01 October 2018

Tips Menjadi Jutawan melalui ASB Walaupun Gaji Hanya RM2000

Assalamualaikum.....

Hari ini GERGASI ASB berminat untuk berkongsi panduan dengan anda BAGAIMANA ANDA MAMPU MENJADI JUTAWAN dengan ASB! Jangan ingat dengan pinjaman ASB ini anda hanya menambah bebanan hutang anda. Sentiasa ingat bahawa pinjaman ASB ini ialah aset anda dan sentiasa memberikan pulangan yang lumayan kerana dengan menggunakan teknik kewangan yang betul anda mampu menjadi jutawan dengan pinjaman ASB walaupun anda hanya bergaji kecik. 

Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata tidak banyak.

Jadi, bagaiamana cara kita untuk melipatgandakan pulangan ASB dalam masa yang singkat?


JOM SAYA TUNJUKKAN CARA UNTUK MENGGERGASIKAN AKAUN ASB ANDA!

Bagaimana cara jika anda inginkan simpanan RM340,000 dengan bermodalkan RM537 dengan menggunakan teknik ASB? Buat keuntungan dengan ASB pada masa kini semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun lepas 2016, dividen ASB yang dibayar ialah 7.25% termasuk bonus. Bagi yang mencarum untuk 30 tahun sudah pasti anda untung pada tahun lepas. Jika anda tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.


Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita peroleh. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya berbelanja dahulu baru nak simpan! Konsep ini dah terbalik!

Sebagai contoh, jika gaji anda RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% terlebih dahulu atau RM600 ke dalam akaun ASB anda. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta, bil dan keperluan lain. Kalau tak cukup, anda perlu rancang semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.


Jadi bagaimana untuk kita menjana keuntungan dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, sama ada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.


DISINI SAYA BONGKARKAN 4 TEKNIK MEMBUAT KEUNTUNGAN DENGAN ASB:

Teknik 1: Buat Duit Dengan ASB (Jangka Masa Panjang)

Di sini anda akan membuat pinjaman ASB di bank terkemuka seperti CIMB.
Jika gaji anda RM2,000, buat pinjaman ASB RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji anda RM2,000).

Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda mampu menjana RM340,000!

Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman ASB dan hanya membuat simpanan tetap setiap bulan sahaja. Dalam masa setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!


Teknik 2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Di sini anda hanya buat pinjaman ASB yang sama sebanyak RM100,000.

Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat hasilnya:

RM100,000

Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.

Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada tahun ke-30.


Teknik 3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek

Di sini anda buat pinjaman ASB yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.

Selepas masuk dividen tahun ke-5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat hasilnya:

RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

SELEPAS TAHUN KE LIMA HENTIKAN LOAN ASB:

Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.

Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.


Teknik 4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan


Disini anda buat pinjaman ASB yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperoleh selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP) iaitu 30 tahun.

Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

PADA TAHUN KE 30:

Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) = 100,000 + dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266.

Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Hap Hap Hureyyy!!

Untuk buat keuntungan dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting untung!

Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Bolehlah cuba tapi anda mestilah berdisiplin untuk melaksanakannya.

AMARAN – ASB merupakan sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak dijamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.

KONGSI CARA GUNA ASB DAN HASILKAN 1 JUTA RM INSHAALLAH !!!


ASB boleh jadi financial tool yang “memaksa” kita menyimpan dan dapatkan pulangan dividen yang terbaik.

Ni, aku ada baca perkongsian dekat Facebook Tuan Redzwan Khairudin. Tok suggest 100% korang baca dan fahamkan.

Teknik ini cukup praktikal dan mudah untuk semua orang buat.

Sila ambil masa untuk hadam perlahan-lahan.
Amaran: Posting ni banyak point, dan maybe panjang sikit. Cuba baca slow-slow. Kalau tak boleh nak hadam, ingat point no berapa berhenti. Pergi minum air dulu, nanti sambung hadam balik semula.

Saya tak boleh nak separuh-separuh. Saya bagi je semua. Hehe. Bereh boh.

“Business is the art of extracting money from another many’s pocket without resorting to violence.” – Max Amsterdam

Teknik #1: Guna ASB Financing-i (Buku Biru) / Dividen @ 7.25% p.a*.
1. Tahun pertama, buat sijil ASB Financing RM100,000. Bayaran bulanan dekat bank adalah RM550. Lepas setahun, akan dapat dividen RM7,250.

2. Tahun seterusnya, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM100,000. Tak perlu keluar duit kocek sendiri untuk bayar pada bank. Guna Dividen dari Sijil 1dan langsaikan komitmen bulanan setahun terus bagi Sijil 2 (sebanyak RM6,600).

3. Baki Dividen sekarang tinggal lagi RM650. Biarkan saja. Tapi jangan lupa untuk teruskan membayar RM550 komitmen bulanan kepada bank bagi sijil pertama bernilai RM100,000.

