31 May 2016

Perubatan : Minum Air Kencing Unta



Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)

Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.

Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanyadaging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya. Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran),“Ketahuilah bahawa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”

“Ketika tertimpa bahaya mereka diminumkan susu unta lalu Mereka pun sembuh,” dalam pernyataan beliau,“air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.” Mungkin bagi sebagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah menegnainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak manfaat yang luar biasa.

Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah Ta’ala Setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.

Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser



Banyak orang yang putus harapan kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup.

Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan olehpertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja.

Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya .namun kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah.

Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air susu dan air kencing unta.

Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.



Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium,albumin danmagnesiumyang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah oleh Ir.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.

Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.

Susu unta juga mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema(bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusikerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.

Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.

Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari. Subhanallah.



Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid(gambar), ilmuwan Saudi yang juga stafKing Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.

Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta meliputikanser paru-paru, kanser darah, kanser perut, kanser usus besar, tumor otak, dan kanser payudara.



Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya:“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”

Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”

Kemukjizatan Hadis Nabi Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta



Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supaya meminum susu dan air kencing unta sebagai penawar kepada penyakityang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.

Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)

Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supayasusu dan air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.

Perut kembung disebabkan oleh radang usus besarkerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.

Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit sepertipenyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberaparadang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.

Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.

Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:

“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)



Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta

Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta.

Antara dalil mereka adalah seperti berikut :

Pertama : Hadis ‘Urayinin

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dandibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.

Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi merekamengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:

“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)

Kedua : Hadis Ibnu Abbas

Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)

Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.

Ketiga: Secara Kajian Ilmiah

Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahawa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranyapenyakit kanser, leukemia (kanser darah), hepatitis,penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.

Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Terimakasih atas Susunan HasnulHadiAhmad.Com diulang siar moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment