06 June 2016

Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah"

Pada akhir November 2014, saya(Dr. Muhammad Fathi) telah bertanya kepada guru-guru saya para ulama hadith berkenaan hukum seseorang muslim menyebut "madad ya Rasulullah".

Sebanyak 6 ulama hadith muktabar serata dunia ditanya dari timur tengah, ke afrika, india, hingga ke barat. Kesemuanya adalah para ahli hadith yang berdiri teguh atas manhaj mutaqaddimin, mereka ialah: 


1- Al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir). Beliau ialah muhaddith dan musnid besar Iskandariah, guru saya yang utama di Iskandariah, terkenal sebagai Syaikhul Hadith al-Iskandariah. Merupakan hafiz kutub sittah (hafiz keseluruhan matan dan sanad) dan juga hafiz kitab-kitab jarh dan ta'dil, pakar qiraat dan juga lughah bahasa 'arab. Saya mengikuti kelas-kelas beliau seawal di masjid al-Bukhari, 'Asafirah hingga ke Kilo 21 'Agamy, Bitash dan Nahdhah, daripada beliau saya menerima ijazah hadith serta meriwayatkan kitab-kitab hadith semisal kutub sittah, musalsalat dan lainnya.

Beliau juga merupakan ahli persatuan Ansarus Sunnah Mesir, berguru dengan ramai ulama antaranya al-'Allamah Muhammad Najib, al-Syaikh Muhammad 'Ali 'Abdurrahim, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh Ahmad Syakir al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Salafi, al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl, al-Syaikh Nizaam Muhammad Soleh Ya'qubi dan ramai lagi.

Beliau menulis banyak karya, antaranya karya berkaitan 'ilal hadith seperti Irsyad al-Salik Ila 'Ilal Ahadith Anas bin Malik, al-Ta'qib al-Hathith bi Bayan Aqsam 'Ilal al-Hadith, dan banyak lagi, juga karya berkaitan kajian ulum hadith seperti al-Iklil bi Bayan Ihtijaj al-Aimmah bi Riwayat al-Majahil, sebuah kitab besar menjelaskan manhaj huffaz Mutaqaddimin dalam menerima periwayatan para rawi majhul serta syarat-syaratnya yang ketat, juga al-Tasrih bi Dha'f Ahadith Solat al-Tasabih yang menjelaskan munkar dan dhaifnya kesemua riwayat berkait solat tasbih.

Beliau juga menulis kitab al-Ta'qib al-Mutuni 'Ala al-Silsilah al-Dha'ifah li-l-Albani, sebuah kitab yang mengkritik ilmiah kesilapan-kesilapan penilaian hadith al-Syaikh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, dan juga kitab khas yang sepertinya mengkritik ilmiah penilaian hadith al-Albani untuk kitab Riyadhus salihin, dan lain-lain karya. 

2- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Abu Khalid Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat) Beliau adalah antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, berasal dari Iskandariah, Mesir kemudian berhijrah ke Minnesota, Amerika Syarikat dan membina pusat pengajian Islam di sana. Beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. Dari beliau juga saya merima ijazah hadith dan meriwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah, dan juga kutub sittah dan lainnya.

Beliau berguru dengan ramai ulama semisal al-Syaikh Muhammad 'Abdul Humaid al-Iskandari, al-Syaikh Ihab Ahmad Fikri, al-Syaikh 'Abdullah Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh Muhammad Samir al-Dimashqi, al-Syaikh Mustafa 'Abbas al-Misri dan lainnya. Beliau menulis banyak karya antaranya Wasail al-Muwasalat wal Ahkam al-Fiqhiah al-Muta'allaqah Biha yang juga merupakan tesis PhD beliau, Syarah 'Umdatul Fiqh Ibn Qudamah, Muzakkirah Fi Ulum al-Hadith, Fatawa wa Rasail al-Syaikh 'Abdurrazzaq al-'Afifi, Athar al-Qiraat al-Arba'ah 'Ahsr fi Mabahith al-'Aqidah wa al-Fiqh dan lainnya karya. 

3- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah 'Abdullah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan)
Beliau merupakan seorang ahli hadith dan muhaqqiq kelahiran Kerala, Malabar, India. Syaikhuna Hamzah al-Malibari mendapat pendidikan hadith di India, serta Pakistan, dan juga Universiti Islam Madinah (Arab Saudi) dalam bidang hadith, serta pernah menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir seterusnya menghabiskan tesis Master hadithnya di al-Azhar, kemudian melanjutkan PhD hadithnya di Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.

Beliau menulis banyak karya antaraya Nazarat Jadidah fi Ulum al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, 'Abqariah al-Imam Muslim Fi Tartib Ahadith Musnadah al-Sahih, sebuah kitab yang menjelaskan secara rinci manhaj al-Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, kitab ilmu 'ilal semisal al-Hadith al-Ma'lul Qawaid wa Dhawabith, Kaifa Nadrusu 'Ilm Takhrij al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan tatacara dan manhaj mentakhrij hadith, dan lainnya karya. 

4- Al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq)
Beliau adalah antara muhaddith serta muhaqqiq besar zaman kita, merupakan Syaikhul Hadith di Darul Hadith, Iraq. Juga merupakan ketua pensyarah jabatan hadith serta fiqh perbandingan mazhab di Universiti al-Annar, Iraq. Dari beliau saya menerima ijazah hadith dan meriwayatkan kutub sittah dan lainnya kitab.

Beliau berguru dengan ramai guru, antaranya al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, al-Syaikh Thana' Allah al-Madini, al-Syaikh Hashim Jumail, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Dr. Basyar 'Awwad Ma'rouf, dan lainnya.

Beliau menulis banyak karya, antaranya syarah al-Tabsirah wal al-Tazkirah (al-Iraqi), al-Jami' fi al-'Ilal wa al-Fawaid, yang mana ia adalah sebuah kitab ilmu 'ilal, tahqiq serta syarah Ma'rifat 'Anwaq 'Ilm al-Hadith (Ibn al-Solah), tahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Musnad al-Syafie, Syamail al-Nabi, Bulughul Maaram, dan lainnya. 

5- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi)
Beliau merupakan antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qassim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya. Beliau mempunyai ramai guru semisal al-Syaikh 'Abdullah bin Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, dan ramai lagi. 

6- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi)
Beliau merupakan antara ulama hadith senior bermanhaj mutaqaddimin di Arab saudi, kelahiran Buraidah. Mendapat PhD hadith pada tahun 1409H dengan tesis bertajuk "al-Tahqiq Fi Ahadith al-Ta'liq", beliau juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud cawangan al-Qassim.

Antara buku karya beliau ialah: al-Jarh wa al-Ta'dil, serta al-Ittisal wa al-Inqitha', dan banyak lagi.

Soalku kepada mereka semua berbunyi:

السلام عليكم شيخنا الكريم، هل يجوز للمسلم أن يقول: المدد يا رسول الله؟ وإذا كان يصح ما هو الدليل؟ ثم هل ورد عن السلف الصالح من فعل ذلك؟ يوجد بعض الناس في بلدنا ماليزيا فعل ذلك.

Terjemahan: "Assalam 'alaikum guru kami yang mulia, adakah boleh bagi seorang muslim menyebut "madad ya Rasulallah"? Jika boleh apakah dalilnya? Adakah terdapat riwayat (yang Sahih) daripada Salafus Soleh yang melakukan sedemikian? Terdapat sebilangan orang di negara kami Malaysia melakukannya"

Maka mereka menjawab:

1- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir), jawab beliau: "Tidak boleh sama sekali seseorang menyebut "madad ya Rasulallah", dan tidak boleh bagi seseorang untuk bertawassul kepada Nabi SAW selepas kematiannya, yang boleh ialah bertawassul dengan mereka yang masih hidup sebagaimana peristiwa istisqa satu kaum yang meminta kepada al-'Abbas, mereka tidak pergi kepada Nabi kerana baginda telah mati, sebaliknya kepada al-'Abbas yang hidup" ** Saya juga bertanya kepada guru saya al-Syaikh Al-Alfy berkenaan riwayat Malik al-Daar, berkait peristiwa seorang lelaki pergi meminta kepada Nabi di kubur baginda, saya menunjukkan matan riwayat berserta sanad kepada Syaikhuna al-Alfy, maka beliau pun membaca sanadnya secara kuat di hadapan saya, kata Syaikhuna: "Telah menceritakan kami Abu Mu'awiyah daripada al-'Amash daripada Abi Soleh daripada Malik al-Daaar katanya..."...kemudian Syaikhuna al-Alfy diam seketika (3 saat) selepas membaca sanad, kemudian beliau bersuara kembali katanya "ya, ya Malik al-Daar baginya sedikit masalah, dia diperkatakan (iaitu dia dikritik)" Mendengar jawapan itu maka saya bertanya lagi, soal saya "bagaimanakah keadaan diri Malik al-Daar? Adakah dia Majhul?" Maka jawab Syaikhuna al-Alfy secara spontan, kata Syaikhuna: "Tidak, tidak, beliau bukan Majhul, sebahagian menilainya Thiqah, namun hadith ini bermasalah pada matan, nakarah matan, bercanggah dengan al-Quran dan usul aqidah".

2- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat), jawab beliau:

وعليكم السلام، لا يجوز قول هذه العبارة وهي شرك بالله تعالى لأن المدد هو طلب الزيادة في الرزق والقوة فكلمة المدد يا رسول الله هي استعانة بالنبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته في شيء لا يقدر عليه وهي من دعاء غير الله وهذا شرك قال تعالى مخاطبا النبي عليه الصلاة والسلام ( قل لا أملك لنفسي نفعا ولا ضرا إلا ما شاء الله ) ولأن النبي عليه الصلاة والسلام يقول (الدعاء هو العبادة ) فمن دعا غير الله فقد أشرك وعليه أن يتوب إلى الله من ذلك ولم يحصل قط من السلف الصالح أن قالوا هذه العبارة ولا طلبوا شيئا من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته حتى إن الصحابة لما نقص المطر واحتاجوا الاستسقاء في عهد عمر طلبوا من العباس أن يصلي بهم الاستسقاء ويدعو لهم ولو كان يجوز الطلب من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته لما طلبوا من غيره

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, Tidak boleh mengucapkan ungkapan ini, dan ia ialah syirik dengan Allah, kerana al-madad ialah meminta tambahan pada rezeki dan kekuatan. Justeru, frasa “madad ya Rasulallah”, ia ialah memohon pertolongan dengan Nabi selepas kematiannya pada sesuatu yang dia tidak berkuasa ke atasnya, dan ia ialah berdoa kepada selain Allah, dan ini ialah syirik. Allah ta`ala berkata ditujukan kepada Nabi: «Katakan: Saya tidak memiliki untuk diri saya manfa`at dan tidak mudharat, melainkan apa yang Allah kehendaki». Dan kerana sesungguhnya Nabi berkata: «Doa itu ialah `ibadah». Maka sesiapa yang berdoa kepada selain Allah, maka sesungguhnya dia telah syirik, dan hendaklah dia bertaubat kepada Allah daripada kesalahan itu. Dan tidak didapati sedikit pun daripada salafus soleh yang menyebut ungkapan ini, dan tidak juga yang telah meminta apa-apa daripada Nabi selepas kematiannya, hinggakan sesungguhnya sahabat, apabila hujan berkurangan dan mereka perlu untuk meminta hujan pada zaman `Umar, mereka telah meminta kepada Al-`Abbas untuk bersolat istisqa’ bersama mereka, dan agar dia berdoa untuk mereka. Kalaulah boleh meminta kepada Nabi selepas kematiannya, mereka tentu tidak akan meminta kepada orang lain"

3- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan), jawab beliau: المدد من الله تعالى فقط يا شيخ! Terjemahan: "al-Madad hanyalah daripada Allah Ta'ala sahaja, wahai Syaikh!"

4- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq), jawab beliau: 


وعليكم السلام ورحمة الله، لا يجوز ابدا 

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, selamanya tidak boleh"

5- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، بل هذا من صور الشرك الأكبر، فالنبي ﷺ ميت، ودعاء الميت شرك، ولو كان الرسول يدعى من دون الله عند الشدائد لدعاه الصحابة عند الشدائد التي مرت بهم، وهي كثيرة. والله أمرنا ألا ندعو إلا هو سبحانه، والنبي نفسه ما جاء إلا ليعلق الناس بالله وحده فقط. ولو كان هذا الفعل جائزا لأرشد الناس إليه أن يفعلوه بعد موته، خاصة وهم في المدينة، وبجانب القبر الشريف. والله المستعان على هذا الجهل العظيم.

Terjemahan: "Tidak boleh. Bahkan ini adalah satu bentuk daripada syirik besar, kerana Nabi sudah mati, dan doa kepada orang yang mati adalah syirik. Kalaulah Rasul boleh diseru – selain daripada Allah – ketika kesusahan, pasti para sahabat akan menyerunya ketika kesusahan yang banyak berlaku kepada mereka. Dan Allah telah menyuruh kita agar tidak menyeru melainkan kepada-Nya – Maha Suci Dia –, dan Nabi sendiri tidak datang melainkan untuk menghubungkan manusia dengan Allah semata-mata sahaja. Kalaulah perbuatan (menyeru Nabi) ini boleh, pasti Nabi akan menyampaikan kepada manusia agar melakukannya selepas kematiannya, khususnya kepada mereka di Madinah, dan yang berada di sekitar kuburnya yang mulia. Dan Allahlah tempat meminta pertolongan atas kejahilan yang besar ini"

6- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، هو من دعاء الأموات، ولكن من نشأ على هذا وظنه جائزا، أو أفتاه بذلك علماؤه فيعذر بهذا.

Terjemahan: "Tidak boleh berbuat sedemikian, kerana ia adalah perbuatan memohon kepada orang-orang mati. Akan tetapi jika seseorang melakukannya dan dia sangka ia boleh (kerana jahil) atau difatwakan kepadanya (oleh mufti jahil) bahawa ia boleh, kemudian dia pun melakukannya atas kejahilan, maka dalam kes ini dia dimaafkan"

Sekian, dikongsi. Moga bermanfaat.

Dr. Muhammad Fathi Ali al-Malizi al-Sakandary, Camp Caesar, Iskandariah, Mesir, Rabu, 4 Safar 1436H bersamaan 27 November 2014H. Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:10 PM.

05 June 2016

Meraih 5 kecemerlangan Bulan Ramadhan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ ‍ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِي

وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


"Ya Allah, Limpahilah Rahmat ke atas Junjungan Muhammad, yang membukakan apa yang tertutup, yang menamatkan apa yang terdahulu, yang membela kebenaran dengan kebenaran, yang memberi petunjuk kepada jalan-Mu yang lurus.

Dan ke atas keluarganya bersesuaian dengan pangkat dan kedudukannya yang tinggi."

“Wahai ALLAH Tuhanku, limpahkanlah kiranya shalawat-shalawat-Mu dan rahmat-Mu serta berkat-Mu atas peng-hulu segala Rasul, ikutan segala orang yang taqwa, pe-nutup semua Nabi, yaitu: Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu, imam segala kebajikan, pemimpin kebaikan dan utusan pembawa rahmat. Wahai Tuhanku, tempatkanlah dia pada suatu maqam yang dirindukannya oleh orang yang dahulu.” (HR. Ibnu Mâjah dari ‘Abdullah Ibn Mas’ûd).

Aamiienn ALLAH'HUMA AMIIEN


Semoga kita tetap senantiasa berpegang dalam landasan AL-QURAN Dan As-sunah dan senantiasa istiQomah di jalan ALLAH Dan Rasulullah agar kita bisa menjadi orang2 yg beruntung di sisi ALLAH Dan Rasulullah.

