Sesekali terkenang kampung halaman rasa rindu pulak nak ke kampung yang sudah lama jugak tidak menjengah hampir 5 tahun rasanya tidak pulang ke tanahair. Rasa masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak terlintas di minda..huhu..Allah sedapnya...terliur rasanya...
Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.
Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni salah satu gulai kampung kegemaran ana sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.
Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.
IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK
Bahan-bahan
10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang serai
CARA-CARA NAK MASAK IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK
Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.
02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.
05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
Huhu..kalau nak lagi sedap serta menambahkan lagi nikmat masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni bolehlah jugak ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera kita.
Mabrook ! cubalah buat yer..!
Kalau kat sini payoh gak nak dapat ikan patin boleh lah cuba ikan Bahrain pun boleh gak ..bolehlah nak hilangkan rasa rindu dan teringin tu..huhu..selamat mencuba dan selamat beramal..ehehe