10 January 2013

Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh

Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.

Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.

Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur’an.

1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :

Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali.

Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri

Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ).

Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.

Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.

Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :

1.) Ayat Kursi :
2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun :
3.) Lalu Surah Al-Ikhlas :
4.) Berikutnya Surah Al-Falaq :
5.) Selanjutnya Surah An-Nas :
6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf :
7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 :
8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 :

Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan datang lagi.

Mengusir atau membunuh jin

Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.

Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.

Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.

Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,

( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan kehancurannya. )

atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.

Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.

Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.

Cara mengusir jin yang tinggal dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Tanda-tanda gangguan jin

Tanda-tanda pada waktu tidur

Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

Mimpi yang sangat menyeramkan.

Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

Berperasaan sedih pada saat tidur.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

Bermimpi melihat hantu.

Tanda-tanda pada waktu sedar

Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Berbagai gangguan jin

Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Di antara penyebab gangguan jin

Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

Cara jin masuk ke dalam tubuh manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Perlindungan terhadap gangguan

Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

Terjumpa sesuatu di atas tanah.

Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Sifat-sifat yang harus ada bagi perawat

Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.

Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.

Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.

Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.

Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.

Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.

Harus menjauhi perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.

Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.

Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.

Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

Ayat-ayat pagar diri sebelum melakukan perawatan

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

بسم الله توكلت على الله  لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم
Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

Ayat ini diulang bacaannya sebanyak 3 kali

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

Kemudian mulakan perawatan

Cara pertama : Sebelum perawatan dilakukan


Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.

Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.

Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.

Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.

Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.

Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur’an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.

Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :

Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?

Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?

Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?

Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?

Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?

Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang mengganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.

Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.

Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwudhuk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.

Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.

Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

Ayat-ayat ruqyah

Cara kedua : Pertengahan perawatan

Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini :

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) :
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) :
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-’Imran ( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha ( ayat 69 ) :
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) :
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 ) :
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) :

Ayat2 ruqyah di atas ini sangat berpengaruh pada jin sehingga akan menghalau dan menjauhkannya atau menghadirkannya.

Cara ketiga : Setelah perawatan dilakukan

Cara untuk mengetahui hadirnya jin

Untuk mengetahui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.

Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.

Meronta-ronta dengan kuat.

Memekik atau menjerit.

Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

Siapa namamu?

Apakah Agamamu?

Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?

Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?

Di manakah kamu berada di dalam tubuh ini?

Cara hadapi jin beragama Islam

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.

Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

“Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia.”

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak di antara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

Cara hadapi jin kafir

Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak ‘arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.

Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A’la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur’an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin….. ( muka sebelah )

Perhatian dengan kelakuan jin

Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengancam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.

Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.

Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: “Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.”

Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur’an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.

Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah – Surah 5 : Ayat 72 )

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ | 72

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”.

Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur’an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ | 36

Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.

Ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.

Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: “Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya”. Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.

Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.

Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: “Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut”, akan tetapi karakanlah: “Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya”. Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.

Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku “Risalatul Jin” karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

Perbuatan haram ketika menghalau jin

Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.

Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.

Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.

Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.

Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara – Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.

Menyeksa dan membunuh jin pengganggu

Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya…..Insya’ Allah.

Walahua'lam

8 comments:

  1. salam ustaz,
    saya skrg ada di khartoum, sudan. saya ada masalah dengan gangguan saka. setiap kali berjumpa atau berhubung (walaupun melalui telefon) dengan ahli keluarga terutama ibu bapa saya, pasti akan diserang. kini saya sakit fizikal dan terganggu mental kerana boleh dengar suara2 ghaib. bagaimana ustaz boleh bantu saya? terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja. Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya.

    Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan.

    Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-
    1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
    2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun
    3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
    4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
    5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.
    6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.
    7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
    8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
    9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
    10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.
    11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Bagaimanakah cara hendak mengatasi SAKA?

    (Jawapan ringkas dari Prof Dato’ Dr Haron Din)

    ——————————————————————————————————————-

    Mengatasi saka adalah dengan melakukan amalan-amalan yang boleh memperkukuhkan jati diri muslim agar sentiasa berpegang kepada hukum-hukum Allah, membaca ayat-ayat Allah, khususnya pada surah-surah yang sabit keberkesanannya, di baca malam-malam hari di rumah. Seperti mengamalkan Surah al-Baqarah, Suratul Jin, Surah al-Fussilat, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nass dan zikir-zikir yang ma’thurat. Zikir-zikir ini boleh di dapati dalam berbagai versi percetakan.

