31 January 2013

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak



Sesekali terkenang kampung halaman rasa rindu pulak nak ke kampung yang sudah lama jugak tidak menjengah hampir 5 tahun rasanya tidak pulang ke tanahair. Rasa masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak terlintas di minda..huhu..Allah sedapnya...terliur rasanya...

Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni salah satu gulai kampung kegemaran ana sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.

Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.

IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK

Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang serai



CARA-CARA NAK MASAK IKAN PATIN MASAK LEMAK TEMPOYAK

Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Huhu..kalau nak lagi sedap serta menambahkan lagi nikmat masakan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni  bolehlah jugak ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera kita. 
Mabrook ! cubalah buat yer..!

Kalau kat sini payoh gak nak dapat ikan patin boleh lah cuba ikan Bahrain pun boleh gak ..bolehlah nak hilangkan rasa rindu dan teringin tu..huhu..selamat mencuba dan selamat beramal..ehehe

Pesanan Allahyarham Tok Ayah Haji Musa

Pesanan Allahyarham Tok Ayah Haji Musa

Ulama' Yang Tawadhuk yang telah meningal dunia baru-baru ini meninggalkan pesanan kepada kita semua. Dengarlah kisah dari beliau kelebihan selawat yang menimpa keatas seorang individu setelah mati...



Dari awal ana tonton dan mendengar, sebak, sayu, sugulnya rasa hati dan jiwa. sampaii 5:42 seterusnya, masyallah.. berjurai air mata.. nampak benar sayang rindu Allahyarham Tok Ayah Hj Musa pada Rasulullah.. (ana nak juga ada rasa kecintaan yg hebat begini... Allah..Allah..Allah..Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad wa sohbihi ajma'in..

Kemuncak Cinta Rasulullah SAW

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

28 January 2013

Sifat syurga serta ahlinya


Sifat syurga serta ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan temapt pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjdai tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."

Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.

Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memesukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."

Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?" Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus, disana ada anak bukitdari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima." Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang biasa."

Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengerikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."

Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakaitujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."

Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: "Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."

Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali."

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."

Ertinya:

1. Salam alaikum bima shobartum Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu

2. Ud khuluha bisalamin aminin Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman

3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu

4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita

5. Albasakum alhuli wal hulal Kami berimu pakaian dan perhiasan

6. Zawwa jakum ul hurul iin Kami kahwinkan kamu dengan bidadari

7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.

8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin

9. hirtum syababa laa tahromun Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya

10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."

2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."

3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."

4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."

5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.

Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.

Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai kesyurga."

Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya: "Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin tanpa upah?"

Tersebut dalam wahya yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."

Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."

Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim" (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu." Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga."

Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."

Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."

Firman Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin." yang bermaksud: "Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin."

25 January 2013

ANWAR IBRAHIM MERDEKA RAKYAT HKR112

Menjelang Pilihanraya PRU13 !


Perjuangan Rakyat ! Undilah Pakatan Rakyat !

23 January 2013

Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang


Ibrah Siti Hajar (PELAJAR Ftmk UTeM)
Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434. 
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.




Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang
(mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidup)

1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..

2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk menyalahkan Doktor dsb. Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun seketika. 

3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah banyak2 kat semua. 
(hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita. 

("Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

"Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya." 
(bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)

'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)

mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya.....Al-fatihah

SEJARAH SAMBUTAN MAULID NABI SAW BAGI YANG KELIRU

SEJARAH SAMBUTAN MAULID NABI SAW BAGI YANG KELIRU

Ahli sejarah dan para ulama mengatakan bahawa orang yang pertama mengadakan sambutan ini adalah Raja MuzaffrAd-Din Abu Sai'd Kaukabri(wafat 620H), seorang raja sunni di Irbil, Iraq di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi [Rujuk Wafayatul A'yan karya Ibnu Khalkan jilid 3 m/s 524 terbitan Darul Kutub Ilmiyah]. 