Sama-samalah kita meraih 5 kecemerlangan pada bulan Romadhon, yaitu :

  1. Kecemerlangan Puasa Romadhon.
  2. Kecemerlangan Sholat Tarawih.
  3. Kecemerlangan Membaca Al Qur’an.
  4. Kecemerlangan Lailatul Qodar.
  5. Kecemerlangan Zakat Fitrah.

Dari Abu Hurairah ra:

“Rasulullah saw. biasanya memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa.

” (H.R. Ahmad dan An Nasa’i).

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wajalla setiap hari menghiasai surganya lalu berfirman (kepada surga): “hampir tiba saatnya para hambaku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu.” Pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku ampunan pada akhir malam.” Beliau ditanya: “Wahai Rasulullah apakah malam itu lailatul Qadar? Jawab beliau: “Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya. (HR. Ahmad).

Telah jelas dalam sabda Raslullah maka beruntunglah orang2 yg berpuasa untuk ALLAH dan Niat Untuk ALLAH semata.

Dari Ubadah bin Ash Shamit, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, mengahapus dosa-dosa dan mengabulkan do’a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang-orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (H.R. Ath Thabrani ).

Hati akan menjadi sibuk memikirkan hal-hal baik dan sibuk mengingat Allah. Apabila seseorang terlalu tersibukkan dengan kesenangan duniawi dan terbuai dengan makanan yang dia lahap, hati pun akan menjadi lalai dari memikirkan hal-hal yang baik dan lalai dari mengingat Allah. Oleh karena itu, apabila hati tidak tersibukkan dengan kesenangan duniawi, juga tidak disibukkan dengan makan dan minum ketika berpuasa, hati pun akan bercahaya, akan semakin lembut, hati pun tidak mengeras dan akan semakin mudah untuk tafakkur (merenung) serta berdzikir pada Allah.

Dengan menahan diri dari berbagai kesenangan duniawi, orang yang berkecukupan akan semakin tahu bahwa dirinya telah diberikan nikmat begitu banyak dibanding orang-orang fakir, miskin dan yatim piatu yang sering merasakan rasa lapar. Dalam rangka mensyukuri nikmat ini, orang-orang kaya pun gemar berbagi dengan mereka yang tidak mampu.

Mulai Beranjak Menjadi Lebih Baik
Di bulan Ramadhan tentu saja setiap muslim harus menjauhi berbagai macam maksiat agar puasanya tidak sia-sia, juga agar tidak mendapatkan lapar dan dahaga saja. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.”[6]

Puasa menjadi sia-sia seperti ini disebabkan bulan Ramadhan masih diisi pula dengan berbagai maksiat. Padahal dalam berpuasa seharusnya setiap orang berusaha menjaga lisannya dari rasani orang lain (baca: ghibah), dari berbagai perkaataan maksiat, dari perkataan dusta, perbuatan maksiat dan hal-hal yang sia-sia.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”[7]

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ

جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.”[8] Lagwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.[9] Sedangkan rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita[10] atau dapat pula bermakna kata-kata kotor.[11]

Oleh karena itu, ketika keluar bulan Ramadhan seharusnya setiap insan menjadi lebih baik dibanding dengan bulan sebelumnya karena dia sudah ditempa di madrasah Ramadhan untuk meninggalkan berbagai macam maksiat. Orang yang dulu malas-malasan shalat 5 waktu seharusnya menjadi sadar dan rutin mengerjakannya di luar bulan Ramadhan. Juga dalam masalah shalat Jama’ah bagi kaum pria, hendaklah pula dapat dirutinkan dilakukan di masjid sebagaimana rajin dilakukan ketika bulan Ramadhan. Begitu pula dalam bulan Ramadhan banyak wanita muslimah yang berusaha menggunakan jilbab yang menutup diri dengan sempurna, maka di luar bulan Ramadhan seharusnya hal ini tetap dijaga.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ

“(Ketahuilah bahwa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”[12]

Rasulullah SAW menjawab, “Allah akan melimpahkan karunia ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berbuka puasa meski hanya dengan sebiji kurma, seteguk kurma, atau seisap air susu. Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya adalah rahmat, sepuluh hari pertengahannya ampunan dan sepuluh hari terakhirnya pembebasan dari neraka Jahanam. Siapa saja yang meringankan beban hamba sahayanya di bulan ini, Allah akan mengampuninya dan membebas-kannya dari api neraka. Perbanyaklah di bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keridhaan Allah, yaitu hendaklah kalian memperbanyak kalimah-kalimat thayibah dan istigfar. Dua perkara lagi pasti kita butuhkan, yaitu hendaknya memohon kepada Allah surga dan berlindung kepada-Nya dari neraka Jahanam…” (HR Ibnu Khuzaimah).