4. Hujung tahun ke-2, terima dividen dari kedua-dua sijil serentak. Dividen pada waktu itu dah cecah nilai RM14,500. Sama saja, ulang proses kewangan seperti sebelum ni. Langsaikan setahun terus untuk sijil kedua sebanyak RM6,600.

5. Sijil pertama tetapkan terus membayar pada RM550 sebulan kepada bank. Baki dividen setelah langsai ialah RM7,947 ketika ini.

6. Ulang proses yg sama sehingga terima dividen Tahun 5, full amount sebanyak RM16,404. Bila dah dapat dividen, terminate kontrak ASB Financing untuk kedua-dua sijil pembiayaan tu tadi.

7. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB1 & ASB2.

8. Untuk sijil 1, dapat semula RM8,000. Manakala untuk Sijil 2 dapat semula RM6,200 secara kiraan kasarnya.

9. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

RM650 + [RM7,947 + RM8,523 + RM9,141] + RM16,404 + RM8,000 + RM6,200 =
RM56,865.

10. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Teknik #2: Guna ASB Financing-i (Buku Ungu) / Dividen @ 7.05% p.a*.
11. Teknik No. 2 ni optional. Kalau ada kemampuan seperti cash savings yang solid dan sudah tak tahu nak buat apa dengan duit tu, mungkin korang berminat nak hadamkan langkah yang ini. Teruskan bacaan.

12. Cuba check simpanan Tabung Haji, simpanan dalam bank BSN, simpanan dalam Tabung Cap Ayam, mahupun simpanan bawah bantal. Mana tahu korang ada simpanan tunai sebanyak RM13,200.

13. Jangan berlengah lagi, terus pergi buka buku ASB 2 yang baru dilancar tahun 2014 (Warna Ungu) oleh PNB / ASNB.

Mohon pembiayaan full nilai RM200,000, diikat selama 30 Tahun. Maka, komitmen bulanan akan menjadi sebanyak RM1,100 (anggaran) & komitmen setahun lengkap (12 bulan) akan menjadi RM13,200 (anggaran).

14. Gunakan hasil simpanan sebanyak RM13,200 dari Tabung Cap Ayam (atau sebarang simpanan yang korang ada) untuk cover terus komitmen setahun bagi sijil pembiayaan ABS RM200,000 tu.

15. Hujung tahun nanti, terima dividen sebanyak RM14,100. Gunakan sebahagian dari dividen itu untuk terus langsaikan komitmen pembiayaan Sijil RM200,000 bagi Tahun Ke-2 sebanyak RM13,200.

Baki Dividen akan menjadi RM900 ketika ini. Biarkan saja.

16. Ulangi langkah yang sama untuk korang setelkan komitmen tahun ke-3 sehingga ke-5. Terima Dividen penuh pada hujung Tahun ke-5 sebanyak RM14,382. Selepas itu boleh batalkan kontrak ASB korang.

17. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB. Anda terima semula sejumlah RM16,000.

18. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

RM900 + [RM963 + RM1,031 +RM1,104] + RM14,382 + RM16,000 =
RM34,380.

19. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Ini hasil yang bakal anda dapat lepas buat 2 teknik tadi.
20. Selepas 5 Tahun, maka total keseluruhan cash in hand yang kalian ada ialah:

Tunai dari Teknik #1 + tunai dari Teknik #2 = RM56,865 + RM34,380 =
RM91,245 (tak termasuk bonus ASB).

21. Dalam masa 5 tahun juga, kalau korang sepenuhnya guna cara simpanan biasa seperti masuk dalam tabung, ataupun bank (saving account) yang beri pulangan 1% setahun, maka selepas 5 Tahun:

[RM550 x 12 x 5] + RM13,200 * (^CI @ 1%) = RM46,662 saja.

22. Untung bersih atas angin berbanding cara simpanan biasa ialah:

RM 91,245 – RM46,662 = RM44,583.

23. Net Profit @ RM44,583, korang yang punya. Hasil daripada compounding effect dan dividen yang diberi atas pelaburan bersama ASB.

24) Kalau suami + isteri / BF + GF / abang + kakak buat gaya simpanan sihat ni secara berpasangan, maka kalian gandakan saja nilai akhir tadi tu:

RM91,245 x 2 = RM182,490.

25) Berapa pula Untung bersih untuk berpasangan ini? Korang picitlah kalkulator sendiri. Haha.



Kalau buat simpanan ASB 5 tahun dari sekarang, korang boleh dapat dividen yang banyak berbanding instrumen kewangan yang lain.

Bukan yang lain tak bagus. Tok tak suruh korang taksub dengan ASB. Setiap pelaburan, ada ilmunya. Dan masing-masing ada game yang tersendiri.

Yang kita kena buat adalah teruskan mencari maklumat, dan belajar teknik yang betul. Dan lagi banyak ilmu yang korang ada, lagi besar peluang korang buat duit senang-senang macam ni.

Nak tambah lagi ilmu ASB? Ni dua artikel yang anda WAJIB hadam betul-betul.

Ubah dividen ASB daripada 7% ke 22%.
Guna ASB campur EPF untuk cepat beli rumah.