21 February 2012

202 Pelajaran Berkenaan Poligami


Buku Baru: 202 Pelajaran Berkenaan Poligami
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Monday, 20 February 2012
Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Alhamdolillah buku yang lama dinanti-nantikan telah pun terbit. Jemputlah semua sahabat-sahabat untuk membaca, mengkaji dan menganalisa. Baik yang single atau married, baik yang sudah berpoligami atau dalam perancangan, baik yang suka atau benci, buku ini saya tulis untuk semua.Author : Hafiz Firdaus Abdullah
Pages : 268, Paperback
Our Ref : PJ-2181
ISBN : 978-967-308-316-9
poligami.jpg
Synopsis :

Poligami ialah salah satu daripada syari'at Islam. Sayang sekali masyarakat memliki pandangan yang serong terhadapanya. Ada yang membencinya, ada yang menyalahgunakannya. Buku ini berperanan membetulkan kedudukan poligami di sisi masyarakat. Ia menerangkan hukum dan hikmah, serta membetulkan beberapa salah faham terhadap poligami. Ia juga memberikan tips-tips poligami kepada para suami dan isteri yang akan atau sudah hidup di alam poligami. 

Selamat mentelaah...


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh 











Poligami: Tips Untuk Isteri Pertama
Dipetik dari Buku: 
202 Pelajaran Berkenaan Poligami (Hafiz firdaus Abdullah)


Moga ALLAH melimpahkan kesejukan dan ketenangan ke dalam hati kita para isteri yang  melalui satu demi satu ujian kehidupan.. Sesungguhnya ALLAH yang Maha Pengasih yang memberikan ujian untuk kita , kerana DIA kasih ::

Satu perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada isteri sedia ada apabila mendapati suami ingin atau sudah berpoligami, adalah ia amat sukar, berat lagi menyedihkan. Kesukaran, keberatan dan kesedihan ini tiada tandingannya.

Justeru jangan menghadapinya secara berseorangan, sebaliknya rujuklah kepada AllahSubhanahu waTa’ala. Adulah kepada-Nya, bergantunglah kepada-Nya dan mintalah kepada-Nya kekuatan, motivasi, kesabaran dan petunjuk.

Hadis dalam pelajaran sebelum ini sekali lagi menjadi rujukan: Jagalah Allah niscaya Dia menjagamu, Jagalah Allah niscaya kau menemui-Nya di hadapanmu, Apabila kau meminta, mintalah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah.

Selain itu rujuklah juga kepada orang-orang yang berilmu, matang lagi hidup di alam poligami. Insya-Allah mereka dapat membantu anda dan menyedarkan bahawa anda tidak berseorangan.

Sikap anda apabila suami ingin atau sudah berpoligami janganlah dihentikan sekadar merelakannya dan berkata “Boleh”. Akan tetapi sikap yang lebih terpuji dan bakal meraih keredhaan Allah, pahala serta syurga-Nya ialah anda membantu suami menjadikan hajatnya berpoligami menjadi kenyataan. Seterusnya anda tetap membantu suami membangun keluarganya yang baru itu, pada kadar yang sepatutnya.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala: 

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa. [al-Maidah 5:02]

Antara bantuan yang dimaksudkan ialah:

* Anda hadir bersama suami dalam perbicaraan permohonan poligami di mahkamah syari’ah.

* Anda rela suami menyusun perbelanjaannya untuk menampung isteri baru. Sama-sama diketahui kos
perkahwinan dan memulakan rumahtangga baru adalah agak tinggi.

* Seandainya suami memiliki rumah dan kereta tambahan, anda rela ia digunakan oleh isteri barunya.

* Berkongsi dengan isteri baru apa yang disukai oleh suami dan apa yang dibenci oleh suami. Jika isteri
baru ialah seorang gadis (dara), maka anda berkongsi cara-cara menguruskan rumahtangga.

* Anda bersikap toleran untuk mengubah-ubah hari giliran apabila suami memiliki sesuatu urusan penting bersama isteri barunya.

Antara cabaran merelakan suami berpoligami ialah anda tidak mahu melapangkan suami untuk turut dikongsi
oleh wanita lain.

Ketahuilah apabila kita melapangkan sesuatu untuk dikongsi bersama – termasuklah suami – maka Allah
Subhanahu waTa’ala akan melapangkan kehidupan kita dengan pelbagai anugerah-Nya dan mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Sebaliknya jika kita meyempitkannya, maka ia akan meyempitkan kehidupan kita dan merendahkan darjat kita.

Atas dasar inilah, jika kita perhatikan orang yang lazim melapangkan kepada orang lain, kehidupannya
sentiasa lapang, ceria dan gembira. Berbeza dengan orang yang lazim menyempitkan, kehidupannya sentiasa sempit,muram dan dukacita.

Perhatikan firman Allah berikut ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlahseboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.

Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu
lakukan. [al-Mujadilah 58:11]


Moga bermanfaat, kelak saya kongsikan pula Tips untuk isteri kedua. insyaALLAH.



No comments:

Post a Comment