26 November 2013

Rahmat Untuk Semua



Tema "Rahmat Untuk Semua" adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dilangsungkan PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siasah yang tidak berpisah, sarat dengan mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad SAW bagi membawa "Rahmat" ke seluruh alam. 

Ia ujarnya, selaras dengan Firmah Allah SWT bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". - (al-Anbiya: 107)

Catatan kelainan pada kali mini apabila Ustaz Abdul Hadi pada fasa akhir ucapannya menggariskan 10 arahan yang mesti dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi. 

Pertama, beliau mahu semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mesti mempunyai kefahaman jelas terhadap tema dan kemudiannya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat.

Kedua, Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan diminta perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus program dalam kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah.

Ketiga, seluruh jentera PAS di Sabah Sarawak diminta berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka rakan penting dalam pembentukan Malaysia supaya tidak dibuli oleh Umno-BN disetiap masa dan ketika. PAS di Sabah dan Sarawak mesti melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS.

Keempat, Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah digesa meneruskan perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dialsaksankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat dan mampu menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk zaman.

Kelima, Dewan Pemuda pula diminta sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia. Inovasi baharu dakwah bersifat inklusif perlu diterokai. 

Keenam, Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa kerana kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.

Ketujuh, memperluaskan peranan Dewan Himpunan dengan modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu daripada sayap parti yang penting.

Kelapan, Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri dengan menjadikan program tarbiyah dan latihan agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.

Kesembilan, Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Adun, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan mesti melaksanakan amanah sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak.

Kesepuluh, ahli-ahli PAS secara keseluruhannya mesti mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat dan terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.

Diakhir ucapan, Ustaz Abdul Hadi mengajak semua ahli PAS  memteguh jamaah, perkukuh saf perjuangan, murnikan fikrah dan mantapkan keyakinan kepada janji Allah SWT.

10 November 2013

Doa untuk Kemenangan Islam. Allahu Akbar!!


  • اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ وَدَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينَ وَجْمَعْ كَلِمَةَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى الْحَقِّ يَا رَبَّ الْعَلَمِينَ
Ya Allah, muliakanlah Islam dan Kaum Muslimin, hinakanlah kesyirikan dan kau musyrikin, hancurkanlah musuh-Mu musuh agama, himpunkanlah kalimat kaum muslimin di atas kebenaran, wahai Rabb semesta alam.
  • اَللَّهُمَّ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Ya Allah, limpahlanlah atas kami kesabaran, kokohkanlah pijakan kami, dan menangkanlah kami atas kaum kafirin.
  • اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلأَنْصَارِ
Ya Allah, satukanlah hati-hati antar-kami sebagaimana Engkau satukan antara kaum Muhajirin dan Anshar
  • اَللَّهُمَّ افْتَحْ جِهَادًا فِى بِلاَدِنَا وَفِى كُلِّ مَكَانٍ
Ya Allah, menangkanlah jihad di negeri kami dan di segala penjuru muka bumi.
  • َاللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينَ فِى فِلِسْطِينَ  وَإِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينِ فِى أَفْغَانِسْتَانِ  وَإِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينَ فِى مَشَارِقِ اْلأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا
Ya Allah, tolonglah (menangkan) saudara-saudara kami kaum Muslimin para Mujahidin di Palestina, juga mereka yang di Afghanistan, serta segenap Muslimin Mujahidin di belahan Timur dan Barat bumi.
  • َاللَّهُمَّ أَفْرِغْ عَلَيْهِمْ صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ – وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ
Ya Allah, limpahkanlah atas mereka kesabaran dan kokohkanlah pijakan mereka, dan menangkanlah mereka atas musuh-Mu dan (yang juga) musuh mereka.
  • َاللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنَهُمْ وَاهْدِهِمْ سُبُلَ السَّلاَمِ
Ya, Allah satukanlah hati-hati mereka, perbaikilah apa-apa yang ada di antara mereka, dan tunjukkanlah mereka jalan-jalan keselamatan.
  • َاللَّهُمَّ انْصُرْ دِينَكَ وَكِتَابَكَ وَسُنَّةَ نَبِيِّكَ وَعِبَادَكَ الْمُوَحِّدِينَ
Ya Allah, tolonglah (menangkan) agama-Mu, kitab-Mu, sunnah nabi-Mu dan hamba-hamba-Mu para ahli tauhid.
  • َاللَّهُمَّ أَعِدِ الْمَسْجِدَ اْلأَقْصَى إِلَى رِحَابِ الْمُسْلِمِينَ َاللَّهُمَّ طَهِّرْهُ مِنَ الْيَهُودِ الْغَاصِبِينَ َاللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِهِمْ فَإِنَّهُمْ لاَ يُعْجِزُونَكَ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزٌ
Ya Allah, kembalikanlah Masjid Al-Aqsha ke haribaan kaum Muslimin, sucikanlah ia dari tangan-tangan Yahudi bangsa perampas. Ya Allah, mereka itu sepenuhnya berada dalam kekuasaan-Mu, tidaklah mungkin mereka melemahkan-Mu, wahai Yang Mahakuat lagi Maha Perkasa.
  • َاللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ مُجْرِيَّ السَّحَابِ هَازِمَ اْلأَحْزَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اِهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزٌ
Ya Allah, Yang menurunkan Kitab, Yang menggerakkan awan, Yang menghancurkan sekutu-sekutu, Yang cepat perhitungan-Nya, hancurkan dan guncanglah mereka, wahai Yang Mahakuat lagi Maha Perkasa.
  • رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ – وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمِ
Ya Rabb kami, kabulkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
  • َاللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُبِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَبِكَ مِنْكَ لاَ نُحْصِى ثَنَاءًا عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan keridhoan-Mu dari murka-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari hukuman-Mu, dan dengan-Mu dari-Mu. Tidaklah kami bisa menghitung pujian atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji Diri-Mu sendiri.
  • وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ
Dan sampaikanlah ya Allah, shalawat dan salam kepada Nabi kami Muhammad, serta kepada keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji adalah milik Allah Rabb seru sekalian alam.
(Dikutip dari sebagian lantunan doa Syaikh Musyari Rasyid, serta dari doa ma’tsur lainnya)