    Yang pentingnya hati kita mesti sentiasa mengingati Allah. Sama ada zikir dengan lidah, hati atau dengan akal yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah S.W.T, semuanya boleh digunakan sebagai cara-cara untuk mengatasi saka.

    ReplyDelete
  4. Asalam ustaz..sy mohd helmi...saya ada masalah dgn ganguan jin..semasa sy smbhyang mula2 nak baca bismillahhirrahmannirrahim selalu disekat2.. ada benda dlm bdn sy yg meggangu pnfasan sy dan gerakkan bdn sy hingga tidak lancar ketika mmbaca..mcmmana hendak menghadapi keluarga yg sememangnya ada menyimpan jin dan sy risau sy akan dipaksa untuk menyimpan satu jin dan sememangnya sy tidak mahu menyimpan mana2 jin ni..sebelum ni pun ada suara hati menyuruh untuk menyimpan satu jin..tapi saya tidak mahu..makin lma makin menjadi2 gangguan ni..mungkin mereka fikir cara ni sj dapat melindungi sy dari sgala gangguan jin yg lain disebabkan mereka sudah lama mengamalkan amalan menyimpan jin sejak dari dulu lagi..rasanya sy sekarang ni di kelilingi oleh pengamal2 amlan sihir...tp tidak semua...sy buat masa ni cuba untuk bertahan dari perkra sihir dgn izin allah...sy ada dengar msa khutbah jumaat yg mengatakan ada sihir2 yg dibolehkan untuk digunakan tetapi mungkin secara yg baik...tetapi ada dalm al quran mengatakan mengunakan jin sebagai khadam boleh menyebabkan merka yg megmalkan meyebabkan jin bertambah sombong terhdap perkhidmatan mereka..walaupun jin islam...sy taknak buat benda2 mncmni..sy tak nak tuduh keluarga atau jiran sy yg membuatkan sy begini..tp itulah kdg2 sy dpt merasakan perbuatan sihir ini dari mereka..kdg ada rasa jarum mencucuk..bepeluh dbhagian belkg ketika sbhyg..kaki terasa pnas..jari kaki dan tangan ada rasa menggigit..ada rasa tolakan angin padahal saya kat dalam rumah..pastu sy cuba batalkan sihir tp jin tu masuk balik..bahgian bwh mata sy hitam..hrp dpat penjelasan dari ustaz...terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Asalam dato...saya ada masalah dengan gangguan jin..semasa saya hendak sembahyang..mula2 nak baca bismillahhirrahmannirrahim..macm ada yg menyekat penafasan saya dan menggangu badan saya dgn mengerakkan bdn dan tangan seolah2 ingin menghentikan sy dari bersembahyg..mcmmana untuk menghadapi keluarga yg sememangnya menyimpan jin dan saya risau sy akan dipaksa menyimpan satu jin dan sememangnya saya tidak mahu menyimpan mana2 jin..sebelum ni pun ada suara hati menyuruh saya supaya menyimpan satu jin..tapi saya tidak mahu..semakin lama semakin menjadi2 gangguan jin ni..munkin mereka fikir dengan menyimpan jin..jin dapt melindungi saya dari gangguan jin yg lain disebabkan merka sudah lama mengamalkan amalan ini sejak dari dulu lagi..rasanya saya skrg ni dikelilingi oleh pengamal amalan sihir ni..tp tidak semua..sy skrg ni cuba berthan dengan izin allah..saya ada dengar semasa khutbah jumaat mengatakan ada sihir yg dibolehkan munkin utk tujuan yg baik..tp ada dalam al quran mengatakan jin akan bertambah sombong jika digunakan sebagai khadam..walaupun jin islam..saya tak nak buat benda2 mcm ni..sy tak nak tuduh keluarga atau jiran saya yg membuatkan saya begini..tp itulah kadg2 saya dapat merasakan perbuata sihir dari mereka dan memimta batuan dari org lain..kdg2 ada rasa jarum mencucuk..berpeluh bahagian belakang ketika sembahyang..kaki terasa panas..jari kaki dan tangan ada rasa mengigit ada rasa tolakaan angin..kdg2 ada rasa masuk dan keluar dari badan..padahal saya kat dalan rumah...pastu saya cuba batalkan sihir tp jin tu masuk balik..bhgian bawah mata sya hitam mcm tak cukup tidur...hrp dapat penjelasan dari dato...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wth...Saudara Mohd Helmi Basrah seperti yg di soal oleh saudari Yatie di atas, lebih kurang sama saja masalah saudara yakni masalah Saka, yakni Jin yg dipelihara dari turun temurun. Nasihat saya pergilah berjumpa dengan orang yg soleh atau perawat khususnya di Perubatan Rawatan As Syifa Bangi yang dipimpin oleh Profesor Tuan Guru Dato Harun Din. InsyAllah Allah membantu saudara.