Paling tidak, ada pesan inti dari khutbah Baginda Nabi Muhammad SAW di atas.

Bulan Ramadhan menuntut Diri kita untuk semakin meningkatkan taqarrub kepada Allah SWT dengan amalan-amalan shalih, yang fardhu maupun yang sunnah. Yang fardhu tentu saja puasa dan amalan-amalan lain yang tidak boleh ditinggalkan meski di luar bulan Ramadhan seperti shalat lima waktu, menuntut ilmu, berdakwah, melakukan amar makruf nahi mungkar, berbakti kepada orang tua, berjuang menegakkan syariah dan Khilafah, dll. Yang sunnah adalah seperti shalat malam, tilawah Al-Quran, ber-sedekah dll.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat.

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’
(HR. Muslim no. 1151)

Dalam riwayat lain dikatakan,

قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى

“Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku ( ALLAH ) .’” (HR. Bukhari no. 1904)

Dalam riwayat Ahmad dikatakan,

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ

“Allah ‘azza wa jalla berfirman (yang artinya), ‘Setiap amalan adalah sebagai kafaroh/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya.’” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)

Pahala yang Tak Terhingga di Balik Puasa


Dari riwayat pertama, dikatakan bahwa setiap amalan akan di lipatgandakan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kebaikan yang semisal. Kemudian dikecualikan amalan puasa. Amalan puasa tidaklah dilipatgandakan seperti tadi.

Amalan puasa tidak dibatasi lipatan pahalanya. Oleh karena itu, amalan puasa akan di lipatgandakan oleh Allah hingga berlipat-lipat tanpa ada batasan bilangan.

Kenapa bisa demikian? Ibnu Rajab Al Hambali –semoga Allah merahmati beliau- mengatakan,”Karena puasa adalah bagian dari kesabaran”. Mengenai ganjaran orang yang bersabar, Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Qs. Az Zumar: 10)

Sabar itu ada tiga macam yaitu [1] sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, [2] sabar dalam meninggalkan yang haram dan [3] sabar dalam menghadapi takdir yang terasa menyakitkan.

Ketiga macam bentuk sabar ini, semuanya terdapat dalam amalan puasa. Dalam puasa tentu saja di dalamnya ada bentuk melakukan ketaatan, menjauhi hal-hal yang diharamkan, juga dalam puasa seseorang berusaha bersabar dari hal-hal yang menyakitkan seperti menahan diri dari rasa lapar, dahaga, dan lemahnya badan. Itulah mengapa amalan puasa bisa meraih pahala tak terhingga sebagaimana sabar.

Amalan Puasa Khusus untuk Allah

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Allah Ta’ala berfirman, “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untuk-Ku.” Riwayat ini menunjukkan bahwa setiap amalan manusia adalah untuknya. Sedangkan amalan puasa, Allah khususkan untuk diri-Nya. Allah menyandarkan amalan tersebut untuk-Nya.

Kenapa Allah bisa menyandarkan amalan puasa untuk-Nya?


[Alasan pertama] 

Karena di dalam puasa, seseorang meninggalkan berbagai kesenangan dan berbagai syahwat. Hal ini tidak didapati dalam amalan lainnya. Dalam ibadah ihram, memang ada perintah meninggalkan jima’ (berhubungan badan dengan istri) dan meninggalkan berbagai harum-haruman. Namun bentuk kesenangan lain dalam ibadah ihram tidak ditinggalkan. Begitu pula dengan ibadah shalat. Dalam shalat memang kita dituntut untuk meninggalkan makan dan minum. Namun itu dalam waktu yang singkat. Bahkan ketika hendak shalat, jika makanan telah dihidangkan dan kita merasa butuh pada makanan tersebut, kita dianjurkan untuk menyantap makanan tadi dan boleh menunda shalat ketika dalam kondisi seperti itu.