Al-hafiz Ibnu Kathir juga menyebut di dalam 'Al-Bidayah wa An-Nihayah' ketika menceritakan tentang kisah Raja Muzaffhar: 

وكان يعمل المولد الشريف في
ربيع الاول ويحتفل به احتفالا هائلا، وكان مع ذلك شهما شجاعا فاتكا بطل عاقلا عالما عادلا رحمه الله وأكرم مثواه
وقد صنف الشيخ أبو الخطاب ابن دحية له مجلدا في المولد النبوي سماه: " التنوير في مولد البشير النذير "، فأجازه على ذلك بألف دينار

"Dan adalah beliau mengadakan sambutan Maulid Nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awwal dan menyambutnya dengan sambutan besar-besaran, dan beliau juga seorang yang pemurah, berani, pembinasa(musuh), pahlawan, bijak, berilmu dan adil, moga Allah merahmatinya dan memuliakan tempatnya. Dan telah menulis Al-Hafiz Syaikh Abul Khattab Ibnu Dihyah satu jilid dalam Maulid Nabi SAW berjudul "At-Tanwir Fi Maulid Al-Basyir An-Nazir" , maka beliau menghadiahkan Ibnu Dihyah atas karyanya itu dengan seribu dinar" [Rujuk Bidayah Wa An-Nihayah 13/136: Maktabah Syamilah]

Pujian Imam Ibnu Kathir kepada Raja tersebut jelas menunjukkan satu persetujuan dan pengiktirafan kebolehan majlis sambutan maulid yang diadakan raja tersebut. Jika beliau mengatakan maulid itu haram, maka pastilah Ibnu Kathir mencela dan mengkritik perbuatan raja tersebut.

Menurut Imam Al-Suyuthi pula, Raja Muzaffhar tercatat sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW ini dengan perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang dari 300 000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hari peringatan maulid ini.[Rujuk Husnul Maqsid Fi Amalil Maulid lissuyuti] 

Walaupun sambutan maulid telah diamalkan sebelumnya oleh Syiah Fatimiyyun ketika mereka memerintah Mesir dari 362 h hingga 567 h, namun ianya tidak dikira sebagai sambutan maulid yang rasmi dan yang sebenarnya, kerana mereka tidak menyambutnya secara rasmi sepertimana kita menyambutnya dan kerana mereka lebih mementingkan sambutan dan perayaan Syiah. 


Menurut ahli sejarah pula, adalah satu kesilapan jika mengaitkan Syiah Fatimiyyun dengan sambutan maulid Nabi SAW kerana sebenarnya golongan Syiah hanya menyambutnya dengan mengagihkan manisan dan sedeqah sahaja. Sebaliknya Raja Muzaffhar menganjurkannya secara rasmi yang dihadhiri para ulama dan fuqaha dengan perayaan dan majlis ilmu dan zikir besar-besaran. Justeru, perlu untuk kita bezakan antara Maulid Syiah dengan Maulid Sunni yang diamalkan kita. [Rujuk kitab Al-Hayah Al-Ijtima'iyah Fi 'Asr Al-Fatimi karya pakar sejarah Dr. Abdul Mun'im Sultan dan Tarikh Al-Ihtifal karya Muhammad Khalid Thabit]

Ya, maulid Syiah jauh bezanya dengan maulid Sunni. Mereka buat cara lain, dan kita buat cara lain. Kita bukan tiru mereka. Jika amalan ini salah, maka mengapa para ulama seperti Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Dan Imam As-Suyuti, Imam As-Sakhawi dan lain-lain membolehkan sambutan tersebut? Mengapa ingin menolak pandangan ulama muktabar tentang wujudnya Bid'ah Hasanah? 

Bagaimanapun, telah tertulis juga dalam sejarah bahawa sambutan Raja Muzaffhar pada kurun keenam ini telah didahului seorang ulama dan ahlullah bernama Umar Al-Malla'(w 570H) di zaman Sultan Nuruddin Mahmud Zinki pada kurun kelima. 

