunan Sedayu) yang ahun 1517 menggantikan ayahnya Syekh Siti Jenar, Raden Zainal Abidin Sunan Demak yang tahun 1540 menggantikan kakaknya Raden Faqih Sunan Ampel II, Sultan Trenggana yang tahun 1518 menggantikan ayahnya yaitu Raden Fattah, Fathullah Khan (wafat 1573), Sayyid Amir Hasan yang tahun 1550 menggantikan ayahnya Sunan Kudus, Sunan Gunung Jati (wafat 1569), Raden Husamuddin Sunan Lamongan yang tahun 1525 menggantikan kakaknya Sunan Bonang, Sunan Pakuan yang tahun 1533 menggantikan ayahnya Sunan Derajat, dan Sunan Muria (wafat 1551).
  • Angkatan ke-7 (1546- 1591 M), terdiri dari Syaikh Abdul Qahhar (wafat 1599), Sunan Prapen yang tahun 1570 menggantikan Raden Zainal Abidin Sunan Demak, Sunan Prawoto yang tahun 1546 menggantikan ayahnya Sultan Trenggana, Maulana Yusuf cucu Sunan Gunung Jati yang pada tahun 1573 menggantikan pamannya Fathullah Khan, Sayyid Amir Hasan, Maulana Hasanuddin yang pada tahun 1569 menggantikan ayahnya Sunan Gunung Jati, Sunan Mojoagung yang tahun 1570 menggantikan Sunan Lamongan, Sunan Cendana yang tahun 1570 menggantikan kakeknya Sunan Pakuan, dan Sayyid Shaleh (Panembahan Pekaos) anak Sayyid Amir Hasan yang tahun 1551 menggantikan kakek dari pihak ibunya yaitu Sunan Muria.
  • Angkatan ke-8 (1592- 1650 M), terdiri dari Syaikh Abdul Qadir (Sunan Magelang) yang menggantikan Sunan Sedayu (wafat 1599), Baba Daud Ar-Rumi Al-Jawi yang tahun 1650 menggantikan gurunya Sunan Prapen, Sultan Hadiwijaya (Joko Tingkir) yang tahun 1549 menggantikan Sultan Prawoto, Maulana Yusuf, Sayyid Amir Hasan, Maulana Hasanuddin, Syekh Syamsuddin Abdullah Al-Sumatrani yang tahun 1650 menggantikan Sunan Mojoagung, Syekh Abdul Ghafur bin Abbas Al-Manduri yang tahun 1650 menggantikan Sunan Cendana, dan Sayyid Shaleh (Panembahan Pekaos).
Pada umumnya yang di juluki sebagai sunan masih memiliki silsilah dengan kerajaan baik secara langsung atau setelah keturunan di bawahnya. Dari sekian banyak sunan yang turut berperan aktif dalam penyebaran Islam di Indonesia ada sembilan sunan yang paling populer.
Sembilan sunan yang terkenal di nusantara memiliki gelar yang biasa kita sebut dengan Walisongo.Kata walisongo ini berasal dari kata wali dan songo. Wali yang berarti wakil atau dalam Islam terdapat istilah waliyullah atau wali Allah yang memilki arti sahabat Allah atau kekasih Allah.
Biografi Nama-nama Sunan Walisongo Tempat Dakwah Beserta Penginggalannya
arrahmah.co.id
Dengan memaksutkan wali Allah ini adalah orang beriman dan bertwakwa senantiasa istiqomah mengabdikan diri mereka di jalan Allah untuk berdakwah menyebarkan agama Allah, mengajak manusia beriman kepada Allah tanpa adanya paksaan. Sedangkan kata songo berarti sembilan yang menunjukkan jumlah mereka ada sembilan.
Dalam berdakwah para wali memilki riwayat dan tempat atau daerah yang berbeda-beda. Selain berdakwah beliau-beliau juga memberikan wasiat dan peninggalan terhadap umat Islam di Indonesia. Sehingga nama Walisongo di cantumkan dalam sejarah penyebaran Islam di Inonesia.

Daftar Nama-nama Sunan Walisongo Beserta Riwayat, Tempat Dakwah dan Peninggalannya

Berikut ini akan kita ulas mengenai Walisongo mulai dari nama para wali, riwayat beliau-beliau, tempat dakwah serta warisan atu peninggalan beliau (Walisongo).

