19 March 2012

Langkah-Langkah Kejayaan MLM !

Tabiat merupakan faktor utama dalam kehidupan kita kerana ia mencorakkan pembawaan kita dan menjadikan kita seorang yang efektif..... atau tidak efektif.
Justeru, untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM, anda perlu menjadikan 8 perkara berikut sebagai satu kebiasaan (tabiat) dalam kehidupan anda:
  • Menjadi pengguna setia produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang diwakili. Anda menggunakan produk tersebut untuk membawa perubahan kepada diri anda, samada dari segi kesihatan, kecantikan atau kecergasan badan dan sebagainya. Membeli produk tetapi bukan untuk digunakan sendiri tidak termasuk dalam kebiasaan pengusaha MLM yang berjaya.
  • Pengusaha MLM yang berjaya mempunyai pelanggan tetap/setia antara 10 hingga 15 orang. Beliau meluangkan masa secukupnya untuk memberi khidmat berkualiti kepada pelanggan beliau. Sebahagian besar masa beliau digunakan untuk membina organisasi perniagaan (membangun usahawan), bukan untuk mendapatkan pelanggan yang ramai.
  • Mewujudkan suasana yang membuat prospek bersedia untuk mendengar peluang yang akan diperkenalkan. Seterusnya mempersembahkan faedah atau manfaat yang prospek inginkan dari penglibatan mereka dalam perniagaan jualan langsung yang ditawarkan. Bantu mereka untuk mencipta impian masing-masing.
  • Menghadiri setiap program yang dianjurkan oleh syarikat atau leader anda. Ini untuk mengingatkan diri anda dan rakan-rakan seperniagaan yang anda menjalankan perniagaan MLM. Ianya juga memberi peluang kepada anda untuk memberi sumbangan kepada kejayaan orang lain dan membuka ruang untuk orang lain menyumbang kepada kejayaan anda.
  • Setiap hari tayangkan, 10 hingga 15 minit, impian yang anda bina untuk diri dan kehidupan anda yang akan anda perolehi melalui perniagaan jualan langsung MLM. Tayangan ini akan menyegarkan ingatan minda anda kepada apa yang anda ingini dan menggerakkan seluruh sistem tubuh anda untuk mencapai impian tersebut.
  • Menjadikan diri sebagai punca bagi setiap hasil yang diperolehi, samada hasil yang dicapai mencapai sasaran atau pun tidak. Dengan kata lain mengambil tanggungjawab ke atas pencapaian Walaupun bukan anda penyebabnya. Sekiranya gagal mencapai sasaran, jangan mencari kesilapan tetapi cari apa yang membuat ianya tidak menjadi. Sebagai contoh, anda membuat permohonan untuk membuat pribiu perniagaan di sebuah persatuan tetapi permohonan anda ditolak. Jangan cari di mana salah anda dalam membuat permohonan, tetapi berbincang dengan pihak berkenaan mengenai kandungan atau ciri pribiu atau perniagaan anda yang tidak selaras dengan polisi mereka dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
  • Menaikkan maruah setiap ahli pasukan anda, samada orang atas atau orang bawah. Orang yang merasa diri mereka dihormati akan memberi sepenuh komitmen yang diperlukan.
  • Mengikut sistem yang disediakan oleh pasukan/leader. Apakah rahsia kejayaan KFC Fried Chicken, McDonald dll? Sistem!!! Ke mana saja anda pergi, anda akan perolehi kualiti yang sama dari restoran yang dijalankan oleh orang yang berlainan. Restoran makanan segera tersebut tidak mempunyai tukang masak, pekerja mereka memasak menggunakan sistem yang disediakan. Sama juga dengan perniagaan anda, setiap ahli pasukan hendaklah menggunakan slaid yang sama, bahan sokongan yang sama dalam memperkenalkan perniagaan kepada prospek.


Pertimbangkan apa yang dipaparkan di atas. Jika anda fikir ianya dapat membawa perubahan kepada perniagaan anda, amalkannya. Ilmu yang tidak diamal tidak akan membawa apa-apa perubahan.

Untuk Kejayaan Anda !
credit : Ir. Wan Ibrahim

No comments:

Post a Comment