11 April 2017

Nikah Gantung Menurut Islam

Pernikahan adalah suatu yang lumrah dimana seorang pemuda mengikat hubungan dengan seorang wanita dan disahkan oleh aturan agama yang berlaku. Islam sendiri mengatur pernikahan dengan sedemikian rupa dengan syarat, rukun dan segala ketentuan yang mengikat. Setiap muslim tentunya dianjurkan untuk menikah dan tidak tinggal melajang karena menikah adalah salah satu ibadah yang disunnahkan dan bahkan disebut sebagai separuh agama. belum lengkap iman seseorang jika ia belum menikah (baca fungsi iman kepada Allah SWT) Anjuran untuk menikah bagi setiap muslim disebutkan dalam dalil berikut ini

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS An Nur : 32)

Apakah itu kahwin gantung? 

Kahwin gantung atau nikah gantung yang sering diperkatakan adalah suatu perkahwinan yang diserikan dengan majlis kenduri-kendara dan belanja hantaran yang besar yang sering dibuat oleh orang ramai. Sesungguhnya, tiada istilah nikah gantung di dalam islam. Kalau sudah nikah dengan syarat dan rukunnya cukup, maka ia adalah nikah secara Islam yang sah.

Sebenarnya, tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya zina dan lahir anak luar nikah. Walaupun mereka nikah gantung, tetapi mereka bebas lakukan sebarang aktiviti berdua dan sehingga pasangan mengandung dan melahirkan anak, anak itu adalah dari hubungan yang sah dan tidak haram. Kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang kerajaan Malaysia.

Ada juga berpendapat nikah gantung atau di dalam bahasa arab disebut nikah khitbah ini sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan suami isteri tidak duduk serumah di dalam satu tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sumber turut mengatakan bahawa pasangan ini bebas lakukan apa sahaja seperti berpegangan tangan, jalan berdua tetapi jika persetubuhan berlaku di dalam tempoh yang dipersetujui, maka terbatalah tempoh nikah khitbah dan mereka telah menjadi pasangan suami isteri yang biasa dengan pikulan tanggungjawab yang biasa. Majlis akad nikah tetap diadakan terlebih dahulu, tetapi majlis kenduri kahwin (walimatulurus) dilakukan kemudian. Wallahualam. Terpulang kepada individu yang ingin tafsir dan individu yang punyai pendapat tersendiri.

Kenapa perlu nikah gantung?

Seperti kita sedia maklum bahawa perkahwinan digalakkan di dalam islam dan bagi mengelak sebarang kes yang tidak diingini. Jadi dengan nikah gantung ini telah memberikan peruntukan kepada pasangan muda untuk berkahwin, mendidik masyarakat untuk berkahwin dengan budaya kesederhanaan di dalam majlis kahwin, dan merendahkan hantaran perkahwinan. Ini membantu kepada pasangan muda yang masih menuntut di kolej atau university, tidak mempunyai kemampuan untuk menyara pasangan dan belum bersedia untuk menanggung komitment kehidupan berumah tangga tetapi bagi mengelakkan diri terjatuh ke lembah hina.

Perbahasan Hukum (dipetik dari www.iluvislam.com)

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Apakah hukum perkahwinan?

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .

ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .

lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing.

Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .
PerkaraPasangan BertunangPasangan Nikah GantungSuami-Isteri Biasa
Berdua-duaanTak bolehBolehBoleh
Berpeluk, berciumTak bolehBolehBoleh
BersetubuhTak bolehBoleh. Nikah khitbah bertukar kepada nikah biasaBoleh
Tinggal serumahTak bolehBoleh. Nikah khitbah bertukar kepada nikah biasaBoleh
Kenduri kahwinBelum diadakanBelum diadakanSudah diadakan
Nafkah pengantin perempuanDari ayahDari ayah atau suamiDari suami
Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung
Khitbah bermaksud pertunanganNikah khitbah atau nikah gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi nikah khitbah adalah pernikahan yang memenuhi syarat pernikahan yang biasa, cuma tak ada kenduri dan pasangan masih duduk berasingan (sebab itu sering dipanggil nikah gantung). Bezanya, pasangan yang bertunang cara biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah nikah gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.
Nikah gantung bukan nikah yang dirahsiakan. Nikah rahsia dipanggil Nikah Siri, dari perkataan Arab, sirri yang bermaksud rahsia. Pasangan yang nikah siri akan merahsiakan pernikahan mereka dari Pejabat Agama atau dari keluarga, terutamanya wali pengantin perempuan.