1. Nama Sunan Walisongo: Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim)

Daftar Nama-nama Sunan Walisongo: Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim)
Nama asli dari Sunan Gresik adalah Maulana Malik Ibrahim. Beliau juga seorang Habib, silsilah ke 22 keturunan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam. Maulana Malik Ibrahim merupakan orang pertama yang memulai penyebaran Islam di tanah Jawa. Sunan Gresik memulai dakwahnya pada akhir masa Kerajaan Majapahit.
Beliau memulai dakwahnya dengan merangkul rakyat biasa korban dari perang saudara pada Kerajaan Majapahit. Pendekatan beliau kepada rakyat melalui cocok tanam dan jalur perdagangan. Sehingga masyarakat yang kesulitan dalam hal ekonomi merasa terbantu dan perlahan mempelajari Islam atas bimbingan beliau.
Seiring berjalannya waktu, orang yang belajar Islam pun semakin banyak, kemudian Sunan Gresik mendirikan pondok pesantren di daerah Leran, Gresik. Di sebuah pondok itulah beliau mengajarkan ilmu hingga akhir hayatnya. Beliau meninggal pada tahun 1941M dan jenazahnya di makamkan di Desa Gapura Wetan, Gresik.
Selama berdakwah beliau selalu berusaha menghilangkan sistem kasta yang menjadikan perpecahan di masyarakat. Karena di sisi Allah yang membedakan manusia satu dengan yang lain adalah amal ibadah yang mereka lakukan. Peninggalan bersejarah dari Sunan Gresik berupa Masjid Malik Ibrahim di Leran, Gresik.

2. Nama Sunan Walisongo: Sunan Ampel (Raden Rahmat)

Daftar Nama-nama Sunan Walisongo: Sunan Ampel (Raden Rahmat)
Raden Rahmat atau yang disebut Sunan Ampel merupakan putra dari Syekh Maulana Malik Ibrahim dengan Dewi Condro Wulan. Dewi Condro Wulan merupakan putri Raja Champa yang masih ada silsilah keturunan Dinasti Ming yang terakhir. Sunan Ampel berdakwah menyebarkan Islam di daerah Ampel Denta, Surabaya.
Di Ampel Denta, Raden Rahmat memfasilitasi masyarakat yang belajar agama Islam dan berkonsultasi  dengan mendirikan sebuah pondok. Ajaran dari beliau yang sangat terkenal adalah falsafah “Moh Limo”. Kata moh limo ini berasal dari Jawa dimana moh berarti menolak atau tidak dan limo berarti lima. Maksut dari falsafal moh limo adalah menolak lima hal yang dilarang dalam Islam.
Isi dari falsafah Moh Limo yaitu Moh Main maksutnya adalah tidak berjudi, Moh Ngombe atau tidak minum khamr, Moh Maling (tidak mencuri), Moh Madat atau tidak menghisap narkoba dan yang terakhir Moh Madon yaitu tidak berzina.
Peninggalan bersejarah dari Sunan Ampel adalah Masjid Ampel di Ampel Denta, Surabaya. Beliau wafat di Surabaya dan di makamkan di dekat Masjid Ampel.

3. Nama Sunan Walisongo: Sunan Bonang (Maulana Makdum Ibrahim)

Daftar Nama nama Sunan Walisongo: Sunan Bonang (Maulana Makdum Ibrahim)
Sunan Bonang atau yang memilki nama asli Maulana Makdum Ibrahim merupakan putra dari Sunan Ampel dengan istrinya yang bernama Dewi Condrowati. Nama lain dari Dewi Condrowati adalah Nyai Ageng Manila. Maulana Makdum Ibrahim menimba ilmu agama Islam di daerah Pasai, Malaka. Di Malaka Sunan Bonang menimba ilmu dari Sunan Giri terutama dalam metode penyebaran Islam agar mudah diterima masyarakat.
Selesai menimba ilmu dari Sunan Giri kemudian beliau pulang ke kota Tuban (kota kelahiran ibunya) dan mendirikan sebuah pondok pesantren. Di Kota Tuban Sunan Bonang menggencarkan dakwah melalui musik gamelan. Karakteristik masyarakat Tuban yang menyukai hiburan terutama musik, membuat beliau melakukan pendekatan terhadap masyarakat melalui alat musik buatannya tersebut.
Sunan Bonang melakukan dakwahnya di sela-sela pertunjukan musik. Peninggalan bersejarah dari Beliau  yaitu alat musik tradisional gamelan berupa bonang, kenong dan bende.