Guru Imam Nawawi, Al-Allamah Syihabuddin Abu Syamah Al-Maqdisi (w 665 H) menyebut dalam kitab sejarahnya [Ar-Roudhotain Fi Akhbar Ad-Daulatain' jilid 1 m/s 189]:

"Syaikh Umar Al-Malla' seorang yang 'alim yang hebat pelbagai bidang(wafat 570H)...dan adalah para ulama dan fuqaha dan para raja serta pemimpin menziarahinya di zawiyahnya dan bertabarruk dengan semangatnya dan mengharapkan dengan berkatnya.. dan pada setiap tahun,beliau ada ajakan(beliau mengajak dan menjemput) pada hari-hari maulid untuk menyambut Maulid nabi SAW yang dihadhiri pemimpin negeri dan ahli syair dan mengalunkan nasyid pujian kepada Nabi SAW di dalam sambutan tersebut.."

Wallahu ta'ala a'la wa a'lam..

22 January 2013

Kelebihan Al-Quran dan Zikrullah


Kelebihan Al-Quran dan Zikrullah

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan dikerumuni mereka oleh malaikat, diliputinya mereka dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka di sisi Allah di hadapan mereka yang berada di sisiNya."

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Aku menasihatimu, kamu hendaklah bertakwa kepada Allah kerana Dia adalah sumber segala amalan. Utamakan bacaan al-Quran dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi.

“Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap, nescaya syaitan akan terhindar daripadamu dan kamu akan ditolong mengenai urusan agamamu.

“Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya daripada wajahmu akan lenyap.

“Utamakan jihad kerana itulah kebanggaan umatku. Hendaklah mengasihani orang miskin dan menggauli mereka.

“Dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaan mu. Janganlah sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang lebih tinggi daripada keadaan mu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada kamu."


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

21 January 2013

Ucap Utama Kongres Pengubatan Islam Nusantara


Ucap Utama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din di 
Kongress Pengubatan Islam Nusantara
Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
yang telah berlangsung pada 1 & 2 Disember 2012

Sajak "Guru Ku" oleh Abu Nasih


Sajak - "Guru Ku"

Guruku
Engkaulah permata di pandangan
Lemah tubuhmu lesu kelihatan
Lantaran ujian kebesaran tuhan, 
Namun Semangatmu teguh meyakinkan
Wajahmu bersinar dalam kesakitan

Guruku
Jika dapat ku rasai dan dikongsi
Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji
Ku tawar diri sebagai galang ganti
Tanda cinta ku menjunjung ilahi
Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
Sempit dadaku menahan sebak lara
Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

Guruku
Jasamu pada kami tiada tandingan
Tiada harga sebagai nilaian
Redhai kami ampunkan kesalahan
Semoga Allah kurnia balasan

Guruku
Dirimu yang ku rasakan
Mengenalimu suatu kelebihan
Mendekatimu suatu keindahan
Mencontohimu suatu kepuasan
Ceria tawamu suatu kebahagiaan

Keresahanmu suatu igauan
Penderitaanmu suatu keperitan
Kesakitanmu suatu kesedihan
Ketabahanmu suatu perjuangan

Guruku
Engkaulah bapa engkaulah teman
Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
Tidak tergapai jejak langkahmu
Namun ku cuba sedaya mampu

Guruku
Budimu menggunung tidak terkira
Seiring bapaku yang memelihara
Engkaulah harta anugerah yang esa
Tidak terbayang jika engkau tiada


Guruku
Terima dan redhakanlah akan hamba
Walau tercalit cacat dan cela
Walau pernah terguris rasa
Walau pernah memendam nestapa

Guruku
Janji setia telah ku lafazkan
Pesananmu padu ku genggam
Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu
Nama mu akan ku pertahankan

Guruku
Di saban waktu aku menyembam
Kepada tuhan sekelian alam
Agar dirimu diberi peliharaan
Buat menyambung tugasan ehsan
Mendidik kami di serata alam

Nukilan rasa
Abu Nasih
Pusat Rawatan Darussyifa' Rawang
No Ahli 0648
14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011

15 January 2013

Rabi'ul Awal bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW

Ana terharu pilu terasa hiba dgn senikata nasyid ni. Sesungguhnya kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya seluas lautan, setinggi gunung, tapi adakah kita kasih terhadap Baginda Nabi SAW.....): 
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad...
Banyakkanlah kita berselawat atas Junjungan Besar nabi Muhammad SAW sempena bulan kelahiran Baginda-Rabi'ul Awal...

