Memahami maksud politik berdasarkan takrif yang dinyatakan di atas, ternyata di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan politik atau siyasah. Di antaranya ada ayat-ayat yang berhubung dengan undang-undang, peraturan dan sistem syura dalam pemerintahan. Melalui firmanNya, Allah telah menyatakan bahawa manusia yang tidak melaksanakan hukuman sepertimana yang ditetapkan adalah kafir, zalim dan fasiq.
Terjemahan ayat:
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al-Maidah:44)
Terjemahan ayat:
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Maidah:45)
Terjemahan ayat:
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:47)
Seseorang itu tidak dikatakan beriman sehinggalah mereka menjadikan Allah dan rasul sebagai hakim dalam segala hal yang mereka perselisihkan. Mereka tidak merasa sebarang syak dan ragu dengan apa yang telah diputuskan.
Allah mengingatkan kepada manusia supaya jangan terpedaya dengan hawa nafsu dan hendaklah sentiasa menerima ketetapan Allah. Manusia yang derhaka sentiasa berusaha untuk mengenepikan hukum Allah. Mereka akan menerima azab yang pedih.
Terjemahan ayat:
Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkansebahagian dosa-dosa tnereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq.(Al-Maidah:49)
Hakikat dua golongan manusia iaitu yang ingkar dan taat, tunduk serta patuh dengan setiap hukuman, peraturan dan ketetapan Allah tetap wujud di sepanjang zaman sehingga hari kiamat.
Terjemahan ayat:
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagianbahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan oleh kamu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah SWT menurunkan (butir-butir) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalangumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakanNya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Al-Nur:43)
Mereka yang tunduk dan patuh inilah golongan manusia yang akan memperolehi kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Terjemahan ayat:
Sesungguhnyajawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (An-nur:51)
Bagi orang-orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan, mereka tiada pilihan lain kecuali menerima sahaja apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul. Jika tidak, mereka akan mendapat kesesatan di dunia dan akhirat akibat derhaka kepadaNya.
Terjemahan ayat:
Dan tidaklah patut bagi lelnki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al-Ahzab:36)
Dalam hal-hal yang berhubung dengan kepimpinan, Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dan rasul dan juga kepada pemimpin.
Terjemahan ayat:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. (Al-Quran: al-Nisa': 59)
Ketaatan kepada Allah dan rasul berupa ketaatan yang mutlak. Sementara ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat iaitu selagi perintah itu tidak digolongkan dalam ertikata menderhakai Allah dan rasul. Islam menghendaki selain daripada Allah dan rasul sebagai sumber rujukan utama dalam soal kepimpinan, manusia yang diangkat sebagai pemimpin juga hendaklah dipilih dan dilantik dari kalangan orang yang beriman, yang sentiasa mengerjakan solat, mengeluarkan zakat serta mempunyai sifat rendah diri.
Terjemahan ayat:
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (Al-Maidah:55)
Orang yang menjadikan Allah dan rasul serta orang-orang yang beriman sebagai pemimpin akan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
Terjemahan ayat:
Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (Al-Maidah:56)
Selain daripada itu terdapat juga ayat-ayat yang berupa larangan Allah supaya jangan memilih pemimpin yang tidak beriman, kerana sifat dan sikap mereka terhadap Islam dan orang-orang yang beriman serta balasan Allah kepada mereka. Tidak kurang juga hal-hal yang berhubung dengan ketaatan kepada pimpinan, perpaduan ummah, persaudaraan dan kasih sayang.
Terjemahan ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu orang yang membuat agamamu menjadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kajlr (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.(Al-Hujurat:10)
Terjemahan ayat:
Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. (Al-Mujadalah:22)
Terjemahan ayat:
Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.(Ali-Imran:103)
Terjemahan ayat:
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Anfal:46)
Daripada ayat-ayat yang telah difirmankan oleh Allah itu dapatlah difahami bahawa politik itu merupakan satu bentuk atau sistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang melibatkan pemerintah dan yang diperintah atau pemimpin dan yang dipimpin (rakyat) atau ummah serta undang-undang, peraturan atau ketetapan yang berupa Syariat Allah serta Sunnah rasulNya. Inilah yang dikatakan politik Islam yang sama sekali bertentangan dengan sistem politik sekular yang lahir daripada teori dan pemikiran manusia.
No comments:
Post a Comment