4. Nama Sunan Walisongo: Sunan Drajat (Raden Qosim atau Raden Syaifudin)

Daftar Nama nama Sunan Walisongo: Sunan Drajat (Raden Qosim atau Raden Syaifudin)

Raden Qosim atau yang dikenal sebagai Sunan Drajat merupakan saudara seibu dari Sunan Bonang. Berdasarkan beberapa kisah yang ada beliau juga terkenal dengan sebutan Raden Syaifudin. Beliau belajar ilmu agama dan berguru pada Sunan Muria setelah wafatnya sang ayah. Kemudian kembali ke daerah pesisir Banjarwati, Lamongan untuk berdakwah.
Untuk menunjang dakwah Raden Qosim yang muridnya semakin banyak, beliau mendirikan sebuahh pondok pesantren di daerah Daleman Dhuwur di Desa Drajat, Paciran Lamongan. Di sana Sunan Drajat melangsungkan dakwahnya melalui suluk  yang pernah di pelajarinya ketika berguru pada Sunan Muria.
Suluk yang sering beliau sampaikan kepada murid-muridnya ialah “Suluk Petuah”. Dalam Suluk yang diajarkan Sunan Drajat terdapat beberapa pesan yang di tanamkan dalam diri manusia untu menolong sesama manusia. Salah satu kutipan dalam suluk tersebut ialah:
1. “Wenehono teken marang wong kang wuto” maksutnya berilah tongkat kepada orang yang buta.
2. “Wenehono mangan marang wong kang luwe” maksutnya berilah makanan kepada orang yang lapar.
3. “Wenehono busono marang wong kang wudo” maksutnya berilah pakaian kepada orang yang telanjang.
4. “Wenohono ngiyup marang wong kang kudanan maksutnya berilah tempat berteduh kepada orang yang kehujanan.
Serta masih banyak lagi suluk lain yang menjadi peninggalan Raden Syaifudin, namun suluk yang terkenal adalah Suluk Petuah diatas. Suluk tersebut sampai sekarang masih dipelajari di pondok-pondok Jawa kuno.

5. Nama Sunan Walisongo: Sunan Kalijaga (Raden Said)

Daftar Nama nama Sunan Walisongo: Sunan Kalijaga (Raden Said)
fajaroke.com
Sunan Kali Jaga merupakan orang Jawa asli yang lahir di darah Tuban. Beliau memiliki nama asli Raden Said. Beliau Raden Said merupakan anak dari seorang bupati Kabupaten Tuban yang waktu itu bernama Arya Wilatika.
Ayah dari Sunan Kali Jaga sendiri adalah seorang pemimpin kelompok dari pemberontakan Ronggolawe ketika zaman Kerajaan Majapahit. Sunan Kali Jaga ketika muda telah mewarisi dari semangat ayahnya, Beliau memprotes keras terhadap penarikan pajak yang tidak memiliki perikemanusiaan pada pemerintahan Kerajaan Majapahit.
Lalu dibuat susunan rencana perampokan ke seluruh anggota pejabat pajak untuk kemudian dibagikan semua hartanya kepada rakyat miskin. Akibat dari perampokan tersebut, Sunan Kali Jaga dijuluki oleh seantero Kerajaan Majapahit Bandar Lokajaya.
Akan tetapi aksi perampokan tersebut berhenti saat beliau Sunan Kali Jaga bertemu dengan seseorang yang akan menjadi gurunya yaitu Sunan Bonang. Kemudain Raden Said dinasehati supaya berhenti dari tindakannya tersebut, karena jalan untuk menuju kebaikan tidak dapat ditempuh melalui jalan keburukan.
Akhirnya Sunan Kali Jaga pun berhenti dari tindakan perampokannya dan berguru ilmu agama kepada Sunan Bonang. Dari sang gurulah Sunan Kali Jaga mendapat ide dalam berdakwah, yaitu dengan memanfaatkan wayang dan gamelan.
Dimana ketika ada pertunjukkan wayang maupun yag menggunakan gamelan, didalamnya disisipkan tentang ajaran Islam. Ajaran agama islam yang beliau dakwahkan ini bisa diterima dan sangat membumi karena Sunan Kali Jaga merupakan orang Jawa asli.
Beliau mengajarkan ilmu agama Islam kepada masyarakat secara bertahap. Melalui ideologi dan kebudayaan Jawa Sunan Kali Jaga menanamkan nilai-nilai agama Islam. Karena beliau memiliki keyakinan bahwa ketika agama islam telah dipahami dan masuk kedalam hati maka secara otomatis perilaku buruk maupun kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya.
Untuk peninggalan dari Sunan Kalijaga berupa kesenian yang sekarang menjadi seni khas Jawa yaitu seni, wayang, gamelan, ukir dan suluk.