Jadi dalam amalan puasa terdapat bentuk meninggalkan berbagai macam syahwat yang tidak kita jumpai pada amalan lainnya. Jika seseorang telah melakukan ini semua –seperti meninggalkan hubungan badan dengan istri dan meninggalkan makan-minum ketika puasa-, dan dia meninggalkan itu semua karena Allah, padahal tidak ada yang memperhatikan apa yang dia lakukan tersebut selain Allah,

Maka ini menunjukkan benarnya iman orang yang melakukan semacam ini. Itulah yang dikatakan oleh Ibnu Rajab, “Inilah yang menunjukkan benarnya iman orang tersebut.” Orang yang melakukan puasa seperti itu selalu menyadari bahwa dia berada dalam pengawasan Allah meskipun dia berada sendirian. Dia telah mengharamkan melakukan berbagai macam syahwat yang dia sukai. Dia lebih suka mentaati Rabbnya, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya karena takut pada siksaan dan selalu mengharap ganjaran-Nya. Sebagian salaf mengatakan, “Beruntunglah orang yang meninggalkan syahwat yang ada di hadapannya karena mengharap janji Rabb yang tidak nampak di hadapannya.

” Oleh karena itu, Allah membalas orang yang melakukan puasa seperti ini dan Dia pun mengkhususkan amalan puasa tersebut untuk-Nya dibanding amalan-amalan lainnya.


[Alasan kedua] Puasa adalah rahasia antara seorang hamba dengan ALLAH Rabbnya yang tidak ada orang lain yang mengetahuinya. Amalan puasa berasal dari niat batin yang hanya Allah saja yang mengetahuinya dan dalam amalan puasa ini terdapat bentuk meninggalkan berbagai syahwat. Oleh karena itu, Imam Ahmad dan selainnya mengatakan, “Dalam puasa sulit sekali terdapat riya’ (ingin dilihat/dipuji orang lain).” Dari dua alasan inilah, Allah menyandarkan amalan puasa pada-Nya berbeda dengan amalan lainnya.

Sebab Pahala Puasa, Seseorang Memasuki Surga

Lalu dalam riwayat lainnya dikatakan, Allah ‘azza wa jalla berfirman (yang artinya), “Setiap amalan adalah sebagai kafaroh/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk ALLAH.”

Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan, “Pada hari kiamat nanti, Allah Ta’ala akan menghisab hamba-Nya. Setiap amalan akan menembus berbagai macam kezholiman yang pernah dilakukan, hingga tidak tersisa satu pun kecuali satu amalan yaitu puasa. Amalan puasa ini akan Allah simpan dan akhirnya Allah memasukkan orang tersebut ke surga.”

Jadi, amalan puasa adalah untuk Allah Ta’ala. Oleh karena itu, tidak boleh bagi seorang pun mengambil ganjaran amalan puasa tersebut sebagai tebusan baginya. Ganjaran amalan puasa akan disimpan bagi pelakunya di sisi Allah Ta’ala. Dengan kata lain, seluruh amalan kebaikan dapat menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh pelakunya. Sehingga karena banyaknya dosa yang dilakukan, seseorang tidak lagi memiliki pahala kebaikan apa-apa. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan bahwa hari kiamat nanti antara amalan kejelekan dan kebaikan akan ditimbang, satu yang lainnya akan saling memangkas. Lalu tersisalah satu kebaikan dari amalan-amalan kebaikan tadi yang menyebabkan pelakunya masuk surga.

Itulah amalan puasa yang akan tersimpan di sisi Allah. Amalan kebaikan lain akan memangkas kejelekan yang dilakukan oleh seorang hamba. Ketika tidak tersisa satu kebaikan kecuali puasa, Allah akan menyimpan amalan puasa tersebut dan akan memasukkan hamba yang memiliki simpanan amalan puasa tadi ke dalam surga.

