SYARAT SAH PUASA
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
واشترط الشافعية أربعة شروط: وهي الإسلام، والعقل، والنقاء عن الحيض والنفاس جميع النهار، وكون الوقت قابلاً للصوم، فلا يصح صوم الكافر والمجنون والصبي غير المميز والحائض والنفساء.
Artinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie mensyaratkan akan empat syarat yaitu Islam dan beraqal dan bersih dari haidh dan nifas pada sekelian hari dan keadaan waktu itu menerima bagi puasa. Maka tidak sah puasa orang yang kafir dan yang tidak beraqal dan kanak yang tidak mumayyiz dan perempuan yang sedang haidh dan nifas.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
1. ISLAM
Tidak sah puasa orang kafir kerana ibadah puasa diwajibkan padanya berniat maka niat olih orang kafir itu adalah tidak sah.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini :
فَلَا يَصِحُّ صَوْمُ الْكَافِرِ بِحَالٍ، أَصْلِيًّا كَانَ أَمْ غَيْرَهُ
Artinya : “Maka tiada sah puasa orang yang kafir sama sekali samada kafir asal atau lainnya.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Orang-orang Yahudi juga melakukan amalan berpuasa mengikut tarikh tertentu dalam ajaran Yahudi.
Ada puasa Yahudi yang wajib dan ada yang sunat.
Antara puasa wajib bagi penganut Yahudi ialah puasa pada hari Yom Kippur yaitu hari penebus dosa.
Dalam agama Kristian ada juga amalan puasa yang dianggap sunat seperti yang terdapat dalam ajaran Kristian Katolik. Manakala Kristian Protestan tidak ada amalan berpuasa.
Begitu juga dalam agama-agama lain maka apa juga amalan solih yang dilakukan olih orang yang di luar agama Islam adalah tidak sah dan tidak diterima olih Allah kerana ketiadaan syarat yaitu Islam.
2. BERAQAL
Yang dimaksudkan dengan beraqal di sini ialah tamyiz yaitu aqalnya sudah bolih membezakan seperti membezakan yang bersih dari yang kotor dan seumpamanya maka kanak-kanak yang sudah bolih membezakan itu dinamakan mumayyiz.
Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah melakukan amalan puasa dan begitu juga sembahyang.
Adapun kanak-kanak yang telah sampai had mumayyiz sah mereka bepuasa sekalipun belum baligh tetapi tidak wajib.
Tidak ada had tertentu bagi usia mumayyiz bagi kanak-kanak yaitu adakalanya jadi ia mumayyiz ketika usianya seawal 4 tahun tahun dan ada yang 5 tahun atau 6 tahun dan seterusnya.
Berkata Syeikh Ad-Damiri :
(والعقل) مرادهم ب (العقل) هنا: التمييز، فلا يصح صوم غير المميز كالمجنون والسكران والطفل والمغمى عليه دائمًا، ويصح صوم الصبي المميز بالاتفاق.
Artinya : “Bermula yang dikehendaki olih ulamak pada maksud beraqal itu ialah membezakan. Maka tidak sah puasa orang yang aqalnya tidak bolih membezakan seperti orang gila dan kanak-kanak dan yang pingsan selamanya (berterusan). Dan sah puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz dengan sepakat ulamak.” (Kitab An-Najm Al-Wahhaj)
Orang yang pingsan sepanjang hari tidak sah puasanya dan jika ada sebahagian harinya dia sedar maka sah puasanya.
Berkata Imam Nawawi :
والأظهر أن الإغماء لا يضر إذا أفاق لحظة من نهار
Artinya : “Dan pendapat yang azhar bahawasanya orang yang pingsan tidak batal puasanya apabila ada ia sedar sekejap pada waktu siang.” (Kitab Minhaj At-Talibin)
Ada pun gila maka membatalkan puasa sekalipun berlaku sekejap sahaja pada siang hari berpuasa.
Berkata Syeikh Said Al-Hadhrami As-Syafie :
فإن ارتد أو حاضت أو نفست أو جن ولو لحظة بطل صومه كالصلاة
Artinya : “Maka jika murtad olih seorang atau berhaidh atau bernifas atau jadi gila sekalipun sekejap nescaya batal puasanya sama seperti sembahyang.” (Kitab Busyral Karim)
Dan begitu juga tidak membatalkan puasa jika berlaku mabuk yang bukan sepanjang hari.