Law Kana Bainana [lirik Melayu]Se




AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal ..)..



Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar



اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على
 سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat"

Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH! 

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",)
 UHIBBUKA YA RASULULLAH

14 January 2013

Jangan mengambil pemahaman dari Ulama yang terputus sanadnya


Adab Menuntut Ilmu: Jangan mengambil pemahaman dari Ulama yang terputus sanadnya!

Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah perkara agama. Perkara agama menjadi landasan dasar setiap urusan, baik urusan dunia dan terlebih masalah akhirat. Maka, selayaknya seorang muslim harus bertanya kepada ulama yang paham mengenai agama tentang segala yang akan ia hadapi dalam hidup in, baik persoalan pribadi, keluarga, masyarakat, bahkan bernegara. Adab seperti ini dijelaskan dalam firman ALLAH di dalam al-Quran:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرَ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu jika kalian tidak mengetahui.” (Al-Anbiya: 7)

Salah satu adab dalam menggali ilmu agama ialah mengenal dengan baik sosok yang menjadi sandaran kita dalam bertanya, mengkaji, dan menimba ilmu. Ulama yang menjadi panutan dalam menguraikan segala aspek permasalahan harus diketahui silsilah keilmuannya. Dalam istilah agama disebut dengan al-isnad (الإسناد) atau sanad. Sanad menjadi penting dalam penjagaan pemahaman Islam ahlussunnah wal-jamaah sejak zaman Nabi Muhammad saw hingga akhir zaman nanti.

Sanad adalah sunnatullah

Belajar dan mengajar, menjadi guru dan menjadi murid adalah sebuah sunnatullah dan ketetapan dari ALLAH dalam menjaga ilmu-ilmu agamaNya hingga hari kiamat. ALLAH dengan terang menjelaskan al-Quran bagaimana para nabi dan orang-orang shalih dalam menuntut ilmu. Di dalam surat al-Kahfi ayat: 66, dikisahkan Nabi Musa –alaihissalam- berguru kepada Nabiyullah Khidhr –alaihissalam.

قَالَهُ مُسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ أّنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلَّمْتَ رُشْدَا

‘Berkata Musa kepadanya (Khidhr) ‘Bolehkan aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?’

Dalam menafsirkan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhr di dalam surat Al-Kahfi ini, Syaikh Abu Yazid al-Bustami berkata: “Barangsiapa tidak memiliki silsilah guru dalam bimbingan agamanya, tidak ragu lagi bahwa gurunya adalah setan.” (Tafsir Ruhul-Bayan Juz V hal. 203).

Sanad dalam Ilmu al-Qur’an

Dari Usman bin Affan, Nabi Muhammad –salallahu ‘alaihi wasalam bersabda:

خيركم من تعلم القرآن وعلمه

“Orang yang paling baik diantara kalian adalah belajar al-Quran dan mengajarkannya (pada orang lain)..”

Nabi Muhammad sendiri adalah murid dari Malaikat Jibril dalam hal ilmu Quran. Diriwayatkan bahwa setiap malam jibril memeriksa hafalan quran Rasulallah dengan cara ‘talaqqi’ dan bermuwajahah langsung dengan Malaikat Jibril –alaihissalam. Nabi pun kembali mengajarkan Quran kepada sahabat-sahabatnya. Maka munculah sahabat-sahabat yang lebih menonjol kemampuannya dalam ilmu qira’at seperti Abdullah bin Mas’ud, Ubay bin Ka’ab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Tsabit, dan Abu Musa al-Anshari. Setelah zaman itu, munculah fitnah orang-orang yang mengaku memiliki ilmu quran yang bersumber dari Nabi. Untuk itu dilakukanlah penelitian dan pengujian oleh para ulama menggunakan kaidah-kaidah seperti Rasm Utsmani, tata bahasa Arab, dan yang terpenting adalah sanad quran yang jelas. Walhasil, hingga kini Quran tetap terjaga dengan adanya sanad-sanad guru yang jelas, sekarang dikenal dengan istilah Qira’ah Sab’ah yang dibawa oleh para ulama yang bersih silsilahnya kepada para sahabat ahli quran dan bersambung kepada Rasulillah –salallahu alaihi wassalam.