    Cuma nasihat saya Jin yang masuk ke dalam tubuh saudara, kemungkinan merupakan jin yang degil atau zalim. Hal itu boleh nampak kemahuan Jin tu tetap berada dalam badan saudara. Oleh itu perlu kepada pembantu untuk merawat saudara.

    1. Kalau dia tetap berkeras tidak mahu keluar, maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang telah dijelaskan sebelumnya, sebagaimana pembaca boleh membacanya untuk melancarkan ancaman terhadap Jin tersebut. Sesudah itu, lancarkan serangan terhadapnya dengan membaca:

    Ayat Kursi,
    Surat YaSin,
    Surat Ash-Shaffat,
    Surat Ad-Dukhan,
    Surat Al-Hasyr dan
    Surat Al-A’la.

    2. Boleh juga dilakukan pukulan, khususnya pada belakang dan punggung, tangan dan kaki, jari-jari tangan dan kaki. Percayalah bahwa jin itulah yang akan kesakitan dan bukan orang yang kita pukul itu (si sakit). Sertai pukula-pukulan tersebut dengan membaca ayat-ayat al-qur’an dengan sambil terus memperhatikan jangan-jangan jin yang mengerang dalam tubuh saudara itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak dalam gerakan tubuh si sakit secara bergantian, agar dapat memperingankan pukulan terhadap diri mereka, dan untuk menipu manusia. Ada pula jin yang sudah sangat berpengalaman, dan berusaha untuk melarikan diri. Ketika orang yang merawat si sakit pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam tubuh si sakit.

    3. Di antara jin ada yang memperoleh kekuatan yang sangat besar untuk bertahan dalam tubuh manusia, karena adanya orang yang meminta bantuan seorang penyihir atau bomoh. Dengan cara ini si jin meminta sesajian atau apa saja untuknya, lalu orang tersebut menuruti permintaannya. Seperti bagi makan pulut kuning, makan darah ayam dan sebagainya kerja2 khurafat. Kalau macamtu, tolak saja permintaannya seperti saudara perlakukan dan menolak segala permintaan tersebut, Tahniah buat saudara Mohd Helmi kerana tidak turuti kehendak tersebut.
    Oleh itu sepatutnya samada saudara atau perawat hendaklah memberi ancaman dan peringatkan dia dengan azab Allah dengan membacakan ayat-ayat alqur’an.

    4. Jika ada melihat mata si sakit menitiskan air mata saat anda membacakan ayat-ayat al-qur’an, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang jelas, maka hendaklah saudara ketahui bahwa keadaan seperti itu adalah keadaan penyurupan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi sangat jahat dan degil.

    5. Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si sakit, dan berperilaku buruk terhadap saudara, maka jangan saudara balas dengan sikap yang sama. Tetapi tunjukkan kepadanya akhlak seorang muslim dengan kuat dan percaya serta yakin akan diri. Kalau dia tetap berlaku buruk, maka ambillah segelas air dan bacakan padanya
    Surat YaSin,
    Surat Ash-Shaffat,
    Surat Ad-Dukhan,
    Surat Al-Jin, atau salah satu di antaranya.

    Minumlah air tersebut dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan untuk membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, insyaAllah, tunduk kepada saudara, lalu meminta untuk dikeluarkan.
    Kalau dah macamtu, mintalah dia brjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh saudara dari ibu jari kaki sebelah kiri, sementara hendaklah pembantu membacakan azan di telinga kanan saudara.
    6. Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si sakit, maka sujud syukurlah saudara, maka pembantu atau perawat dan saudara. Ketahuilah bahwa yang membuat sesuatu berbahaya atau bermanfaat adalah Allah swt, sedangkan kita hanyalah perantara dan alat semata.

    Wallahua'lam moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. Salam .. Semoga semua ciptaan Allah mendapat petunjuk Dari Allah S.W.T)Selamat dunia akhirat .

    ReplyDelete