13 December 2012

Tarbiah Dan Harakiah



Tarbiah Dan Harakiah Suatu Kesinambungan


1.0 MUQADDIMAH

Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan tenaga untuk mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi amat malang sekali, jalan dan cara yang berbeza untuk merealisasikannya gagal untuk mencapai matlamat hakiki harakah Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai asas binaan daulah Islamiah dan tanzim haraki untuk bakal pendokong dakwah yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.

Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada tinggalah pengikut mereka tanpa panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus perjuangan .

Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian berdasarkan matlamat dan cara yang sahih demi meneruskan risalah Ilahi sebagai satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم 

2.0 DEFINASI

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.
Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT

3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:

a)Matlamat khusus
-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :
-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar
كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya
وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini
وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 CIRI-CIRI

4.1 Antara ciri-ciri khusus tarbiyah Islamiyah :

a) Ketuhanan الر با نية
b) Sempurna dan lengkap الكا مل والشمول
c) Positif dan membangun الا يجا بية و البناء
d) Kesenderhanaan dan keseimbangan الاعتدال والتوازن
e) Persaudaraan dan jamaah الأ خوة والجما عة
4.2 


Ciri-ciri Harakah Islamiyah terbahagi kepada :
a) Ciri-ciri prinsip:
-Gerakan Rabbani
-Gerakan yang tersendiri
Gerakan pembawa kemajuan
-Gerakan yang syumul
-Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

b)Ciri-ciri haraki antaranya:
-Beransur-ansur dalam semua peringkat gerakan
-Peringkat dakwah:
a)Taa`rif
b)Takwim
c)Tanfiz
-Mengutamakan kerja dari propaganda
-Nafas yang panjang
-Uzlah nafsiah bukan jasadiah
-Matlamat tidak menghalalkan cara

5.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH HARAKIYAH


a)Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu mengubah masyarakat , membentuk petugas-petugas dakwah dan wasilah untuk mencapai cita-cita dan harapan

b)Terdapat manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dari sumber yang jelas bersifat syumul dan mempunyai kaedah-kaedah pendekatan yang berbagai ditegakkan diatas falsafah kefahaman yang jelas dan diceduk terus daripada ajaran Islam yang tulen.

c)Suasana jamaie' yang positif yang dibina oleh jamaah dimana setiap anggota cuba su\edaya upaya utuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulin.

d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman ( khibrah )

e) Wujud sebolangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka.

f) Kepelbagaian wasilah : fardhi / jamaie' , teori / amali , aqli / a'tifi , positif dan negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi akan lahirlah satu ketermadunan yang bersifat Rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat dismping menjaga kehormatan manusia.

Rasulullah S.A.W telah meramalkan mehnah yang dihadapi oleh para mukmin, daei dan mujahidin fisabilillah dalam hadis yang bermaksud : 
"Orang mukmin sentiasa berada didalam lima dugaan yang susah :
1) Mukmin yang dengk kepadanya
2) Munafik yang benci kepadanya 
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

6.0 TARBIYAH HARAKIYAH MADRASAH RASULULLAH S.A.W

Teras kepada pembinaan tarbiyah harakiah yang dibentuk oleh Rasulullah S .A.W adalah Al-Quran . Maka lahirlah satu generasi yang dinamakan generasi Al -Quran . Generasi ini adalah generasi yang unggul, Al- Quran adalah panduan , perjalanan hidup dan gerak -geri mereka.

Perjuangan Rasulullah S.A.W telah diasakan melalui madrarah baginda tersendiri dan telah berjaya menanamkan kekuatan aqidah dijiwa para sahabat .

Antara penekanan penting dalam madrasah baginda S.A.W :
Pembentukan sebuah gerakan demi mempertahankan kesucian aqidah
Membebaskan manusia daripada sebarang perhambaan dengan melancarkan dakwah .
Berjuang untuk merebut kekuasaan dari golongan kuffar.

6.1 Ciri- ciri generasi Al-Quran
a) Kekutan aqidah
b) Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip
c) Berkasih sayang sesama mukmin
d) Mengdokong sepenuhnyan dakwah dan jihad
e) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

Setiap mukmin hendaklah menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh dan sember inspirasi di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam . Sabda Rasulullah S.A.W 
اصحا بي اما نة لامتي

Dalam kita mencontohi jejak langkah mereka untuk menjadi satu umat yang berpegang teguh dengan Al-Quran , ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh umat Islam pada masa kini :
a) Sikap para sahabat terhadap AL-Quran
b) Perdekatan yang seimbang didalam memahami dan melaksanakan tuntutan Al-Quran 
c) Membebaskan diri daripada sebarang unsur jahiliyah .

7.0 TRIBULASI DALAM PERJUANGAN

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة 

Dalam meniti liku-liku dan lurah perjuangan ,disanalah memerlukan tuntutan amaliah tarbiyah harakiyah menangkis segala cabaran dan dugaan dengan kekentalan iman dan amal yang berterusan.

8.0 DAI'E RABBANI: UKURAN KESINAMBUNGAN
Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah kebenaran bahawa tarbiah harakiah suatu kesinambungan yang memberikan saham terbesar dalam perjuangan.
Tarbiah harakiyah yang berjaya ialah yang melahirkan dai'e Rabbani yang dibekali dengan tuntutan amaliah yang menjamin pembentukan individu muslim sebagai tulang belakang kepada amal Islami.
Antara kesan tarbiah harakiah dalam menghadapi cabaran dakwah:

a) Sabar dan tetap dengan seruannya.

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما اصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين
(ال عمران:146 )

b) Bertambah yakin dengan kebenaran seruanNya dan dengan pertolongan Allah S.W.T daalm surah Ali Imran ayat 173:

الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل


d) Mendapat anugerah syahid daripada Allah S.W.Tdalam surah Ali Imran ayat 143:

وتلك اليام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين امنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

9.0 PENUTUP
يا ايها الذين امنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه اذلة علي المؤمنين اعزة علي الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لايم

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental, spritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat .

Tarbiyah Harakiyah satu kesinambungan merealisasikan Firman Allah S.W.T :

انا ارسلنا ك شا هدا ومبشرا ونذيرا لتؤ منوا با بلله وتعزروه وتوقروه وتسبحوهبكرة واصيلا

Sabda Rasulullah S.A.W :
انت علي تغرة الاسلام فلا يؤ نتين من قبلك 
Dengan terlaksananya amaliah tarbiyah harakiyah ini maka tercetuslah madrasah dai`e Rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali Ummah di atas muka bumi ini .

Rujukan :

1) Al -Quran
2) Sunnah Annabawiah
3) ما ذا يعني انتمائي للاسلام فتحي يكن
4) الطريق الى جماعة المسلمين حسن محمد على جابر
5) اولويات الحركة الاسلامية الدكتور يوسف القرضاوي
6) Kitab Doktor Ali Abdul Halim Mahmud
وسائل التربية عند الاخوان المسلمين
التربية الاسلامية ومدرسة حسن البنا 
7)Tarbiah Ruhiyyah kearah pembentukan Dai'e Rabbani (kertas kerja)
8)Tarbiyyah Ruhiyyah dan kesannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah (kertas kerja)
9) Bagtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah- Fathi Yakan
10) Risalah Usrah Jilid 1

No comments:

Post a Comment