Sanad dalam  Aqidah: Asy-ariyyah dan Maturidiyah adalah penisbatan dan representasi aqidah yang benar

Permasalahan Aqidah yang menjadi pokok dari ajaran Islam juga diftnah pada akhir-akhir abad ini, terutama dari kalangan anti-sanad dan anti-mahdzab. Madzhab aqidah Islam yang muktabaroh (disepakati) yaitu Asy-ariyyah dan al-Maturidiyah difitnah sebagai aqidah yang sesat, disamakan dengan mu’tazilah, khawarij, dsb. Padahal kedua madzab aqidah ini telah established dan selama 12 abad telah -secara representatif mewakili Islam ahlussunnah itu sendiri.

Hakikat pengikut madzhab aqidah al-asya’iroh adalah aqidah ahlussunnah wal-jamaah yang berdasarkan al-Quran dan hadits Rasulullah –salallahu alaihi wasallam. Imam al-Hafizh Muhammad Murtadho Zubaidi, dalam syarah Ihya Ulumuddin menuliskan:” Jika dikatakan ahlussunnah waljamaah, maka itu adalah al-asy’ariyyah dan al-maturidiyah”, artinya mereka yang mengikuti al-Imam Abul-Hasan al-Asy’ari dan al-Imam Abu Manshur al-Maturidi, adalah beraqidah ahlussunnah wal-jamaah. Sesiapa saja yang mengikuti kedua Imam ini berarti telah mengikuti agama Islam yang lurus.

Ketidakpahaman mengenai aqidah Asy’ari ini menyebabkan perpecahan di tengah umat, padahal jika dilihat dan dirunut sejarah, ternyata para ulama besar zaman dahulu umumnya mengikuti kedua madzhab ini.  Hal ini dibuktikan dalam manaqib (biografi) para ulama yang semuanya beraqidah al-Asya’ri dan Maturidi, diantaranya: al-Imam Ibnu Hajar al-Atsqalani (penulis Fat-hul Baari, syarah Shahih Bukhori), Imam An-Nawawi (penulis Syarah Shahih Muslim, Riyadhus-shalihin, Al-Adzkar), Syaikhul Mufassirin al-Imam Qurthubi (penulis tafsir Al-Jami’ li Ahkamil Quran), Ibnu Hajar Al-Haitami (penulis kitab Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba-ir), Syaikhul Fiqh al-Imam Zakariyya al-Anshari, Hujjatul Islam al-Imam Al-Ghazali (Ihya Ulummuddin), Imam Suyuthi, dan segudang ulama besar yang kesemuanya menjadi rujukan dalam khazanah ilmu islam sampai saat ini.


Al-Muhadits As-Sayyid Muhammad Alawiy al-Hasani al-Maliki menjelaskan hakikat Aqidah Asy-ariyyah ini secara terperinci di dalam kitabnya Mafahim Yajibu an tushohhah. Ditulis oleh beliau:

الأشاعرة هم أئمة الهدى من العلماء المسلمين, الذين ملأ علمهم مشارق الأرض ومغاربها وأطبق الناس علي  فضلهم وعلومهم ودينهم هم جهابذت علماء اهل السنة وأعلام علمئها الأفاضل الذين وقفوا في طغيا المعتزلة.

Artinya: “Al-Asya’irah adalah mereka para imam yang menjadi simbol hidayah dari kalangan ulama muslimin, yang ilmu mereka memenuhi timur dan barat dunia, dan semua orang sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahlussunnah yang menentang kesewenang-wenangan Mu’tazilah..”