Berkata Syeikh Bafadhal Al-Hadhrami :
وَلَا يضر الْإِغْمَاء وَالسكر أَن إفاق لَحْظَة فِي النَّهَار
Artinya : “Dan tidak memudaratkan pingsan dan mabuk jika sedar ia sekejap pada waktu siang.” (Kitab Muqaddimah Al-Hadhramiyah)
Jika seorang itu hilang aqal sebab memakan ubat misalnya maka tidak sah puasanya.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :
فَلَا يَصِحُّ صَوْمُ مَنْ زَالَ عَقْلُهُ وَلَوْ بِشُرْبِ دَوَاءٍ لَيْلًا
Artinya : “Maka tiada sah puasa seorang yang hilang aqalnya walau pun dengan sebab makan ubat pada malamnya.” (Kitab Al-Ghararul Bahiyyah)
3. SUCI DARI HAIDH & NIFAS
Wanita yang dalam hadas haidh tidak sah melakukan ibadah puasa samada yang wajib atau sunat dengan ijmak.
Begitu juga tidak sah puasa wanita yang sedang di dalam hadas nifas.
Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :
(وَالنَّقَاءُ عَنْ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ) فَلَا يَصِحُّ صَوْمُهُمَا بِالْإِجْمَاعِ كَمَا فِي الْمَجْمُوعِ
Artinya : “Dan disyaratkan bersih dari haidh dan nifas. Maka tiada sah puasa perempuan yang sedang haidh dan nifas dengan ijmak ulamak sebagaimana tersebut pada Kitab Al-Majmu’.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda kepada kaum wanita yang mempersoalkan apakah maksud kaum wanita itu kurang agamanya :
أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِيْنِهَا
Artinya : “Bukankah wanita itu bila haid dia tidak sembahyang dan tidak berpuasa?” Kaum wanita menjawab : “Ya.” Rasulullah bersabda : “Maka itulah tanda dari kekurangan agamanya.” (Hadith Bukahri)
Kaum wanita wajib ia qadha puasa yang ditinggalkannya sebab haidh dan tidak wajib dia qadha sembahyang kerana jika diwajibkan mereka qadha sembahyang nescaya jadi memberatkan atas mereka kerana kewajipan solat itu sepanjang tahun manakala kewajipan puasa hanya setahun sekali.
Berkata A’isyah r.a. :
كنا نؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Artinya “Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha sembahyang.” (Hadith Bukhari & Muslim)
Jika datang haidh pada hujung hari puasa maka puasanya adalah batal dan wajib atasnya qadha sekalipun datang haidh hanya beberapa saat sebelum waktu berbuka tetapi mereka tetap mendapat pahala puasa kerana terhalang meneruskan puasa sebab uzur syar’ie.
Jika datang haidh sesaat selepas waktu berbuka maka puasanya adalah sah.
Begitu juga jika datang haidh serentak dengan waktu berbuka puasa maka sah puasanya.
Jika seorang wanita itu haidh pada malam dan dia berniat untuk puasa pada esoknya kemudian kering haidhnya pada malam itu nescaya sah dia berpuasa esoknya kerana telah berniat pada malamnya sekalipun dia belum melakukan mandi hadas.
Wanita yang tidak berpuasa kerana haidh harus ia makan minum menurut pandangan jumhur ulamak.
Cuma dilarang ia makan minum dihadapan orang yang sedang berpuasa atau pada khalayak ramai.
Dan setengah ulamak berkata dengan haram atas perempuan yang haidh dan nifas menahan diri dari makan dan minum pada waktu siang Ramadhan.
Berkata Syeikh Ramli :
وَيَحْرُمُ عَلَيْهِمَا الْإِمْسَاكُ كَمَا قَالَهُ فِي الْأَنْوَارِ
Artinya : “Dan haram atas perempuan yang haidh dan nifas menahan diri dari makan minum seperti mana telah berkata akan dia pada Kitab Al-Anwar.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj)
Yang dimaksudkan dengan haram menahan diri dari makan dan minum itu ialah dengan tujuan berpuasa. Ada pun tidak dengan tujuan berpuasa tetapi hanya meraikan sahaja maka tidak haram.
Harus hukumnya jika seorang wanita memakan ubat untuk menahan datang haidh supaya dapat ia berpuasa sebulan penuh dengan syarat ubat tersebut adalah halal dan tidak memudaratkan dirinya dan sebahgian ulamak memakruhkannya.
Tetapi jika dia tidak makan ubat penahan haidh adalah lebih afdhal kerana datangnya haidh adalah fitrah yang Allah telah tentukan ke atas kaum wanita.
