27 May 2014

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut.
Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga.
Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga
Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu.
Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.
Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, “Oh.. perempuan lagi…” Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.
GANJARAN BAGI MEREKA MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Ta’ala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikurniai anak laki-laki. Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniai anak perempuan. Padahal kehadiran anak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi orangtua yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka. 



Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab shahihnya dengan judul (باب فَضْلِ الإِحْسَانِ إِلَى الْبَنَاتِ) “Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan”. Beliau membawakan tiga hadits sebagai berikut : 

Pertama.
Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 

جَاءَتْنِى امْرَأَةٌ وَمَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا فَسَأَلَتْنِى فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِى شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ وَاحِدَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَأَخَذَتْهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ وَابْنَتَاهَا فَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَحَدَّثْتُهُ حَدِيثَهَا فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ ابْتُلِىَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَىْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ » 

“Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali sebiji buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu ‘alaii wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka”
(H.R Muslim 2629) 


Kedua.
Diriwayatkan juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 

جَاءَتْنِى مِسْكِينَةٌ تَحْمِلُ ابْنَتَيْنِ لَهَا فَأَطْعَمْتُهَا ثَلاَثَ تَمَرَاتٍ فَأَعْطَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا تَمْرَةً وَرَفَعَتْ إِلَى فِيهَا تَمْرَةً لِتَأْكُلَهَا فَاسْتَطْعَمَتْهَا ابْنَتَاهَا فَشَقَّتِ التَّمْرَةَ الَّتِى كَانَتْ تُرِيدُ أَنْ تَأْكُلَهَا بَيْنَهُمَا فَأَعْجَبَنِى شَأْنُهَا فَذَكَرْتُ الَّذِى صَنَعَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنَ النَّارِ » 

“Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.

Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, : Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim 2630) 


Ketiga.
Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ وَضَمَّ أَصَابِعَهُ 

“Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata : Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631) 

Faedah Hadits 

Hadits-hadits di atas mengandung beberapa faedah : 

1. Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka“ 

2. Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika memiliki anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Anak perempuan disebut sebagai ibtilaa’ (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka”. Hal ini juga sebagaimana Allah Ta’ala firmankan : 

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ 

“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah , Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu “ (An Nahl:58) 

3. Yang dimaksud memelihara anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Yang dimaksud (عَالَ) adalah menunaikan hak-hak dengan menafkahi dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lainnya”. 

4. Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang memelihara anak perempuan mereka, berupa nikmat syurga, terhalangi dari siksa api neraka, dan kedekatan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat. 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud :
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
"..menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?"
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Berbanggalah anda jika anda mempunyai anak perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh memasukan anda kedalam syurga Allah S.W.A.

4 TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah terutama dalam mendidik anak perempuan. Namun begitu ia terpulang kepada persepsi masing-masing kerana ada yang menganggap sebaliknya. Anak perempuan itu sukar adalah kerana ia umpama seorang bidadari yang perlu dilindungi kehormatannya sehinggalah ia diserahkan kepada suaminya. Tambahan pula kaum wanita ini mudah timbulnya fitnah terhadap diri sendiri dan keluarga.

#1 Menerapkan soal penjagaan aurat

Antara kesukaran menjaga anak perempuan adalah dalam menitikberatkan soal menutup aurat. Memang agak sukar untuk mendidik anak memakai tudung ketika dirinya dewasa. Maka, latihlah dirinya memakai tudung ketika mulai usia 2 atau 3 tahun. Memang pada awalnya mereka akan berasa tidak selesa, tetapi lama kelamaan ia akan menganggap satu kebiasaan.

Selain itu juga, elakkan daripada membeli pakaian-pakaian yang dikhaskan untuk lelaki. Ini penting supaya ia akan lebih cenderung kepada sifat kewanitaan.

#2 Kerja rumah

Kaum wanita memang tidak boleh lari dari masuk ke dapur. Itu betul. Ketika anak perempuan sedang meningkat dewasa, galakkan dirinya untuk membantu ibu di dapur. Belajar untuk cara memasak, mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya. Latihan ini perlu diasah daripada kecil. Jika anak kita rajin tanpa disuruh, itu merupakan satu kelebihan.

Tetapi jangan terkejut, dalam lembut-lembut anak perempuan juga mereka kadangkala terpengaruh dengan perangai budak lelaki. Jadi kita seharusnya memantau supaya dirinya tidak terikut-ikut atau melakukan perkara-perkara yang terlalu lasak kerana wanita itu fitrahnya lembut.

#3 Alat permainan

Anak perempuan lebih sesuai diberikan permainan seperti mainan masak-masak, set barang make-up dan lain-lain lagi. Jangan sesekali membelikan mainan anak lelaki seperti robot, pistol dan sebagainya. Biarpun ia tidaklah salah, namun biarlah pendedahan awal ini lebih kepada kecenderungan sifat wanita.

#4 Sopan santun

Perempuan lebih sinonim dengan watak yang lembut. Maka, latihlah anak perempuan kita agar lebih bersifat sopan santun dan berlembut dengan orang lain. Apabila ia duduk, kadangkala latih agar ia duduk bersimpuh berbanding bersila. Jika dididik dari awal, sifat kelembutan itu akan berpanjangan apabila meningkat dewasa nanti. Tidak salah untuk bergaul dengan budak lelaki, tetapi perlu dikawal agar ia tidak terpengaruh dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya.

Kelembutan seorang perempuan boleh dizahirkan dari segi perbuatan, pertuturan, dan tingkah lakunya. Oleh itu, jangan terlalu berkeras dengan anak perempuan bimbang mereka akan rasa tertekan dan cuba melakukan protes.


5 PENDEKATAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Anak perempuan permata keluarga dan masyarakat. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan dating. Mendidik dan mempersiapkan mereka dengan ilmu dan wawasan mampu merubah wajah dunia. Dari rumah merekalah kelak akan lahir generasi berikutnya yang berkualiti. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa mereka dapat menjadi hijab api neraka bagi kedua-dua ibu bapanya yang mendidik mereka dengan kesempurnaan dan keindahan islam. (riwayat al-Bukhari dan muslim). 

Huraian ini lebih berkait dengan psikologi anak perempuan.

1. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka. Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Sayidatina Aisyah pernah menggambarkan betapa suburnya kasih sayang antara rasulullah dan anakanda perempuannya sayidatina Fatimah al-Zahra: aku tidak melihat seseorang yang lebih mirip dengan rasulullah dalam berbicara berbanding Fatimah. “Ketika Fatimah menemui Rasullah,maka Baginda segera berdiri dan menyambutnya,menciumnya dan mendudukinya di tempat baginda. Begitu juga ketika baginda mengunjungi Fatimah, lalu Fatimah berdiri menyambut Baginda ,memegang tangan baginda lalu mendudukkan Baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat,Fatimah menziarahi Baginda,lalu Baginda menyambut dan mengucupnya .”(Riwayat al-Bukhari).

Jangan kita terlepas perhatian terhadap soal ini. Nabi kita telah menunjukkan teladan yang terbaik buat para ibu dan ayah,bahawa anak-anak perempuan khususnya perlu dikasihi,dibelai,dipeluk dengan kasih sayang dan dihormati perasaan dan naluri mereka. Imam al-Alusi berkata: “yang diketahui dari orang yang mulia itu ialah mereka sangat menjiwai perasaan wanita. Mereka selalu berusaha untuk membahagiakan dan menghiburkan hati wanita kerana tabiat wanita yang lemah dan perlukan perlindungan. Oleh kerana itu, ketika orang tua ingin memberikan sesuatu kepada anak-anaknya, maka dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan,.”

Begitulah juga teladan yang boleh kita pelajari daripada insan mulia Sayadina Abu Bakar al-Siddiq, seperti yang diriwayatkan oleh al-Barra”: “bagaimana keadaanmu puteriku?” lalu beliau mencium pipi puterinya itu.” (Riwayat al-Bukhari).

2. Menanam dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menggesa ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak terhadap mereka dengan menjadi garang dan sebagainya. Sebaliknya islam menyuruh ibu bapa agar menanam ketakutanterhadap allah dalam diri anak-anak. Rasulullah bersabda.mafhumnya: “Jangan kamu mengangkat tongkatmu terhadap keluargamu. Buatkanlah mereka takut kepada allah.”(Riwayat Ahmad). 


Dalam hal ini juga, kita boleh melihat penekanan yang diberi rasulullah kepada anakanda Baginda supaya memiliki kekuatan rasa takut kepada Allah. Sabda Rasululah, Maksudnya: “Wahai Fatimah,mintalah daripadaku apa sahaja yang kamu inginkan daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak seksaan Allah terhadapmu.” (Riwayat al-Bukhari).

3. Menghukum dengan cara merenggangkan komunikasi dan interaksi dalam tempoh yang sesuai. Adalah diriwatyatkan bahawa jika ada salah seorang anggota keluarga Rasulullah yang berbohong sekali, maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat. (Riwayat Ahmad). 


Sekiranya kita mendidik anak-anak dengan asas akidah, ibadah dan akhlak maka jika berlaku perlanggaran terhadap mana-mana asas tadi, maka ibu dan ayah boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak sampai menyebabkan anak perempuan memberontak.

4. Tanamkan dalam diri anak-anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa secara psikologinya anak-anak perempuan lebih suka meluahkan masalah, memerlukan pendengar yang setia berkenaan runtunan kehidupan mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak perempuan ini cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada kaum lelaki. Maka ibu dan ayah wajib menanam asas tauhid dalam diri anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan kepada Allah. Ibnu Qayyim berkata : Telah sampai kepada kami satu kisah. Pada suatu hari seorang penguasa daerah tempat hatim al-Asham tingal melewati pintu rumah beliau. Lalu sang penguasa meminta air minuman. Sebaik selesai minum, penguasa itu melemparkan wang kepada hatim dan teman-temannya. Mereka semua bergembira menerima wang tersebut kecuali seorang gadis. Dia menangis melihat keadaan tersebut. “apa yang membuatkan kamu menangis?” Gadis itu menjawab: “Tatkala seorang makhluk memandang kita, lalu memberi bantuan, pun kita sudah berasa bergembira. Lalu bagaimana jika sekiranya yang memandang kepada kita dan menghulurkan bantuan itu ialah Allah yang maha pencipta?”

5. Memperkayakan mereka dengan kisah wanita-wanita solehah. Gunakanlah kesempatan bersama anak-anak perempuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman antaranya Asiah dan Maryam. Jadilah ibu yang menyambungkan silaturahim antara mereka dengan wanita-wanita agung tersebut. Caranya dengan mengambil iktibar daripada kehidupan mereka yang mulia.


Saudaraku, kesimpulannya,

Lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran khusus bagi orang tua yang mau memelihara anak-anak perempuan mereka. Semoga Allah Ta’ala senantiasa memberikan kita keturunan yang shalih dan shalihah. 

Wallahu A’lam…

No comments:

Post a Comment