Bahkan, ulama yang menjadi rujukan kaum anti-sanad (wahabi), yakni Syaikh Ibnu Taimiyyah dalam fatawanya mengakui Asy-ari adalah tidak lain aqidah Islam itu sendiri, penyebutan Asy’ari (atau Asy-a’iroh) hanyalah penisbatan kepada ulama yaitu Imam Abul-Hasan Al-Asy-ari membela aqidah Islam dari serangan kaum mu’tazilah dan aqidah-aqidah sesat ketika itu, dalam fatawa Ibnu Taimiyah tersebut disebutkan bahwa:

والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين… (الفتاوى الجز الرابع)

“Para ulama adalah pembela ilmu agama dan (ulama-ulama) al-Asya’iroh adalah pembela dasar-dasar akidah agama (ushuluddin).”  (Fatawa Ibnu Taimiyah , Juz-IV)

Sanad dalam Ilmu Fiqh dan Hadits: Empat Mahdzab yang disepakati dalam Islam

Bagitu juga dalam permasalahan fiqh. Perbedaan pendapat sudah lumrah di kalangan sahabat Nabi bahkan ketika Nabi masih hidup, seringkali Nabi menyelesaikannya dengan bermusyawarah dan meminta pentunjuk dari ALLAH. Namun, perbedaan tersebut tidaklah dihapuskan secara mutlak, namun Rasulullah memiliki sejumlah sahabat yang telah diberi haq berfatwa atas permasalahan agama semasa beliau hidup maupun setelah wafatnya. Hal ini dilakukan karena seiring pemahaman sahabat yang dalam, perluasan wilayah Islam, dan terpencarnya para sahabat Nabi di berbagai wilayah yang mutlak membutuhkan fatwa yang cepat, tepat, dan menjawab. Diantara sahabat yang memiliki kedudukan sebagai ulama tersebut adalah Sayyidina Abbas ra, Ummul-Mukminin Aisyah ra, Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar as-Shiddiq, Umar bin Khatthab, Zaid bin Tsabit, Ibn Abbas, Ibn Umar, Salman al-Farisi.

Setelah berlalu zaman sahabat, muncullah ulama-ulama dari kalangan Tabi’in diantaranya adalah Nafi’ maula Ibnu Umar, Atho’ bin Abi Rabah (mufti makkah ketika itu), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Hasan al-Bashri, Sufyan bin Uyainah, Ibnu Jarir, Dawud al-Zhahiri, Al-Laits bin Sa’ad, Al-Auza’i, Abu Tsaur yang kesemuanya adalah murid-murid daripada sahabat Nabi yang jelas sanadnya. Setelah itu munculah ulama mujtahid dari kalangan tabi’ut tabi’in yaitu Imam Syafi’i yang banyak menimba ilmu dari para tabiin seperti kepada Imam Malik di Madinah, Al-Imam Muhammad bin Hasan Asy-Syaibani murid Imam Abu Hanifah di Baghdad, Imam Khalid Muslim az-Zanuji, Sufyan bin Uyainah, Fudhail bin Iyadh, dll.

Kehadiran Imam Syafii ini di tengah peradaban Islam diisyaratkan oleh Rasulillah –salallahu alaihi wassalam dalam haditsnya. Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi bahwa Rasulullah –salallahu alaihi wa sallam- bersabda artinya: “Janganlah kalian mencaci (kabilah) Quraisy, sesungguhnya kelak salah seorang ulama Quraisy akan memenuhi bumi ini dengan ilmunya”. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal dan kebanyakan ulama, bahwa ‘ulama quraisy’ yang dimaksud oleh Rasulullah disini adalah al-Imam As-Syafi’i. Subhanallah.

