اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Dari mukjizat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda
mengatakan bahawa umat Islam akan berpecah. Ini adalah realiti pada
hari ini di mana
Umat Islam berpecah seperti mana yang disebutkan dalam hadis perpecahan
Umat, di mana Baginda mengatakan bahawa umat Islam akan berpecah kepada
73 kumpulan, kesemuanya di dalam api neraka kecuali satu sahaja.
Hal ini juga disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam daripada
riwayat sahabat Irbadh bin Sariyah di mana Baginda mengatakan bahawa
barangsiapa yang umurnya panjang dan hidup selepas kewafatan Baginda
akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah dia berpegang
dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan sunnah para Khulafa’. Inilah jalan yang selamat, iaitu kembali kepada sunnah Nabi dan juga sunnah para sahabat.
BANTAHAN IMAM AL-SYAFI’I TERHADAP SYIAH
Perkembangan
mazhab Syiah pada zaman Imam Al-Syafi’i
sangat lemah. Walaubagaimanapun ia tidak menghalang Imam Al-Syafi’i
daripada menyanggah pengikut-pengikut Syiah ini. Yunus bin ‘Abdul A’la
berkata: “Aku mendengar Imam Al-Syafi’i apabila disebut nama (Syiah)
Rafidhah, dia pun mencela mereka sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa
mereka adalah seburuk-buruk golongan.” (Manaqib Al-Baihaqi)
Imam
Al-Syafi’i juga berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang aku
bersaksi akan kebohongannya selain dari golongan (Syiah) Rafidhah.’” (Ibid)
Imam
Al-Syafi’i juga tidak membolehkan harta rampasan perang dibahagi
sedikit pun kepada penganut Syiah Rafidhah yang ikut berperang. Beliau
rh. berkata: “Tidak diberi bahagian dari harta rampasan sedikit pun
kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
ketika menyebut ayat tentang rampasan, maksudnya: “Dan orang-orang yang
datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: ‘Wahai
Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
lebih
dahulu dari kami.” (Al-Hasyr: 10), maka siapa yang tidak mengatakan ini
tentu dia tidak berhak.” (Al-Thabaqat)
Ayat
ini menunjukkan tentang wajibnya mencintai para sahabat Nabi kerana
syarat untuk ditetapkan bahagian dari harta rampasan untuk orang-orang
yang datang sesudah Sahabat Nabi adalah konsisten dalam cinta,
kesetiaan, dan beristighfar untuk mereka (sahabat Nabi). Sebaliknya,
orang yang mencela seorang sahaja dari mereka atau mempunyai keyakinan
buruk terhadapnya, dia sama sekali tidak mempunyai hak di dalam harta
rampasan.”
Hal
yang sama diriwayatkan oleh Imam Malik dan yang lain. Imam Malik
berkata, “Siapa yang membenci salah seorang sahaja dari sahabat
Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam atau
di hatinya tersimpan dengki kepada mereka, maka tidak ada hak baginya
dalam harta rampasan kaum Muslimin.” Kemudian dia membacakan firman
Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 10. (Tafsir Al-Qurthubi)
Walaupun
begitu jelas penolakan Imam Al-Syafi’i terhadap Syiah, serta
penolakannya terhadap kesaksian Syiah, serta larangannya untuk solat di
belakang Syiah, namun ada sahaja kelompok yang menuduh Imam kaum
Muslimin ini sebagai Syiah. Tuduhan ini telah dibantah antaranya oleh
muridnya sendiri iaitu Imam Ahmad rh.
Ibnu
Katsir pula menegaskan: “Imam Al-Syafi’i terlalu mulia kedudukannya dan
terlalu tinggi kehormatannya untuk sependapat dengan Syiah, suatu
kelompok pinggiran, sebab beliau memiliki pemahaman yang sempurna,
hafalan yang luar biasa, pemikiran yang cemerlang, dan daya logik yang
cermat.” Kemudian Ibnu Katsir menyebutkan bukti-bukti tentang sikap
konsistennya Imam dalam mengikuti mazhab Salaf dalam menyikapi para
Sahabat.
PANDANGAN IMAM AL-SYAFI’I TERHADAP SUFI
Tasawuf
adalah satu metod yang
permulaannya adalah zuhud total dan kemudian berkembang dan setelah itu
para penganutnya mula memperkenalkan nyanyian, muzik, dan tarian.
Menurut mereka, tasawuf adalah pelatihan jiwa dan mujahadah ke arah
akhlak yang baik seperti zuhud, sabar, ikhlas, jujur dan sifat terpuji
yang lain. Akhirnya mereka dihalangi dari ilmu kerana mereka melihat
bahawa yang menjadi tujuan adalah amal perbuatan. Apabila cahaya ilmu
telah terpadam, akibatnya mereka teraba-raba dalam kegelapan.
Tidak
dinafikan bahawa niat dan tujuan mereka baik, namun mereka tidak berada
di atas kebenaran akibat tidak menitik beratkan ilmu sehingga ada di
antara mereka yang mengamalkan hadis-hadis maudhu’ (palsu) sedangkan dia
sendiri tidak menyedarinya. Tatacara ibadah beberapa kelompok di
antara mereka menjadi bercabang-cabang kepada tarikat-tarikat sehingga
akidah mereka pun menjadi rosak.
Pada
zaman Imam Al-Syafi’i belum ada pendokong sufi kecuali sangat sedikit.
Ungkapan sufi tidak popular pada tiga abad pertama, tetapi setelah kurun
itu apabila ia mulai muncul, perbincangan tentang sufi banyak
dibicarakan. Imam Syafi’i tidak ketinggalan menyanggah setiap bid’ah
yang dilihat pada golongan ini. Telah masyhur perkataan Imam Al-Syafi’i
tentang sufi, antaranya beliau berkata: “Pangkal tasawuf itu adalah
kemalasan.” (Manaqib Al-Baihaqi)
Akibat
jauhnya ahli sufi dari ilmu, Iblis sentiasa mengelabui mata mereka
dengan pelbagai bentuk bid’ah hingga mereka mewujudkan untuk diri mereka
sunnah-sunnah (tatacara ibadah) ciptaan mereka sendiri. Contohnya
seperti bid’ah taghbir iaitu mereka menyebut “Allah, Allah” dengan menepuk-nepuk di atas tanah (untuk menghasilkan irama).
Berkenaan
hal ini, Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku
tinggalkan di Iraq suatu yang diciptakan oleh kaum Zindiq, iaitu
taghbir yang mereka sangka dapat melunakkan hati. Padahal ia menjauhkan
manusia dari Al-Quran.” (Manaqib Al-Baihaqi)
Dari
Ibnul Jauzi, Abu Mansur Al-Azhari menyebut bahawa mughabbirah adalah
sekelompok orang yang bersungguh-sungguh di dalam zikir kepada Allah
dengan doa dan merendah diri kepadaNya. Mereka menamakan apa yang mereka
senangi dari syair taghbir. Apabila mereka melihat ia dilantunkan
dengan suara yang merdu, mereka merasa senang dan menari-nari. Dari itu
mereka dinamakan mughabbirah.
Imam Al-Syafi’i berkata: “Sama’ (mendengar
nyanyian) adalah hiburan yang dibenci dan menyerupai kebatilan. Siapa
yang banyak melantunkannya, dia termasuk orang yang dungu dan tidak
diterima kesaksiannya.” Al-Zajjaj berkata: “Imam Al-Syafi’i membenci
taghbir. Kalangan pemuka dari teman-teman Imam Al-Syafi’i mengingkari sama’ sebagaimana
tidak ada perbezaan di kalangan pengikut awalnya tentang hal
itu. Di kalangan pengikutnya yang akhir yang turut mengingkari ialah
Abu Al-Thayyib Al-Thabari, bahkan dia menulis kitab tentang larangan dan
celaan terhadap nyanyian.
Selain
Abu Al-Thayyib, juga Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Muzaffar Al-Syami.
Dia berkata, “Tidak dibolehkan nyanyian, mendengarnya, dan
memukul-mukul tongkat (untuk menghasilkan irama). Barangsiapa
menyandarkan hal itu kepada Imam Al-Syafi’i bererti dia telah berbuat
dusta terhadapnya.” Bahkan Imam Al-Syafi’i menerangkan di dalam kitab Adab Al-Qadha’: “Apabila seseorang terus-menerus mendengar
nyanyian, nescaya ditolak kesaksiannya dan batal kelurusan agamanya.”
Ibnul
Jauzi berkata: “Ini adalah pendapat kalangan ulama Syafi’iyah dan para
ahli agama di antara mereka. Hanya kalangan mutaakkhir (orang yang
datang kemudian) yang memberi kemudahan tentang hal itu, yakni orang
yang minima ilmu dan dikuasai hawa nafsu.” (Talbis Iblis)
Dalam
hal ini, perlu kita ketahui bahawa
setiap jalan dan setiap syariat yang tidak menepati cara dan ajaran
Rasulullah adalah sesat dan terpesong. Ini kerana ilmu itu adalah apa
yang difirmankan oleh Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah dan
apa yang disebut oleh para sahabat. Selain daripada itu bukanlah ilmu
sebaliknya adalah bisikan daripada Syaitan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam melakukan setiap yang makruf dan melarang setiap yang
munkar, menghalalkan setiap yang baik dan mengharamkan setiap yang
buruk. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi, kecuali sudah menjadi kewajipan
baginya untuk mengarahkan umatnya kepada kebaikan sesuai apa yang
diketahuinya untuk mereka, dan melarang dari keburukan apa yang
diketahui untuk mereka.” (Riwayat Muslim)
CARA MENYIKAPI AHLI BID’AH PADA ZAMAN INI
Kita
berdepan dengan ahli bid’ah pada zaman ini seperti mana ulama-ulama
Islam telah berdepan dengan mereka pada zaman dahulu. Kita menasihati
mereka serta memberi peringatan yang baik kepada mereka. Di samping itu
kita juga memulau majlis-majlis mereka dan tidak menghadiri
majlis-majlis mereka. Hal ini adalah kerana majlis bid’ah tidak diredai
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mengundang murka Allah.
Imam
Ahmad ketika ditanya tentang taghbir, beliau menjawab: “Sesuatu yang
bid’ah.” Beliau ditanya lagi: “Bolehkah kami duduk-duduk bersama
mereka?” Beliau menjawab: “Tidak boleh duduk bersama mereka.” (Majmu’ Al-Fatawa)
Sesungguhnya kebaikan itu semuanya terletak pada perbuatan
mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
sedangkan keburukan semuanya terletak pada perbuatan yang menyalahinya
iaitu bid’ah dalam masalah yang Allah tidak izinkan padanya (masalah
agama). Wallahu a’lam.
Artikel ini disiarkan di akhbar pada
Sabtu, 22 Jun 2013
__._,_.___
Oleh: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil, Pensyarah Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi
Susunan Teks: Ustaz Idris bin Sulaiman, Pegawai Penyelidik, Kedutaan Arab Saudi