Demikian juga dengan hadas nifas maka apabila kering darah nifasnya maka sah ia berpuasa sekalipun belum melakukan mandi hadas sebagaimana pada masalah haidh.
4. WAKTU YANG SAH BERPUASA
Adalah sah melakukan puasa sepanjang tahun melainkan pada hari-hari berikut :
DUA HARI RAYA
Daripada Umar Al-Khattab r.a. katanya :
إِنَّ هَذَيْنِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا : يَوْمَ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ ، وَالآخَرُ يَوْمَ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ
Artinya : “Sungguhnya kedua hari ini telah melarang olih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dari berpuasa. Yaitu hari raya Fitrah dilarang kamu berpuasa dan hari raya Korban ialah hari kamu memakan daging korban kamu.” (Hadith Bukhari & Muslim)
Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صيام يومين: يوم الفطر ويوم الأضحى
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang dari puasa pada dua hari yaitu hari raya fitrah dan hari raya korban.” (Hadith riwayat Muslim)
HARI TASYRIK
Hari tasyrik ialah hari yang ke 11 dan 12 dan 13 bulan Zulhijjah.
Dari Nubaisyah r.a. katanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Artinya : “Hari-hari tasyrik ialah hari untuk makan dan minum dan berzikir kepada Allah Taala.” (Hadith Muslim)
Berkata Syeikh Al-Qalyubi :
(وَلَا يَصِحُّ صَوْمُ الْعِيدِ) أَيْ عِيدِ الْفِطْرِ أَوْ الْأَضْحَى «نَهَى - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى» رَوَاهُ الشَّيْخَانِ (وَكَذَا التَّشْرِيقُ) أَيْ أَيَّامُهُ الثَّلَاثَةُ بَعْدَ يَوْمِ الْأَضْحَى لَا يَصِحُّ صَوْمُهَا (فِي الْجَدِيدِ) لِأَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - نَهَى عَنْ صِيَامِهَا رَوَاهُ أَبُو دَاوُد بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ وَفِي حَدِيثِ مُسْلِمٍ «أَنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Artinya : “Dan tidak sah berpuasa pada hari raya artinya hari raya fitrah dan hari raya korban. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah melarang dari berpuasa pada dua hari yaitu hari raya fitrah dan hari raya korban. Telah meriwayatkannya olih Imam Bukhari dan Muslim. Dan begitu juga tidak sah berpuasa pada hari tasyrik artinya tiga hari selepas hari raya korban menurut qaul jadid dari kerana sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang dari berpuasa pada hari-hari tersebut yang telah meriwayatkannya olih Abu Daud dengan sanad yang sahih dan pada hadith Muslim sabdanya : Bahawasanya hari tasyrik itu ialah hari-hari untuk makan dan minum dan zikirullah Azza Wa Jalla.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi)
Jika seorang itu berpuasa juga pada hari yang diharamkan ini maka puasanya adalah tidak sah dan dia berdosa kerana telah melakukan perkara yang haram.
SELEPAS NISFU SYA’BAN
Ini adalah kerana Nabi saw telah bersabda :
إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلا تَصُومُوا
Artinya : “Apabila telah separuh berlalu bulan Sya’ban maka jangan kamu sekelian berpuasa.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Tetapi jika seorang itu melakukan puasa yang wajib selepas nisfu Sya’ban atau dia sudah biasa berpuasa sunat sebelum itu maka tidak mengapa dia meneruskan berpuasa selepasnya.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
إلا لورد بأن اعتاد صوم الدهر أو صوم يوم وفطر يوم أو صوم يوم معين كالاثنين فصادق ما بعد النصف. "أو نذر" مستقر في ذمته "أو قضاء" لنفل أو فرض "أو كفارة" فيجوز صوم ما بعد النصف عن ذلك
Artinya : “Melainkan bagi puasa wirid dengan bahawa dia sudah beradat melakukan puasa berpanjangan atau puasa selang sehari atau puasa pada hari tertentu seperti puasa hari isnin kemudian berbetulan dengan hari selepas nisfu atau puasa yang dia tetapkan dalam tanggungannya atau puasa qadha bagi sunat atau fardu atau puasa kafarah maka harus dia berpuasa selepas nisfu dari bulan Sya’ban itu.” (Kitab Minhajul Qawwim)
wallahua’lam
credit : ustaz azhar idrus
All reactions:
1921922 comments
12 shares
Like
Comment
Share
No comments:
Post a Comment