6. Nama Sunan Walisongo: Sunan Kudus (Ja’far Shadiq)

 Daftar Nama nama Sunan Walisongo: Sunan Kudus (Ja’far Shadiq)
Nama asli dari Sunan Kudus yang juga merupakan cucu dari Sunan Ampel ialah Ja’far Shadiq. Nasab beliau menjadi cucu Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati ini berasal dari Ibunda beliau yang bernama Syarifah. Selain itu Sunan Kudus ini juga merupakan keponakan dari Sunan Drajat dan Sunan Bonang.
Sumber ilmu tentang Agama Islam yang Sunan Kudus miliki ini berkat kegigihan beliau menuntut ilmu di timur tengah yakni Yerusalem, Palestina atau tepatnya di kota Al-Quds. Namun sebelumnya, beliua juga menuntut ilmu pada kedua pamannya yang juga merupakan wali Allah.
Di Yerusalem Sunan Kudus ini banyak mendapatkan ilmu-ilmu agama yang langsung bersumber dari ulama-ulama dari Arab.
Sehingga dengan ketawadahun dan luasnya ilmu yang beliau miliki, kemudian beliau pulang ke Nusantara dan berinidiatif untuk medirikan sebuah pondok pesantren untuk orang-orang umum belajar ilmu agama Islam. Penulis sendiri belum mengetahui alasan beliau ini memilih desa Loram Kabupaten Kudus  Jawa Tengah ini sebagai tempat dakwah beliau.
Setelah pondok pesantren yang beliau dirikan ini berjalan beberapa waktu, berkat keluasan ilmu dan toleransi yang tinggi akan antar umat beragama di Kudus tuan Ja’far Shadiq diminta untuk menjadi pemimpin disana. Untuk mempermudah jalan dakwah beliau menyebar luaskan agama Islam di kalangan para pejabat, bangsawan kerajaan dan para priyayi di tanah Jawa, beliau pun menyanggupi menjadi seorang pemimpin.
Selain sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, berkat keluasan ilmu yang dimiliki oleh Sunan Kudus ini, sampai-sampai para wali beliau memberikan gelar sebagai Wali Al ‘ilmi yang artinya ialah orang yang memiliki ilmu luas.
Dalam menyebarkan agama Islam, tuan Ja’far Shadiq menggunakan metode yang hampir sama dengan metode Sunan Kalijaga yakni melalui pendekatan terhadap kebudayaan daerah setempat. Beliau menyisipkan nilai-nilai agama Islam ditengah kebudayaan Hindu Bunda yang telah mengakar di masyarakat.
Untuk peninggalan Sunan Kudus yang masih ada hingga sekarang ini ialah Masjid Menara Kudus yang  memiliki menara dengan corak khas bergaya Hindu. Selain menara, tuan Ja’far Shadiq juga mewariskan budaya toleransi yang sangat mulia.
Budaya toleransi antar umat beragama yang masih berlaku sampai sekarang ini yaitu dengan tidak menyembelih sapi ketika lebaran Idhul Adha. Untuk menghormati umat Hindu di daerah Kudus, Beliau mengajarkan masyarakat untuk mengganti binatang hewan qurban sapi menjadi kerbau. Merupakan ajaran mulia dari seorang wali Allah dan seorang pemimpin yang patut untuk kita contoh yaa sahabat masbidin.net
Oh iya, sebagai catatan aja bahwa nama beliau – Sunan Kudus– ini sebenarnya diambil dari sebuah nama kota tempat beliau menuntut ilmu Agama Islam yaitu kota Al-Quds di Yerusalem, Palestina.

7. Nama Sunan Walisongo: Sunan Muria (Raden Umar Said)

Daftar Nama-nama Sunan Walisongo: Sunan Muria (Raden Umar Said)
Sunan Muria memiliki nama asli yakni Raden Umar Said. Beliua merupakan putera dari Sunan Kalijaga dengan istrnya yang bernama Saroh. Selain itu Raden Umar Said ini juga merupakan keponakan dari Sunan Giri. Karena Ibunda beliau Saroh adalah adik kandung dari Sunan Giri.
Dalam dakwahnya menyebarkan ajaran Islam, Sunan Muria mengadaptasi metode yang digunakan oleh Ayahnya Sunan Kalijaga. Beliau menyampaikan ajaran melalui pendekatan kebudayaan dan kesenian Jawa.
Akan tetapi beliau lebih memilih daerah pesisir pantai dan sekaligus tempat terpencil. Sehingga dipilihlah oleh beliau daerah Gunung Muria yang berada di Provinsi Jawa Tengah sebagai lokasi dan pusat dakwahnya.
Untuk wilayah tempat beliau dakwah ini menyebar hingga ke Pati, Kudus, Juana, Tayu dan Jepara. Dimana kebanykan tempat-tempat yang beliau datangi ini merupakan daerah pedesaan, pesisi pantai dan pegunungan.
Sunan Muria lebih banyak berdakwah kepada para masyarakat atau rakyat biasa. Karena menurut beliau rakyat jelata ini merupakan kelompok yang paling banyak dan mereka juga mudah dalam menerima ajaran Islam yang beliau ajarkan. Sehingga beliau juga bisa lebih akrab bersama masyarakat umum.
Tidak hanya memberikan pengajaran tentang syariat Islam, Sunan Murian juga mengajarkan banyak ilmu lain kepada masyarakat. Diantara ilmu-ilmu yang beliau ajarkan ialah ilmu tentang bercocok tanam, cara berdagang yang sesuai dengan syariat Islam dan cara melaut.
Untuk memikat hati masyarakat umum belajar supaya mau belajar agama Islam, Raden Umar Said menggunakan media tembang. Untuk temabng yang sering beliau gunakan dan terkenal hingga sekarang ini adalah tembang Sinom dan tembang Kinanti.
Sedangkan peninggalan bersejarah Sunan Muria yang masih bisa kita saksikan pada hari ini ialah sebuah Masjid Muria yang letaknya masih di daerah pusat beliau berdakwah.

8. Nama Sunan Walisongo: Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah)

Daftar Nama-nama Sunan Walisongo: Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah)

9. Nama Sunan Walisongo: Sunan Giri (Raden Paku/Muhammad Ainul Yakin)

daftar Gambar Nama nama Sunan Walisongo: Sunan Giri (Raden Paku/Muhammad Ainul Yakin)