Kemudian muncul setelahnya Imam Ahmad bin Hanbal, murid Imam As-Syafi’i. Madzhab empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali) disepakati oleh secara ijma’ ulama dan diikuti secara masiv oleh Islam ketika itu pada masing-masing daerah penyebarannya, bahkan hingga saat ini madzab empat masih eksis dan berkembang. Hal ini dikarenakan oleh beberapa sebab, diantaranya adanya penulisan kitab-kitab fiqh mereka, tersebarnya murid-murid mereka dalam berda’wah dan mengajar, dan yang terpenting mereka para imam mahdzab adalah pemilik sanad yang jelas dan dekat dengan sahabat dan tentu dengan Rasulullah –salallahu alaihi wa salam. Oleh sebab itu, siapa saja yang berpegang pada salah satu mahdzab empat berarti telah mengikuti jalan yang lurus, bersilsilah, dan bisa dipertanggungjawabkan.

Intinya, semua cabang ilmu agama -baik aqidah, hadits, fiqh, al-Quran, thariqah tasawwuf, da’wah- pasti ALLAH jaga dengan perantaraan ulama-ulama itu sendiri dari masa ke masa. Hingga akhir zaman akan ada selalu lahir ulama hanif yang menjaga kemurnian agama ini hingga akhir zaman. Jelasnya, akan selalu ada ulama yang bersambung silsilah guru daripada gurunya daripada gurunya hingga terus bersambung kepada ulama-ulama salaf hingga kepada Rasulullah –salallhu alaihi wasssalam.

Ulama adalah pewaris para Nabi: sanad adalah benang merahnya!

Diriwayatkan dari Abu Darda –radhiyallahu’anhu dalam penggalan hadits Nabi,

العلماء ورثة الأنبياء إن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهاماً إنما ورثوا العلم إن

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan emas dan perak, tetapi mereka mewariskan ilmu.” (HR Abu Dawud, Tirmizi, dan Ibn Hibban)

إن الله لا يقبض العلم انتزاعاً ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقَبض العلماء, حتى إذا لم يبق عالماً اتخذً الناس رءوساً جُهّالاً قسئلو فأفتوا بغير العلم فضلوا وأضلوا (رواه البخاري)

Dari Abdullah bin ‘Amru bin Ash  berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang awam (jahil), ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” (HR Bukhari)

Pada dasarnya seseorang tidak boleh berpendapat atas firman ALLAH dan hadits nabawi, kecuali dengan penjelasan yang turun dari Rasulullah, sahabat, dan para ulama yang bersilsilah kepada generasi salaf. Dari Ibnu ‘Abbas ra. berkata Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- bersabda: “Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal pikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.” (Hadits riwayat Ath-Thabarani). Dari Ibnu Abbas ra. Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam bersabda-”Barangsiapa yang berkata mengenai Al-Qur’an tanpa ilmu maka ia menyediakan tempatnya sendiri di dalam neraka” (HR.Tirmidzi). Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal pikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. (HR. Ahmad)

Sebuah atsar dari Abdullah bin Mubarok –rahimahullah- beliau berkata: ”Sanad merupakan bagian dari agama, kalaulah bukan karena sanad, maka pasti akan bisa berkata siapa saja yang mau dengan apa saja yang diinginkannya (dengan akal pikirannya sendiri).” (Muqoddimah Shahih Muslim I/47 no.32 ). Al-Imam al-Hafizh At-Tsauri –rahimahullah- mengatakan ‘Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga’. Imam Malik –rahimahullah- berkata: “Janganlah engkau membawa ilmu (yang kau pelajari) dari orang yang tidak engkau ketahui riwayat pendidikannya (sanad ilmu)”. Imam Syafi’i –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan: ‘Tidak ada ilmu tanpa sanad’.

Sudah menjadi adab dan lumrah bahwasanya adanya ijazah daripada guru kepada murid-murid terhadap ilmu dan kitab-kitab yang mereka kaji. Sehingga hingga saat ini, seluruh kitab turot (baik kitab-kitab tauhid, fiqh, hadits)  kesemuanya memiliki rantai ijazah yang sampai kepada mualif (penulis) dan terus riwayatnya kepada Rasulillah. Semisal al Muwatho’, kitab hadits pertama yang ditulis Imam Malik rahimahullah, al-Muwatho’, maka Imam As-Syafi’i sebagai murid dari Imam Malik menerima ijazah kitab hadits tersebut daripada gurunya dan mengijazahkan kembali kepada murid-muridnya yang bermuwajahah (berhadapan) langsung dgn beliau . Begitu juga Imam Bukhori yang mengajarkan Shahih Bukhori-nya kepada seluruh muridnya. Sedangkan Imam Bukhori sendiri adalah penerima hadits dari penutur dan periwayat hadits dari rasulullah secara langsung.