Cara dan Syarat Nikah Gantung menurut Islam

Tak ada bezanya cara dan syarat nikah gantung berbanding pernikahan biasa. Rukun nikah perlu dipatuhi:
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin perempuan
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul

Yang membezakan nikah gantung dari perkahwinan biasa ialah pasangan tidak tinggal bersama dan kenduri kahwin tidak diadakan sehingga pasangan bersedia untuk tinggal bersama seperti pasangan lain, atau berlaku senggama diantara mereka.

Dalam pada itu, pernikahan di mana pasangan tidak tinggal bersama tetapi mereka melakukan senggama dipanggil nikah misyar. Perkahwinan misyar pun memenuhi syarat-syarat sah nikah dan sering berlaku dalam poligami dimana isteri pertama tidak diberitahu tentang kehadiran isteri kedua.
Hukum Nikah Gantung
Oleh kerana nikah khitbah memenuhi semua syarat sah nikah, maka hukumnya ialah sah. Rasulullah dan Aisyah pun telah nikah khitbah untuk tempoh selama hampir 3 tahun. Maka ini membuatkan hukum nikah khitbah bukan saja sah, tetapi juga sunnah.

Syeikh Sayyid Sabiq r.hm menyebut : "Sesungguhnya Nabi s.a.w. berkahwin dengan Aisyah r.ha dan menggaulinya selepas 2 tahun (selepas akad nikah), dan ketika 2 tahun itu, Nabi s.a.w. tidak menanggung sebarang nafkah sehinggalah mereka bersama dan Nabi s.a.w tidak menggantikan apa yang 
nafkah yang gugur ketika 2 tahun (Yang berlalu) tersebut".

Antara Nikah Gantung dan Bertunang

Bertunang adalah amalan lazim masyarakat kita. Tapi pertunangan bolehlah dianggap sebagai perjanjian untuk berkahwin. Perkahwinan belum lagi berlangsung. Hubungan diantara pasangan belum lagi halal. Mereka belum boleh berdua-duaan. kalau berlaku hubungan sek diantara mereka, mereka berzina.

Nikah gantung pula adalah pernikahan yang sah disisi hukum syarak, cuma mereka belum tinggal serumah seperti pasangan suami-isteri yang lain. Namun begitu, pasangan yang telah nikah khitbah bebas untuk berdua-duaan. Kalau berlaku hubungan sek diantara mereka, mereka tidak berzina kerana mereka telah berkahwin dengan sah.

Dalam masyarakat yang membenarkan lelaki dan perempuan bergaul agak bebas seprti dalam masyarakat di Malaysia ini, adalah lebih baik jika pasangan disatukan dengan nikah gantung, bukan ditunangkan, sementara menunggu hari kenduri kahwin dan pasangan berkenaan hidup bersama serumah.


Zina Semakin Berleluasa

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai dikalangan remaja dan dewasa yang terlibat dengan zina. Ini dapat dilihat dari bilangan anak yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa nama bapa. Setiap anak yang didaftarkan tanpa nama bapa adalah anak yang dilahirkan diluar perkahwinan. JPN melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008 - tempoh 91 bulan. Ini bermakna bahawa purata lebih kurang 33,900 orang anak tak sah taraf dilahirkan setiap tahun, atau seorang anak tak sah taraf dilahirkan setiap 15 minit!
Kita tahu bahawa tak semua kes zina menghasilkan anak tak sah taraf. Mungkin dalam berpuluh kes zina, hanya satu yang berkesudahan lahirnya anak tak sah taraf. Dan kita tak tahu berapa ramai pula wanita yang hamil hasil zina, kemudian menggugurkan kandungan mereka. Ada juga yang berzina tapi bernasib baik - belum hamil. Yang lainnya pula mungkin mengamalkan salah satu cara perancang keluarga untuk mengelak dari hamil.

Jika ada 33,900 bayi tak sah taraf yang lahir dalam setahun, tentulah bilangan pasangan yang terlibat pun 33,900 pasangan juga. Dan jika satu anak lahir bagi hanya 15 pasangan yang berzina, ini bermakna bahawa 508,500 pasangan - atau lebih sejuta orang - hidup dalam zina! Amat jelas bahawa masalah yang dihadapi adalah besar! Nikah gantung adalah SALAH SATU cara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan berkesan, terutamanya di kalangan remaja.

No comments:

Post a Comment