12 July 2015

Gelaran Keturunan Ahlul Bait di Asia Tenggara


Saidina Hussein telah mengahwini puteri Raja Parsi yang bernama Shah Zinan binti Yazdagrid.
Perkahwinan ini melahirkan seorang putera bernama, Ali Zainal Abidin.

Ali Zainal Abidin merupakan moyang bagi semua keturunan Al-Hussein di dunia ini.

Di Kepulauan Jawa, cucu-cicit dari salah satu Wali Songo yang bernama Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati), tidak lagi memakai predikat Sayyid.

Tetapi diganti dengan Raden. Namun tidak semua ‘Raden’ itu dari keturunanan Ahlul bait,kerana gelaran ‘Raden’ ini telah wujud semasa pemerintahan kerajaan hindu di Indonesia,lebih awal sebelum kedatangan Islam. Ada juga yang menghapuskan terus predikat ini apabila sistem pemerintahan beraja dihapuskan selepas kedatangan Belanda. Mungkin sebagai satu taktik untuk mengelakkan dikesan oleh Belanda yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam!


Peranan Ahlul Bait di alam nusantara

Dalam pelajaran sejarah Indonesia, sering kita dengar bahwa salah satu kelompok yang banyak mendakwahkan Islam di Nusantara adalah wali songo. Namun jarang kita dengar bahwa sebagian walisongo itu adalah keturunan ahlul bait.

Berikut ini beberapa orang walisongo yang termasuk dalam ahlul bait.
Maulana Malik Ibrahim
Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel
Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
Maulana Syarifuddin Hasyim (Sunan Drajat)
Raden Paku (Sunan Giri)
Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)
Sebagai contoh, silsilah dari Maulana Malik Ibrahim adalah sebagai berikut:

Maulana Malik Ibrahim ibnu Barokat Zainul-Alam ibni Jamaluddin Al-Hussein (Sayyid Hussein Jamadil Kubra) ibni Ahmad Syah Jalal ibnui Abdullah ibnu Abdul Malik ibnu Alawi Amal Al Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulah ibnu Isa Al Rumi ibni Muhammad Naqib ibnu Ali al Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni ALi Zainal Abidin ibni Al Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW

Selain sebagai walisongo yang menyebarkan agama Islam, peranan ahlul bait adalah di pemerintahan kesultanan.

Berikut ini adalah kesultanan Islam Indonesia yang pernah berada di tangan ahlul-bait Rasulullah SAW:


  • Kesultanan Aceh
  • Kesultanan Deli
  • kesultanan Palembang
  • Kesultanan Bintoro Demak
  • Kesultanan Cirebon
  • Kesultanan Banten
  • Kesultanan Pontianak
  • Kesultanan Ternate
  • Sunan Pakubuwono di Surakarta

Peranan ahlul bait di kesultanan Filipina:

  • Kesultanan Sulu (sekarang di Filipina)
  • Kesultanan Mindanao/Maguindanao
  • Peranan ahlul bait di kesultanan Melayu:
  • Kesultanan Brunei
  • Raja-raja Perlis (semenanjung Malaysia)
  • Raja Kelantan, Patani dan Champa
  • Negeri Sembilan
  • Kesultanan Johor-Pahang
  • Kesultanan Terengganu
  • Raja-raja Riau
  • Kesultanan Selangor
  • Kesultanan Perak
  • Kesultanan Kedah


Kalau kita perhatikan, sebenarnya banyak ahlul bait yang ada di nusantara, baik sebagai ulama seperti walisongo, sebagai penguasa kesultanan, maupun sebagai orang biasa.

Banyaknya keturunan Rasulullah SAW di daerah nusantara ini sejalan dengan hadis berikut:
“Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam ….“.

Dari hadis ini, ada kesempatan bagi kawasan Melayu ini sebagai awal kebangkitan Islam kedua, di tengah keadaan dunia yang sudah sangat rusak hari ini. Adanya ahlul bait yang berperan di nusantara nampaknya bukanlah sesuatu yang kebetulan.


Perkembangan Ahlul Bait di nusantara

Walaupun sebagian besar keturunan Ahlul Bait yang ada di Nusantara termasuk Indonesia adalah dari Keturunan Husain bin Ali namun terdapat juga yang merupakan Keturunan dari Hasan bin Ali, 
bahkan Keturunan Hasan bin Ali yang ada di Nusantara ini sempat memegang pemerintahan secara turun temurun di beberapa Kesultanan di Nusantara ini, yaitu Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas dan Kesultanan Sulu sebagaimana yang tercantum dalam Batu Tarsilah / Prasasti dan beberapa Makam dan juga Manuskrip yang tersebar di Brunei, Sambas (Kalimantan Barat) dan Sulu (Selatan Filipina), yaitu melalui jalur Sultan Syarif Ali (Sultan Brunei ke-3) yang merupakan keturunan dari Syarif Abu Nu'may Al Awwal. 

Sementara dari keturunan Husain bin Ali memegang kesultan di Jawa bagian barat, yang berasal dari Syarif Hidayatulah, yaitu Kesultanan Cirebon (yang kemudian pecah menjadi tiga kerajaan, Kesultanan Kasepuhan, Kanoman dan Kacirebonan) dan Kesultanan Banten. Sebagai kerurunan Syarif Hidayatulah keturunan merekapun berhak menyandang gelar Syarif/Syarifah, namun dari keturunan Syarif Hidayatullah gelar tersebut akhirnya dilokalisasi menjadi Pangeran, Tubagus/Ratu (Banten) dan Raden (Sukabumi, Bogor).

Perlu di ingatkan,jangan terkeliru dengan gelaran PANGERAN atau RADEN yang lebih awal wujud di gunakan oleh raja-raja & keturunan ketika zaman pemerintahan kerajaan hindu di Indonesia,(sebelum kedatangan ahlul bait).

Mohon di perbetulkan jika terdapat kesilapan dalam tulisan mahupun penyampaian.

WALLAHUALAM

02 July 2015

Rahsia Disebalik Penutupan Bank Greece. Pegawai Bank Tidak Akan Dedahkan Ini


Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia - FRS
Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem dimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit. Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. 
Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham? Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Awak bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya. Dan bank tersebut saya gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau saya stop sampai Steve sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari Bank? Dah tahu kenapa saya begitu memperjuangkan anti-riba. Kenapa saya tidak menggalakkan penggunaan elektronik money (debit & kredit kad)? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit? Mana yang saya boleh elak saya elak dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.

SEBARKAN. BIAR LEBIH RAMAI SEDAR AKAN TIPU DAYA INI. MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN KITA DI BULAN RAMADHAN INI. ALLAH ALWAYS NO 1.