Dua Kebahagiaan yang Diraih Orang yang Berpuasa

Dalam hadits di atas dikatakan, “Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya.”

Kebahagiaan pertama adalah ketika seseorang berbuka puasa. Ketika berbuka, jiwa begitu ingin mendapat hiburan dari hal-hal yang dia rasakan tidak menyenangkan ketika berpuasa, yaitu jiwa sangat senang menjumpai makanan, minuman dan menggauli istri. Jika seseorang dilarang dari berbagai macam syahwat ketika berpuasa, dia akan merasa senang jika hal tersebut diperbolehkan lagi.

Kebahagiaan kedua adalah ketika seorang hamba berjumpa dengan Rabbnya yaitu dia akan jumpai pahala amalan puasa yang dia lakukan tersimpan di sisi Allah. Itulah ganjaran besar yang sangat dia butuhkan.

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا تُقَدِّمُوا لأنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.” (Qs. Al Muzammil: 20)

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya).” (Qs. Ali Imron: 30)


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.” (Qs. Az Zalzalah: 7)


Bau Mulut Orang yang Berpuasa di Sisi Allah

Ganjaran bagi orang yang berpuasa yang disebutkan pula dalam hadits di atas , “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”

Seperti kita tahu bersama bahwa bau mulut orang yang berpuasa apalagi di siang hari sungguh tidak mengenakkan. Namun bau mulut seperti ini adalah bau yang menyenangkan di sisi Allah karena bau ini dihasilkan dari amalan ketaatan dank arena mengharap ridho Allah. Sebagaimana pula darah orang yang mati syahid pada hari kiamat nanti, warnanya adalah warna darah, namun baunya adalah bau minyak kasturi.

Harumnya bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah ini ada dua sebab:

[Pertama] Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahwa puasa adalah rahasia antara seorang hamba dengan Allah di dunia. Ketika di akhirat, Allah pun menampakkan amalan puasa ini sehingga makhluk pun tahu bahwa dia adalah orang yang gemar berpuasa. Allah memberitahukan amalan puasa yang dia lakukan di hadapan manusia lainnya karena dulu di dunia, dia berusaha keras menyembunyikan amalan tersebut dari orang lain. Inilah bau mulut yang harum yang dinampakkan oleh Allah di hari kiamat nanti karena amalan rahasia yang dia lakukan.

[Kedua] Barangsiapa yang beribadah dan mentaati Allah, selalu mengharap ridho Allah di dunia melalui amalan yang dia lakukan, lalu muncul dari amalannya tersebut bekas yang tidak terasa enak bagi jiwa di dunia, maka bekas seperti ini tidaklah dibenci di sisi Allah. Bahkan bekas tersebut adalah sesuatu yang Allah cintai dan baik di sisi-Nya. Hal ini dikarenakan bekas yang tidak terasa enak tersebut muncul karena melakukan ketaatan dan mengharap ridho Allah. Oleh karena itu, Allah pun membalasnya dengan memberikan bau harum pada mulutnya yang menyenangkan seluruh makhluk, walaupun bau tersebut tidak terasa enak di sisi makluk ketika di dunia.

Inilah beberapa keutamaan amalan puasa. Inilah yang akan diraih bagi seorang hamba yang melaksanakan amalan puasa yang wajib di bulan Ramadhan maupun amalan puasa yang sunnah dengan dilandasi keikhlasan dan selalu mengharap ridho Allah semata.

Semoga kita dapat meraih beberapa keutamaan di atas dari amalan puasa Ramadhan yang kita lakukan ini.

Semoga Allah memberi kita selalu ilmu yang bermanfaat, rizki yang thoyib dan amalan yang diterima di Sisi ALLAH.

“Sesungguhnya dalam Syurga ALLAH terdapat sebuah Pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak.

Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai di Tutup dan tiada yang lain berhak memasukinya Selain orang2 yg BERPUASA”.
'' ( HR. AL-Imam Bukhari & AL-Imam Muslim ).

Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...