Asy-Syaikh as-Sayyid Yusuf Bakhour al-Hasani menyampaikan bahwa: “Maksud dari pengijazahan sanad itu adalah agar kamu menghafazh bukan sekadar untuk meriwayatkan tetapi juga untuk meneladani orang yang kamu mengambil sanad daripadanya, dan orang yang kamu ambil sanadnya itu juga meneladani orang yang di atas di mana dia mengambil sanad daripadanya dan begitulah seterusnya hingga berujung kepada kamu meneladani Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan demikian, keterjagaan al-Qur’an itu benar-benar sempurna baik secara lafazh, makna dan pengamalan“

Menjadi tidak mengherankan, para pewaris ilmu yang jelas gurunya memiliki pemahaman dan pengamalan sunnah yang lurus, tidak berlainan haluan dengan para salaf, serta jauh dari akhlak dan justifikasi sepihak terhadap berbagai persoalan yang terjadi di masyarakat. Sangat berbeda jika seseorang belajar dari orang atau ulama (katakan saja begitu) yang tidak memiliki guru yang bersilsilah hingga tersambung kepada Rasulillah, maka akan tercermin dari fatwa, pengamalan, egoisme, dan akhlaknya yang buruk. Sikap mudah mengkafirkan (takfir), menyesatkan (tadhlil), dan membid’ahkan golongan selain pendapatnya adalah ciri yang mudah diidentifikasi dari golongan yang tidak jelas silsilah ilmiah keilmuannya. Tidak heran jika kita melihat silsilah ilmu mereka akan berhenti kepada satu orang ulama saja. Mereka berhujah, ‘kembali kepada Al-Quran dan hadits’, tetapi mengabaikan sanad ilmu sehingga tertutuplah mata hati mereka dalam memahami kandungan agama, bahkan bisa menghujat para imam madzhab, menghujat para ulama, memodifikasi kitab, dan paling berbahaya mereka pun mengatasnamakan diri sebagai pengikut salaf dan golongan ahlus-sunnah. Semua ini terjadi karena tidak adanya adab dalam menuntut ilmu, salah satunya tidak mengambil pemahaman dari guru yang bersambung silsilah ilmunya kepada Rasulillah. 

Wallahu-a’lam

13 January 2013

KISAH disebalik HIJAB

KISAH disebalik cebisan kain yang menutupi....

Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.

Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi.

Cepat2 aku istighfar.

Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.

"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.

I am your lecturer for this subject.

Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.

Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.

Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.

"Ok....let's start ice breaking!!" 

sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.

Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.

Anak matanya mati tepat ke arahku.

Waktu itu aku menundukkan pandanganku.

Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."

Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.

Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah...

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.

Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.

Pelajar dari kejuruteraan kimia."

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.

Udara yang memasuki hidungku terasa dingin. 

"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"

Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat.

Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.

Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.

Aku mengangguk perlahan.

Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.

Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.

"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.

Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."

Tersentak aku.

Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"

Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.

Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!

"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.

Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.

Saya minta maaf prof....

Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.

Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.

Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."

Tenang dalam ketegasan aku saat itu.

Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.

Riak wajahku takkan mampu dibacanya.

Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.

Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.

"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.

Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.

Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."

sinis kata-kata itu.

Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..

Dan aku harus pertahankannya.

Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.

"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???

Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"

Soalku penuh kelembutan.

Begitulah sifat yang ada padaku.

Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.

Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..

Disilang tangannya ke dada..

"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??

Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??

Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.

Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."

Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.

Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit..

Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.

"Maafkan saya sekali lagi prof.

Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.

Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.

Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH.."

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.

Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.

Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

"maafkan saya andai ada terkasar.

maafkan saya andai menyakitkan hati prof.

Prof harus tahu.

Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....

assalamualaikum.."

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

"Alhamdulillah.."

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH.."