SYEKH JUMADIL QUBRO (TOKOH PENDAHULU WALISONGO)
Syekh Jumadil Qubro adalah Maulana Ahmad Jumadil Kubra bin Husain Jamaluddin bin Ahmad Jalaluddin bin Abdillah bin Abdul Malik Azmatkhan bin Alwi Ammil Faqih bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali’ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidhi bin Ja’far Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad Rasulullah Syekh Jumadil Qubro adalah putra Husain Jamaluddin dari isterinya yang bernama Puteri Selindung Bulan (Putri Saadong II/ Putri Kelantan Tua). Tokoh ini sering disebutkan dalam berbagai babad dan cerita rakyat sebagai salah seorang pelopor penyebaran Islam di tanah Jawa.
Makamnya terdapat di beberapa tempat yaitu di Semarang, Trowulan, atau di desa Turgo (dekat Pelawangan), Yogyakarta. Belum diketahui yang mana yang betul-betul merupakan kuburnya.
TEORI KETURUNAN HADRAMAUT
Walaupun masih ada pendapat yang menyebut Walisongo adalah keturunan Samarkand (Asia Tengah), Champa atau tempat lainnya, namun tampaknya tempat-tampat tersebut lebih merupakan jalur penyebaran para mubaligh daripada merupakan asal-muasal mereka yang sebagian besar adalah kaum Sayyid atau Syarif. Beberapa argumentasi yang diberikan oleh Muhammad Al Baqir, dalam bukunya Thariqah Menuju Kebahagiaan, mendukung bahwa Walisongo adalah keturunan Hadramaut (Yaman):
# L.W.C van den Berg, Islamolog dan ahli hukum Belanda yang mengadakan riset pada 1884-1886, dalam bukunya Le Hadhramout et les colonies arabes dans l’archipel Indien (1886)[5] mengatakan:
”Adapun hasil nyata dalam penyiaran agama Islam (ke Indonesia) adalah dari orang-orang Sayyid Syarif. Dengan perantaraan mereka agama Islam tersiar di antara raja-raja Hindu di Jawa dan lainnya. Selain dari mereka ini, walaupun ada juga suku-suku lain Hadramaut (yang bukan golongan Sayyid Syarif), tetapi mereka ini tidak meninggalkan pengaruh sebesar itu. Hal ini disebabkan mereka (kaum Sayyid Syarif) adalah keturunan dari tokoh pembawa Islam (Nabi Muhammad SAW).”
# Van Den Berg juga menulis dalam buku yang sama (hal 192-204):
”Pada abad ke-15, di Jawa sudah terdapat penduduk bangsa Arab atau keturunannya, yaitu sesudah masa kerajaan Majapahit yang kuat itu. Orang-orang Arab bercampul-gaul dengan penduduk, dan sebagian mereka mempuyai jabatan-jabatan tinggi. Mereka terikat dengan pergaulan dan kekeluargaan tingkat atasan. Rupanya pembesar-pembesar Hindu di kepulauan Hindia telah terpengaruh oleh sifat-sifat keahlian Arab, oleh karena sebagian besar mereka berketurunan pendiri Islam (Nabi Muhammad SAW). Orang-orang Arab Hadramawt (Hadramaut) membawa kepada orang-orang Hindu pikiran baru yang diteruskan oleh peranakan-peranakan Arab, mengikuti jejak nenek moyangnya.”
Pernyataan van den Berg spesifik menyebut abad ke-15, yang merupakan abad spesifik kedatangan atau kelahiran sebagian besar Walisongo di pulau Jawa. Abad ke-15 ini jauh lebih awal dari abad ke-18 yang merupakan saat kedatangan gelombang berikutnya, yaitu kaum Hadramaut yang bermarga Assegaf, Al Habsyi, Al Hadad, Alaydrus, Alatas, Al Jufri, Syihab, Syahab dan banyak marga Hadramaut lainnya.
# Hingga saat ini umat Islam di Hadramaut sebagian besar bermadzhab Syafi’i, sama seperti mayoritas di Srilangka, pesisir India Barat (Gujarat dan Malabar), Malaysia dan Indonesia. Bandingkan dengan umat Islam di Uzbekistan dan seluruh Asia Tengah, Pakistan dan India pedalaman (non-pesisir) yang sebagian besar bermadzhab Hanafi.
# Kesamaan dalam pengamalan madzhab Syafi’i bercorak tasawuf dan mengutamakan Ahlul Bait; seperti mengadakan Maulid, membaca Diba & Barzanji, beragam Shalawat Nabi, doa Nur Nubuwwah dan banyak amalan lainnya hanya terdapat di Hadramaut, Mesir, Gujarat, Malabar, Srilangka, Sulu & Mindanao, Malaysia dan Indonesia. Kitab fiqh Syafi’i Fathul Muin yang populer di Indonesia dikarang oleh Zainuddin Al Malabary dari Malabar, isinya memasukkan pendapat-pendapat baik kaum Fuqaha maupun kaum Sufi. Hal tersebut mengindikasikan kesamaan sumber yaitu Hadramaut, karena Hadramaut adalah sumber pertama dalam sejarah Islam yang menggabungkan fiqh Syafi’i dengan pengamalan tasawuf dan pengutamaan Ahlul Bait.
# Di abad ke-15, raja-raja Jawa yang berkerabat dengan Walisongo seperti Raden Patah dan Pati Unus sama-sama menggunakan gelar Alam Akbar. Gelar tersebut juga merupakan gelar yang sering dikenakan oleh keluarga besar Jamaluddin Akbar di Gujarat pada abad ke-14, yaitu cucu keluarga besar Azhamat Khan (atau Abdullah Khan) bin Abdul Malik bin Alwi, seorang anak dari Muhammad Shahib Mirbath ulama besar Hadramaut abad ke-13. Keluarga besar ini terkenal sebagai mubaligh musafir yang berdakwah jauh hingga pelosok Asia Tenggara, dan mempunyai putra-putra dan cucu-cucu yang banyak menggunakan nama Akbar, seperti Zainal Akbar, Ibrahim Akbar, Ali Akbar, Nuralam Akbar dan banyak lainnya.
TEORI KETURUNAN CINA
Sejarawan Slamet Muljana mengundang kontroversi dalam buku Runtuhnya Kerajaan Hindu Jawa (1968), dengan menyatakan bahwa Walisongo adalah keturunan Tionghoa Indonesia. Pendapat tersebut mengundang reaksi keras masyarakat yang berpendapat bahwa Walisongo adalah keturunan Arab-Indonesia. Pemerintah Orde Baru sempat melarang terbitnya buku tersebut.
Referensi-referensi yang menyatakan dugaan bahwa Walisongo berasal dari atau keturunan Tionghoa sampai saat ini masih merupakan hal yang kontroversial. Referensi yang dimaksud hanya dapat diuji melalui sumber akademik yang berasal dari Slamet Muljana, yang merujuk kepada tulisan Mangaraja Onggang Parlindungan, yang kemudian merujuk kepada seseorang yang bernama Resident Poortman. Namun, Resident Poortman hingga sekarang belum bisa diketahui identitasnya serta kredibilitasnya sebagai sejarawan, misalnya bila dibandingkan dengan Snouck Hurgronje dan L.W.C. van den Berg. Sejarawan Belanda masa kini yang banyak mengkaji sejarah Islam di Indonesia yaitu Martin van Bruinessen, bahkan tak pernah sekalipun menyebut nama Poortman dalam buku-bukunya yang diakui sangat detail dan banyak dijadikan referensi.
Salah satu ulasan atas tulisan H.J. de Graaf, Th.G.Th. Pigeaud, M.C. Ricklefs berjudul Chinese Muslims in Java in the 15th and 16th Centuries adalah yang ditulis oleh Russell Jones. Di sana, ia meragukan pula tentang keberadaan seorang Poortman. Bila orang itu ada dan bukan bernama lain, seharusnya dapat dengan mudah dibuktikan mengingat ceritanya yang cukup lengkap dalam tulisan Parlindungan.
SUMBER TERTULIS TENTANG WALISONGO
1. Terdapat beberapa sumber tertulis masyarakat Jawa tentang Walisongo, antara lain Serat Walisanga karya Ranggawarsita pada abad ke-19, Kitab Walisongo karya Sunan Dalem (Sunan Giri II) yang merupakan anak dari Sunan Giri, dan juga diceritakan cukup banyak dalam Babad Tanah Jawi.
2. Mantan Mufti Johor Sayyid `Alwî b. Tâhir b. `Abdallâh al-Haddâd (meninggal tahun 1962) juga meninggalkan tulisan yang berjudul Sejarah perkembangan Islam di Timur Jauh (Jakarta: Al-Maktab ad-Daimi, 1957). Ia menukil keterangan diantaranya dari Haji `Ali bin Khairuddin, dalam karyanya Ketrangan kedatangan bungsu (sic!) Arab ke tanah Jawi sangking Hadramaut.
3. Dalam penulisan sejarah para keturunan Bani Alawi seperti al-Jawahir al-Saniyyah oleh Sayyid Ali bin Abu Bakar Sakran, ‘Umdat al-Talib oleh al-Dawudi, dan Syams al-Zahirah oleh Sayyid Abdul Rahman Al-Masyhur; juga terdapat pembahasan mengenai leluhur Sunan Gunung Jati, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Kudus, Sunan Bonang dan Sunan Gresik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...